"Rindu tanpa sempadan, ditulis di langit dan jatuhnya ke bumi.
Bahasa rindu tanpa huruf, tanpa kata-kata tapi mata masih berkaca dalam diam.
Rindu yang tidak akan pernah ada jalan pulang."
...
Kota Bharu
Selasa | 02062026
Azma Murni Aziz
"Ballhighu 'annii walauu ayah"- Sampaikanlah dariku(Rasulallah SAW) walau satu ayat-maksud hadith.
"Rindu tanpa sempadan, ditulis di langit dan jatuhnya ke bumi.
Bahasa rindu tanpa huruf, tanpa kata-kata tapi mata masih berkaca dalam diam.
Rindu yang tidak akan pernah ada jalan pulang."
...
Kota Bharu
Selasa | 02062026
Azma Murni Aziz
PENDAPAT | Institusi Diraja yang Semakin Tegas Menandakan Keyakinan terhadap Kerajaan Madani Semakin Turun
Saya rasa sukar untuk dinafikan bahawa institusi diraja kini dilihat semakin tegas dan bersuara dalam urusan pentadbiran negara.
Hari ini, Tengku Mahkota Pahang mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia supaya mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Sultan Pahang sebelum menjalankan latihan ketenteraan di negeri itu.
Menurut baginda, baginda bimbang aktiviti ketenteraan yang dirancang berhampiran pulau-pulau Pahang berpotensi menjejaskan ekosistem alam sekitar, flora, dan fauna di kawasan berkenaan.
Namun, Istana Pahang bukan satu-satunya institusi diraja yang menjadi tumpuan kebelakangan ini.
Istana Negeri Sembilan dan Selangor juga turut melibatkan diri dalam beberapa kontroversi politik yang berlaku di negara kita sejak kebelakangan ini.
Bulan lalu, Negeri Sembilan menyaksikan apa yang boleh dianggap sebagai satu cubaan “rampasan kuasa” apabila 14 ADUN UMNO, yang diketuai oleh ketua negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias, menarik sokongan terhadap kerajaan negeri dan bersama lima ADUN pembangkang cuba membentuk pentadbiran baharu.
14 ADUN UMNO tersebut memohon menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, pada akhir April 2026, namun pertemuan itu tidak berlaku.
Sebaliknya, Yang di-Pertuan Besar menitahkan Menteri Besar Aminuddin Harun, untuk meneruskan tugas pentadbiran seperti biasa bagi mengekalkan kestabilan sementara isu sokongan majoriti diperjelaskan.
Kemudian timbul pula pertikaian antara beberapa ahli politik DAP dan Istana Selangor berkaitan isu penternakan babi di negeri itu.
Awal tahun ini, Sultan Selangor telah menitahkan supaya aktiviti penternakan babi di Selangor dihentikan.
Beberapa pemimpin DAP mempertikaikan perkara tersebut, khususnya Tony Pua, penasihat kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, yang mempersoalkan sama ada titah tersebut perlu dianggap sebagai arahan, bila di lihat dari kaca mata Perlembagaan negara.
Belum pun kontroversi melibatkan Istana Selangor dan DAP benar-benar reda, Istana Pahang pula sekarang tampil ke hadapan — kali ini atas nama perlindungan alam sekitar.
Sekali pandang, semua perkembangan ini tentunya akan menimbulkan satu persoalan dalam kalangan rakyat Malaysia:
Apakah sebenarnya peranan institusi raja dalam sistem Perlembagaan negara kita?
Buat masa ini, pertanyaan ini banyak berkisar tentang maksud dan kuasa sesuatu “titah” atau perintah diraja.
Jika seorang Sultan menitahkan sesuatu kepada kerajaan negeri, adakah kerajaan tersebut mesti mematuhinya?
Namun, daripada mendalami maksud "titah" mungkin cara yang lebih sesuai untuk memahami peranan institusi diraja ialah seperti berikut:
Peranan Institusi diraja adalah paling jelas, ketara dan aktif apabila kerajaan yang dipilih rakyat dilihat sedang berdepan kesukaran, tidak berfungsi dengan baik, atau gagal mengekalkan kestabilan dan keyakinan awam.
Terdapat beberapa keadaan yang boleh membawa kepada situasi ini.
Pertama, keadaan ini mungkin berlaku secara semula jadi.
Apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihan raya diadakan, wujud satu tempoh peralihan kuasa sebelum kerajaan baharu dibentuk. Dalam tempoh ini, yang biasanya berlangsung untuk selama beberapa minggu, institusi diraja memainkan peranan yang lebih aktif dalam memastikan kesinambungan dan kestabilan pentadbiran.
Kedua, keadaan ini juga akan berlaku apabila ada konflik dalam institusi utama negara.
Apabila cabang eksekutif, kehakiman, legislatif atau parti politik berada dalam kebuntuan atau krisis, institusi diraja boleh muncul sebagai institusi penimbangtara yang berfungsi memecahkan kebuntuan itu.
Krisis kehakiman Malaysia 1988 merupakan contoh paling jelas dalam sejarah, apabila konflik antara eksekutif dan kehakiman yang berakhir dengan pemecatan Tun Salleh Abas, telah mendorong institusi diraja untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyelesaikan krisis itu.
Penubuhan kerajaan selepas PRU15 juga boleh di lihat dari kaca mata ini, apabila institusi di raja telah berperanan memecahkan kebuntuan yang timbul apabila tiada satu pun parti atau gabungan yang bertanding mendapat cukup mandat dari rakyat untuk membentuk kerajaan.
Hanya dengan campurtangan institusi di raja, kebuntuan ini berjaya di pecahkan.
Ketiga, keadaan ini juga akan berlaku semasa darurat diisytiarkan.
Dalam situasi darurat, penghayatan perlembagaan akan berubah secara ketara. Mandat rakyat yang diberikan melalui pilihan raya menjadi kurang utama berbanding soal kestabilan dan kelangsungan negara — dan dalam keadaan sedemikian, institusi diraja akan memperoleh lebih ruang untuk menggunakan budi bicara mereka demi memastikan keselamatan dan kestabilan negara.
Secara keseluruhan, apa yang kita lihat di sini adalah jelas:
Institusi diraja cenderung menjadi lebih aktif apabila mekanisme kerajaan demokrasi dilihat lemah, terhenti, berpecah, atau gagal meraih keyakinan.
Itulah sebabnya kenapa kecenderungan institusi diraja untuk tampil bertitah dalam hal pentadbiran negeri dan negara baru-baru ini memberi petanda yang membimbangkan kepada Kerajaan Madani.
Jika kerajaan persekutuan dan negeri benar-benar stabil, cekap dari segi pentadbiran, dan dihormati dari segi institusi, maka keperluan untuk Institusi Di Raja melibatkan diri dalam urusan pentadbiran negara atau Negeri tidak akan berlaku.
Hakikat bahawa beberapa institusi diraja kini dilihat lebih bersedia untuk tampil mempertahankan apa yang mereka anggap sebagai kepentingan negeri masing-masing menunjukkan bahawa wujud sesuatu perkembangan yang membimbangkan mungkin sedang berlaku dalam landskap politik negara kita.
Dengan kata lain, semakin institusi diraja merasa perlu untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam pentadbiran negara dan negeri, semakin masyarakat akan menafsirkannya sebagai ketidakmampuan Kerajaan Madani untuk mentadbir atau memerintah negara dengan berkesan.
#Malaysia
#Madani
#AnwarIbrahim
#RajaRajaMelayu
#InstitusiDiraja
#PolitikMalaysia
#DAP
#Selangor
#Pahang
#NegeriSembilan
#Perlembagaan
#MonarkiBerperlembagaan
#KerajaanMadani
#Royalty
#ConstitutionalMonarchy
#MalaysianPolitics
#TitahDiraja
#UMNO
#PakatanHarapan
#PoliticalAnalysis
Senja
Masa berlalu
kita terkedu
tua pun datang
tahun berganti
umur berkurang
hidup di dunia
alang kepalang
teknologi berkembang ke hadapan
dunia kian rencam
tidak terkejar
hari kian senja dedaun menguning waktu semakin suntuk, entah bila, kita dipanggil pulang.
kita harus
siap sedia
seutuhnya
sebelum pergi
kerana kita
tak kan kembali.
27.2.2026,
Ibnulazim@zainallazim ,
BTP, Rawang
Di Antara Bunga- Bunga
di sini pelbagai warna
berbagai jenis bunga
berbagai bangsa
adat budaya
buah-buahan & adat resam
hidup pun berbagai rupa.
di sini juga cinta penuh warna, seperti bangsa dan agama, nikmatilah ia seadanya.
begitulah
lokasi yang penuh adat resam dan percaya, hidup dipayungi Perlembagaan, dan kesultanan.
mungkin cinta kita juga berbunga-bunga, penuh warna.
20260204,
BTP.
Diamnya seorang lelaki
Tatakala rudal rudal ke udara
tiba tiba kau lontarkan satu rudal ke arahku, cuma rudalmu tak sekuat lran, namun ia bisa menggegarkan arasyi, demikian diberitahu sang Nabi, permohonan meroboh sebuah masjid biasa mengggoncang Arashy, tempat bersemayam agong segala agong, sementara kau pinta bubar saja terkait emosi seorang wanita hanya di alam Maya.
Kupinta fikirkanlah sehabis baik, tiada faedah menyimpan dendam, amarah atau apa saja di waktu senja,
kuminta sabarlah seketika sehingga perang mereda, emosimu juga pasti pasrah kerana itu hanya halusinasi bayangan dalam igauan.
Kauseharusnya lebih terbuka ,saat emosi di hujung jari tiada apa perlu dirisau
atas pentas bayangan.
Kembalilah kepada normalisasi bukan emosi berdepan lelaki kadang lebih banyak diam mengelak perpecahan, Dan saat ia tak mahu bicara, itu tanda kebosanan melanda atas hal hal kecil yang diperbesar.
Diamnya lelaki mengundang seribu erti.
Ibnulazim
30.3.2026
Adakalanya
emosi terlanjur sepi
kata kata tidak didengar
walau kadang terkandung hikmah atau bagaimana memilih arah
kerana sekian banyak simpang, hidup bukan sekadar memilih, tapi menentukan pilihan yang betul, haluan yang untuk seorang insan agar tidak sesat di belantara fikiran.
Setiap orang
mengaku betul, antara ada hujah atau hanya khayalan
dibuai pemikiran tidak ketahuan.
Para utusan dihantar memberi keterangan, kitab kitab juga ditanzil
memberi arah
kenapa kau masih mempertuhan manusia yang mati hidup semula, Tuhan tidak layak untuk mati kerana dialah pencipta kehidupan Dan kematian.
Kenapa kau kumpul segala
walhal semuanya bakal ditinggalkan saat kau berangkat pulang.
Kadangkala hati terlanjur sepi, kerana kau tidak memahami
kewujudan ini
hanya ketika kau akan berangkat pulang, tiba tiba teringat pesan para nabi, hidup tidak sekadar di sini.
18.2.2026
Melihat Kedalaman Cinta Niza Khairi
IZINKAN AKU MENCINTAIMU
Izinkan aku untuk mencintaimu
dalam diam
menyebut namamu
dalam doa malam
Menyimpanmu
dalam bait-bait puisiku
yang tidak berjudul
Biarlah puisi ini menjadi saksi
aku pernah meminta izin
untuk mencintaimu
nizakhairy
14 Jun 2025
Kajang.
Dalam diam penyair ini menyimpan hasrat untuk menyintai seseorang pada usia emas ini. Saya tidak dapat melihat sajak ini bukan ditujukan kepada selain dari manusia. Saya tidak melihat ada makna lain dari seseorang, dan sajak ini bukan sajak ketuhanan. Demikian kesan awal yang dapat saya tanggap dari puisi ini. Tiada unsur ambiguiti, tiada majaz،dan tiada maksud lain yang dapat saya tafsirkan.
Niza Khairy agak prolifik kebelakangan ini, dan ada saja sajak yang lahir darinya saban waktu. Katanya, izinkan aku menyintaimu dalam diam, dalam doa malam. Tentulah tokoh itu bukan sebarang orang yang menambat hati penyair ini. Niza sudah lama saya temui di media sosial ini, walau pun puisinya tidak menyinggung soal- soal besar, namun ia berjaya mengusik perasaan atau emosi kita.
Dengan bahasa yang sederhana tetapi agak romantik, Niza memohon agar ia diizinkan menyimpan cinta itu dalam bait bait puisinya. Cintanya juga ikhlas, tanpa memerlukan sebarang balasan.
Memang cinta adalah topik yang tidak pernah luntur dari kehidupan, juga dari dunia sastera yang membayangi kehidupan manusia. Apa yang sebenarnya dicari oleh penyair ini? Barangkali inilah satu persoalan sepanjang zaman yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan. Sejak Adam alahissalam, cinta tidak pernah luput dari manusia dan kemanusiaan itu sendiri. Tahniah Niza Khairi, dengan puisi yang sederhana mampu mengusik minda kita.
Ibnulazim,
17.6.2025.
SENARAI NEGARA ARAB YANG MEMPUNYAI PANGKALAN / KEPENTINGAN AMERIKA SYARIKAT (AS)
1. Bahrain
- Lokasi Armada Ke-5 Tentera Laut AS (US Fifth Fleet)
- Pangkalan: Naval Support Activity Bahrain
- Penting untuk kawalan Teluk Parsi
2. Qatar
- Pangkalan udara Al Udeid Air Base (antara terbesar AS di Timur Tengah)
- Pusat operasi udara AS di rantau Teluk
3. Kuwait
- Camp Arifjan dan kemudahan lain
- Laluan logistik penting sejak Perang Iraq
4. Emiriah Arab Bersatu (UAE)
- Akses pelabuhan Jebel Ali
- Kerjasama pertahanan rapat dengan AS
5. Arab Saudi
- Penempatan tentera & sistem pertahanan udara AS
- Prince Sultan Air Base digunakan semula sejak 2019
6. Jordan
- Pangkalan Azraq dan kemudahan latihan
- Kerjasama operasi anti-keganasan
7. Mesir
- Akses transit tentera
- Laluan strategik Terusan Suez
8. Iraq
- Kehadiran tentera AS di beberapa pangkalan
- Fokus latihan & operasi anti-ISIS
9. Syria
- Kehadiran terhad di timur laut
- Sokongan operasi terhadap ISIS
Nota:
Sebahagian negara mempunyai pangkalan tetap, sebahagian hanya akses logistik, dan sebahagian lagi kerjasama keselamatan/strategik tanpa pangkalan besar kekal.
Sumber - Palestine Insight / Nazmi Gaza
𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗔𝘆𝗮𝘁𝗼𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗶 𝗞𝗵𝗮𝗺𝗲𝗻𝗲𝗶, 𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗧𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗜𝗿𝗮𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗠𝗶𝗺𝗽𝗶 𝗕𝘂𝗿𝘂𝗸 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗕𝗮𝗿𝗮𝘁
Mari kita bedah siapa sebenarnya Ayatollah Ali Khamenei.
Ramai yang bertanya, siapakah sebenarnya lelaki di sebalik gelaran itu? Bukan sekadar nama dalam statistik geopolitik, tetapi figura yang membentuk arah sebuah kuasa besar di Asia Barat selama lebih tiga dekad. 
Ayatollah Ali Hosseini Khamenei dilahirkan di Mashhad, sebuah kota suci di timur laut Iran pada 1939. Dari awal hidupnya, beliau dibesarkan dalam lingkungan yang sangat beragama dan kemudian belajar di seminar-seminar Islam sebelum terjun ke kancah politik revolusi menentang Shah Iran. 
Beliau bukan sekadar pengikut biasa dalam sejarah. Sebelum menjadi pemimpin tertinggi, Khamenei pernah menjadi presiden Iran antara 1981 hingga 1989, tempoh ketika negara itu masih dilanda perang dengan Iraq dan revolusi Islam mula mengakar. 
Tidak seperti kebanyakan ulama senior yang memegang gelaran marja otoriti tertinggi dalam hukum Syiah, Khamenei sebenarnya bukanlah pengikut kelas tertinggi itu ketika mula dilantik sebagai Pemimpin Tertinggi.
Kelulusan itu sendiri memerlukan perubahan dalam peraturan rasmi selepas kematian Imam Khomeini untuk membolehkannya meneruskan peranan itu.
Gelaran Pemimpin Tertinggi atau Supreme Leader bukan kerusi formal seperti presiden dalam demokrasi Barat.
Ia adalah kedudukan kuasa tertinggi dalam Republik Islam Iran, kuasa menentukan garis besar dasar luar, pembentukan kerajaan, hakim tertinggi dalam hal-hal keselamatan dan ketenteraan, malah menetapkan imej ideologi negara sendiri. 
Selama lebih tiga dekad, Khamenei bukan sahaja menjadi wajah politik utama Iran, tetapi juga jantung kepada jaringan pengaruh Iran di seluruh rantau hubungan dengan kumpulan militan proksi di Lubnan, Syria, Iraq dan Yaman, serta strategi yang pihak Barat sering gelar sebagai “pakatan penentangan.” 
Bagi banyak pemerhati luar, beliau bukan sekadar tokoh politik. Khamenei mewakili struktur kuasa autoritarian yang sangat berbeza dengan norma demokrasi Barat.
Kawalan ke atas media, sistem kehakiman, agensi keselamatan dan struktur pemerintahan bermakna suara rakyat biasa sering dibayangi oleh keputusan tertinggi. 
Kontra reformasi dan protes dalaman menjadi sebahagian besar kisah pemerintahan beliau.
Gelombang protes besar-besaran baik pada 2009 mahupun pada 2022 menggambarkan jurang antara cita-cita generasi muda Iran dan struktur tradisi yang dipertahankan selama puluhan tahun.
Bagi Barat, perbalahan tentang program nuklear Iran tidak hanya soal teknologi. Ia juga soal persepsi keselamatan.
Amerika Syarikat dan sekutunya menuduh Iran berusaha ke arah kemampuan senjata nuklear, tuduhan yang Tehran berkali-kali nafikan dan yang Khamenei sendiri gariskan sebagai hak Iran untuk membangun tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada kedaulatan nasional. 
Dalam keluarga struktur kuasa Iran, kekuatan Revolusi Islam berkait rapat dengan konsep velayat-e faqih, atau ‘pemimpin faqih’ di mana seorang ulama tinggi dianggap sebagai penjaga dan pelindung negara menurut hukum agama.
Peranan ini menyerlahkan sejauh mana agama dan politik bersatu di republik tersebut. 
Ironinya, walaupun beliau pernah mendapat kritikan keras dari Barat sebagai lambang penentangan Iran terhadap ‘pengaruh luar,’ di dalam negara sendiri Khamenei juga menghadapi penentangan dan tekanan dari rakyat yang terkesan oleh sekatan ekonomi.
Kini, setelah kematiannya yang menurut laporan media antarabangsa terjadi dalam serangan bersama Amerika dan Isbioli namanya bukan sahaja tinggal dalam buku sejarah, tetapi sebagai simbol konflik yang lebih besar antara kuasa global dan perjuangan nasionalis Iran. 
Ayatollah Ali Khamenei adalah lebih daripada sekadar pemimpin politik. Beliau adalah manifestasi sebuah sistem yang berakar dalam sejarah revolusi, agama dan pengaruh geopolitik.
Dalam setiap keputusan yang dibuatnya, ada jejak panjang peri pentingnya identiti, keamanan dan juga kekuatan.
Esok lusa, sejarah akan menilai lagi sejauh mana legasinya akan mempengaruhi Iran dan dunia pada masa hadapan, sama ada sebagai figura yang memacu ketahanan negara atau sebagai bayangan konflik yang harus diselesaikan oleh generasi mendatang. 
#MySempornaKINI
#Geopolitics (fb)
Dunia hari ini menyaksikan berakhirnya satu era apabila Ayatollah Ali Khamenei, Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran, disahkan meninggal dunia pada usia 86 tahun awal pagi Ahad dalam serangan udara oleh Israhel dan Amerika Syarikat. Pemergian beliau bukan sahaja memberi kesan besar kepada rakyat Iran, bahkan turut menggoncang landskap politik Asia Barat dan dunia Islam secara keseluruhan.
Dilahirkan pada tahun 1939 di Mashhad, beliau dibesarkan dalam suasana pendidikan agama yang kuat dan sejak muda terlibat dalam gerakan menentang pemerintahan Shah Iran. Ketika Revolusi Islam Iran 1979 tercetus, beliau merupakan antara tokoh penting yang bersama pengasas republik tersebut, Ruhollah Khomeini, dalam membentuk sebuah negara berasaskan prinsip kepimpinan ulama (Wilayat al-Faqih).
Sebelum dilantik sebagai Pemimpin Tertinggi pada tahun 1989, beliau pernah memegang jawatan Presiden Iran dari 1981 hingga 1989. Sepanjang lebih tiga dekad memimpin sebagai individu paling berkuasa dalam struktur negara, beliau mempunyai kuasa tertinggi dalam hal ehwal ketenteraan, keselamatan, kehakiman dan dasar luar, menjadikan beliau arkitek utama hala tuju Republik Islam Iran moden.
Di peringkat antarabangsa, beliau dikenali dengan pendirian tegas terhadap campur tangan kuasa Barat serta konsisten dalam isu Palestin dan konflik serantau. Di dalam negara pula, beliau sering menekankan kepentingan kedaulatan nasional, ketahanan ekonomi dan pengukuhan identiti Islam dalam pemerintahan.
Pemergian beliau menutup satu bab panjang kepimpinan yang penuh cabaran, daripada perang Iran-Iraq, sekatan ekonomi antarabangsa, sehinggalah ketegangan geopolitik yang berpanjangan. Kini, perhatian dunia tertumpu kepada proses pemilihan pengganti oleh Majlis Pakar Ulama Iran, yang bakal menentukan kesinambungan dasar dan arah tuju negara tersebut pada masa hadapan.
Sesungguhnya kepimpinan adalah amanah yang berat dan sejarah akan terus menilai sumbangan serta legasi yang ditinggalkan. Semoga segala jasa dan pengorbanannya dinilai sebaiknya di sisi Allah SWT.
#bunutpayongawesome
*BISMILLAH*
Orang yang Lancar Membaca Al-Qur'an akan bersama para Malaikat sedangkan yang terbata-bata mendapatkan Dua Pahala
Pada kesempatan kali ini kami akan coba membahas terkait keutamaan membaca Al Qur’an. Ini penting untuk dibahas karena ada sebagian orang beranggapan seperti di bawah ini.
“Sebagian orang malas membaca Al Quran padahal di dalam terdapat petunjuk untuk hidup di dunia.”
“Sebagian orang merasa tidak punya waktu untuk membaca Al Quran padahal di dalamnya terdapat pahala yang besar.”
“Sebagian orang merasa tidak sanggup belajar Al Quran karena sulit katanya, padahal membacanya sangat mudah dan sangat mendatangkan kebaikan.”
Membaca Al Quran adalah perdagangan yang tidak pernah merugi
{الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ (29) لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ (30)}
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi”. “Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (QS. Fathir: 29-30).
*@Fiqihwanita*
Gruptajwid esastera,
Norlaila
SULTONUL AULIYA SYAYIDI SYEKH ABDUL QODIR AL-JAILANI 'QS' TUNJUKKAN KAROMAH TERBESARNYA
Syekh Abdul Qadir Al-Jailani, adalah salah satu ulama sufi yang paling terkenal dalam sejarah Islam. Beliau lahir pada tahun 1077 M di wilayah Persia (sekarang Iran) dan meninggal pada tahun 1166 M di Baghdad, Irak.
Syekh Abdul Qadir Al-Jailani terkenal karena ajaran-ajarannya yang mendalam dalam Islam dan pengaruhnya yang besar dalam pengembangan tarekat Qadiriyyah.
Berbicara mengenai karomah yang diyakini dimiliki oleh Syekh Abdul Qadir Al-Jailani, ada banyak cerita dan legenda yang tersebar dalam tradisi Islam.
Beberapa di antaranya adalah menghidupkan orang mati, menghadirkan makanan secara tiba-tiba, menyembuhkan penyakit, serta mampu mengendalikan alam dan berbicara dengan hewan buas.
Namun itu semua bagi Syekh Abdul Qadir Al-Jailani bukanlah karomah terbesarnya. Suatu ketika ia mengakui jika ada satu karomah terbesar yang ia miliki.
Karomah terbesar tersebut pernah ia katakan, dan hal itu bisa kita ikuti serta milikinya.
Syekh Mikhlaf al-‘Aliy menceritakan bahwa suatu ketika Syekh Abdul Qadir Al-Jailani berkata di depan murid-muridnya bahwa beliau akan menunjukkan karomah terbesar yang dimiliki.
“Hari Jumat besok aku akan menampakkan pada kalian karomah terbesarku,” kata Syekh Abdul Qadir Al-Jailani.
Tentu saja berita ini segera menyebar pada seluruh muridnya dan masyarakat luas. Mereka sangat penasaran menyaksikan langsung apa karamah terbesar yang dimiliki Syekh Abdul Qadir yang memang dikenal sebagai seorang wali dan dikaruniai banyak sekali karamah.
Hari Jumat pun tiba. Masyarakat berbondong-bondong datang ke masjid. Tentu saja niat mereka kali ini bukan lagi sekedar menunaikan kewajiban Jumat, melainkan juga ingin menyaksikan apa karomah terbesar Syekh Abdul Qadir.
Setelah menyelesaikan rangkaian ibadah Jumat, Syekh Abdul Qadir naik mimbar. Ia bertanya pada semua hadirin,
“Apakah kalian sudah melihat karomahku?”
Mereka menjawab, “Kami tidak melihat apapun.”
Beliau berkata, “Sekarang aku ingin bertanya pada kalian, dan tolong jawab dengan jujur. Apakah kalian pernah melihatku meninggalkan sholat fardhu?”
Mereka menjawab, “Tidak pernah,”
“Pernahkah kalian melihatku meninggalkan puasa Ramadhan?”
“Tidak.”
“Pernahkah melihatku berbohong? Pernahkah kalian melihatku mengambil hak orang lain? Pernahkah kalian melihatku bergunjing?”
“Tidak.”
“Apakah sholat yang aku kerjakan berbeda dengan sholat yang Rasulullah kerjakan?”
“Tidak”.
“Apakah khotbahku berbeda dengan khutbah Rasulullah?”
“Tidak.”
“Itulah sesungguhnya karomah terbesarku, istiqamah.”
الاستقامة أكبر كرامة
“Istiqamah adalah karamah terbesar.”
Jangan sibukkan diri untuk mendapatkan berbagai karamah zhahir. Sibukkanlah diri dengan meraih karamah batin ; istiqamah.
مَنِ انْشَغَلَ بِالْكَرَامَةِ حُجِبَ عَنْ رَبِّ الْكَرَامَةِ
“Siapa yang sibuk dengan karomah, terhijab dari Rabb yang memberikan karamah.”
احْذَرُوا الشَّهْوَة الْخَفِيَّةَ فىِ الْعِبَادَةِ
“Waspadai syahwat terselubung dalam beribadah.”
• Ket Foto 📸;
• Cicit Sultonul Aulia Syayidi Syekh Abdul Qadir Al-Jaelani 'Qs'
SAYA TANYA SASTERA, ORANG MUDA KATA ITU UNTUK ORANG TUA-TUA
MAKA kena kembalikan subjek Kesusasteraan Melayu (KS) di sekolah2 serta tidak membenarkan pengetua sekolah mengenepikan subjek ini semata mahu sekolahnya cemerlang menerusi kelulusan tinggi subjek pilihan.
Pada masa kini hanya Kelantan, Terengganu Sabah dan Sarawak mungkin masih banyak sekolah menawarkan subjek sastera, dan ini sangat berbahaya kepada kesihatan sastera Malaysia kerana pendedahan sastera di peringkat akar umbi tidak dilakukan secara mapan, tidak menyeluruh semua sekolah.
Apabila akar umbi dicabut dari sastera, bidang ini akan hanyut dan industri buku merundum kerana pelajar adalah kuasa beli masa akan datang. Apabila hal berkaitan kesusasteraan dan seni tidak diajar secara kolektif di semua sekolah, maka malapetaka bukan sahaja kepada sastera, tetapi badan atau persatuan yang mengendalian bidang ini.
Sastera Malaysia mungkin masih bermanja-manaj dengan kerajaan menerusi dapatan dana kepada badan penulis, tapi ia tidak menyeluruh, sementara program hanya fokus kepada sesama ahli hingga sastera itu dikhuatirkan membudaya 'kau tengok aku, aku tengok kau; kau beli buku aku, aku beli buku kau'.
Jadi sastera Malaysia kena urus dahulu pembabitan akar umbi di sekolah dan pastikan ia menjadi subjek wajib.
Dan walaupun KS kini dikenal sebagai Kesusasteraan Melalu Komunikatif (KMK), tapi cabaran utama adalah pelajar mahukan kepandaian/kemahiran menulis sajak dan cerpen atau novel, bukan menjawab soalan kerana hampir kebanyakan guru sastera tidak memiliki asas penulisan hinggakan pengajaran KMK hanya berkonsepkan sama subjek lain iaitu membaca, mengingat dan menjawab soalan berdasarkan buku teks.
Sastera mungkin tidak berkubur, tetapi pada masa akan datang kuburannya adalah di perpustakaan, Arkib atau simpanan penulis.
Sementara kebimbangan tahap membaca buku fizikal semakin berkurangan dan perpustakaan pun lengang.
Menurut kajian DBP sejak banyak tahun lalu, pada 1970-an jumlah pelajar yang mengikuti subjek KM adalah kira-kira 70 ribu pelajar sementara tahun demi tahun subjek itu kehilangan pelajar kerana ia bukan subjek pilihan untuk mendapat pekerjaan.
Mutakhir menurut laporan pelajar mengambil subjek KMK (pasca Kesusasteraan Melayu) merosot tahun ke tahun iaitu 13,044 calon berdaftar bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2022, berbanding 14,045 pada 2021, 14,972 (2020), 15,857 (2019) dan 16,394 (2018).
Berdasarkan angka (laporan) 2024 ini, kemungkinan pada masa akan datang mungkin masih ada pengetua mahu mengekalkan KMK tetapi mungkin hanya diambil oleh 5K pelajar atau terus merundum kepada 1k pelajar.
Jadi, persoalan- apakah gunanya sastera yang didakwa menyemai cintakan bahasa dan seni serta mengukuhkan jati diri kebangsaan (baca bahasa Melayu) kalau mereka tidak menjiwai bahasa dan seni.
Maka itu saya berpendapat adalah penting DBP membuat kajian semula, buat pertemuan dan kongress sastera Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan serta resolusi supaya kerajaan:
1. Wajibkan subjek KS di sekolah dan wajib lulus
2. Tidak membenarkan pengetua sekolah mempunyai kuasa esekutif meniadakan KS/KMK di sekolah tadbiran mereka
Semua ini untuk jangka masa panjang untuk beri nyawa kepada sastera Malaysia .
Kerajaan mungkin ada kekayaan beri dana dan bantuan dan golongan sastera tidak perlu bayar cukai yang diktuip dari titik peluh rakyat walaupun kononnya sastera memandaikan orang, tapi makan duit rakyat; dan kita tidak mampu membeli jiwa generasi akan datang terhadap sastera jika kita abaikan generasi muda (pelajar sekolah).
Kalau tidak diusahakan sekarang mungkin 90 peratus pengarang kreatif akan datang adalah berumur atas 50 tahun, dan sedikit peratus berumur bawah 40 tahun, tapi nisbah begini akan mematikan sastera Malaysia sebab penulis tua2 pun dah penat seret badan di mana-mana program, yang muda-muda malas baca sastera, mahu beli buku dan malaj? Jauh sekali
Bukankah itu tanda sakarat?
KIta kena jaga kesihatan sastera Malaysia dengan hamilkan di sekolah, kalau tak sastera Malaysia nanti seperti janin tidak cukup umur, gugur -
Sastera Malaysia pada beberapa tahun akan datang akan kurus kering seperti kena TB
kita dah tua2 ni bercakap pasal bahasa jiwa bangsa pun budak2 anggap kita membebel, bagus tengok hp, game, tik tok, hiburan, kelucu2an buatan pemilik hp
sastera ada apa? Tengok sayembara penulis muda pun tiada .. yang menang semua tua2, orang muda makin anggap sastera hanya untuk orang tua-tua, yang hadir majlis sastera semua tua-tua yang dimudakan - macamana tak nampak sastera Malaysia semakin menua?
SAYA HANYA TAHU TULIS SAHAJA
KABEL adalah pernyataan bahawa penulis itu ada hubungan baik atau persaahabatan dengan editor. Jadi, kata segelintir kawan tanya (setiap kali siar karya saya) - kenapa sajak kamu selalu siar di akhbar (mana ada selalu, sesekalilah ada)
Pertama, saya (walaupun) sesekali siar karya di Berita Harian (BH)_ saya tetap baca tu peraturannya, terutama berapa panjang (perkataan kalau cerpen), kedua kita kena ikut apa dikehendaki editor - karya itu ditulis di words kemudian kepilkan salinan di email, bukan tempel di peti email ya, berserta biodata ringkas dan no bank kalau diminta.
Kemudian isu, tema, kita diberi kebebasan untuk menulis apa sahaja perkara dan peristiwa sel;agi relevan dan tidak menyinggung sesiapa.
Kemudian diri kita sendiri, kalau saya selepas siar minggu ini, saya akan hantar karya tiga minggu atau sebulan selepas itu untuk penjarakkan siaran. Kita kena elak monopoli walaupun hak editor siarkan, lebih baik kita bagi editor keselesaan memilih karya lain terutama pemula untuk giliran siaran. Bukanlah maksud saya setiap kali saya hantar sebulan sekali di siar, bukan begitu, dia begini kalau tidak siar, hantar lagi.
Sama ada saudara hantar karya disemua media massa terpulanglah. Ikutlah. Siapa larang? Tapi lebih baik jarakkan, itu sahaja.
Lagi setiap kali hantaran itu perlu ada target iaitu mutu karya kita bersaing, sama ada dari segi perbezaan tema atau pada satu masa nanti hadiah sastera dibuka penyertaan maka sajak itu boleh menyaingi penerima hadiah.
Jadi dengan kefahaman ini kita tidak meletakkan editor pada garis 'diksriminasi' sebab saya pun tak kenal siapa editor, kecuali Utusan Borneo, Bung Abd Naddin Haji Shaiddin, kawan saya, malah guru sastera saya. tapi dia pun tak bagi saya 'kabel' sebab dalam profesioan, saya bukan kawan dia, dia akan jadi kawan saya dalam pofesioannya kalau karya saya bagus, berkualiti.
Saya cakap ni sebab saya tak mahu lagi dengan 'kabel' sastera. Kabel sastera itu hanya merosakkan kualiti pengkaryaan dan tidak berguna untuk mengembangkan bakat kita. Jangan suka-suka cakap 'mentang-mentang...' - jujur saya jual kualiti bukan cari kabel
Sebenarnya saya mahu bercakap begini - saya akan tulis sajak yang boleh disesuaikan untuk muzik, semasa petik gitar - ketika saya mula petik - di mana seharus bacaan bermula, stop sekejap (kiraan 1-2-3) sambung baca dan di mana suara tinggi, rendah dan teruskan bacaan.
Sebab kita kena buat revolusi sajak sekarang, kita kena bawa sajak di lapangan, kena main gitar dan jual buku. Dan itu sedang diusahakan, tapi selepas 40 tahun saya stop baca not muzik dan petik gitar, saya kena training balik. Susah juga, tapi itulah...hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Dan Sasterawan Negeri Sabah (SNS) Hasyuda sudah menyediakan platform untuk kami memulakan program, sementara kita dahulukan Ramadan dan Hari raya Aidil Fitri, kita akan mula.
Singapura pun ada menjemput, Kak Zie ajak ke Singapura, ya, InsyaAllah. Dan saya pun sudah merancang baca sajak mengiringi Shirley Idris mentarikan puisi. Semua ini rancangan dan kita berdoa agar terlaksana nanti.
Sementara terima kasih kepada Editor BH siaran sajak saya dan rakan, kepada Aloyinda yang memautkan siaran akhbar di fb dan teima kasih kepada Nur kerana bagi foto sajak saya.
Saya berharap kalau KL nanti, saya buat pula rancangan dengan Aloy baca sajak diiring gitar saya. Siapa lagi mahu baca sajak sambil aku bergitar? kasi senarai awal, Kalau di KK diiring biola HA lagi.
Amboi-amboi...banyak ni angan2 hahaha