Saturday, February 28, 2026

Baca alQuran

 *BISMILLAH*


Orang yang Lancar Membaca Al-Qur'an akan bersama para Malaikat sedangkan yang terbata-bata mendapatkan Dua Pahala


Pada kesempatan kali ini kami akan coba membahas terkait keutamaan membaca Al Qur’an. Ini penting untuk dibahas karena ada sebagian orang beranggapan seperti di bawah ini.


“Sebagian orang malas membaca Al Quran padahal di dalam terdapat petunjuk untuk hidup di dunia.”


“Sebagian orang merasa tidak punya waktu untuk membaca Al Quran padahal di dalamnya terdapat pahala yang besar.”


“Sebagian orang merasa tidak sanggup belajar Al Quran karena sulit katanya, padahal membacanya sangat mudah dan sangat mendatangkan kebaikan.”


Membaca Al Quran adalah perdagangan yang tidak pernah merugi


{الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ (29) لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ (30)}

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi”. “Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (QS. Fathir: 29-30).


*@Fiqihwanita*


  Gruptajwid esastera, 

Norlaila       

                  


Monday, February 16, 2026

Sheikh Abdul Kadir-FB

 SULTONUL AULIYA SYAYIDI SYEKH ABDUL QODIR AL-JAILANI 'QS' TUNJUKKAN KAROMAH TERBESARNYA


Syekh Abdul Qadir Al-Jailani, adalah salah satu ulama sufi yang paling terkenal dalam sejarah Islam. Beliau lahir pada tahun 1077 M di wilayah Persia (sekarang Iran) dan meninggal pada tahun 1166 M di Baghdad, Irak.


Syekh Abdul Qadir Al-Jailani terkenal karena ajaran-ajarannya yang mendalam dalam Islam dan pengaruhnya yang besar dalam pengembangan tarekat Qadiriyyah.


Berbicara mengenai karomah yang diyakini dimiliki oleh Syekh Abdul Qadir Al-Jailani, ada banyak cerita dan legenda yang tersebar dalam tradisi Islam.


Beberapa di antaranya adalah menghidupkan orang mati, menghadirkan makanan secara tiba-tiba, menyembuhkan penyakit, serta mampu mengendalikan alam dan berbicara dengan hewan buas. 


Namun itu semua bagi Syekh Abdul Qadir Al-Jailani bukanlah karomah terbesarnya. Suatu ketika ia mengakui jika ada satu karomah terbesar yang ia miliki.


Karomah terbesar tersebut pernah ia katakan, dan hal itu bisa kita ikuti serta milikinya.


Syekh Mikhlaf al-‘Aliy menceritakan bahwa suatu ketika Syekh Abdul Qadir Al-Jailani berkata di depan murid-muridnya bahwa beliau akan menunjukkan karomah terbesar yang dimiliki.


“Hari Jumat besok aku akan menampakkan pada kalian karomah terbesarku,” kata Syekh Abdul Qadir Al-Jailani.


Tentu saja berita ini segera menyebar pada seluruh muridnya dan masyarakat luas. Mereka sangat penasaran menyaksikan langsung apa karamah terbesar yang dimiliki Syekh Abdul Qadir yang memang dikenal sebagai seorang wali dan dikaruniai banyak sekali karamah.


Hari Jumat pun tiba. Masyarakat berbondong-bondong datang ke masjid. Tentu saja niat mereka kali ini bukan lagi sekedar menunaikan kewajiban Jumat, melainkan juga ingin menyaksikan apa karomah terbesar Syekh Abdul Qadir.


Setelah menyelesaikan rangkaian ibadah Jumat, Syekh Abdul Qadir naik mimbar. Ia bertanya pada semua hadirin,


“Apakah kalian sudah melihat karomahku?”

Mereka menjawab, “Kami tidak melihat apapun.”


Beliau berkata, “Sekarang aku ingin bertanya pada kalian, dan tolong jawab dengan jujur. Apakah kalian pernah melihatku meninggalkan sholat fardhu?”


Mereka menjawab, “Tidak pernah,”


“Pernahkah kalian melihatku meninggalkan puasa Ramadhan?”


“Tidak.”


“Pernahkah melihatku berbohong? Pernahkah kalian melihatku mengambil hak orang lain? Pernahkah kalian melihatku bergunjing?”


“Tidak.”


“Apakah sholat yang aku kerjakan berbeda dengan sholat yang Rasulullah kerjakan?”


“Tidak”.


“Apakah khotbahku berbeda dengan khutbah Rasulullah?”


“Tidak.”


“Itulah sesungguhnya karomah terbesarku, istiqamah.”


الاستقامة أكبر كرامة

“Istiqamah adalah karamah terbesar.”


Jangan sibukkan diri untuk mendapatkan berbagai karamah zhahir. Sibukkanlah diri dengan meraih karamah batin ; istiqamah.


مَنِ انْشَغَلَ بِالْكَرَامَةِ حُجِبَ عَنْ رَبِّ الْكَرَامَةِ

“Siapa yang sibuk dengan karomah, terhijab dari Rabb yang memberikan karamah.”


احْذَرُوا الشَّهْوَة الْخَفِيَّةَ فىِ الْعِبَادَةِ

“Waspadai syahwat terselubung dalam beribadah.”


•  Ket Foto 📸;

•   Cicit Sultonul Aulia Syayidi Syekh Abdul Qadir Al-Jaelani 'Qs'

Tuesday, February 10, 2026

Sastera Di Sekolah-Yatim Ahmad

 SAYA TANYA SASTERA, ORANG MUDA KATA ITU UNTUK ORANG TUA-TUA 


MAKA kena kembalikan subjek Kesusasteraan Melayu (KS) di sekolah2 serta tidak membenarkan pengetua sekolah mengenepikan subjek ini semata mahu sekolahnya cemerlang menerusi kelulusan tinggi subjek pilihan.


Pada masa kini hanya Kelantan, Terengganu Sabah dan Sarawak mungkin masih banyak sekolah menawarkan subjek sastera, dan ini sangat berbahaya kepada kesihatan sastera Malaysia kerana pendedahan sastera di peringkat akar umbi tidak dilakukan secara mapan, tidak menyeluruh semua sekolah.


Apabila akar umbi dicabut dari sastera, bidang ini akan hanyut dan industri buku merundum kerana pelajar adalah kuasa beli masa akan datang. Apabila hal berkaitan kesusasteraan dan seni tidak diajar secara kolektif di semua sekolah, maka malapetaka bukan sahaja kepada sastera, tetapi badan atau persatuan yang mengendalian bidang ini.


Sastera Malaysia mungkin masih bermanja-manaj dengan kerajaan menerusi dapatan dana kepada badan penulis, tapi ia tidak menyeluruh, sementara program hanya fokus kepada sesama ahli hingga sastera itu dikhuatirkan membudaya 'kau tengok aku, aku tengok kau; kau beli buku aku, aku beli buku kau'.


Jadi sastera Malaysia kena urus dahulu pembabitan akar umbi di sekolah dan pastikan ia menjadi subjek wajib.


Dan walaupun KS kini dikenal sebagai Kesusasteraan Melalu Komunikatif (KMK), tapi cabaran utama adalah pelajar mahukan kepandaian/kemahiran menulis sajak dan cerpen atau novel, bukan menjawab soalan kerana hampir kebanyakan guru sastera tidak memiliki asas penulisan hinggakan pengajaran KMK hanya berkonsepkan sama subjek lain iaitu membaca, mengingat dan menjawab soalan berdasarkan buku teks.


Sastera mungkin tidak berkubur, tetapi pada masa akan datang kuburannya adalah di perpustakaan, Arkib atau simpanan penulis. 

Sementara kebimbangan tahap membaca buku fizikal semakin berkurangan dan perpustakaan pun lengang.


Menurut kajian DBP sejak banyak tahun lalu, pada 1970-an jumlah pelajar yang mengikuti subjek KM adalah kira-kira 70 ribu pelajar sementara tahun demi tahun subjek itu kehilangan pelajar kerana ia bukan subjek pilihan untuk mendapat pekerjaan.


Mutakhir menurut laporan pelajar mengambil subjek KMK (pasca Kesusasteraan Melayu) merosot tahun ke tahun iaitu 13,044 calon berdaftar bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2022, berbanding 14,045 pada 2021, 14,972 (2020), 15,857 (2019) dan 16,394 (2018).


Berdasarkan angka (laporan) 2024 ini, kemungkinan pada masa akan datang mungkin masih ada pengetua mahu mengekalkan KMK tetapi mungkin hanya diambil oleh 5K pelajar atau terus merundum kepada 1k pelajar.


Jadi, persoalan- apakah gunanya sastera yang didakwa menyemai cintakan bahasa dan seni serta mengukuhkan jati diri kebangsaan (baca bahasa Melayu) kalau mereka tidak menjiwai bahasa dan seni.


Maka itu saya berpendapat adalah penting DBP membuat kajian semula, buat pertemuan dan kongress sastera Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan serta resolusi supaya kerajaan:


1. Wajibkan subjek KS di sekolah dan wajib lulus

2. Tidak membenarkan pengetua sekolah mempunyai kuasa esekutif meniadakan KS/KMK di sekolah tadbiran mereka


Semua ini untuk jangka masa panjang untuk beri nyawa kepada sastera Malaysia .


Kerajaan mungkin ada kekayaan beri dana dan bantuan dan golongan sastera tidak perlu bayar cukai yang diktuip dari titik peluh rakyat walaupun kononnya sastera memandaikan orang, tapi makan duit rakyat; dan kita tidak mampu membeli jiwa generasi akan datang terhadap sastera jika kita abaikan generasi muda (pelajar sekolah).


Kalau tidak diusahakan sekarang mungkin 90 peratus pengarang kreatif akan datang adalah berumur atas 50 tahun, dan sedikit peratus berumur bawah 40 tahun, tapi nisbah begini akan mematikan sastera Malaysia sebab penulis tua2 pun dah penat seret badan di mana-mana program,  yang muda-muda malas baca sastera, mahu beli buku dan malaj? Jauh sekali 


Bukankah itu tanda sakarat?


KIta kena jaga kesihatan sastera Malaysia dengan hamilkan di sekolah, kalau tak sastera Malaysia nanti seperti janin tidak cukup umur, gugur - 


Sastera Malaysia pada beberapa tahun akan datang akan kurus kering seperti kena TB


kita dah tua2 ni bercakap pasal bahasa jiwa bangsa pun budak2 anggap kita membebel, bagus tengok hp, game, tik tok, hiburan, kelucu2an buatan pemilik hp


sastera ada apa? Tengok sayembara penulis muda pun tiada .. yang menang semua tua2, orang muda makin anggap sastera hanya untuk orang tua-tua, yang hadir majlis sastera semua tua-tua yang dimudakan - macamana tak nampak sastera Malaysia semakin menua?

Tuesday, February 3, 2026

Hubungan dengan Editor Yatim Ahmadbb

 SAYA HANYA TAHU TULIS SAHAJA 


KABEL adalah pernyataan bahawa penulis itu ada hubungan baik atau persaahabatan dengan editor.  Jadi, kata segelintir kawan tanya (setiap kali siar karya saya)  - kenapa sajak kamu selalu siar di akhbar (mana ada selalu, sesekalilah ada)


Pertama, saya (walaupun) sesekali siar karya di Berita Harian (BH)_ saya tetap baca tu peraturannya, terutama berapa panjang (perkataan kalau cerpen), kedua kita kena ikut apa dikehendaki editor - karya itu ditulis di words kemudian kepilkan salinan di email, bukan tempel di peti email ya, berserta biodata ringkas dan no bank kalau diminta. 


Kemudian isu, tema, kita diberi kebebasan untuk menulis apa sahaja perkara dan peristiwa sel;agi relevan dan tidak menyinggung sesiapa.


Kemudian diri kita sendiri, kalau saya selepas siar minggu ini, saya akan hantar karya tiga minggu atau sebulan selepas itu untuk penjarakkan siaran. Kita kena elak monopoli walaupun hak editor siarkan, lebih baik kita bagi editor keselesaan memilih karya lain terutama pemula untuk giliran siaran. Bukanlah maksud saya setiap kali saya hantar sebulan sekali di siar, bukan begitu, dia begini kalau tidak siar, hantar lagi. 


Sama ada saudara hantar karya disemua media massa terpulanglah. Ikutlah. Siapa larang? Tapi lebih baik jarakkan, itu sahaja.


Lagi setiap kali hantaran itu perlu ada target iaitu mutu karya kita bersaing, sama ada dari segi perbezaan tema atau pada satu masa nanti hadiah sastera dibuka penyertaan maka sajak itu boleh menyaingi penerima hadiah.


Jadi dengan kefahaman ini kita tidak meletakkan editor pada garis 'diksriminasi' sebab saya pun tak kenal siapa editor, kecuali Utusan Borneo, Bung Abd Naddin Haji Shaiddin, kawan saya, malah guru sastera saya. tapi dia pun tak bagi saya 'kabel' sebab dalam profesioan, saya bukan kawan dia, dia akan jadi kawan saya dalam pofesioannya kalau karya saya bagus, berkualiti.


 Saya cakap ni sebab saya tak mahu lagi dengan 'kabel' sastera. Kabel sastera itu hanya merosakkan kualiti pengkaryaan dan tidak berguna untuk mengembangkan bakat kita. Jangan suka-suka cakap 'mentang-mentang...' - jujur saya jual kualiti bukan cari kabel 


Sebenarnya saya mahu bercakap begini - saya akan tulis sajak yang boleh disesuaikan untuk muzik, semasa petik gitar - ketika saya mula petik - di mana seharus bacaan bermula, stop sekejap (kiraan 1-2-3) sambung baca dan di mana suara tinggi, rendah dan teruskan bacaan.


Sebab kita kena buat revolusi sajak sekarang, kita kena bawa sajak di lapangan, kena main gitar dan jual buku. Dan itu sedang diusahakan, tapi selepas 40 tahun saya stop baca not muzik dan petik gitar, saya kena training balik. Susah juga, tapi itulah...hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih


Dan Sasterawan Negeri Sabah (SNS)  Hasyuda sudah menyediakan platform untuk kami memulakan program, sementara kita dahulukan Ramadan dan Hari raya Aidil Fitri, kita akan mula.


Singapura pun ada menjemput, Kak Zie ajak ke Singapura, ya, InsyaAllah. Dan saya pun sudah merancang baca sajak mengiringi Shirley Idris mentarikan puisi. Semua ini rancangan dan kita berdoa agar terlaksana nanti.


Sementara terima kasih kepada Editor BH siaran sajak saya dan rakan, kepada Aloyinda yang memautkan siaran akhbar di fb dan teima kasih kepada Nur kerana bagi foto sajak saya.


Saya berharap kalau KL nanti, saya buat pula rancangan dengan Aloy baca sajak diiring gitar saya. Siapa lagi mahu baca sajak sambil aku bergitar? kasi senarai awal, Kalau di KK diiring biola HA lagi.


Amboi-amboi...banyak ni angan2 hahaha