Saturday, May 29, 2010

SIME DARBY ALAMI KERUGIAN RM 1.6 BILLION

Baru-baru ini heboh diperkatakan Syarikat Konglomerat terbesar Kerajaan Malaysia, Sime Darby mengalami kerugian berbillion ringgit. Pengerusinya, Tun Musa Hitam menjelaskan dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia Ahad,23 Mei,2010 mengenai punca-punca kerugian itu.Antaranya salah urustadbir konglomerat itu yang mempunyai 100,000 kakitangan di dalam dan luar negara.

2. Namun antara yang menjadi "turning point" terhadap kerugian berkenaan adalah pengambilalihan projek sakit, khasnya Projek Bakun, projek Empangan Hidroletrik yang tidak pun mendapat kelulusan Kementerian Alam Sekitar sewaktu DS Anwar masih dalam kerajaan lagi. DS Anwar ketika itu menentang Projek Bakun, namun Mantan PM, Mahathir Mohamad ingin projek itu diteruskan demi untuk kebaikan rakyat Sarawak, katanya.

3. Menurut Tun Musa Hitam, Sime Enggineering, anak syarikat Sime Darby mengambil alih Bakun pada 2002 di mana ketika itu projek berkenaan menghadapi pelbagai masalah, khususnya kos yang menjangkaui anggaran. Ia dianugerahkan kepada seseorang, kemudia ia ditender semula ketika itu, Sime Enggineering memperoleh tender berkenaan. Ia tiada kaitan dengan Sime Darby sekarang, namun katanya lagi, kerajaan harus memantau projek yang menelan berbillion ringgit itu serta melibatkan kepentingan nasional. SPRM sepatutnya herus menyiasat pendedahan oleh Tun Musa ini, memandang jumlah yang terlibat berbilion ringgit dan melibatkan kepentingan negara pula.

4. Sebenarnya projek Bakun mulai nazak sekitar tahun 1997, selepas syarikat milik Ting Phek King, Ekran Berhad, gagal menyiapkannya melalui Bakun Hydroelectric Corporation. Teras perniagaan Sime Darby adalah perladangan. Mengapakah pula perlu ia mengambil alih projek Bakun yang bukan bidangnya. Atau ada apa-apakah kaitannya dengan Mantan PM , Tun Mahathir?

5. SPRM tidak sepatutnya memilih bulu dalam menjalankan siasatan terhadap kerugian yang melibatkan wang negara. CEO nya, Datuk Seri Zubir Murshid harus bercuti sementara siasatan dijalankan. Tun Musa Hitam juga harus bertanggungjawab, kerana ia Pengerusinya ketika ini.


AlKundangi,
28 Mei,2010
http://alkundangi.blogspot.com
http://alrembauwi.blogspot.com

Monday, May 24, 2010

ANTARA UMNO DAN PERKAUMAN

ANTARA UMNO DAN PERKAUMAN


Nama United Malay Natinonal Organisation itu sendiri sudah cukup untuk melambangkan apakah dasar yang digunapakai untuk dijadikan garis panduan bagi pertubuhan yang bernama UMNO itu. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu adalah satu organisasi yang perjuangannya berasaskan kebangsaan dan kemelayuan. Dengan sendirinya UMNO adalah sebuah parti perkauman berdasarkan perlembagaan dan perjuangannya. UMNO tidak akan bersifat internasional dan tidak boleh disertai oleh bangsa yang bukan Melayu, kerana dasar perjuangannya adalah perjuangan bangsa Melayu itu sendiri.

2. Falsafah dan Perjuangan Umno ini ada ditulis oleh seorang penulis kuat UMNO, Aziz Zariza Ahmad, dan kita boleh menyemaknya jika ingin mendalami intipatinya. Selain berdasarkan Melayu, UMNO juga ialah sebuah parti kebangsaan, atau dalam bahasa Arabnya disebut 'Assobiyyah. Dalam soal kebangsaan ini, sebuah hadith Nabi, ada menjelaskan bahawa perjuangan yang berasakan kebangsaan bukan dari ajaran Islam. Ertinya ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang meliputi semua bangsa dan puak, suku dan kaum untuk sama-sama menegakkan keadilan Islam.

3.Dalam konteks politik Malaysia, perjuangan atas nama kemelayuan ini penting bagi UMNO untuk mengekalkan survival politiknya, kerana kebanyakan orang Melayu, terutama orang lama yang tidak terdidik secara global, akan cepat tersentak jika perkataan Melayu dibangkitkan. Orang Melayu Lama ini cepat sensitif dengan isu-isu yang melibatkan bangsa Melayu, tetapi mereka tidak sensitif dengan isu yang melibatkan agama mereka, iaitu Islam. Sebab itu bila kerajaan BN menghalalkan judi bola, UMNO dan jaringannya termasuk pemuda,wanita, puteri dan putera tidak bersuara, kerana pada mereka agama tidak penting. Mereka lebih pentingkan kemelayuan dan kebangsaan mereka.

4. Sebab itu apabila isu Melayu dibangkitkan, orang-orang UMNO dan yang sealiran dengannya akan cepat melatah dan melenting tak tentu pasal sehingga boleh menyebabkan perpecahan kaum yang pelbagai atau majmuk seperti negara kita ini. Tentu kita semua tidak lupa peristiwa 13 Mei, yang menjadi titik hitam hubungan kaum di antara Melayu dan Cina di negara kita, walaupun isu sebenarnya isu perkauman itu dibangkitkan oleh UMNO sendiri, apabila mereka gagal mendapatkan majoriti di Dewan Undangan Negeri Selangor. Oleh kerana isu ini begitu sensitif dalam hubungan kaum di sini, UMNO menjadikannya senjata untuk menyelamatkan dirinya, terutama apabila mereka merasa akan kalah dalam pilihanraya yang diadakan, samada PRK atau PRU.

5. Sebab itulah ada ura-ura untuk mengadakan perhimpunan 100,000 orang di Terengganu pada 13 Mei baru-baru ini, kerana UMNO merasakan mereka sudah kehilangan sokongan dari orang Melayu sendiri, juga dari kaum-kaum lain yang menjadi rakyat Malaysia. Namun badan-badan NGO sedar akan hal ini, dan meminta perhimpunan itu dibatalkan. UMNO akhirnya membatalkan perhimpunan itu. Namun, strategi perkauman ini akan sentiasa dibangkitkan oleh UMNO apabila mereka terdesak dan terasa tampuk kuasa akan terlepas ke tangan PR. Oleh itu, orang-orang Pakatan Rakyat harus sedar terhadap seruan terhadap kemelayuan dan kebangsaan ini, yang sentiasa akan digunakan oleh UMNO untuk menyelamatkan dirinya. Namun setakat ini, UMNO gagal dalam membangkitkan perasaan perkauman di kalangan rakyat Malaysia, kerana rakyat sendiri sudah sedar akan bahaya perkauman itu. Media baru seperti blog dan laman-laman reformasi telah mematangkan orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia , yang sudah memahami bahawa isu perkauman sudah tidak lagi relevan di zaman yang serba global ini. Namun UMNO, seperti namanya akan tetap bergantung kepada kemelayuan dan kebangsaan dalam usaha menyelamatkan diri dari kepupusan dari arena politik tanah air. Orang-orang PR harus peka terhadap hal ini, dan sebarang bentuk seruan ke arah perkauman pastinya akan di dalangi oleh UMNO. Ia sudah sebati dengannya, seperti sebatinya UMNO itu dengan namanya.


AlKundangi,
21.5.2010
http://alkundangi.blogspot.com
http://alrembauwi.blogspot.com

Tuesday, May 18, 2010

MELAYU TIDAK MUDAH LUPA

Melayu Tidak Mudah Lupa

Melayu bukanlah bangsa yang mudah lupa
apa lagi bangsa yang pelupa.

Melayu tidaklah mudah lupa,tapi,
Melayu mudah melupakan sengketa,
mudah menerima segala-galanya takdir yang ditimpakan ke atas mereka
lalu mereka buat-buat lupa.

Mana mungkin Melayu lupa akan adanya pemimpin mereka yang beraja di mata
bersultan di hati,
Melayu tidak lupa akan membuta tulinya kesetiaan Tuah,
membabibutanya keberanian Hang Jebat,
durjananya fitnah Karma Wijaya,
natijahnya dendam Sang Rajuna Tapa,
padahnya hasad dengki Si Kitul.

Melayu tidak mudah lupa
betapa sadisnya Pertugis,
betapa kejinya Belanda
betapa liciknya Inggeris hingga Melayu diaibkan di bumi sendiri
hingga Melayu harus berkongsi negeri
kendati baiknya hati Melayu tidak dihargai.

Melayu tidak mudah lupa
betapa sejarah silamnya melakarkan derita nestapa
mereka yang sekian lama hidup rukun damai,
meski berlainan bangsa
tapi diporakperandakan oleh Barat,
dan kini,
dipimpin oleh Melayu yang gersang keluhuran Melayunya.

Melayu tidak mudah lupa
gara-gara pembesar mereka yang serakah
gemar berbalah sesama sendiri lantaran berbeza idealogi
dan takbur dengan keberadaan sendiri
rakyat yang selama ini aman sentosa pun menjadi pecah-belah
lantas berprasangka, berprejudis antara mereka.

Melayu tidak mudah lupa
perihal para pemimpinnya yang pandai berkata-kata
tapi, liat hendak mengkotakannya
gampang menabur janji, tapi payah melunaskannya.

Melayu tidak mudah lupa akan Melayu yang menindas Melayu,
Melayu yang mengakali Melayu
Melayu yang mencemburui Melayu,
Melayu yang melecehkan Melayu,dan
Melayu yang hipokrit dan oportunis.

AlKisah,
Melayu yang mudah menjadi pelupa, dan
lupa diri adalah Melayu yang berkuasa,
tapi selalu lupa akan kuasa Tuhan
dan ingat-ingat lupa akan kuasa rakyat
yang memilih mereka.

Melayu yang mudah lupa itu,
adalah Melayu yang sudah kaya raya
tapi, lupa untuk berzakat kepada Melayu yang fakir dan miskin
Melayu yang miskin lagi piatu,dan
Melayu yang serba serbinya dhaif.

Melayu yang mudah lupa,
adalah Melayu yang lupa bahawa Melayu bukan pelupa.

Oleh:
Abang Patdeli Abang Muhi,
Dewan Sastera,
Mei,2010.

Monday, May 17, 2010

PRK SIBU DAN MASA DEPAN PR

Pilihanraya Kecil Sibu telah pun selesai.Akhirnya DAP memenangi kerusi Sibu. Jumlah yang keluar mengundi adalah 70%. Wong Ho Leong dari DAP mendapat 18,845 undi. Manakala Robert Lau dari BN mendapat 18,447 undi. Narawi Haron, seorang calon bebas mendapat 232 undi sahaja.Undi Rosak ialah sebanyak 395 undi.Dengan demikian calon DAP dari Pakatan Rakyat memenangi PRK Sibu dengan kelebihan 398 undi.

2.Melihat kepada realiti yang ada dan senario sebelum pilihanraya Sibu serta selepas PRK Hulu Selangor yang memastikan kekalahan PR di tangan BN, kita juga percaya Sibu bakal dimenangi BN.Hampir RM 20 juta telah dijanjikan oleh PM bagi memajukan Sibu dalam kempen pilihanraya BN khasnya untuk sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Namun akhirnya BN tetap menerima kekalahan,satu episod sedih buat BN.

3.Sebelum itu, melalui media massa milik BN, mereka telah mencanangkan bahawa Keadilan akan kalah serta ramai di antara pemimpinnya akan meninggalkan parti itu dalam waktu terdekat. Dengan adanya PAS bersama, mereka telah memburukkan pula konsep negara Islam, di mana habis semua akan dipotong jika DAP menang, kerana DAP dan PAS berada dalam satu barisan, tanpa mengira ucapan-ucapan sedemikian akan memurtadkan seseorang Islam , dan melayakkan mereka dihukum mati menurut kanun Jenayah Syariah. Di manakah suara-suara mufti, orang-orang kuat agama dalam BN seperti Jamil Khir Baharom, Dr.Mashitah, Dato'Harussani, Ustaz Nakha'ei dan sebagainya apabila mendengar suara-suara kempen yang mencalarkan imej Islam di mata umat Islam dan bukan Islam? Barangkali apa yang dapat dikatakan ialah BN mengamalkan politik Machiavelli, di mana tujuan menghalalkan cara. Ini jelas terlihat dalam soal meluluskan lesen Judi Bola bagi piala dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

4. Apa yang jelas dari PRK ini, Pakatan Rakyat sebenarnya tidaklah ditolak oleh rakyat marhaen, walaupun Zaid Ibrahim kalah pada PRK Hulu Selangor baru-baru ini. Bahkan Keadilan Ipoh dikatakan bubar dan menyertai BN, sementara di Kedah empat orang Adun Keadilan dikatakan akan meninggalkan parti dalam waktu terdekat yang akan memaksa MB Kedah,Ustaz Azizan, membubarkan dewan undangan negeri, serta mengadakan pilihanraya semula.

5. Namun kemenangan di Sibu menunjukkan Pakatan Rakyat tidaklah ditolak oleh rakyat Sibu, bahkan sebenarnya BN lah yang ditolak. Ini menaikkan imej Pakatan Rakyat yang dipukul teruk oleh media cetak dan elektronik BN, sehingga sebahagian rakyat hampir mempercayainya. Namun kemenangan di Sibu menunjukkan hal sebaliknya. Walaupun dibelasah teruk oleh BN, namun rakyat Sarawak sudah mulai memilih Pakatan Rakyat serta meninggalkan BN yang sombong, korup, janji palsu dan sebagainya di samping membodoh-bodohkan rakyat mereka sendiri. Sinar baru mulai bercahaya di Malaysia Timur dan diharap dengan kerja keras sekelian ia akan berterusan sehingga PRU ke 13.Untuk itu tahniah diucapkan untuk rakyat Sibu dan seluruh petugas pilihanraya Sibu yang telah memilih PR, dan mudah-mudahan akan berkekalan sehingga ke PRU akan datang.

AlKundangi,
17.5.2010
http://alrembauwi.blogspot.com

Friday, May 14, 2010

PERBICARAAN LIWAT DS ANWAR-SAIFUL

Kini negara kita diselaputi awan kelabu dengan berjalannya perbicaraan liwat DS Anwar-Saiful Bukhari Azlan, yang meletakkan negara dalam keadaan memalukan. Episod kedua kes liwat yang lebih merupakan konspirasi politik itu yang sedang dibicarakan telah memperbodohkan semua rakyat Malaysia yang tinggal di negara ini.

2.Ia memperbodohkan rakyat Malaysia kerana kes itu memalukan tetapi ia hanyalah satu kes ciptaan dalam usaha membunuh karier politik DS Anwar dan memperlahankan gerakan kebangkitan rakyat dalam menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi ala Malaysia ini.

3.Dalam perbicaraan liwat bagi episod pertama Ds Anwar telah meringkuk dalam penjara lebih enam tahun lamanya, namun akhirnya dibebaskan kerana didapati beliau tidak bersalah dan tidak ada kes liwat yang berlaku. Setelah sekian lama dibicarakan di mahkamah dan DS Anwar meringkuk di penjara, akhirnya mantan PM Tun Mahathir mengatakan tidak ada kes liwat. Kita tidak faham bagaiamana satu kes yang telah diputuskan oleh mahkamah, akhirnya dikatakan tidak ada kes. Ini membuktikan kes ini sengaja dicipta untuk "mengusir" DS Anwar dari sistem pemerintahan negara dan menghumbankannya ke dalam penjara.

4. Kini sekali lagi DS Anwar menghadapi skrip yang sama, tuduhan liwat dari UMNO/BN dengan menggunakan hakim-hakim yang dicucuk hidung dan mahkamah yang diputarbelitkan ibarat wayang kulit mengikut rentak Pak Dalangnya. Apakah hakim-hakim ini tidak mempunyai pendirian dalam menghadapi kes ini. Mengapakah mereka bersedia untuk membicarakan satu kes yang sebenarnya dicipta untuk mencapai cita-cita politik UMNO/BN? Apakah mereka terlalu bodoh untuk ditipu sedemikian rupa, sedang mereka mempunyai ijazah undang-undang berjela-jela.

5. Bukan sahaja mereka menipu dan tertipu, tetapi seluruh rakyat Malaysia, termasuk media cetak dan elektronik turut sama menipu dan tertipu, demi mencapai agenda pihak-pihak tertentu dan mengekalkan agar kebatilan terus berkuasa di bumi jantung pisang ini.

6. Sebab itu TG Abd Hadi Awang dalam satu kenyataannya dalam Harakah, menggesa badan kehakiman negara ini menggunakan proses keadilan dan menjauhi dari di pengaruhi oleh elemen politik.Konsep pemisahan kuasa antara pihak eksekutif, legislatif dan kehakiman haruslah dihormati dan ini adalah selaras dengan kehendak Islam. Dalam erti kata lain, beliau melihat badan kehakiman telah dimasukki oleh elemen-elemen politik yang menjejaskan kredibiliti kehakiman itu sendiri. Badan kehakiman harus disusun semula demi untuk menegakkan keadilan di bumi tercinta ini, bukan diperkuda oleh pihak tertentu yang menyebabkan hilangnya kepercayaan orang ramai terhadap proses keadilan di negara kita.


AlKundangi,
14.5.2010
http://alrembauwi.blogspot.com

KDNK TUMBUH 10.1 PERATUS

KDNK tumbuh 10.1 peratus

Oleh ZULKIFLI JALIL dan HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 13 Mei - Negara mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 10.1 peratus bagi suku pertama tahun ini iaitu kadar tertinggi sejak suku pertama 2000 sebanyak 11.7 peratus.

Mengumumkan demikian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar pertumbuhan itu adalah lebih baik berbanding suku tahun keempat 2009 iaitu 4.4 peratus.

Berikutan pertumbuhan memberangsangkan itu, beliau berkata, unjuran KDNK 2010 dikaji semula kepada enam peratus berbanding sasaran 4.5 peratus hingga 5.5 peratus yang dibuat Bank Negara sebelum ini.

''Kadar pertumbuhan memberangsangkan itu disokong oleh pengukuhan permintaan domestik serta sejajar dengan pemulihan ekonomi dunia.

''Dengan pencapaian pertumbuhan menggalakkan itu serta usaha transformasi kerajaan dan ekonomi, sasaran pertumbuhan KDNK sebanyak enam peratus bagi keseluruhan 2010 boleh dicapai," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, pertumbuhan yang positif juga dapat dilihat di kalangan negara serantau dan pesat membangun seperti China (11.9 peratus), Korea Selatan (7.8 peratus) dan Indonesia (5.7 peratus).

Menurut beliau, dari sudut penawaran, kesemua sektor utama ekonomi mencatat prestasi menggalakkan terutamanya sektor pembuatan yang berkembang pesat sebanyak 16.9 peratus.

''Pertumbuhan sektor itu disokong oleh subsektor elektrik dan elektronik (34.4 peratus), kelengkapan pengangkutan (25.3 peratus) serta barangan kayu dan perabot (18.7 peratus)," katanya.

Najib berkata, sektor perkhidmatan turut berkembang kukuh sebanyak 8.5 peratus disokong oleh sub sektor utiliti (16.6 peratus), hartanah dan perkhidmatan perniagaan (14.2 peratus), perdagangan borong dan runcit (9.6 peratus) serta pengangkutan dan penyimpanan (9.2. peratus).

''Sektor pembinaan terus berkembang kukuh pada kadar 8.7 peratus manakala sektor perlombongan kembali pulih pada kadar 2.1 peratus.

''Sektor pertanian pula berkembang 6.8 peratus disokong oleh peningkatan pengeluaran getah, ternakan dan kayu balak," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, dari sudut permintaan pula, pertumbuhan yang menggalakkan itu didorong oleh perbelanjaan dalam negeri yang kukuh khususnya melalui perkembangan penggunaan swasta (5.1 peratus) dan awam (6.3 peratus) yang terus mapan.

''Dalam tempoh ini, kegiatan pelaburan domestik juga cergas pada kadar 5.4 peratus, menggambarkan pemulihan keyakinan pelabur," katanya.

Selain itu, beliau memberitahu, prestasi sektor luaran amat menggalakkan dengan jumlah eksport meningkat ketara sebanyak 19.3 peratus berikutan pemulihan ekonomi dan perdagangan global.

''Jumlah import juga berkembang kukuh pada kadar 27.5 peratus pada kadar 27.5 peratus berikutan peningkatan import barangan perantaraan (37.9 peratus), penggunaan (18.5 peratus) dan modal (9.6 peratus).

''Peningkatan ini mencerminkan aktiviti ekonomi dalam negeri yang semakin rancak," katanya.

Ditanya mengenai pengurangan subsidi, beliau berkata, kerajaan komited dengan langkah itu dan akan melaksanakannya secara berperingkat.

Namun, kata Perdana Menteri, sebarang kajian semula terhadap kadar subsidi akan dipastikan tidak membebankan selain akan menjaga kepentingan golongan yang lemah.

Dalam hal ini, beliau menjelaskan, kerajaan akan memastikan pemulihan ekonomi yang kuat berada pada landasannya.

''Dan sebarang peningkatan simpanan akan digunakan bagi pelaburan yang produktif.

''Biasanya dengan kita mengurangkan kadar subsidi secara berperingkat, ia adalah dengan hasrat bagi menggunakan simpanan tambahan itu untuk pelaburan yang produktif dan ia akan menyumbang kepada pertumbuhan yang lebih tinggi," katanya.


Sumber:
Utusan Malaysia,
14.5.2010.

Kesihatan

MAKAN LEWAT MALAM GANGGU PENGHADAMAN?


Tabiat makan yang buruk seperti tidak mengunyah dengan betul, makan lewat malam dan makan sambil berlari boleh menggegarkan sistem penghadaman sehingga menyebabkan pengeluaran enzim penghadaman yang tidak betul. Dianggarkan lima juta lelaki Amerika Syarikat menderita akibat masalah penghadaman yang kerap. Bagi lelaki, kesan penuaan dikenal pasti sebagai penyumbang masalah penghadaman yang kerap. Peningkatan usia menyebabkan penghasilan enzim semakin berkurangan dan tidak cukup untuk menghadamkan makanan.

Kajian saintifik menunjukkan aktiviti fizikal membantu mengurangkan banyak masalah penghadaman namun lelaki yang meningkat usia dan kurang bersenam dengan betul boleh menbundang masalah ini. Stress juga meninggalkan kesan negatif terhadap penghadaman dengan mengurangkan pengaliran darah ke perut dan pengeluaran enzim serta melambatkan proses penghadaman.

Sumber:
Harmoni,
15-31 Mei 2010,
Bil.135.

Thursday, May 13, 2010

DUNIA KEUSAHAWANAN

Dalam bab dunia keusahawanan ini, saya cuba untuk tidak memilih sesiapa sahaja, kecuali mereka yang berjaya dalam bidang ini. Apa yang ingin saya sampaikan ialah bagaimana mereka berjaya membina satu dunia keusahawanan sehingga mereka dibenali du dunia ini. Bukan Amerika, Arab atau Melayu yang menjadi pilihan, tetapi kisah-kisah kejayaan mereka mudah-mudahan menyuntik semangat usahawan di kalangan masyarakat kita. Ekonomi adalah salah satu kekuatan yang sehingga ini kita agak ketinggalan. Dengan menceburi dunia keusahawanan ini, insyaallah kita dapat memantapkan lagi ekonomi kita di samping membantu kaum yang lemah dan memerlukan. Nabi kita juga adalah seorang usahawan sebelum menjadi Ketua Negara Islam yang pertama.

AlKundangi,
13.5.2010

DUNIA KEUSAHAWANAN

LEVI STRAUSS

Selama lebih satu abad,seluar jean merupakan sejenis pakaian paling popular di dunia. Dari seluar ke seluar ke jaket, ia adalah pakaian yang paling dicari-cari dan dianggap sebagai sesuatu yang bergaya oleh semua lapisan masyarakat. Di pasaran hari ini, terdapat beribu-ribu jenama dan pengeluaran seluar jean merupakan perniagaan tekstil yang paling menguntungkan dalam sejarah manusia. Rahsia di sebalik tarikan sejagat ini, tidak lain dan tidak bukan disebabkan oleh gaya dan ketahanan kain denim.

Orang yang dianggap pereka seluar jean ialah Levi Strauss. Beliau telah berhijrah ke Amerika pada tahun 1953 pada usia 24 tahun dari Jerman dan mempelajari selok belok perniagaan tekstil selama beberapa tahun di New York. Beliau kemudiannya telah berpindah ke San Francisco untuk membuka sebuah cawangan kedai runcit abangnya (sebelum kemunculan pasaraya),yang menjual barang-barang kering. Sebagai seorang pendatang , memajukan satu perniagaan bukanlah mudah. Selama lebih dua puluh tahun, Levi telah bekerja keras mencipta nama untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang terkenal dan dihormati.

Salah seorang pelanggan Levi Strauss ialah Jacob Davis. Beliau juga merupakan seorang pendatang dab bekerja sebagai seorang tukang jahit di Reno, Nevada, yang sering membeli barang-barang untuk perniagaannya dari kedai borong kepunyaan Levi. Secara kebetulan, Jacob mempunyai seorang pelanggan yang saku seluarnya selalu terkoyak. Untuk mengatasi masalah ini, beliau telah memasang sejenis logam untuk dilekatkan di bahagian yang lemah. Gaya baru itu telah menjadi popular serta-merta di kalangan pelanggan-pelanggannya dan di dalam tempuh masa yang singkat, ramai yang telah meminta seluar mereka juga dibuat dengan cara yang baru itu.

Untuk mengelakkan rekaan baru ini dari dicuri orang, Jacob mengambil keputusan untuk mendaftar hakcipta (paten) rekaan tersebut. Malangnya, beliau tidak mempunyai USD 64.00 yang diperlukan untuk melaksanakan cita-citanya.Berazam untuk mencari rakan kongsi ya g boleh dipercayai, beliau telah menulis kepada Levi mengenai rancangannya. Ahli perniagaan ini yang juga mempunyai beberapa tahun pengalaman di dalam bidang perniagaan tekstil, menyedari potensi ciptaan baru dan bersetuju menjadi rakan kongsi. Dan pada 20 Mei, 1873 seluar jean biru telah mendapat paten bernombor 139,121dari Jabatan Paten Amerika Syarikat dan terus menjadikan Levi dan Jacob satu-satunya pengeluar jean di dunia.

Dengan bantuan kewangan daripada Levi, kedua-dua pendatang ini telah menubuhkan Levi's Strauss & Co. Jacob bertanggungjawab dalam reka bentuk dan pengeluaran, manakala Levi pula di dalam pemasaran. Tidak lama selepas itu, pekerja-pekerja lombong telah menyebarkan maklumat mengenai ketahanan seluar Denim yang baru itu. Dengan meningkatnya reputasi seluar jean tersebut, penjualannya juga meningkat berlipat ganda. Levi dan Jacob terus memegang hak ekslusif ke atas penghasilan seluar jean untuk dua puluh tahun berikutnya sehinggalah tamat tempuhnya.

Meskipun terdapat beribu-ribu syarikat yang telah mengeluarkan seluar jean di seluruh dunia, Levi dan Jacob tetap dianggap sebagai perintis. Selepas seratus tahun, Levi & Strauss & Co masih mengekalkan kualiti asal aelar jeannya dan merupakan jenama yang paling dicari-cari dan dipercayai. Bermula dari sebuah syarikat kecil yang diusahakan dua orang pendatang, ia telah menjadi satu revolusi baru yang telah menukar cara pemakaian orang ramai buat selama-lamanya.

Cerita dua orang sahabat ini membuktikan bahawa peluang akan hanya muncul apabila seseorag itu sanggup bekerja keras, dan mempunyai inovasi. Tidak kira betap buruknya sesuatu idea itu, ia tidak dapat dinilai sehinggalah idea itu direalisasikan. Apa yang penting ialah ketabahan untuk meralisasikan idea itu.

Sumber: Maju Bersama Usahawan Berjaya,
Terbitan: VannakaMMalaysia Dot.Com Sdn Bhd.

Wednesday, May 12, 2010

PRK SIBU: SEKIRANYA BN MENANG

PRK SIBU: SEKIRANYA BN MENANG

Oleh: notan

"Assalamualaikum, PRK Sibu mula menampakkan bahangnya dengan parti yang bertanding khasnya BN dan PR mula berkempen.Seperti biasa BN dengan taktik dan teknik yang sama mula mengajak pengundi untuk menolak PR dengan ugutan dan taburan wang ringgit.Berbagai istilah digunakan seperit BN bukan tabur duit tetapi salurkan duit tersebut kepada rakyat.

Duit rakyat yang hanya diberikan setiap kali ada PRK serta diselitkan sedikit penipuan licik dengan bantuan SPR dan beberapa agensi kerajaan yang juga menggunakan duit rakyat.BN sudah ada kelebihan di Sibu dengan pengundi pos dan kemungkinan akan disertai oleh pengundi yang tak nampak sentiasa ada.

Taktik sebegini memberikan kemenangan kepada BN di Hulu Selangor.Oleh itu tidak sukar dijangka kemenangan ini akan berterusan di Sibu.Kalau BN menang akan melolonglah pemimpin mereka dengan kenyataan rakyat sudah menerima kembali BN seperti biasa.Tetapi pengalaman yang berlaku menunjukkan sebaliknya.Semakin PR kalah PRK, semakin kuat mereka memberi tekanan kepada kerajaan BN jadi kali ini keadaan mungkin tidak berubah.PR sentiasa underdog dalam pertandingan PRK kerana kempen menunjukkan banyak kelebihan yang dimanupulasikan oleh BN sekalipun kelebihan itu merupakan penindasan kepada PR dalam sistem demokrasi negara.

PR seperti biasa tidak diberi ruang di media elektronik dan media arus perdana sedangkan BN boleh menggunakan dengan sewenang wenangnya sehingga bertimbun pembohongan disebarkan mereka.Perangai BN ini ibaratkan perangai samseng yang mengikat musuhnya sambil memukulnya tanpa henti dan tanpa memberi peluang kepada musuhnya untuk mempertahankan diri.

Kalau di zaman Tun Mahadir dan sebelumnya pembangkang tidak langsung berpeluang untuk menang mana mana PRK kecil, tetapi sekarang ini peluang untuk menang sentiasa ada walupun dalam suasana pertandingan yang tidak seimbang.Begitu juga di Sibu sekarang ini, dengan petugas PR giat bekerja untuk memenangkan calon mereka dan ruang penipuan semakin kecil, peluang untuk menang di Sibu tetap ada.

BN tidak boleh lagi bersenang lenang seperti masa masa yang lalu.BN perlukan isu yang perlu dicanangkan kepada pengundi Sibu tetapi isu yang menunjukkan kelemahan PR sudah hampir tidak ada.Jadi mereka mula melemparkan isu bahawa menyokong DAP samalah menyokong PAS yang bercita cita menubuhkan negara Islam.Pengundi yang majoritinya Cina dan beragama kristian ditakutkan dengan negara Islam PAS sedangkan ketakutan ini sudah tidak ada di semenanjung.Mungkin BN mengharapkan pengundi Sibu tidak terpengaruh dengan apa yang berlaku di Semenanjung.Namun selain itu BN tidak punyai apa apa cadangan pembangunan dan meningkatkan keselesaan rakyat yang sepatutnya menjadi keutamaan kepada pengundi untuk membuat pilihan sedangkan PR yang tidak memegang kuasa memerintah menjanjikan menifesto sejagat dan sebagai pembangkang sekarang ini PR menjanjikan tekanan yang berterusan kepada kerajaan agar rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan.

Kini terpulang kepada pengundi Sibu yang diberi amanah untuk memilih wakil mereka di parlimen dan yang pasti sekiranya BN menang, gong(sombong)lah pemimpin mereka dengan berbagai bagai komen, namun di pihak PR, kalah atau menang tidak akan menjejaskan kesatuan serta matlamat perjuangan kearah cita cita sebuah Malaysia baru.

http://www.tranungkite.net/v10/
12.5.2010

IBU BAPA BUKAN SATU LIABILITI

IBU BAPA BUKAN LIABILITI

'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.


"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat di sebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.


Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai tokoh korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.  Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."


Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.

Tidak ada?

Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?  Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!


12.5.2010
MELALUI EMEL.

MIMPI PELAJAR UIA BERJUMPA NABI MUHAMMAD SAW

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)

Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i'tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.





Best Regards,
Haliza
12.5.2010.

Tuesday, May 11, 2010

TELEVISYEN: ANTARA HIBURAN DAN INFORMASI

TELEVISYEN: ANTARA HIBURAN DAN INFORMASI

Televisyen, walaupun baru berusia setengah abad,namun ianya mempunyai satu tempat yang penting dalam kehidupan bagi hampir seluruh masyarakat di dunia ini.Media televisyen telah memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat dan pembangunan sesebuah negara.Ciri yang paling menonjol bagi televisyen ialah ia adalah alat hiburan.Tetapi sejarah awal televisyen mementingkan peranan sosialnya untuk menyalurkan berita ,hal ehwal semasa dan maklumat untuk rakyat massa,walaupun unsur hiburan tidak pernah dihilangkan (Prof.R.Karthigesu,1995).

Seperti yang diketahui, televisyen adalah satu alatan teknologi komunikasi yang digunakan oleh hampir setiap penduduk di negara ini.Maklumat yang diperolehi dari kaca televisyen adalah berita,maklumat dan pendidikan.Inilah yang sering kita dapatkan dari peti televisyen yang berada di rumah kita.Namun fungsi hiburan adalah yang paling utama yang kita cuba dapatkan dari peti berkenaan yang dilabelkan sebagai kotak bodoh dalam rencana A.Wahab Hamzah itu. Memang dari suatu segi, ada benarnya pendapat beliau yang menyebutkan bahawa kotak bodoh itu telah melahirkan semula imej perkampungan global seperti yang diwar-warkan oleh Mc Luhan,seorang tokoh media yang terkenal itu. Namun sehingga ini tidak dapat dilihat apakah benar kenyataan bahawa peti televisyen turut menyumbang kepada proses globalisasi.Bahkan lebih jauh ia turut menjadi pengancam sosial yang berpengaruh terhadap masyarakat. Ini adalah pendapat yang terlalu ekstrim sifatnya.

Sungguhpun negara kita kini mempunyai pelbagai saluran televisyen,dari agensi kerajaan hinggalah kepada saluran swasta seperti Astro,namun dalam negara kita terdapat pelbagai peraturan dan akta yang tidak membolehkan sesuatu rancangan disiarkan begitu sahaja.Antara akta yang sudah dikenal pasti mengawal media siaran adalah Akta Penyiaran, yang dibentuk pada 1988,dan dikuatkuasakan pada 1989,ekoran dari perkembangan yang dibawa oleh TV3 atau Sistem Televisyen Malaysia Berhad. Akta ini memberikan kawalan terhadap perkhidmatan penyiaran dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya(Md.Salleh Hj Hassan dan Saiful Nujaimi Abd.Rahman,2001).

Dengan begitu tentulah agak sukar untuk saluran-saluran televisyen yang sedia ada untuk memaparkan sesuatu yang berlawanan dengan pelbagai akta yang berkaitan dengan penyiaran termasuk Akta Hasutan,Akat Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya.Oleh itu dakwaan A.Wahab Hamzah bahawa siaran televisyen menjadi pengancam sosial boleh dipertikaikan khususnya dalam konteks negara kita Malaysia.Hal tersebut mungkin boleh dijangkakan terutama di negara-negara blok Barat yang lebih liberal sifatnya terhadap dunia penyiaran.

Memang televisyen adalah sebahagian daripada revolusi maklumat dan media yang berkomunikasi dengan masyarakat melalui pelbagai rancangan yang juga pelbagai sifatnya.Sebab itu ia juga bertanggungjawab melahirkan masyarakat berinformasi, tambahan lagi sebahagiannya adalah merupakan saluran rasmi kerajaan untuk berhubung dengan rakyatnya. Tetapi adalah keterlaluan jika kita mengatakan bahawa siarannya tidak lagi boleh disaring oleh sempadan geografi. Apa yang berlaku adalah sebaliknya.Siaran televisyen di negara ini sering mendapat kritikan dari masyarakat jika ada rancangan-rancangan yang keterlaluan dan bertentangan dengan budaya dan nilai serta pegangan hidup rakyat negara ini. Persoalan bahasa pun sudah dipertikaikan oleh sebahagian anggota masyarakat kita, misalnya “saluran infoteinment anda” khasnya di kalangan ahli-ahli bahasa suatu ketika dulu bila ianya cuba dijadikan slogan untuk saluran TV1.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat mahukan pendemokrasian maklumat khasnya dalam abad ke dua puluh satu ini, sepertimana yang disinggung dalam rencana berkenaan,namun pendemokrasian maklumat yang keterlaluan akan membawa kesan yang bertentangan, tidak sepertimana yang kita harapkan. Untuk menyatakan tapisan dan peraturan sudah hilang kesannya juga masih boleh dipertikaikan, kerana dalam negara kita tapisan dan peraturan seperti yang disinggung di awal tulisan ini, masih kuat ikatannya dan amat sukar untuk diungkai.Tentu sahaja kita masih ingat beberapa kes atau tayangan filem yang dinafikan hak penyiarannya oleh pihak berkuasa kerana mempunyai nilai yang tidak sealiran dengan budaya hidup masyarakat setempat.Umpamanya filem yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai makhluk yang mempunyai rupa paras di dalam filem, atau persembahan kumpulan yang terlalu liar sifatnya, di mana budaya kuning agak terasa dan jelas kelihatan,tidak mampu melepasi tapisan penyiaran.Bahkan adakalanya filem tempatan sendiri yang gagal melepasi tapisan Lembaga Penapis Filem dan tidak ditayangkan kepada awam,melainkan setelah beberapa siri pemotongan dibuat sehingga ada yang mencacatkan jalan dan perkembangan plot cerita itu sendiri.

Kalau kita melihat kempen-kempen pilihanraya di Barat,di Amerika misalnya, parti yang memerintah dan parti pembangkang diberi peluang yang sama banyak untuk berdebat dan berkempen di peti televisyen,tidak demikian halnya di negara kita.Parti pembangkang langsung tiada peluang untuk berhadapan dengan rakyat,khususnya di saat hampirnya pilihanraya.Ini memperlihatkan bahawa tapisan maklumat itu masih kuat dan utuh dalam konteks negara kita.Meskipun A Wahab Hamzah sebenarnya lebih bermaksud untuk membicarakan televisyen internet,iaitu siaran yang boleh didapati menerusi internet,namun peratusan penggunaan dalam negara ini masih rendah,jauh berbanding dengan Singapura atau pun Korea. Seseorang tidak akan dapat menonton televisyen internet jika dia tidak boleh atau tidak mempunyai talian internet di rumahnya.Di tempat-tempat awam ia agak sukar dilakukan kerana terpaksa berhadapan dengan pengawalseliaan dan penguatkuasaan undang-undang.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa teknologi televisyen berkembang pesat hari ini,dan memperlihatkan satu kecanggihan yang luarbiasa dari tempuh-tempuh sebelumnya.Konsep televisyen yang digabungkan dengan multimedia mula mengambil alih konsep yang hanya menggambarkan warna dan cerita.Kini terdapat televisyen yang mampu menjadi media interaktif,yang digabungkan dengan komputer dan internet.Namun sejauhmana penggunaannya dalam negara masih terlalalu awal untuk dibuat tinjauan dan kajian.Kebanyakan kita masih memerlukan komputer untuk berhubung dengan dunia internet,atau untuk melaksanakan kerja-kerja menulis atau menaip,di samping membiarkan peti televisyen dengan rancangan hiburan,dokumentari,berita dan sebagainya.Kita sebenarnya tidak begitu tertarik dengan penggunaan peti TV sebagai media interaktif,meskipun sudah wujud peti TV yang boleh mengakses ke internet di samping melakukan kerja penulisan dan sebagainya.

Apa yang terlihat jelas pada masyarakat kini adalah penukaran dari TV kecil kepada TV yang lebih besar sehingga 29 inci besar skrinnya, dan skrinnya pula rata atau leper,namun masyarakat tidak begitu mengindahkan perkembangan teknologinya yang lain,seperti kebolehaksesannya ke dunia internet dan sebagainya di mana ia juga boleh berfungsi sebagai sebuah komputer peribadi.Tanggapan umum adalah televisyen adalah media hiburan di samping maklumat yang disebarkan melalui siaran-siaran berita semasa,dokumentari dan sebagainnya. Bahkan konsep MTV pun tidak begitu mendapat sambutan yang menggalakkan, tidak sepertimana sebahagian remaja termasuk orang-orang dewasa yang tergila-gilakan bola sepak istimewa pada musim Piala Eropah dan Piala Dunia. Begitu juga dengan rancangan-rancangan Malaysian Idol, Audition, Akademi Fantasia dan sebagainya yang merupakan rancangan hiburan semata,namun lebih diminati dan ditunggu-tunggu oleh para belia kita.Tidak ada rancangan yang berbentuk maklumat yang digilai oleh mereka, bahkan siaran berita perdana pun, sebahagian anggota masyarakat mendengar secara sambil lalu sahaja.

Memang ada sedikit kegilaan penonton terhadap rancangan yang berbentuk realiti seperti Suvivor dan sebagainya, namun minat itu tidaklah sebegitu kuat seperti tarikan Akademi Fantasia dan sebagainya yang berbentuk hiburan.Mungkin selera penonton di negara kita masih lemah,dan tidak tertarik dengan persembahan yang berbentuk real berdasarkan falsafah humanisme atau sebagainya,maka itu ia tidaklah memberikan kesan yang besar terhadap sikap dan pandangan hidup rakyat terbanyak di negara ini.Kita harus mengaku bahawa bahawa kita masih di tahap negara-negara membangun,dengan demikian rakyat negara ini tidak terlalu tertarik dengan konsep dan falsafah hidup yang sudah agak jauh dari jangkauan kita, seperti konsep humanisme yang dipaparkan menerusi Survivor itu.

Dengan begitu kesan TV sebagai media interaktif dalam negara ini masih lagi terbatas.Keterbatasan itu juga mungkin disebabkan oleh rancangan-rancangan yang kurang bermutu yang dipersembahkan melalui berbagai slot drama tempatan,yang menjadikan masyarakat kurang berminat untuk menghampiri skrin TV, terutama di kalangan mereka yang pencapaian akademiknya agak tinggi,seperti lulusan maktab dan universiti.Ini mungkin disebabkan oleh rancangan yang kurang bermutu itu,yang tidak menarik minda mereka, dan dalam hal ini ada benarnya kenyataan yang disebut oleh A.Wahab Hamah itu,tentang krisis keyakinan terhadap siaran televisyen di negara ini.Walaupun begitu,bagi masyarakat umum, masyarakat yang sederhana pendidikannya,masih lagi memberikan perhatian yang besar terhadap rancangan-rancangan televisyen di negara kita, yang merupakan tempat melepas lelah bagi mereka setelah seharian bekerja,mencari sesuap rezeki untuk menyara hidup dan persekolahan anak-anak dan keluarga.

AlKundangi,
11.5.2010.

JANGAN JADIKAN MATLAMAT MENGHALALKAN CARA

Jangan Jadikan Matlamat halalkan cara


Dalam Islam kita telah diajar bahawa sebarang pertaruhan atau pun dengan bahasa mudahnya JUDI adalah sesungguhnya HARAM!

Tiada istilah menghalalkan sebarang bentuk perjudian atau pun pertaruhan ini waima diatas nama kebajikan sebagaimana suatu ketika dahulu diawal-awal kearah kemerdekaan negara kita (awal tahun 50an), UMNO telah cuba memperkenalkan Loteri Kebajikan atas dasar untuk membantu sumber kewangan parti dan juga menolong rakyat yang miskin pada ketika itu!


Atas sifat ketegasan UMNO untuk melaksanakan ‘kebajikan’ tersebutlah maka tercetuslah idea untuk para ulama yang berada didalam UMNO ketika itu untuk keluar daripada parti kerana membantah keputusan untuk mengadakan loteri kebajikan tersebut.
Di negara kita, keunikannya ialah apabila wujudnya istilah judi halal dan judi haram walaupun terus terang semua orang tahu judi itu haram disisi Islam! Mengikut takrifan yang kita fahami, istilah ‘Judi Halal’ itu ialah sebarang bentuk pertaruhan atau perjudian ataupun keinginan untuk mencuba nasib pada tempat yang dibenarkan, dengan kata lain tempat berjudi yang telah di beri lesen oleh pihak kerajaan (Kementerian Kewangan @ MOF) seperti Sport Toto, Magnum, perlumbaan kuda dan berbagai yang lain lagi.

Manakala istilah ‘Judi Haram’ pula ialah tempat perjudian atau pertaruhan yang beroperasi tanpa kebenaran secara haram tanpa mendapat lesen yang ‘sah’ daripada pihak kerajaan @ MOF. Oleh itu didalam hal ini judi yang haram daripada segi hukum agama telah diisytiharkan sebagai judi haram kerana beroperasi tanpa kebenaran yang sah!

Terkini, apabila pihak MOF bersungguh-sungguh untuk menimbangkan bagi membenarkan pertaruhan ataupun perjudian sempena musim bolasepak Piala Dunia yang bakal bermula pada Jun nanti.

Menurut kata Timbalan Menteri Kewangan, Dato Dr Awang Adek Hussein cadangan untuk membenarkan perjudian ini secara sah adalah disebabkan kerana untuk mengekang daripada berlakunya aktiviti perjudian tidak berlesen ketika kejohanan Piala Dunia yang akan berlangsung nanti.

Justeru itu sekiranya kerajaan tidak mengeluarkan lesen yang sah, dikhuatiri aktiviti pertaruhan atau perjudian ini tetap berlaku tanpa pemantauan yang khusus daripada pihak kerajaan yang boleh mengakibatkan mengalami kerugian dan tidak menguntungkan kerajaan.

Walaupun tidak dapat disahkan lagi akan keputusan untuk membenarkan perjudian ini secara sah, kita melihat apakah kerajaan kini khususnya pihak MOF sudak kehilangan punca untuk mencari atau meneroka bidang yang lain bagi menambahkan hasil kewangan negara sehinggakan terpaksa ‘melutut’ kepada perjudian lagi?

Sepatutnya lesen-lesen perjudian yang sedia ada ini kita kurangkan, tetapi lain pula jadinya apabila ianya semakin ingin ditambah! Apa sudah jadi kini? Dimana peranan para alim ulama didalam UMNO khususnya untuk menegur perkara seperti ini? Para Mufti juga harus berperanan dengan lebih agresif lagi kali ini untuk menegur hasrat kerajaan ini.

Tidak cukupkah lagi di negara kita yang telah memiliki berbagai bentuk perjudian dan pertaruhan? Cuba bayangkan daripada ‘atas gunung’ sehinggakan ke ‘bawah daratan’ sudah pun dilesenkan perjudian, apakah negara kita ini berterusan untuk berada didalam lingkaran yang berbentuk perjudian walaupun ianya telah ‘dihalalkan’ atas nama sumber pendapatan negara yang baru?

Yang pasti kita mahukan keberkatan kehidupan didalam negara yang tercinta ini. Kita tidak mahu negara kita hidup diatas landasan hasil perjudian walaupun ianya tidaklah digolongkan sebagai sumber utama pendapatan negara. Jangan jadikan matlamat untuk menghalalkan cara. Hasil yang halal pasti memberi keberkatan kepada kehidupan kita semua, Insya Allah.

Sumber http://ingeniur.blogspot.com
kedahlanie.blogspot.com
10.5.2010

TUJUH KALI M,ENUNAIKAN HAJI TIDAK NAMPAK KA'BAH

TUJUH KALI MENUNAIKAN HAJI TUDAK NAMPAK KA'BAH


Sebagai seorang anak yang berbakti kepadaorang tuanya, Hasan (bukan
nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang
kelima.Sarah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang dengan
ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara material,mereka
memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala kelengkapan sudah
disiapkan.

Ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya
sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan
thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan
Semesta Alam. "Labaik Allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya
Allah".

Hasan menggandeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Ka'bah (Bu,
lihatlah Ka'bah)." Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna
hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi dia terdiam.
Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh
anaknya.

Hasan kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah
ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan. Ibunya sendiri tak mengerti
mengapa ia tak bisa melihat apapun selain kegelapan. beberapakali ia
mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak hanyalah kegelapan.

Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya. Beberapa minit yang
lalu dia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki
Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gulita. Tujuh kali Haji Anak yang
sholeh itu bersimpuh di hadapan Allah. Ia shalat memohon ampunan-Nya.
Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah, mengharap
rahmatNYA.Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala
kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.

Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang
sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan
menatap Ka'bah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali membawa
ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak
kepadanya.Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali dibutakan
didekat Ka'bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan
symbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak dapat melihat Ka'bah.
Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun
berikutnya.Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat Ka'bah. Setiap berada di
Masjidil  Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelap.

Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. hingga kejadian itu
berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.Hasan tak habis fikir,
dia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan
Ka'bah.Padahal, setiap kali berada jauh dari Ka'bah, penglihatannya selalu
normal. Dia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga
mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperlakukan ibunya,
sehingga mendapat musibah seperti itu ? Segala pertanyaan berkecamuk
dalam dirinya. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama,
yang dapat membantu permasalahannya.

Beberapa saat kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal
kerana kesolehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat). Tanpa
kesulitan bererti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia
pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu
mendengarkan dengan saksama, kemudian meminta agar Ibu Hasan perlu
menelefonnya. Anak yang berbakti ini pun pulang.  Setibanya di tanah
kelahirannya, dia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi
tersebut.

Beruntung, sang Ibu mau memenuhi permintaan anaknya. Ia pun menelefon
ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah
suci. Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi, mengingat
kembali,mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa
lalu,sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap
terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya. . "Anda
harus berterus-terang kepada saya, karana masalah anda bukan masalah
senang," kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian dia
meminta waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama
itu tidak mendapat sebarang khabar dari Sarah.

Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah
menelefon. "Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat  di
rumah sakit," cerita  Sarah akhirnya."Oh, bagus..... Pekerjaan jururawat adalah
pekerjaan mulia," potong ulama itu.

"Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli,
apakah cara saya itu halal atau haram," ungkapnya terus terang. Ulama itu terkejut. Ia
tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian.

"Di sana...." sambung Sarah, "Saya sering kali menukar bayi, karana tidak
semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang
menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan,
dengan imbuhan wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan
mereka."

Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah.
"Astagfirullah. ....."
betapa tega wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk
melahirkan anak.Bayangkan, betapa banyak keluarga
yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah tidak
tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan  sangat penting.
Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas.
Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan, terutama dalam
masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh
dinikahi."Cuma itu yang saya lakukan," ucap Sarah. "Cuma itu ?"
tanya ulama terperanjat.

"Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar  biasa, betapa
banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!". . ucap ulama dengan nada
tinggi."Lalu apa lagi yang Anda kerjakan?
"tanya ulama itu lagi sedikit kesal. "Di rumah sakit, saya juga
melakukan tugas memandikan orang mati."
"Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama. "Ya, tapi saya
memandikan orang mati karana ada kerja sama dengan tukang sihir."
"Maksudnya?" tanya ulama tidak mengerti.. "Setiap saya bermaksud
menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas
sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan
tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan
benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati."

"Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya
memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan
lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti
terpental, tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya
dalam-dalam.Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu seterusnya
berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu
dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan." Mendengar
pertuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak
marah."Cuma itu yang kamu lakukan ?". "Masya Allah....!!! Saya tidak dapat
bantu anda.Saya angkat tangan".Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui
perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang
manusia, apalagi dia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu tega,
begitu keji.Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan
sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun kepada
Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda.."

Bumi menolaknya. Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian
ulama tidak mendengar khabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia
mendapat tahu dengan menghubunginya melalui telepon. Ia berharap Sarah
telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah
akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang
kepadanya.Kerana tak juga memperoleh khabar, ulama itu menghubungi
keluarga Hasan di Mesir..

Kebetulan yang menerima telefon adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan
khabar Sarah,ternyata khabar duka yang diterima ulama itu. "Ummi sudah
meninggal dua hari setelah menelefon ustad," ujar Hasan. Ulama itu
terkejut mendengar khabar tersebut.. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan
?". tanya ulama itu.

Hasan pun akhirnya bercerita : Setelah menelefon ulama, dua hari
kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah
peristiwa penguburan Sarah. Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian
dimasukkan jenazah atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras.
Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah
yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu
berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorangpun penghantar jenazah
yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat.

Peristiwa itu terjadi  berulang-ulang. Para penghantar yang menyaksikan
peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh
terjadi.Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan
perbuatan si mayat.Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus-asa
kerana pekerjaan mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan
sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berhasil digali.
Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja
tergeletak di hamparan tanah kering kerontang.

Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak
tega meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur.
Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah
perkuburan seorang diri.. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang
laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang
Mesir. Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang
menjorok ke depan.. Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian  berkata
padanya," Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!". kata orang itu.

Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu
akan menunggu jenazah  ibunya. Syukur-syukur menggali lubang dan
kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menengok ke
belakang, sampai tiba di rumahmu, "pesan lelaki itu. Hasan mengangguk,
kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia di luar lokasi
pemakaman,terselit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan
jenazah ibunya.

Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan,
melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti
seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari
arah yang berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan.Dengan
langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu. Demikian yang
diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahwa separuh
wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana terbakar.

Ulama itu mendengarkan dengan seksama semua cerita yang diungkapkan
Hasan. Dia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan
meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan
oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa
yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu. Ulama itu
meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan
sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan
hilang.Benar saja,tak berapa lama kemudian Hasan kembali memberitahu ulama itu,
bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin
hari bekas kehitamannya hilang. Tanpa tahu ap a yang telah dilakukan
ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun
perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh
Allah SWT.

Semoga kisah nyata dari Mesir ini bisa menjadi pelajaran bagi kita
semua. Wang $50.000 atau $50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak
derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45
minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu
untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi
tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk
memasukinya.Kita mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui e-mail
tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir
2 atau 3 kali.

Fadzli Yamani
melalui emel.
11 Mei,2010.

Monday, May 10, 2010

Ugut Bunuh Nik Aziz- Emel Dari Seorang Sahabat

Subject: FW: Pemuda UMNO Ugut Bunuh TGNA..!

Apa dah jadi dengan Malaysia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Pemuda UMNO Ugut Bunuh TGNA..!
 


Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.

Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”

“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.

TAZKIRAH: MUSLIM SEBAGAI UMAT CONTOH

Tazkirah: Muslim Sebagai Umat Contoh


Ramai orang Islam tidak menyedari kenapa mereka dilahirkan sebagai seorang Muslim. Apakah mereka lahir sebagai Muslim hanya menurut agama ibu bapa mereka, atau mereka dilahirkan kebetulan sebagi Muslim. Apakah tugas seorang muslim itu sama dengan bukan Muslim? Kebanyakan orang kita tidak begitu mengambil berat tentang soal ini. Mereka dilahirkan sebagi seorang Muslim, nama mereka Muslim, cara hidup atau kebudayaan mereka mengikut cara Islam, itu semua sudah cukup bagi mereka. Tetapi apakah Islam itu hanya sekadar itu sahaja?

2. Sebenarnya umat Islam mempunyai tugas tertentu di dunia ini. Mustahil satu umat tidak mempunyai tugas. Orang Israel sendiri pun mempunyai tugas atau misi tertentu, iaitu untuk mengusai dunia ini dengan dongeng umat pilihan mereka, Mereka berjuang untuk mendapatkan Baitulmaqdis, tempat yang dianggap paling suci oleh mereka. Mereka juga seharusnya menegakkan sebuah negara mereka sendiri, dan menjadikan negara lain sebagai pak turut kepada mereka.

3. Orang Islam sebenarnya diminta berbeza dengan orang-orang yang beragama , kerana mereka adalah umat terakhir yang dilahirkan ke dunia ini. Sesudah Islam tidak ada lagi nabi-nabi diutus untuk membawa ajaran baru. Mereka harus memimpin dunia ini dengan agama mereka, dengan keadilan Islam. Mereka harus berbeza dengan orang lain bukan sahaja dari segi nama, tetapi juga dari segi pakaian, pergaulan, akhlak bahkan seluiruh hidup mereka. Mereka harus menunjukkan tauladan yang baik, kerana umat ini adalah umat yang terbaik yang pernah dilahirkan ke dunia.

4.Sebab itu umat Islam harus menjadi contoh kepada bangsa lain dengan kelebihan yang ada pada mereka. Mereka harus menjadi pemimpin kepada masyarakat dunia ini seperti pada zaman Nab Muhammad SAW dahulu.Mereka harus menunjukkan keadilan dan ketelusan dalam system pemerintahan mereka, pembahagian kekayaan yang seimbang, system social yang lebih adil untuk semua dan sebagainya. “Demikianlah kami jadikan kamu ummatan wasothan (umat contoh) agar kamu menjadi saksi ke atas manusia ,(maksud AlQuran).

5.Justru itu, sebagai kaum muslimin, kita harus mengembalikan Islam itu ke tempat asalnya, seperti mana asa yang diletakkan oleh Nabi dan para sahabatnya, bukan Islam yang ditelatkkan di pejabat-pejabat agama, di upacara-upacara tertentu dan sebagainya. Islam sewajarnya memerintah, bukan diperintah. Inilah antara tugas umat Islam. Mereka harus berusaha untuk mengembalikan Islam itu kepada posisinya yang asal, dan tugas ini adalah satu jihad yang besar di sisi Allah, dan seandaianya seseorang meninggal dalam melaksanakan tugas ini, matinya adalah mati syahid. Inilah pahala yang cukup besar yang dijanjikan Allah di dalam kitab-kitabnya dan di dalam hadis-hadis nabi yang beribu banyaknya. Oleh itu rebutlah peluang ini, inilah saham paling agung di sisi Islam, wallahu a’lam.


AlKundangi,
10.5.2010
http://alrembauwi.blogspot.com

Friday, May 7, 2010

Kickdefella dan RM 4 juta

Desas-desus mengatakan Kickdefella, seorang Blogger dan bekas Pegawai Perhubungan Korporat, Perbadanan Menteri Besar Kelantan diupah oleh beberapa syarikat sehingga mencecah 4 juta untuk mengadakan perang saraf bagi memburukkan bekas PM Abdullah Ahmad Badawi di samping menaikkan imej PAS bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Perang Gerak Saraf adalah perkara biasa dalam politik, bahkan ia tidak dapat dipisahkan dari politik itu sendiri.

2. UMNO/BN pada setiapkali menjelang PRK akan mewujudkan perang saraf yang cukup hebat khasnya menyerang peribadi DS Anwar Ibrahim dengan mengadakan kes liwat bagi menjatuhkan kredibiliti DS Anwar. Mereka juga memburuk-burukkan Parti Pembangkang yang bertanding dan rakan-rakannya dan menyatakan beribu-beribu ahli keluar parti tersebut dan tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat.

3. Lebih dari itu, UMNO/BN menggunakan seluruh media yang ada termasuk yang bercetak dan elektronik untuk mengadakan perang saraf terhadap Parti Pembangkang dalam usaha memenangi PRK yang berkaitan. Mereka juga membeli wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kredibiliti lawan agar dilihat tidak lagi diterima oleh rakyat marhaen. Tetapi sebenarnya UMNO/BN telah menghabiskan jutaan ringgit untuk membeli wakil rakyat-wakil rakyat berkenaan yang merupakan sebahagian dari perang sarafnya.

4. Apabila Kickdefella mengumumkan secara rasmi beliau diupah sehingga RM 4 juta untuk melaksanakan perang saraf terhadap bekas PM itu di samping menaikkan imej Pembangkang,ia adalah sesuatu yang biasa, kerana gerak saraf, seperti yang telah disebut, adalah sebahagian dar proses politik itu sendiri. Jadi tidak ada salahnya jika beliau diupah sehingga RM 4 juta, kerana itu adalah permainan politik yang diamalkan di mana sahaja di dunia ini. Bahkan dalam setengah-setengah keadaan, pembunuhan adalah menjadi perkara lumrah dalam menghadapi lawan politik masing-masing.

5. Justru itu, blogger berkenaan tidak perlu mencanangkan siapa yang membiayai beliau, dan apa tugas beliau dalam gerak kerja politik yang beliau ceburi. Jika beliau menyertai UMNO sekalipun, bukanlah sessuatu yang menghairankan dengan pendedahan terbaru yang dilakukannya ini. Sama seperti Ezam, ia bermati-matian membela DS Anwar dengan bukti dokumen yang berkotak-kotak, namun akhirnya meninggalkan DS Anwar dan Parti Keadilan demi untuk mengejar kemewahan yang dijanjikan oleh UMNO, dan kini beliau telah pun memperolehi habuannya dengan dilantik sebagai senator di Dewan Rakyat.

6. Saya sendiri sudah lebih sepuluh tahun menulis di lamn-laman web reformasi dan akhirnya mewujudkan blog sendiri tanpa dibiayai oleh sesiapa pun. Bahkan kami para blogger mengeluarkan duit poket sendiri untuk sama-sama menegakkan keadilan dan ketelusan dalam negara ini demi kepentingan rakyat terbanyak, agar mereka tidak ditindas oleh para penguasa yang cendrung mengamalkan sistem kukubesi. Siapakah lagi yang dapat membela rakyat, kalau bukan parti pembangkang dan para penulis bebas yang menggunakan media baru untuk menyampaikan maklumat yang benar kepada rakyat marhaen. Para pejuang Islam misalnya, berjuang menentang pemerintah yang zalim, sehingga sebahagiannya menemui syahid dalam perjuangannya tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari manusia. Balasan yang setimpal hanya datang dari Allah sendiri, yang maha adil dan maha bijaksana.

AlKUndangi,
7.5.2010.
http://alremabuwi.blogspot.com

Tuesday, May 4, 2010

HANYA UMNO MAMPU MEREALISASIKAN CITA-CITA RAKYAT

Kenyataan PM di Sibu dalam usaha memancing undi penduduk Sibu menyatakan hanya UMNO/BN mampu memberikan keadilan dan kebahagian rakyat adalah satu kenyataan yang menafikan kewujudan Tuhan yang memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakkinya tanpa mengira siapakah manusia itu."Barang siapa yang takut (bertakwa) kepada Tuhannya, Dia akan memberikannya jalan keluar dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga sama sekali (maksud AlQuran)." Mungkin PM bukan ahli dalam pentafsiran AlQuran, namun sudah ramai ulama termasuk ulama UMNO memperkatakan hal itu.

2. PM berucap di Sibu di mana pilihanraya kecil diadakan tidak lama lagi, dan lebih 50,000 penduduk Sibu dijangka keluar mengundi. Peluang untuk menang masih pada tahap 50/50. Ini kerana BN sendiri sedang menghadapi krisis kepercayaan dari rakyat, ekoran pelbagai kesilapan dan keangkuhan pemimpinnya. Terbaru Aminulrashid,15, ditembak mati oleh pihak polis yang menyangkanya penjenayah. Ini adalah contoh keangkuhan dan kerakusan kuasa di kalangan pemimpin dan pengikut BN.

3. Sebagai seorang Muslim, kita percaya kebahagiaan dan ketenangan adalah hak Allah yang dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Bahkan kerajaan dan kuasa itu sebdiri adalah hak Allah yang dipinjamkan kepada manusia tertentu untuk sementara waktu."Katakanlah Alllah yang memiliki kerajaan, Dia memberikan kuasa kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan dia juga mencabut kuasa dari sesiapa yang dikehendakinya (maksud AlQuran- Surah AlBaqarah).

4. Oleh yang demikian, sebagai muslim kita harus berhati-hati berkata sesuatu, supaya kita tidak dilihat angkuh sehingga dibenci oleh kaum lain. Dia maha berkuasa untuk menentukan segala sesuatu.


AlKundangi,
4.5.2010.
http://alrembauwi.blogspot.com

Monday, May 3, 2010

ULASAN BUKU: SANTUN KOMUNIKASI

ULASAN BUKU

JUDUL BUKU: SANTUN KOMUNIKASI

PENGARANG: ABDUL MU’ATI @ ZAMRI AHMAD

PENERBIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

CETAKAN : CETAKAN PERTAMA,2001

HALAMAN : 112 HALAMAN

HARGA : TIDAK DICATAT



Santun Komunikasi adalah sebuah buku komunikasi yang ditulis oleh orang yang tidak asing lagi dalam bidang komunikasi, khususnya di Universiti Putra Malaysia.Beliau kini adalah orang penting di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.Buah tangannya atau bukunya yang lain tentang komunikasi berjudul Komunikasi Di Tempat Kerja, juga diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, satu-satunya penerbit buku-buku ilmiah dan pelajaran serta kesusasteraan yang mendapat dukungan penuh kerajaan.Untuk melihat apakah yang dibicarakan melalui Santun Komunikasi ini kita perlu melihat ringkasan isinya atau sinopsisnya terlebih dahulu sebelum kita berbicara lebih jauh tentang karya “mahaguru” dalam bidang Pengucapan Awam di Universiti Putra Malaysia ini.

Sinopsis

Santun Komunikasi sebenarnya terdiri dari lima bab utama,iaitu bab pertama berjudul Mengenali Komunikasi, seterusnya bab Komunikasi Dalam Keluarga, Komunikasi Di Tempat Kerja, Mendengar Sebagai Satu Komponen Komunikasi, dan terakhir ialah Komunikasi Dari Sudut Islam.Seperti yang telah diberitahu dari awal oleh pengarangnya, Santun Komunikasi tidaklah berbicara secara ilmiah, tetapi sesuai untuk masyarakat umum yang mungkin tidak begitu mesra dengan bidang komunikasi, di samping ianya juga boleh dijadikan bacaan tambahan bagi pelajar-pelajar jurusan komunikasi.

Walau bagaimanapun, dalam bab awal, iaitu Mengenali Komunikasi buku ini mengetengahkan ideanya agak ilmiah juga, iaitu dengan menyentuh tentang takrifan komunikasi.Komunikasi menurut Dr.Abu Muati adalah satu proses manusia menghantar dan menerima mesej.Beliau kemudian menyebut beberapa pendapat dari tokoh-tokoh komunikasi tentang apa itu komunikasi. Umpamanya ia memetik pendapat Byrnes yang menyebutkan komunikasi adalah satu proses interaksi di antara manusia,di mana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat,gerak,isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi atau bertukar-tukar maklumat,mempengaruhi tingkahlaku,memujuk ataupun mengubah keadaan fizikal atau mental mereka.

Seterusnya buku ini membahagikan komunikasi kepada empat jenis utama, iaitu Komunikasi Intrapersonal, Komunikasi Antara Perseorangan,Komunikasi Kumpulan Kecil dan Komunikasi Awam. Komunikasi Intrapersonal adalah komunikasi seseorang itu dengan dirinya sendiri,manakala komunikasi interpersonal pula adalah komunikasi yang berlangsung di antara dua orang manusia.Sementara itu komunikasi kumpulan kecil pula adalah komunikasi yang berlaku dalam satu kumpulan yang kecil untuk berbincang seperti mesyuarat dan sebagainya,manakala komunikasi Awam pula ditakrifkan sebagai komunikasi yang disampaikan oleh seseorang pengucap dalam satu majlis yang besar di mana komunikasinya lebih bersifat sehala.

Selanjutnya dibicarakan unsur-unsur dan proses komunikasi di mana sang pengarang menyebutkan ada sebelas unsur komunikasi semuanya termasuklah sumber,enkod,saluran,idea,penerimaan,dekod,pemahaman,penerima, maklumbalas, gangguan dan suasana. Dibicarakan juga bentuk-bentuk komunikasi yang terdiri dari lima bentuk iaitu bentuk lisan, komunikasi bukan lisan, komunikasi sentuhan, tulisan dan isyarat, dan bentuk visual. Halangan-halangan komunikasi juga disinggung dalam bab ini.Halangan-halangan itu merupakan halangan-halangan seperti kebisingan fizikal, kecacatan fisiologi, masalah semantik,masalah sintaksis dan masalah psikologi.

Komunikasi Dalam Keluarga

Tajuk di atas adalah merupakan bab ke dua dari buku ini, Santun Komunikasi. Pembicaraan bab ini banyak menyentuh tentang hubungan suami-isteri dan anak-anak.Suami yang juga merangkap sang ayah, seharusnya menjadi contoh dalam keluarga, yang memainkan peranan komunikasi yang baik yang penuh kasih sayang serta menimbulkan keharmonian dalam sesebuah keluarga itu sendiri.Komunikasi di antara suami isteri ini terdiri dari komunikasi lisan dan bukan lisan, di mana komunikasi lisan adalah komunikasi verbal yang melambangkan hubungan suami-isteri.

Dalam komunikasi bukan lisan pula ia boleh berlaku dengan beberapa cara.Antaranya ialah melalui mimik muka.Kejernihan airmuka suami-isteri sewaktu berkomunikasi dapat membawa kedamaian dalam rumah tangga.Bahasa badan juga merupakan komunikasi bukan lisan yang sering diamalkan dalam hubungan suami isteri.Begitu juga hubungan dengan anak-anak. Lain-lain bentuk komunikasi bukan lisan dalam keluarga ialah penggunaan nada suara yang lunak,pertembungan mata,belaian dan sentuhan,penampilan diri,pemberian hadiah atau ganjaran kepada suami-isteri khasnya pada hari-hari tertentu seperti harijadi, dan bentuk terakhir ialah menjadikan diri sendiri sebagai contoh tauladan dalam keluarga sendri.Hal ini penting kerana jika tiada contoh tauladan yang baik anak-anak mungkin akan mencari contoh tauladan yang lain di luar rumah tangga. Mereka mungkin terpengaruh dengan keadaan semasa yang mana masyarakat massa sering menjadikan penyanyi atau bintang filem sebagai “role model” bagi mereka.

Bab ini berakhir dengan sub tajuk Komunikasi dan Pembentukan Harga Diri Anak-Anak di mana sang pengarang membicarakan betapa pentingnya harga diri dalam sesebuah keluarga.Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi akan lebih mudah belajar dengan berkesan di samping membina hubungan baik dengan masyarakat dan alam sekeliling,lebih pandai menggunakan peluang untuk maju dan lebih produktif.

Komunikasi Di Tempat Kerja

Komunikasi di tempat kerja adalah pembicaraan selanjutnya dalam buku ini. Pembicaraan ini adalah berkisar dalam komunikasi kerogannisasian, di mana ia adalah satu bidang komunikasi yang penting dewasa ini yang lebih dikenali sebagai komunikasi korporat. Biasanya komunikasi di tempat kerja terbahagi kepada dua jenis komunikasi, iaitu komunikasi formal dan tidak formal.Komunikasi formal dalam organisasi merujuk kepada komunikasi yang membawa mesej rasmi daripada pihak pengurusan kepada pekerja,komunikasi daripada pekerja kepada pihak pengurusan dan komunikasi di antara sesama ahli organisasi dalam hierarki yang sama.

Sementara itu komunikasi yang tidak formal dalam organisasi merujuk kepada aliran maklumat yang tidak rasmi dalam organisasi, termasuklah khabar angin,gosip dan seumpamanya.

Selanjutnya dibincangkan komunikasi pengurus dengan para pekerjanya dalam sesebuah organisasi.Komunikasi ini lebih bersifat ke bawah, di mana para pengurus berhubung atau berinteraksi dengan para pekerjanya melalui berbagai cara dan tujuan. Di antara tujuan itu adalah memberi arahan tentang pelaksanaan kerja dan cara menjalankannya,memberi alasan kepada pekerja mengapa mereka perlu melaksanakan kerja tersebut, memberi data-data yang diperlukan mengenai prosedur operasi,dasar serta amalan organisasi,memberikan maklumbalas kepada pekerja mengenai pencapaian mereka dalam kerjaya dan memberikan maklumat yang menyatakan misi dan pemahaman matlamat korporat.

Komunikasi di antara pekerja dengan pengurus pula bertujuan untuk memberi maklumbalas tentang sikap dan perasaan pekerja kepada pihak pengurusan.Ia juga bertujuan untuk memberikan cadangan untuk memperbaiki prosedur dan melahirkan idea baru,memberikan maklumbalas mengenai keberkesanan komunikasi ke bawah, memberikan maklumat mengenai pengeluaran dan pencapaian matlamat, memberi ruang kepada para pekerja untuk menyuarakan permintaan mereka, menyalurkan rungutan-rungutan dari para pekerja dan meningkatkan penglibatan pekerja dalam aktiviti organisasi.

Komunikasi mendatar pula berlaku di antara rakan sesama pekerja itu sendiri dalam hierarki yang sama dalam sesebuah organisasi.Komunikasi jenis ini bertujuan untuk menyelaraskan usaha di antara unit dan jabatan yang saling bergantung, untuk membina sistem sokongan sosial dalam organisasi, perkongsian maklumat di antara sesama rakan sekerja, memudahkan penyelesaian masalah dan menghalang konflik di antara jabatan yang disebabkan oleh salahfaham,gangguan komunikasi dan kekurangan maklumat. Menurut Dr.Zambri, komunikasi jenis ini agak kurang formal berbanding dengan dua jenis komunikasi yang terdahulu.Hal ini mungkin disebabkan ia adalah komunikasi di antara sesama rakan sekerja,bukan komunikasi di antara pengurus dengan pekerjanya atau komunikasi di antara pekerja dengan pihak pengurusan.

Di antara komunikasi mendatar yang sering diamalkan oleh anggota organisasi ialah menerusi perbualan melalui telefon, percakapan dalam acara-acara sosial seperti acara sukan dan berkelah, perbincangan dalam mesyuarat, kmounikasi dalam Jawatankuasa Bertindak, komunikasi bertulis dan komunikasi dalam kumpulan kawalan meningkatkan mutu kerja.

Komunikasi tidak formal,menurut buku ini adalah juga dikenali sebagai grapevine di mana ia membawa maksud apa sahaja jenis komunikasi yang tidak formal yang berlaku dalam sesebuah organisasi.Grapevine membawa ciri-cirinya yang tersendiri, di antaranya ialah ianya membawa mesej dengan cepat dalam organisasi, kebanyakannya berbentuk lisan, ia lebih cendrung untuk menangani perkara-perkara luarbiasa dalam organisasi, ia lebih berorientasikan manusia yang merupakan anggota organisasi, ia dikawal oleh pekerja dan ianya juga didorong oleh pekerja. Walaupun grapevine merupakan komunikasi tidak formal, namun ia membawa banyak manfaat kepada organisasi. Antaranya ia merupakan petunjuk kepada suasana organisasi, ianya boleh digunakan untuk mengumpulkan maklumat yang terus terang lagi ikhlas bagi pengurus yang peka. Grapevine juga merupakan luahan rasa, di samping boleh mempengaruhi persekitaran sosial dan kualiti kerja, dan ia juga dapat menampung kelemahan dalam pemerosesan maklumat yang tidak dapat ditampung oleh saluran formal.

Selanjutnya pengarang membicarakan masalah-masalah komunikasi di tempat kerja dengan menyorot kepada halangan-halangan dalam komunikasi.Halangan pertama dikatakan sebagai kerosakan maklumat di mana ia disebabkan oleh berbagai perkara.Di antaranya ialah pekerja menyembunyikan data penting, pekerja memanipulasi data, pekerja melangkah peringkat-peringkat tertentu dalam hierarki organisasi,pekerja tidak percaya kepada penyelianya dan sebagainya.

Halangan kedua adalah bebanan komunikasi, di mana ia ditakrifkan sebagai amaun atau kuantiti dan kecanggihan mesej yang diterima oleh sesuatu unit analisis.Unit analisis merujuk kepada sebuah jabatan atau seorang pekerja dalam organisasi.Kekontangan maklumat berlaku apabila seorang pekerja dinafikan haknya untuk menerima maklumat dalam jaringan komunikasinya.Kelimpahan maklumat pula berlaku bilamana seorang pekerja tidak berupaya lagi untuk menampung dan memproses maklumat yang terlalu tinggi kuantitinya. Kedua-dua bebanan komunikasi ini iaitu kelimpahan dan kekontangan maklumat boleh diatasi dengan melibatkan anggota organisasi yang tersisih ke dalam mesyuarat, menjalankan agihan kerja yang betul, memberi maklumat kepada pekerja berdasarkan bidangnya sahaja dan melatih pekerja menentukan keutaman tugas.

Konflik

Dalam bab ini juga dibicarakan konflik dalam organisasi, yang merupakan sub tajuk yang terakhir bagi bab ini. Dalam mentakrifkan konflik Dr.Zamri mengambil pandangan beberapa orang sarjana dalam mendefinisikannya.Antaranya pendapat Hocker dan Wilmot yang menyebut konflik adalah pergelutan sekurang-kurangnya di antara dua pihak yang saling bergantung, dan mereka dapat merasakan perbezaan matlamat,kekurangan ganjaran dan halangan daripada pihak kedua dalam pencapaian matlamat masing-masing.

Secara umumnya konflik tercetus dari empat punca iaitu perbezaan pendapat, perbezaan matlamat, perbezaan peranan dan sumber yang terhad.Walau bagaimanapun setiap konflik boleh diselesaikan.Menurut McCroskey dan Wheeless konflik boleh dielakkan dengan meninggalkan punca konflik itu secara fizikal atau psikologikal.Selain dari itu,konflik boleh dihalang dengan melemahkan perbincangan tentang konflik. Persaingan juga dapat menyelesaikan konflik dengan syarat peraturan-peraturannya dipatuhi seperti isu yang dibincangkan perlu ada sempadannya, kenyataan yang dibuat mestilah hanya berkisar kepada masalah konflik sahaja dan bukan peribadi atau individu. Individu yang terlibat juga perlu mengelakkan isu-isu yang sukar dan rumit pada pandangan pihak yang satu lagi.Jika hal-hal seperti ini boleh dielakkan, persaingan dalam bentuk menang-menang akan dapat menyelesaikan konflik. Selain dari itu,konflik juga boleh diselesaikan melalui rundingan dan kompromi serta pendekatan integrasi yang kreatif.

Mendengar Sebagai Satu Komponen Komunikasi

Tajuk di atas merupakan bab ke empat dari buku ini.Dalam aktiviti komunikasi kita sebenarnya memperuntukkan 17% dari kegiatan komunikasi itu untuk membaca,16% untuk bercakap, 14% untuk menulis dan selebihnya 53% adalah untuk mendengar.Dengan demikian aktiviti mendengar adalah yang paling besar peratusannya dalam kegiatan komunikasi kita setiap hari. Sebab itu mendengar adalah aktiviti terpenting dalam proses komunikasi. Pendengaran bergantung kepada persekitarannya, di mana sang pengarang membahagikan ia kepada dua,iaitu persekitaran psikologikal dan persekitaran fizikal.

Persekitaran psikologikal dipengaruhi oleh unsur-unsur pengalaman,sistem nilai, latar belakang pendidikan dan set psikologi di mana set psikologi lebih menjurus kepada sikap pendengar itu sendiri.Umpamanya adakah ia bersikap defensif, agresif atau pun dingin terhadap pihak yang berbicara. Persekitaran fizikal pula adalah keadaan di sekeliling pendengar yang mengandungi unsur-unsur ketajaman pendengaran,usia , tempat, masa dan gangguan dalam komunikasi.Tabiat mendengar juga mendapat sorotan penting dari pengarang buku ini, di mana ia mempnyai unsur buruk dan baik.Pendengar yang berkesan akan cuba mencari unsur-unsur yang menarik dalam setiap subjek yang didengarinya.Manakala pendengar yang tidak berkesan pula akan membiarkan emosinya menguasai dirinya khususnya apabila perkataan-perkataan tertentu.

Pendengaran adalah sesuatu yang boleh diusahakan dan boleh dilatih.Ini menjadikan pendengaran itu kepada dua, iaitu pendengaran pasif dan pendengaran aktif.Pendengaran aktif dipengaruhi oleh empathy,penerimaan,keserasian dan kejituan.Pendengaran pasif pula bertentangan dengan pendengaran aktif.Sikap dan perbuatan kita boleh menjadi penghalang kepada pendengaran itu senidiri.Umpamanya sikap bias,prasangka,dan pendapat-pendapat peribadi yang sempit seringkali palsu dan salah. Kita seharusnya mendengar terlebih daulu sebelum membuat sebarang kesimpulan dari sesuatu pembicaraan yang sedang berlangsung itu.Sikap gopoh dan merasakan diri lebih daulu makan garam, akan menjadikan pendegaran kita sia-sia ,kerana komunikasi yang berkesan tidak akan sempurna dan berjaya tanpa pendengaran yang berkesan.

Komunikasi Dari Sudut Islam

Komunikasi dari sudut Islam adalah merupakan bab ke lima dan terakhir dari buku Santun Komunikasi ini. Pada bahagian ini penulis melihat komunikasi dan mengupas permasalahan komunikasi dari sudut Islam dengan berpandukan ayat-ayat AlQuran dan Hadis, di mana kedua-duanya adalah sumber yang paling autentik bagi sumber hukum dalam Islam. Menurut beliau (penulis) komunikasi dalam Islam adalah dengan tujuan untuk menyampaikan kalam Allah di atas muka bumi ini.Ia berpaksikan usaha menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Antara landasan yang perlu diikut untuk menjadikan komunikasi itu bersifat Islam ialah merancang idea sebelum berkomunikasi,menganalisa siapa bakal pendengarnya,menentukan isi bicara yang benar,gaya bahasa yang baik, nada percakapan yang terkawal,susunan maklumat yang jelas dan berstruktur, bahasa badan yang perlu menyokong bahasa lisan, waras bila berhujah,mengambil kira pendapat orang lain ,melaksanakan apa yang dicakapkan, meninggalkan celaan dan umpatan, menjauhi tanggapan buruk terhadap orang lain dan mendengar dengan berkesan.

Pada setiap topik yang dikupas,pengarang menyokong setiap hujahnya berlandaskan AlQuran dan Hadis.Terakhir beliau menyentuh adab memberi dan menjawab salam dalam Islam.Pada bahagian penutup disingung secara sepintas lalu masalah komunikasi silang budaya,yang mana ia perlu dipelajari khususnya dalam kegiatan dakawah Islami.Selain itu komunikasi dalam bidang kesihatan juga disinggung.Terakhir penulis menyarankan subjek komunikasi hendaklah dimulakan di sekolah lagi,bukan di pusat-pusat pengajian tinggi,seperti yang dilaksanakan di sesetengah negara.


Kritikan dan Ulasan

Seperti yang telah ditekankan di awal tulisannya, Dr.Abdul Muati @ Zamri Ahmad cuba mengketengahkan buku ini bukan dalam nada yang terlalu akedamik sifatnya, kerana sasarannya ialah pembaca awam yang bukan berkecimpung dalam bidang komunikasi.Namun ia juga sesuai untuk rujukan para mahasiswa jurusan komunikasi yang ingin mengingat kembali asas-asas komunikasi dan bidang-bidang yang sering dibincangkan dalam ilmu komunikasi itu sendiri.

Sesuai dengan tujuan itu, buku ini mempersembahkan gaya penulisan yang agak mudah difahami, sekalipun seseorang itu tidak pernah membaca tentang komunikasi sebelum ini.Namun pemaparannya tidaklah menyeluruh tentang bidang komunikasi yang luas itu.Umpamanya,masalah komunikasi silang budaya yang disentuh secara sepintas lalu sahaja,sedangkan ia adalah pembicaraan penting dalam subjek komunikasi.

Namun begitu,ada dua hal yang agak menarik,iaitu perbincangannya mengenai mendengar sebagai satu komponen komunikasi yang disentuh pada bab empat,dan komunikasi dari sudut Islam pada bab akhir. Menjadi pendengar yang baik adalah penting dalam komunikasi, dan ia adalah unsur asas dalam bidang ini.Menjadi pendengar yang baik boleh dicapai melalui proses latihan.Ini adalah beberapa aspek yang jarang dibicarakan oleh pengarang lain dalam bidang ini,walaupun ianya disentuh juga dalam bidang komunikasi interpersonal.

Komunikasi dari sudut Islam mungkin pernah dibincangkan oleh para pangkaji komunikasi,namun ia tidak pernah dibincangkan dalam bilik-bilik kuliah,selain dari ceramah atau pembentangan kertas kerja. Adalah dirasakan sudut ini penting untuk dipekembangkan lagi, memandangkan Islam sendiri memberatkan aspek komunikasi, dan dakwah tidak akan berjalan bahkan tidak akan berkembang tanpa komunikasi di antara manusia.

Namun untuk melihat secara teoritis tentang pemaparan idea dalam buku ini tentunya agak sukar dirasakan, kerana ia memang ditulis oleh seseorang yang sememangnya mahir dalam bidang komunikasi, pun begitu kita mungkin dapat melihat aspek-aspek lain seperti aspek fizikal dan sebagainya.Sekali pandang, warna kulitnya agak kurang menarik, iaitu hijau tua becampur kehitaman dan dilatari dengan tulisan bewarna putih dan kuning.Adalah dirasakan warna dan bentuk kulitnya kurang sesuai dengan aspek-aspek yang hendak dikatakan,iaitu bidang komunikasi. Seharusnya warnanya biarlah lebih lembut dan menawan atau warna yang lebih nipis,seperti hijau muda kuning air dan sebagainya.Ia mungkin lebih menarik jika ada sedikit lukisan atau sketsa di luarnya.

Fon tulisannya pula agak besar dan kurang menarik perhatian berbanding isi yang diperkatakan.Fon sebegini lebih sesuai untuk mereka yang mengalami rabun dekat, sementara jarak di antara perenggan terlalu dekat, menjadikan aspek fizikalnya kurang menarik perhatian.

Kesimpulan

Terlepas dari beberapa kecacatan kecil yang diperkatakan di atas,buku Santun Komunikasi ini memberikan sumbangan yang tidak sedikit dalam bidang komunikasi,khususnya buku-buku komunikasi yang terdapat dalam Bahasa Malaysia.Kita tentu tahu bahawa bidang ini agak baru di negara ini, dan penulisan dalam bidang ini agak terbatas.Dalam hal ini buku ini memberikan sumbangan yang tidak ternilai khasnya untuk bacaan umum serta rujukan untuk para mahasiswa dalam bidang komunikasi, kerana ia menyentuh hampir sebahagian besar tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam disiplin ilmu komunikasi. Cuma bidang komunikasi kewartawanan tidak disinggung dalam buku ini, dan ia mungkin sesuai dengan judul buku yang diberi,iaitu Santun Komunikasi.Jika bidang ini disentuh,ia mungkin lebih lengkap dan lebih menyeluruh sifatnya.





Bibliografi:

Abdul Mua’ti@Zamri Ahmad,(2001),Santun Komunikasi,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,cetakan pertama.

Prof. Madya Dr.Saodah Wok,Dr. Narimah Ismail dan Prof.Dr.Mohd Yusof Hassan,(2004),Teori-Teori Komunikasi, Janda Baik,Bentung,Pahang, PTS Publicaton & Distributors Sdn. Bhd,cetakan pertama.

Prof. Drs.Onong Uchjana Effendy,(1999), Ilmu Komunikasi: Teori Dan Praktik,Bandung,PT Remaja Rosdakarya,cetakan ke 12.

Dr.Deddy Mulyana dan Drs.Jalaluddin Rakhmat, (2000), Komunikasi Antarbudaya, Bandung,PT Remaja Rosdakarya,cetakan ke lima.


AlKundangi,
3.5.2010
http://alrembauwi.blogspot.com