Thursday, July 30, 2009

PROGRAM ISLAMIC RELIEF SEMPENA RAMADHAN,2009

PROGRAM ISLAMIC RELIEF MALAYSIA SEMPENA RAMADHAN 2009

Ramadhan Feed The Fasting merupakan sebuah program Islamic Relief Malaysia (IRM) yang unik, dimana program ini hanya akan diadakan pada bulan Ramadhan sahaja bagi mengurangkan beban penderitaan golongan yang kurang berkemampuan di Malaysia dalam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan.


Program ini dilaksanakan dengan mengedarkan pek makanan kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim,Ibu Tunggal,golongan orang kurang upaya serta golongan yang layak mengikut pemerhatian dan kriteria yang ditetapkan oleh IRM. Pek makanan ini mengandungi makanan keperluan harian asas seperti beras, gula, garam, susu, tepung, minyak masak dan lain-lain lagi. Ia dijangka akan dapat membantu meringankan beban keluarga tersebut selama dua hingga tiga minggu sepanjang bulan ramadhan ini.


Berkongsilah kegembiraan anda bersama mereka...Ingatilah mereka yang serba kekurangan...Dengan hanya RM 50 untuk satu pek makanan anda dapat menyinari Ramadhan mereka.


Bantulah mereka berbuka puasa..dengan sedikit sumbangan...Sumbangan ikhlas anda boleh disalurkan melalui akaun MBB 562142708704 atau layari laman web rasmi islamic relief malaysia www.irm.org.my atau menghubungi pihak Islamic Relief Malaysia di talian 03-89486334.

SAYA INGIN MENYERTAI PROGRAM SUMBANGAN RAMADHAN FEED THE FASTING 2009

IRM,30.7.2009

No comments:

Post a Comment