Saturday, December 20, 2025

Proses Kreatif- Aminah Mokhtar

 TEORI DAN PROSES KREATIF


🌺Proses kreatif adalah daya cipta yang memberi maksud berdaya berupaya mencipta, menghasilkan karya. Maha Penciptanya ALLAH, dengan sifat Al Khaliq-Nya, menganugerahkan fitrah mencipta karya kepada manusia; agar menfaatkan kuasa berfikir dan kuasa berperasaan untuk berkerja keras dalam proses mengarang. 


🌺Proses mengarang perlukan dua elemen yang besar:  fikiran dan perasaan, tidak saling mendominasi, namun saling memberi laluan yang mana berpioriti. 


🌺Dalam anatomi dan fisilogi pembentukan  manusia, bukan hanya jasad malah akal dan perasaan juga milik anotomi dan fisiologi yang tersendiri. 


🌺Begitu indahnya ALLAH ciptakan makhluk bernama manusia.


🌺🌺Diamanahkan menjadi penulis, pengarang adalah Kun Fayakun ALLAH. Tidak dapat kita melakukan sesuatu pun perkara melainkan dengan izin ALLAH. 

Namun pasrah bukanlah sifat yang mulia menjadi manusia kerana ALLAH tidak melihat keputusan atau kejayaan atas usaha kita, tetapi ALLAH melihat daya usaha kita berkerja keras kerana ALLAH.


🌺ALLAH bekalkan anatomi dan fisiologi pengarang penulis pengkarya itu sifat-sifat yang sangat berharga. Dibekalkan kelebihan deria yang luar biasa dari insan biasa. Punya deria ke enam yang sangat istemewa menjadi janakuasa pembekal tenaga kepengarangan.


🌺🌺Teori sastera pula adalah sistem ilmiah bersistematik membincangkan prinsip, kategori, kriteria, hukum, dan sifat-sifat kesusasteraan. Matlamatnya  untuk huraikan struktur karya yang dikuatkan oleh  watak, plot, dan nilai dalam karya. Ia juga mejelaskan fungsi dan makna karya sastera melalui pelbagai perspektif, dari psikologinya, sosiologinya dan falsafahnya. Ia sebagai penyuluh  memahami cara mengkaji, menilai, dan mentafsir sesebuah karya. 


👉👉APAKAH DALAM PROSES PENGARANGAN PERLUKAN TEORI?


🌺Ianya bergantung kepada individu. Tidak ada satu jawaban yang mutlak, ia atau tidak.


🌺Bagi penulis A, teori penting dalam proses kreatif kerana ia memberi kerangka pemahaman tentang bagaimana otak berfikir proses persediaan, proses pengeraman, proses iluminasi dan proses verifikasi sebagai membimbing aktiviti fizikal dalam aspek  penyediaan dab pemilihan bahan, proses penulisan dan proses penyemakan.


🌺Bagi penulis B, teori  tidak diperlukan kerana teori menyekat, menganggu  kebebasaan berkreativiti.


Ada pendapat menyatakan  teori menyokong kreativiti dengan menyediakan asas dan struktur, menjadikannya saling melengkapi, bukan bertentangan, dalam menghasilkan idea baharu.


Ada pula berpendapat, berteori melambatkan dan lebih parah membantutkan proses berkreativiti kerana banyak masa terbuang memikirkan yang mana boleh yang mana tidak.


👉MENGAPA TEORI DIPERLUKAN DALAM PROSES KREATIF?


🌺Ia menjadi Kerangka Fikiran: membantu memahami peringkat-peringkat pemikiran kreatif dalam semua proses, bermula dari persediaannya, diteruskan kepada proses pengeramannya, iluminasinya dan  verifikasinya.


🌺 Ada pendapat menyatakan teori menjadi garis Pandu Tindakan: dari proses mengumpul bahan, memilih bahan, menulis, dan menyemak hasil, memastikan proses berjalan lancar.


🌺Menurut Sternberg pula, Teori kreativiti membantu memahami teks,  membantu aplikasikan pemikiran terhad dan memupuk pemikiran kritis dan kreatif untuk mencari jawapan yang lebih baik.


🌺Menurut kefahaman kita pula, terpulang mahu berteori ketika berkreativiti atau tidak.


👉APAKAH HUBUNGAN TEORI DAN PRAKTIK KREATIF


🌺Ianya saling Melengkapi: Teori dan praktik wajar diamankan berkobalirasi agar   kedua-duanya saling berfungsi untuk menghasilkan karya yang hebat. 


🌺Teori tidak  menghalang ketika proses mengarang sedang berlangsung  walaupun ada yang berpendapat tidak mahu diikat oleh  teori. Dan tetap berbalah menyatakan teori sangat membantu mengorganisasi dan menguatkan idea yang hadir secara intuitif. 


 🌺 Kita faham, teori bukan sekadar konsep abstrak, tetapi alat praktikal yang membimbing dan memperkaya keseluruhan proses kreatif. 

         

🌺Proses kreatif pula adalah tanggung-jawab pengarang tunaikan tanggungjawab yang diamanahkan ALLAH. Kerja keras, mendaya ciptakan segala yang dipandang, didengar ditangani, dirasai dengan bancuran akal fikiran dan perasaan yang luar biasa untuk menghasilkan produk luarbiasa bernama KARYA.


💥Mahu mengambil keduanya terserah, mahu meletakkan satu ke samping juga terserah.


Buka leptop tanya kekunci.


👉APAKAH TEORI YANG SAYA GUNAKAN KETIKA BERKREATIVITI?


✍️Teori, BELASAH JER. 

Saya tidak mahu aliran, curahan dan tsunami fikiran dan perasaan saya tersekat dengan empangan teori.


🌠Hasilnya? 

ALHAMDULILLAH, saya bersyukur sangat atas 

kemenjadiannya.


🌺🌹✍️WALLAUALAM

@aminahmokhtar