Saturday, December 20, 2025

Proses Kreatif- Aminah Mokhtar

 TEORI DAN PROSES KREATIF


🌺Proses kreatif adalah daya cipta yang memberi maksud berdaya berupaya mencipta, menghasilkan karya. Maha Penciptanya ALLAH, dengan sifat Al Khaliq-Nya, menganugerahkan fitrah mencipta karya kepada manusia; agar menfaatkan kuasa berfikir dan kuasa berperasaan untuk berkerja keras dalam proses mengarang. 


🌺Proses mengarang perlukan dua elemen yang besar:  fikiran dan perasaan, tidak saling mendominasi, namun saling memberi laluan yang mana berpioriti. 


🌺Dalam anatomi dan fisilogi pembentukan  manusia, bukan hanya jasad malah akal dan perasaan juga milik anotomi dan fisiologi yang tersendiri. 


🌺Begitu indahnya ALLAH ciptakan makhluk bernama manusia.


🌺🌺Diamanahkan menjadi penulis, pengarang adalah Kun Fayakun ALLAH. Tidak dapat kita melakukan sesuatu pun perkara melainkan dengan izin ALLAH. 

Namun pasrah bukanlah sifat yang mulia menjadi manusia kerana ALLAH tidak melihat keputusan atau kejayaan atas usaha kita, tetapi ALLAH melihat daya usaha kita berkerja keras kerana ALLAH.


🌺ALLAH bekalkan anatomi dan fisiologi pengarang penulis pengkarya itu sifat-sifat yang sangat berharga. Dibekalkan kelebihan deria yang luar biasa dari insan biasa. Punya deria ke enam yang sangat istemewa menjadi janakuasa pembekal tenaga kepengarangan.


🌺🌺Teori sastera pula adalah sistem ilmiah bersistematik membincangkan prinsip, kategori, kriteria, hukum, dan sifat-sifat kesusasteraan. Matlamatnya  untuk huraikan struktur karya yang dikuatkan oleh  watak, plot, dan nilai dalam karya. Ia juga mejelaskan fungsi dan makna karya sastera melalui pelbagai perspektif, dari psikologinya, sosiologinya dan falsafahnya. Ia sebagai penyuluh  memahami cara mengkaji, menilai, dan mentafsir sesebuah karya. 


👉👉APAKAH DALAM PROSES PENGARANGAN PERLUKAN TEORI?


🌺Ianya bergantung kepada individu. Tidak ada satu jawaban yang mutlak, ia atau tidak.


🌺Bagi penulis A, teori penting dalam proses kreatif kerana ia memberi kerangka pemahaman tentang bagaimana otak berfikir proses persediaan, proses pengeraman, proses iluminasi dan proses verifikasi sebagai membimbing aktiviti fizikal dalam aspek  penyediaan dab pemilihan bahan, proses penulisan dan proses penyemakan.


🌺Bagi penulis B, teori  tidak diperlukan kerana teori menyekat, menganggu  kebebasaan berkreativiti.


Ada pendapat menyatakan  teori menyokong kreativiti dengan menyediakan asas dan struktur, menjadikannya saling melengkapi, bukan bertentangan, dalam menghasilkan idea baharu.


Ada pula berpendapat, berteori melambatkan dan lebih parah membantutkan proses berkreativiti kerana banyak masa terbuang memikirkan yang mana boleh yang mana tidak.


👉MENGAPA TEORI DIPERLUKAN DALAM PROSES KREATIF?


🌺Ia menjadi Kerangka Fikiran: membantu memahami peringkat-peringkat pemikiran kreatif dalam semua proses, bermula dari persediaannya, diteruskan kepada proses pengeramannya, iluminasinya dan  verifikasinya.


🌺 Ada pendapat menyatakan teori menjadi garis Pandu Tindakan: dari proses mengumpul bahan, memilih bahan, menulis, dan menyemak hasil, memastikan proses berjalan lancar.


🌺Menurut Sternberg pula, Teori kreativiti membantu memahami teks,  membantu aplikasikan pemikiran terhad dan memupuk pemikiran kritis dan kreatif untuk mencari jawapan yang lebih baik.


🌺Menurut kefahaman kita pula, terpulang mahu berteori ketika berkreativiti atau tidak.


👉APAKAH HUBUNGAN TEORI DAN PRAKTIK KREATIF


🌺Ianya saling Melengkapi: Teori dan praktik wajar diamankan berkobalirasi agar   kedua-duanya saling berfungsi untuk menghasilkan karya yang hebat. 


🌺Teori tidak  menghalang ketika proses mengarang sedang berlangsung  walaupun ada yang berpendapat tidak mahu diikat oleh  teori. Dan tetap berbalah menyatakan teori sangat membantu mengorganisasi dan menguatkan idea yang hadir secara intuitif. 


 🌺 Kita faham, teori bukan sekadar konsep abstrak, tetapi alat praktikal yang membimbing dan memperkaya keseluruhan proses kreatif. 

         

🌺Proses kreatif pula adalah tanggung-jawab pengarang tunaikan tanggungjawab yang diamanahkan ALLAH. Kerja keras, mendaya ciptakan segala yang dipandang, didengar ditangani, dirasai dengan bancuran akal fikiran dan perasaan yang luar biasa untuk menghasilkan produk luarbiasa bernama KARYA.


💥Mahu mengambil keduanya terserah, mahu meletakkan satu ke samping juga terserah.


Buka leptop tanya kekunci.


👉APAKAH TEORI YANG SAYA GUNAKAN KETIKA BERKREATIVITI?


✍️Teori, BELASAH JER. 

Saya tidak mahu aliran, curahan dan tsunami fikiran dan perasaan saya tersekat dengan empangan teori.


🌠Hasilnya? 

ALHAMDULILLAH, saya bersyukur sangat atas 

kemenjadiannya.


🌺🌹✍️WALLAUALAM

@aminahmokhtar

Wednesday, October 8, 2025

Simbul Dan Visual dlm Puisi

 PETUA MENYERLAHKAN SIMBOL DAN VISUAL DALAM PUISI


Kadang-kadang puisi kita ni macam teh tarik ceroi. Ada rasa, tapi tak cukup 'kick' untuk buat orang rasa ummmph! Nak bagi puisi itu hidup bernyawa, bila baca bagaikan termasuk ke dalam cerita, rahsianya terletak pada simbol dan visual. Tapi jangan risau, tak perlu jadi Ezra Pound atau Latiff Mohidin, cukup tahu cara bermain dengan makna dan visualisasi kata (visualization of words).


1. Gali Simbol Daripada Benda Biasa:

Simbol tak semestinya kena cari di gua kelam, di Tapak Arkeologi Sungai Batu atau di kitab 1001 malam. Kadang-kala roti canai pun boleh jadi simbol nasib insan, yang dibakar dan direnyuk hidup-hidup. Yang penting, benda biasa diberi makna luar biasa. Kalau Khoo Phau Liang mengambil sellotape dan tisu gulung, apa kata anda ambil selipar Tat Sing boleh disimbolkan dengan betapa kerasnya hidup. Bayangkan selipar tu dibaling ke tengah belakang anda...


Contoh:

a) “Pasir di dalam seluar mandi” (simbol kerengsaan atau ketidakselesaan)


b) “Payung yang koyak di tengah ribut” (simbol perlindungan yang gagal atau cinta yang retak)


Tipnya: tengok sekeliling, tahi cicak, kasut, semut, pasir, arang, semuanya boleh jadi simbol (perlambangan) kalau anda berani membaca citra makna di sebalik rupa dan sifat objek. 


2. Beri Nyawa kepada Diksi dengan Personifikasi:

Diksi simbolik bukan sekadar indah di lidah, tapi berbekas di telinga dan jiwa. Gunakan kata yang hidup, yang bila disebut (baca atau deklamasi), terasa nampak seperti wayang gambar dalam kepala.


Contoh frasa visualize via Personifikasi:

a) “Langit menumpahkan kesumat ke tanah”


b) “Siluetmu mengutip cahaya yang pecah dari cermin malamku”


Tipnya: elak kata mati macam “sedih”, “cantik”, “marah” -- ganti dengan gambaran (visual) yang menzahirkan rasa, bukan hanya menyebutnya secara sendiri-sendiri. Beri sifat manusia kepada mereka. Berikan gaya bahasa personifikasi! 


3. Bina Adegan, Bukan Sekadar Ayat:

Puisi yang visualize bukan hanya berbunyi, tapi berwajah. Biarkan pembaca nampak apa yang anda rasa. Lukis (visualize) dengan kata, bukan dengan hanya beritahu (telling). 


Contoh:

Daripada “Aku sunyi sejak kau pergi”

cuba tulis “kebahagiaanku ditelan gerbang pamitmu”


Satu ayat dah cukup buat pembaca nampak sunyi tanpa anda sebut pun perkataan “sunyi”. Itu seni visualize -- beritahu tanpa memberitahu.


Kesimpulan

Menulis puisi bukan sekadar susun kata indah, tapi membangkitkan rasa yang boleh disentuh dengan mata hati. Bila simbol dan visual berpadu, puisi bukan lagi sekadar dibaca, ia dirasa, dilihat, dan dirasakan hidup. Jadi lain kali bila anda tulis puisi, ingatlah: jangan cuma cerita;  lukis dengan kata, sembunyikan makna dalam citra.


#ibnudinassingkiri

#petuacikguida

#BelajarTanpaHenti

Tuesday, September 16, 2025

Di Halaman Ini

 Di Halaman lni



Di halaman ini, pernah tumpah peluh dingin

juga airmata, hujan dnan minuman membasahi tenggorok sambil memahami bahasa yang kauucapkan tidak sama yang kufahami kerana eksistensi ini, saling berbenturan membuahkan harapan, memaknakan hidup : satu perjalanan panjang tanpa perhentian

sekalipun jasad dan roh: bercerai satu sama lain; namun lorong ini masih kita lalui; entah ke mana hala tujunya

Lohmahfuzkah atau di bawah Arasy atau ada lagi; yang tidak dimengerti.


Di halaman ini; aku berfikir, kau juga; sambil bertanya; ke mana lagi?


Di halaman lini; kau dan aku; tak menemukan

titik pemikiran

di hujung perjalanan.


Ibnulazim,

14.4.2023.

#pemuisiberkarya

#pemuisinasional

Tuesday, August 5, 2025

Puisi Eila Adam 2

 Ulasan puisi، ulasan ini tidak termasuk dalam siri Selebriti Sasterawan..


Sekuntum kemboja secawan kopi


dihulur secawan kopi

di hiasi sekuntum kemboja

sebuah puisi

atas meja 


siapa pengirimnya


kemboja itu bunga kuburan

putih bersih

wangi


aduh bagaimana ini

mau dihirup kopinya dulu

atau

dicium kembojanya

atau 

dibaca puisinya

atau

serentak itu ketiganya


aku ke pejabat dulu

kopi , puisi dan bunga kemboja 

snap saja photonya

lalu kusimpan di dada

jadi kenangan sepanjang usia


Wangikah Anggerik 

15.06.23


Ulasan Puisi;

Sekuntum Kemboja Secawan Kopi


Saya pun kurang ingat bagaimana boleh terbaca sajak ini di tengah-tengah kesibukan media sosial yang selalu saja

melahirkan pemuisi-pemuisi baru. Namun bila dibaca saya melihat ada bakat yang boleh diketengahkan dari sajak ini.


Tema sajak ini ringan sahaja, iaitu sekuntum bunga kemboja dan secawan kopi. Saya cuba mencari maksud lain dari ke dua-dua imej ini. Saya tidak menemui sebarang maksud lain kecuali ia mungkin lakaran emosi penulisnya, Wangikah Anggerik, atau nama sebenarnya Rahilah Adam. Ada lagi sekumpulan sajak yang ditulisnya, namun saya tidak sempat menelaahnya kerana kesuntukan masa.


Pada bait pertama beliau menulis:


'dihulur secawan kopi

dihiasi sekuntum kemboja

sebuah puisi 

atas meja'.


Apa yang dapat difaham ialah ada seseorang memberinya secawan kopi bersama sekuntum bunga kemboja. Kopi adalah air penghilang dahaga, sementara kemboja adalah sekuntum bunga, di mana bunga sering dikaitkan dengan wanita, atau pemberian bunga boleh juga dilihat sebagai lambang cinta yang disogokkan oleh seseorang kepadanya. Namun kopi dan bunga itu menjadi puisi di atas meja, atau menjadi satu harapan dalam hubungan sesama insan. Dengan kata lain, kopi dan bunga melambangkan harapan yang diberikan seseorang kepadanya.


Pada rangkap ke dua dan ketiga, penulis tidak berkesempatan meminum kopi, atau mencium bau kemboja, mungkin kerana hambatan waktu, dia hanya mempotret imej-imej tersebut, tanpa menyatakan apakah ia menerima atau menolaknya. Ia hanya menyatakan menyimpan imej-imej tersebut di dadanya dan menjadi kenangan dalam hidupnya. Majaz-majaz yang digunakan, adalah majaz yang lazim digunapakai dalam masyarakat kita. Cuma men'snap' imej berkaitan dan menyimpannya sebagai kenangan adalah agak baharu dalam dunia perpuisian kita. Harapan kita, penyair ini terus menulis dan meneroka tema-tema yang lebih bermakna untuk sastera kita dan generasi mendatang.


Ibnulazim,

1.7.2023.

Puisi Eila Adam

 Ulasan Puisi Tidak Berjadual


Puisi moden atau pun sajak, adalah curahan hati yang berbaur dengan isi atau fikiran dan rumusan dari sesuatu isu, dan isi inilah yang memberi nilai kepada sajak itu. Sajak yang tiada buah fikiran di dalamnya adalah sajak curahan perasaan, sajak cinta, kenangan dan sebagainya. Namun kebanyakan penulis pemula menulis sajak jenis ini, luahan emosi tanpa ada unsur-unsur pemikiran yang memandaikan bangsa, seperti kata SN Muhammad Hj Salleh. Namun begitu, fasa ini harus dilalui oleh setiap penulis pemula sebelum meneroka lebih jauh ke dalam rimba belantara kesusasteraan itu.


Di bawah ini ada sebuah sajak yang lebih merupakan luahan rasa dan sedikit unsur pemikiran kalau ada, kerana penulis mungkin belum cukup lama menceburkan diri dalam dunia penulisan. Tetapi ulasan dan kritikan penting dalam mematangkan seseorang pengkarya.


Soalanku


kau tawarkan apa

untuk aku memilihmu

itu soalan


jawapan

apapun 

aku tidak mahu tahu


si rajawali telah terbangkan

hati dan cinta

entah di bawa ke mana


- senyum, jangan rajuk


Aku Anggerik 

13.07.23#8.23am

Bukit Palah


Sajak soalanku ini ditulis oleh penulis yang masih mencari kematangan dalam berkarya, iaitu Aku Anggerik atau Wangikah Anggerik, nama samaran yang digunakan oleh Rahilah Adam. Beliau sebenarnya telah menulis sejumlah sajak dan diterbitkan oleh Pemuisi Nasional dan Kopi.


Sajak "Soalanku" merupakan soalan Yang ditujukan kepada seseorang sahabatnya ، yang saya kira lelaki, tentang apakah yvang diperolehinya jika ia memilih lelaki berkenaan. Namun pada bait berikutnya dia sendiri menjawab dengan nada agak sinis, kerana dia sebenarnya tidak memerlukan jawaban tersebut. Untuk apa bertanya jika tidak mahu jawaban? Di sini ada kontradiksi antara soalan dan jawaban. Dan penulis sendiri memberikan jawban kepada persoalannya."Si Rajawali telah terbangkan hati dan cintanya entah dibawa ke mana,".


Pada bait akhir penyair memujuk temannya dengan menyebut "senyum jangan rajuk.' Tentulah hampa perasaan teman itu dengan ayat berkaitan.


Ada satu perlambangan yang digunakan oleh penyair iaitu Rajawali. la adalah lambang kegagahan Dan kesempurnaan manusia yang melarikan hati dan cintanya . Dapat difaham bahawa dia bukanlah sembarang orang yang menjadi saingan temannya itu. Sebetulnya temannya itu harus menarik balik hajatnya yang besar itu. Dan saya menyatakan penulis harus mempelbagaikan teknik sajaknya dengan aliterasi،asonansi, metafora ,ambiguiti, personafikasi , anafora, epifora dan sebagainya agar karyanya lebih hidup dan memenuhi ciri-ciri puisi moden.


Ibnulazim,

14.7.2023.

Saturday, July 5, 2025

Poligami-Rozaime Ramlee

 Saya tidak berpoligami. Saya hanya ada seorang isteri sahaja. Namun saya lihat dalam laman sosial sesetengah pihak menunggang dalil dengan cara yang salah berkaitan poligami. 


Ada yang mengatakan Rasulullah poligami dengan janda, jadi jika hendak ikut sunnah perlu lah poligami mengahwini dengan ibu tunggal juga, bukan hanya dengan anak dara. 


Pemahaman ini tidak tepat. Jika hendak guna pemahaman senget begitu, maka kita juga perlu ingat. Ketika Rasulullah masih bujang dan berkahwin dengan Khadijah, sewaktu itu Khadijah merupakan:


- Janda

- Ibu tunggal yang mempunyai anak

- Wanita kaya 


Adakah seseorang lelaki bujang dianjurkan cari wanita kaya untuk berkahwin? Adakah lelaki bujang dianjurkan kahwin dengan ibu tunggal yang mempunyai anak?  Sudah semestinya tidak.


Sekiranya lelaki yang hendak monogami (mempunyai seorang isteri sahaja dalam satu satu masa) guna kriteria dan ciri ini ketika hendak berkahwin, maka akan ramailah wanita di Malaysia yang tidak akan bersuami.


Lelaki senyum saja baca tulisan ini setakat ini kan? Haa, meh saya nak nasihat lelaki. Pihak lelaki yang nak berpoligami pula saya nak nasihatkan. Jangan lupa adil dalam pemberian zahir adalah kewajipan. Jangan sampai bahu anda "rebeh" di akhirat akibat tidak adil.


Poligami ibarat makan nasi. Tidak semua orang ingin tambah. Tetapi jika tambah maka perlu bertanggungjawab bayar lebih.


Ingat, beras kita beli. ;)


Dr Rozaimi Ramle

Sunday, June 29, 2025

Sajak Pelbagai Jenis- Salmah

 Hi! Sir AI

Can you tell me how to write a good Japanese * Haiku?

Thank you


SIR AI:


You're very welcome! Here's a guide on how to write a good **Japanese *Haiku***—a poetic form that's short, simple, but rich in depth and emotion.


---


 🌸 **What is a Haiku?**


A **Haiku** is a traditional form of Japanese poetry that captures a moment in nature or emotion in just **three lines**, following a **5-7-5 syllable pattern**:


```

Line 1: 5 syllables  

Line 2: 7 syllables  

Line 3: 5 syllables

```


---


### ✍️ **How to Write a Good Haiku**


#### 1. **Choose a Theme**


Traditionally, Haiku focus on **nature, seasons, or fleeting moments** in life. But modern haiku can explore emotions, urban scenes, or even social commentary.


> *Example themes:*

>

> * A falling leaf

> * Morning rain

> * Loneliness in a crowd


---


#### 2. **Include a Kigo (Season Word)** 🌦️


A *kigo* is a word or phrase that suggests the season—this helps anchor the moment.


> **Examples of Kigo:**

>

> * Spring: cherry blossoms, frog, warm breeze

> * Summer: cicadas, sun, firefly

> * Autumn: red leaves, harvest moon

> * Winter: snow, frost, silent night


---


#### 3. **Use a Kireji (Cutting Word)** ⚡


In Japanese, this is a “cutting word” that adds a pause or emotional punctuation. In English, this effect is created using punctuation, a dash, or contrast.


> *Example:*

> “An old silent pond—

> A frog jumps into the sound

> of water.”

> *(Matsuo Bashō)*


---


#### 4. **Keep It Simple and Sensory**


Use **concrete images** and **sensory detail**. Show, don’t tell. Haiku is all about subtlety.


---


#### 5. **Capture a Moment**


A good haiku is like a snapshot in time—one breath, one feeling, one glimpse of beauty or insight.


---


### 🌾 **Example Haiku (Original)**


**Autumn breeze whispers**

through the thinning maple trees—

a lone crow takes flight.


---


Let me know your theme or subject if you'd like help writing one together!


AUTUMN LEAVES please


Beautiful choice—**“autumn leaves”** is a classic and rich theme for a haiku. Here are **three original haiku** based on that theme, each with a slightly different mood:


---


🍁 **1. Quiet Beauty**

*autumn leaves falling*

*softly blanket the old path*

*no footsteps remain*


---


🍂 **2. Nostalgia**

*golden leaves flutter*

*on the wind like old letters*

*never sent, unread*


---


🌬️ **3. Moment of Change**

*red leaves ride the breeze*

*a farewell kiss to the trees*

*before winter comes*


---


Would you like a haiku with a specific emotion—like joy, sadness, love, or memory? I’d be happy to tailor it for you.


Yes please. Thank you


Lovely! Here's a set of **haiku on autumn leaves**, each expressing a **specific emotion or mood**:


---


### ❤️ **Love**


*crimson leaves dancing*

*she walks beneath the branches*

*his eyes never leave*


---


### 😔 **Sadness**


*autumn leaves descend*

*like the silence after you*

*closed the final door*


---


### 🌅 **Hope**


*leaves fall, yet they glow*

*in the golden dusk of change*

*spring waits quietly*


---


### 🕰️ **Nostalgia**


*leaves on the old swing*

*creak beneath forgotten laughs*

*childhood on the breeze*


---


Would you like one in **Bahasa Melayu** or in a more **zen / philosophical tone** as well?


Yes please. Thank you


Sama-sama 🌸 Here’s a refined set of **haiku about autumn leaves**, now with:


1. **Bahasa Melayu version**

2. **Zen / Falsafah hidup version**


---


### 🍁 **Dalam Bahasa Melayu**


#### ❤️ **Cinta**


*daun luruh perlahan*

*dia melangkah bersamanya*

*diam pun berbicara*


#### 😔 **Kesedihan**


*daun gugur senyap*

*seperti kata terakhir*

*yang tidak terluah*


#### 🌱 **Harapan**


*daun jatuh tenang*

*namun akar masih hidup*

*musim baru tiba*


---


### 🧘 **Zen / Falsafah Hidup (in English)**


#### 🌬️ **Impermanence**


*no leaf clings for long*

*the wind teaches every tree*

*how to let things go*


#### 🪞 **Self-reflection**


*among fallen leaves*

*I see my own turning years*

*folding into peace*


---


Let me know if you’d like one about **faith**, **loss**, or perhaps **gratitude**. I’m here for it 🍂


WHY IS IT NOT FOLLOWING THE 5-7-5 SYLLABLES?


Excellent observation—and you're absolutely right to ask! Let’s clarify why some of the haiku **may not appear to follow the strict 5-7-5 syllable count**, especially in **English or Bahasa Melayu**.


---


### 🧭 Traditional Haiku vs Modern Haiku


#### ✅ **Traditional Japanese Haiku**


* Written in **5-7-5 "on" (音)**, which are **sound units**—not exactly the same as English **syllables**.

* Example (by Bashō):

  *Furu ike ya* (5)

  *kawazu tobikomu* (7)

  *mizu no oto* (5)


---


### 🔁 **In English (or BM) Haiku...**


Many poets **choose flexibility** because:


1. **Syllables ≠ Japanese “on”**

   English syllables are often longer or more complex than Japanese sounds. A strict 5-7-5 in English can feel **forced** or **wordy**.


2. **Focus Shifts to Essence**

   Modern haiku often prioritizes:


   * **Clarity**

   * **Imagery**

   * **Moment of perception**

     …instead of syllable count.


3. **Published Haiku Today**

   Many award-winning English haiku fall between **10–14 syllables total**, not exactly 17.


---


### 📌 However… If You Want Strict 5-7-5


Of course! You can still follow the traditional form—it’s a great challenge in poetic discipline.


Here’s an example on *autumn leaves* in **exact 5-7-5**:


🍁

*Leaves whisper goodbye*

*as they drift from branch to earth*

*soft in their falling*


In BM (5-7-5):


🍂

*Daun luruh senyap*

*angin membawa pergi*

*tinggal ranting tua*


---


Would you like me to **revise any haiku above into 5-7-5 form** for you? I'd be happy to!


✨ **Great question—and here's the clear answer:**


### ❗**Breaking the 5-7-5 syllable rule in English (or BM) Haiku is *not wrong*.**


---


### ✅ WHY It’s Accepted (and Even Encouraged)


#### 1. **Different Languages, Different Rhythms**


* Japanese *on* (syllabic sounds) are shorter and more uniform than English syllables.

* A strict 5-7-5 in English often results in **clunky or padded lines**.


> Japanese:

>

> * “Ha-i-ku” = 3 on

>   English:

> * “Haiku” = 2 syllables

>   So 17 *on* ≠ 17 English syllables.


---


#### 2. **Modern Haiku Movement**


Many contemporary poets (including in journals like *Frogpond*, *Modern Haiku*, *The Heron’s Nest*) prefer:


* **Short – Long – Short** structure

* Without strict syllable count

* Prioritizing:


  * **A seasonal reference (kigo)**

  * **A moment of insight**

  * **A pause or contrast (kireji)**


> Example from a respected haiku poet (not 5-7-5):

> *first snow—*

> *the children’s hangers*

> *empty again*


---


### 🧘 So What's More Important Than Syllables?


| Element              | Importance ✅           |

| -------------------- | ---------------------- |

| **Imagery**          | Paint a moment clearly |

| **Seasonal word**    | Connect to nature      |

| **Emotional depth**  | Subtle, reflective     |

| **Kire (cut/pause)** | Add contrast or shift  |


---


### 📌 Summary


> **Sticking to 5-7-5 is a *choice*, not a rule.**

✨ **Great question—and here's the clear answer:**


### ❗**Breaking the 5-7-5 syllable rule in English (or BM) Haiku is *not wrong*.**


---


### ✅ WHY It’s Accepted (and Even Encouraged)


#### 1. **Different Languages, Different Rhythms**


* Japanese *on* (syllabic sounds) are shorter and more uniform than English syllables.

* A strict 5-7-5 in English often results in **clunky or padded lines**.


> Japanese:

>

> * “Ha-i-ku” = 3 on

>   English:

> * “Haiku” = 2 syllables

>   So 17 *on* ≠ 17 English syllables.


---


#### 2. **Modern Haiku Movement**


Many contemporary poets (including in journals like *Frogpond*, *Modern Haiku*, *The Heron’s Nest*) prefer:


* **Short – Long – Short** structure

* Without strict syllable count

* Prioritizing:


  * **A seasonal reference (kigo)**

  * **A moment of insight**

  * **A pause or contrast (kireji)**


> Example from a respected haiku poet (not 5-7-5):

> *first snow—*

> *the children’s hangers*

> *empty again*


---


### 🧘 So What's More Important Than Syllables?


| Element              | Importance ✅           |

| -------------------- | ---------------------- |

| **Imagery**          | Paint a moment clearly |

| **Seasonal word**    | Connect to nature      |

| **Emotional depth**  | Subtle, reflective     |

| **Kire (cut/pause)** | Add contrast or shift  |


---


### 📌 Summary


> **Sticking to 5-7-5 is a *choice*, not a rule.**

> **Breaking it = poetic freedom, not poetic failure.**


But if you're writing haiku for **school, competition, or traditional form**, following **5-7-5** may be required. Always check the context.


---


Would you like me to show the **same haiku in both strict 5-7-5 and free form** for comparison?

❤️

> **Breaking it = poetic freedom, not poetic failure.**


But if you're writing haiku for **school, competition, or traditional form**, following **5-7-5** may be required. Always check the context.


---


Would you like me to show the **same haiku in both strict 5-7-5 and free form** for comparison?


Yes please. Thank you


THEME: Autumn Leaves and Letting Go

🧭 1. Strict 5-7-5 Haiku (Traditional Style)

✅ Follows exact syllable pattern.


Leaves drift through the air

a golden hush fills the path

trees bow to the wind


✅ Syllables:


Line 1: 5


Line 2: 7


Line 3: 5

✅ Includes season, imagery, and quiet emotion.


🌀 2. Free-Form Haiku (Modern Style)

❌ Not 5-7-5, but more natural, poetic.


autumn wind—

the last leaf pauses

before letting go


Syllables:


Line 1: 3


Line 2: 5


Line 3: 5

✅ Very reflective, minimal, captures a single moment of insight

✅ Strong use of pause (kireji) and seasonal feeling


📚 Comparison

Element Strict 5-7-5 Free-Form Haiku

Form Rigid, traditional Flexible, natural

Rhythm Balanced, predictable Varies for mood

Imagery Visual and poetic More symbolic or reflective

Used 


Tools


ChatGPT can make mistakes. Check important


Thank you Sir AI

Superb❤️