"Rindu tanpa sempadan, ditulis di langit dan jatuhnya ke bumi.
Bahasa rindu tanpa huruf, tanpa kata-kata tapi mata masih berkaca dalam diam.
Rindu yang tidak akan pernah ada jalan pulang."
...
Kota Bharu
Selasa | 02062026
Azma Murni Aziz
"Ballhighu 'annii walauu ayah"- Sampaikanlah dariku(Rasulallah SAW) walau satu ayat-maksud hadith.
"Rindu tanpa sempadan, ditulis di langit dan jatuhnya ke bumi.
Bahasa rindu tanpa huruf, tanpa kata-kata tapi mata masih berkaca dalam diam.
Rindu yang tidak akan pernah ada jalan pulang."
...
Kota Bharu
Selasa | 02062026
Azma Murni Aziz
PENDAPAT | Institusi Diraja yang Semakin Tegas Menandakan Keyakinan terhadap Kerajaan Madani Semakin Turun
Saya rasa sukar untuk dinafikan bahawa institusi diraja kini dilihat semakin tegas dan bersuara dalam urusan pentadbiran negara.
Hari ini, Tengku Mahkota Pahang mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia supaya mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Sultan Pahang sebelum menjalankan latihan ketenteraan di negeri itu.
Menurut baginda, baginda bimbang aktiviti ketenteraan yang dirancang berhampiran pulau-pulau Pahang berpotensi menjejaskan ekosistem alam sekitar, flora, dan fauna di kawasan berkenaan.
Namun, Istana Pahang bukan satu-satunya institusi diraja yang menjadi tumpuan kebelakangan ini.
Istana Negeri Sembilan dan Selangor juga turut melibatkan diri dalam beberapa kontroversi politik yang berlaku di negara kita sejak kebelakangan ini.
Bulan lalu, Negeri Sembilan menyaksikan apa yang boleh dianggap sebagai satu cubaan “rampasan kuasa” apabila 14 ADUN UMNO, yang diketuai oleh ketua negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias, menarik sokongan terhadap kerajaan negeri dan bersama lima ADUN pembangkang cuba membentuk pentadbiran baharu.
14 ADUN UMNO tersebut memohon menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, pada akhir April 2026, namun pertemuan itu tidak berlaku.
Sebaliknya, Yang di-Pertuan Besar menitahkan Menteri Besar Aminuddin Harun, untuk meneruskan tugas pentadbiran seperti biasa bagi mengekalkan kestabilan sementara isu sokongan majoriti diperjelaskan.
Kemudian timbul pula pertikaian antara beberapa ahli politik DAP dan Istana Selangor berkaitan isu penternakan babi di negeri itu.
Awal tahun ini, Sultan Selangor telah menitahkan supaya aktiviti penternakan babi di Selangor dihentikan.
Beberapa pemimpin DAP mempertikaikan perkara tersebut, khususnya Tony Pua, penasihat kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, yang mempersoalkan sama ada titah tersebut perlu dianggap sebagai arahan, bila di lihat dari kaca mata Perlembagaan negara.
Belum pun kontroversi melibatkan Istana Selangor dan DAP benar-benar reda, Istana Pahang pula sekarang tampil ke hadapan — kali ini atas nama perlindungan alam sekitar.
Sekali pandang, semua perkembangan ini tentunya akan menimbulkan satu persoalan dalam kalangan rakyat Malaysia:
Apakah sebenarnya peranan institusi raja dalam sistem Perlembagaan negara kita?
Buat masa ini, pertanyaan ini banyak berkisar tentang maksud dan kuasa sesuatu “titah” atau perintah diraja.
Jika seorang Sultan menitahkan sesuatu kepada kerajaan negeri, adakah kerajaan tersebut mesti mematuhinya?
Namun, daripada mendalami maksud "titah" mungkin cara yang lebih sesuai untuk memahami peranan institusi diraja ialah seperti berikut:
Peranan Institusi diraja adalah paling jelas, ketara dan aktif apabila kerajaan yang dipilih rakyat dilihat sedang berdepan kesukaran, tidak berfungsi dengan baik, atau gagal mengekalkan kestabilan dan keyakinan awam.
Terdapat beberapa keadaan yang boleh membawa kepada situasi ini.
Pertama, keadaan ini mungkin berlaku secara semula jadi.
Apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihan raya diadakan, wujud satu tempoh peralihan kuasa sebelum kerajaan baharu dibentuk. Dalam tempoh ini, yang biasanya berlangsung untuk selama beberapa minggu, institusi diraja memainkan peranan yang lebih aktif dalam memastikan kesinambungan dan kestabilan pentadbiran.
Kedua, keadaan ini juga akan berlaku apabila ada konflik dalam institusi utama negara.
Apabila cabang eksekutif, kehakiman, legislatif atau parti politik berada dalam kebuntuan atau krisis, institusi diraja boleh muncul sebagai institusi penimbangtara yang berfungsi memecahkan kebuntuan itu.
Krisis kehakiman Malaysia 1988 merupakan contoh paling jelas dalam sejarah, apabila konflik antara eksekutif dan kehakiman yang berakhir dengan pemecatan Tun Salleh Abas, telah mendorong institusi diraja untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyelesaikan krisis itu.
Penubuhan kerajaan selepas PRU15 juga boleh di lihat dari kaca mata ini, apabila institusi di raja telah berperanan memecahkan kebuntuan yang timbul apabila tiada satu pun parti atau gabungan yang bertanding mendapat cukup mandat dari rakyat untuk membentuk kerajaan.
Hanya dengan campurtangan institusi di raja, kebuntuan ini berjaya di pecahkan.
Ketiga, keadaan ini juga akan berlaku semasa darurat diisytiarkan.
Dalam situasi darurat, penghayatan perlembagaan akan berubah secara ketara. Mandat rakyat yang diberikan melalui pilihan raya menjadi kurang utama berbanding soal kestabilan dan kelangsungan negara — dan dalam keadaan sedemikian, institusi diraja akan memperoleh lebih ruang untuk menggunakan budi bicara mereka demi memastikan keselamatan dan kestabilan negara.
Secara keseluruhan, apa yang kita lihat di sini adalah jelas:
Institusi diraja cenderung menjadi lebih aktif apabila mekanisme kerajaan demokrasi dilihat lemah, terhenti, berpecah, atau gagal meraih keyakinan.
Itulah sebabnya kenapa kecenderungan institusi diraja untuk tampil bertitah dalam hal pentadbiran negeri dan negara baru-baru ini memberi petanda yang membimbangkan kepada Kerajaan Madani.
Jika kerajaan persekutuan dan negeri benar-benar stabil, cekap dari segi pentadbiran, dan dihormati dari segi institusi, maka keperluan untuk Institusi Di Raja melibatkan diri dalam urusan pentadbiran negara atau Negeri tidak akan berlaku.
Hakikat bahawa beberapa institusi diraja kini dilihat lebih bersedia untuk tampil mempertahankan apa yang mereka anggap sebagai kepentingan negeri masing-masing menunjukkan bahawa wujud sesuatu perkembangan yang membimbangkan mungkin sedang berlaku dalam landskap politik negara kita.
Dengan kata lain, semakin institusi diraja merasa perlu untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam pentadbiran negara dan negeri, semakin masyarakat akan menafsirkannya sebagai ketidakmampuan Kerajaan Madani untuk mentadbir atau memerintah negara dengan berkesan.
#Malaysia
#Madani
#AnwarIbrahim
#RajaRajaMelayu
#InstitusiDiraja
#PolitikMalaysia
#DAP
#Selangor
#Pahang
#NegeriSembilan
#Perlembagaan
#MonarkiBerperlembagaan
#KerajaanMadani
#Royalty
#ConstitutionalMonarchy
#MalaysianPolitics
#TitahDiraja
#UMNO
#PakatanHarapan
#PoliticalAnalysis
Senja
Masa berlalu
kita terkedu
tua pun datang
tahun berganti
umur berkurang
hidup di dunia
alang kepalang
teknologi berkembang ke hadapan
dunia kian rencam
tidak terkejar
hari kian senja dedaun menguning waktu semakin suntuk, entah bila, kita dipanggil pulang.
kita harus
siap sedia
seutuhnya
sebelum pergi
kerana kita
tak kan kembali.
27.2.2026,
Ibnulazim@zainallazim ,
BTP, Rawang
Di Antara Bunga- Bunga
di sini pelbagai warna
berbagai jenis bunga
berbagai bangsa
adat budaya
buah-buahan & adat resam
hidup pun berbagai rupa.
di sini juga cinta penuh warna, seperti bangsa dan agama, nikmatilah ia seadanya.
begitulah
lokasi yang penuh adat resam dan percaya, hidup dipayungi Perlembagaan, dan kesultanan.
mungkin cinta kita juga berbunga-bunga, penuh warna.
20260204,
BTP.
Diamnya seorang lelaki
Tatakala rudal rudal ke udara
tiba tiba kau lontarkan satu rudal ke arahku, cuma rudalmu tak sekuat lran, namun ia bisa menggegarkan arasyi, demikian diberitahu sang Nabi, permohonan meroboh sebuah masjid biasa mengggoncang Arashy, tempat bersemayam agong segala agong, sementara kau pinta bubar saja terkait emosi seorang wanita hanya di alam Maya.
Kupinta fikirkanlah sehabis baik, tiada faedah menyimpan dendam, amarah atau apa saja di waktu senja,
kuminta sabarlah seketika sehingga perang mereda, emosimu juga pasti pasrah kerana itu hanya halusinasi bayangan dalam igauan.
Kauseharusnya lebih terbuka ,saat emosi di hujung jari tiada apa perlu dirisau
atas pentas bayangan.
Kembalilah kepada normalisasi bukan emosi berdepan lelaki kadang lebih banyak diam mengelak perpecahan, Dan saat ia tak mahu bicara, itu tanda kebosanan melanda atas hal hal kecil yang diperbesar.
Diamnya lelaki mengundang seribu erti.
Ibnulazim
30.3.2026
Adakalanya
emosi terlanjur sepi
kata kata tidak didengar
walau kadang terkandung hikmah atau bagaimana memilih arah
kerana sekian banyak simpang, hidup bukan sekadar memilih, tapi menentukan pilihan yang betul, haluan yang untuk seorang insan agar tidak sesat di belantara fikiran.
Setiap orang
mengaku betul, antara ada hujah atau hanya khayalan
dibuai pemikiran tidak ketahuan.
Para utusan dihantar memberi keterangan, kitab kitab juga ditanzil
memberi arah
kenapa kau masih mempertuhan manusia yang mati hidup semula, Tuhan tidak layak untuk mati kerana dialah pencipta kehidupan Dan kematian.
Kenapa kau kumpul segala
walhal semuanya bakal ditinggalkan saat kau berangkat pulang.
Kadangkala hati terlanjur sepi, kerana kau tidak memahami
kewujudan ini
hanya ketika kau akan berangkat pulang, tiba tiba teringat pesan para nabi, hidup tidak sekadar di sini.
18.2.2026
Melihat Kedalaman Cinta Niza Khairi
IZINKAN AKU MENCINTAIMU
Izinkan aku untuk mencintaimu
dalam diam
menyebut namamu
dalam doa malam
Menyimpanmu
dalam bait-bait puisiku
yang tidak berjudul
Biarlah puisi ini menjadi saksi
aku pernah meminta izin
untuk mencintaimu
nizakhairy
14 Jun 2025
Kajang.
Dalam diam penyair ini menyimpan hasrat untuk menyintai seseorang pada usia emas ini. Saya tidak dapat melihat sajak ini bukan ditujukan kepada selain dari manusia. Saya tidak melihat ada makna lain dari seseorang, dan sajak ini bukan sajak ketuhanan. Demikian kesan awal yang dapat saya tanggap dari puisi ini. Tiada unsur ambiguiti, tiada majaz،dan tiada maksud lain yang dapat saya tafsirkan.
Niza Khairy agak prolifik kebelakangan ini, dan ada saja sajak yang lahir darinya saban waktu. Katanya, izinkan aku menyintaimu dalam diam, dalam doa malam. Tentulah tokoh itu bukan sebarang orang yang menambat hati penyair ini. Niza sudah lama saya temui di media sosial ini, walau pun puisinya tidak menyinggung soal- soal besar, namun ia berjaya mengusik perasaan atau emosi kita.
Dengan bahasa yang sederhana tetapi agak romantik, Niza memohon agar ia diizinkan menyimpan cinta itu dalam bait bait puisinya. Cintanya juga ikhlas, tanpa memerlukan sebarang balasan.
Memang cinta adalah topik yang tidak pernah luntur dari kehidupan, juga dari dunia sastera yang membayangi kehidupan manusia. Apa yang sebenarnya dicari oleh penyair ini? Barangkali inilah satu persoalan sepanjang zaman yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan. Sejak Adam alahissalam, cinta tidak pernah luput dari manusia dan kemanusiaan itu sendiri. Tahniah Niza Khairi, dengan puisi yang sederhana mampu mengusik minda kita.
Ibnulazim,
17.6.2025.
About Me
|