Sunday, October 25, 2020

 7

Cerpen Belum Bernama
Petang itu aku bersama Razali menaiki motosikal menuju ke Bangi. Aku yang mengusulkan program itu. Aku mengajak Razali ke sana untuk menonton konsert Khatijah Ibrahim bersama beberapa orang penyanyi lain. Tiket masuk cuma lima ringgit.
Razali yang bertubuh kecil dan berambut sedikit keriting itu memang cekap memandu motor untuk perjalanan jauh. Jarak di antara kampungku dengan Bangi hampir 100 kilometer. Razali tidak memandu di bahagian tepi jalanraya. Dia mengambil bahagian tengah di atas garis putih yang memisahkan perjalanan dua hala itu.
Razali memecut lebih 120 km sejam untuk sampai ke Bangi sebelum jam delapan. Aku hanya memboceng. Dengan kuasa kuda 125 cc, kami sampai jam 7.30 di Bangi. Pertunjukan akan berlangsung kira-kira jam 8 malam. Razali , kawan baikku di kampung merupakan rakan sekelasku dari darjah satu hingga darjah tiga. Dia bersedia menemaniku ke mana sahaja.
"Eh, aku dengar emak En melaga-lagakan engkau dengan anaknya itu, betul ke?" Razali melontarkan soalan kepadaku sebaik kami membelok masuk ke kampus UKM. "Biasalah tu," balasku selamba. " Dari kecil aku bermain sorok-sorok dengan dia dengan beberapa anak jiran depan rumah." Aku menyambung. "So," Razali meminta penerangan selanjutnya. " Memanglah adat kampung macam tu. Jodohkan orang itu dengan orang ini," jelasku. "Engkau sukan ke dengan dia?" Razali melanjutkan pertanyaan.
'Hem." Aku cuma berdehem tanpa menjawab soalan sahabatku itu. "Bukankah kau sekampus dengan dia," aku pula mengajukan pertanyaan." "Ya, tapi aku tidak pernah bertemu dengannya." Razali membalas soalanku.
"Eh , dah dekat jam delapan, jom masuk." sambung Razali sambil mengheret tanganku. Malam itu kami dibuai oleh Khaty dengan lagu-lagu topnya. Aku sempat bersalaman dengannya sebelum pertunjukan selesai. Malam itu aku tidur dengan wajah En dan Khaty yang datang silih berganti. Tidak banyak perbezaan , cuma Khaty agak tinggi, bisik hatiku.
16. 10.2020
00.25am.

 Cerpen Belum Bernama (8)

Malam itu seperti biasa aku dan kawan-kawan berkumpul di bawah rumpun buluh bersetentangan dengan kedai runcit merangkap kedai tea tempat orang-orang kampung bertemu dan berbincang selepas penat berkerja menoreh getah atau ke sawah padi dan menuai atau menanam padi. Kadangkala mereka membersihkan sawah padi yang menghijau dengan membuang rumput rampai yang tumbuh meliar di bendang. Kerja begini dikenali sebagai merumput.
Jika musim tidak ke sawah,orang-orang kampungku itu menternak kerbau, lembu atau kambing di samping ayam dan itik. Itulah pekerjaan utama mereka sepanjang tahun untuk menyara hidup keluarga dan persekolahan anak-anak.
Malam itu agak dingin. Barangkali kerana hujan siang tadi. TV hitam putih di kedai itu pun tidak mempunyai siaran menarik. Kedai itu dimiliki oleh Ateh Usop, yang berusia dalam lingkungan enam puluhan. Seorang dari anaknya Rahim adalah kawan rapatku. Dia juga menunggu keputusan peperiksaan STPM. Badannya agak gempal sedikit dan tingginya pun lebih kurang sama dengan kawan-kawan yang lain.
" Mari kita pergi menonton wayang India," Rahim mengemukakan cadangan. '"Kat mana?" Tanya Razali." Kat Marlow Estet," jawap Rahim. "Eh takutlah." Balasku pula. "Kita akan melalui bukit tempurung, di mana kiri kanan jalan itu ada hutan besar." Aku menyambung." Harimau pun mungkin ada ," tambah ku.
'Hei, kau jantan ke betina." Rahim menghalakan soalan kepadaku. Aku hanya tersenyum simpul. "Ayuhlah kita pergi ." Aku bersuara, seolah-olah itu satu keputusan. "Kita naik basikal saja. Motorsikal ada satu, kita berempat termasuk Zubir. Dia tengah menonton tv hitam putih di kedai Ateh Usop.
Menjelang tengah malam filem India itu baru selesai. Jam 12 malam kami pulang. Tatkala melalui Bukit Tempurung, bulu tengkok aku mula meremang. "Apa pula halnya ini," aku bertanya dalam hatiku. Tiba- tiba Rahim menjerit," Dia kat belakang," jeritnya. "Laju, laju," tambahnya. Satu makhluk berpakaian serba putih dan berambut panjang mengejarnya dari belakang. Kami berempat membuat kayuhan selaju mungkin.
"Oh Tuhan, kita selamat," ucap Razali sebaik sampai di bawah rumpunan buluh tempat kami mula bertolak tadi. Aku akan terpaksa melalui hadapan rumah En. Dia tiada di situ. Masih di kampus. Hanya keluarganya tinggal di rumah besar itu.
"En, bila kau akan pulang En. Aku ingin bicara dengan kau. Aku mungkin juga rindu." Bisikku kepada diri sendiri. Sebaik sampai di rumah, aku terus masuk bilik tidur. Malam itu mataku agak sukar untuk lena. Fikiran dan perasaan bercampur baur.
17.10.2020
00: 12am.

 

16 Oktober jam 3:41 PG 
Dikongsi dengan Awam
Awam
7
Cerpen Belum Bernama
Petang itu aku bersama Razali menaiki motosikal menuju ke Bangi. Aku yang mengusulkan program itu. Aku mengajak Razali ke sana untuk menonton konsert Khatijah Ibrahim bersama beberapa orang penyanyi lain. Tiket masuk cuma lima ringgit.
Razali yang bertubuh kecil dan berambut sedikit keriting itu memang cekap memandu motor untuk perjalanan jauh. Jarak di antara kampungku dengan Bangi hampir 100 kilometer. Razali tidak memandu di bahagian tepi jalanraya. Dia mengambil bahagian tengah di atas garis putih yang memisahkan perjalanan dua hala itu.
Razali memecut lebih 120 km sejam untuk sampai ke Bangi sebelum jam delapan. Aku hanya memboceng. Dengan kuasa kuda 125 cc, kami sampai jam 7.30 di Bangi. Pertunjukan akan berlangsung kira-kira jam 8 malam. Razali , kawan baikku di kampung merupakan rakan sekelasku dari darjah satu hingga darjah tiga. Dia bersedia menemaniku ke mana sahaja.
"Eh, aku dengar emak En melaga-lagakan engkau dengan anaknya itu, betul ke?" Razali melontarkan soalan kepadaku sebaik kami membelok masuk ke kampus UKM. "Biasalah tu," balasku selamba. " Dari kecil aku bermain sorok-sorok dengan dia dengan beberapa anak jiran depan rumah." Aku menyambung. "So," Razali meminta penerangan selanjutnya. " Memanglah adat kampung macam tu. Jodohkan orang itu dengan orang ini," jelasku. "Engkau sukan ke dengan dia?" Razali melanjutkan pertanyaan.
'Hem." Aku cuma berdehem tanpa menjawab soalan sahabatku itu. "Bukankah kau sekampus dengan dia," aku pula mengajukan pertanyaan." "Ya, tapi aku tidak pernah bertemu dengannya." Razali membalas soalanku.
"Eh , dah dekat jam delapan, jom masuk." sambung Razali sambil mengheret tanganku. Malam itu kami dibuai oleh Khaty dengan lagu-lagu topnya. Aku sempat bersalaman dengannya sebelum pertunjukan selesai. Malam itu aku tidur dengan wajah En dan Khaty yang datang silih berganti. Tidak banyak perbezaan , cuma Khaty agak tinggi, bisik hatiku.
16. 10.2020
00.25am.

Monday, November 21, 2016

KE MANA HALA TUJU PAS



Pas ialah  sebuah parti Islam. Dalam perlembagaannya menyebut dasar pas ialah Islam. Dengan demikian perjuangan Pas adalah untuk menegakkan Islam di negara ini. Ini selaras dengan pendapat Dr Yusuf AlQhardawy, Islam tanpa politik tidak ada maknanya. Islam tidak dapat berdiri tanpa negara.Begitulah di zaman Nabi hinggalah ke Khalifah Othmaniyyah yang terakhir diTurki pada 1920an.

Namun sejak kekhalifahan tumbang angkara Barat, Imam Hassan AlBanna menubuhkan Ikhwanul Muslimin untuk mengambil alih institusi khalifah itu. Namun Ikhwan tidak dapat menguasai negara, tampuk pemerintahan dipegang oleh Raja Farouk yang akhirnya menembak mati Imam Hassan Albanna.Namun Ikhwan terus berkembang ke serata dunia termasuklah ke dalam Pas. Pas sendiri di era kebangkitan TG Abdul Hadi meakai method Ikhwan dalam pembinaan dai' dan penhurusan. Pada era 80an Pas amat tegas dengan unsur-unsur yang tidak Islamik, sehingga tercetusnya peristiwa Memali, yang dikatakan berpunca dari Amanat Haji Hadi. Antara amanat itu 'ialah mengatakan kita tidak payah masuk kristian, kita tidak payah masuk Budha, kita tidak payah masuk Hindu, kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku. Ucapan ini di buat di Bidong, kalau tidak salah penulis, dictak dan disebarkan di merata tempat seluruh negara termasuk dua tape dengan judul Biadap Terhadap Islam.

Ketika itu TG Haji Hadi enjadi ikutan anak-anak muda yang dahagakan ilmu Islam.Kuliah bulanannya di Damansara dipenuhi oleh anak-anak muda termasuk penulis sendiri. Sehingga kedengaran suara-suara sumbang yang menyebut TG Abd Hadi akan ditahan di bawah ISA.

Namun apa yang terjadi hari ini, selepas  pemergian Mursyidul Am TG Nik Abd Aziz memperlihat Pas tidak seperti dulu, tidak segarang dulu dan berlemah lembut dengan UMNO/BN yang mengamalkan politik suku agama suku. Presiden Pas kini boleh beriringan dengan pemimpin Umno?Bn yang dahulu dimusuhinya. Perubahan ini mengejutkan banyak pihak, dan Pas sendiri akhirnya berpecah dan melahirkan Amanah, yang disertai oleh sebahagian pemimpin Pas. Desas desus mengatakan Presiden Pas telah terkikat dengan Umno/Bn, disebabkan termakan budi dan masalah anak beliau yang terbabit dengan perniagaan balak di Kelantan. Desas desus ini begitu kuat sehingga ada yang mengatakan Kepipinan Pas telah menerima 90 juta, sebahagian dari dana IMBD yang dibolot oleh Perdana Menteri.

Sejak itu ramai ahli Pas yang terumbang ambing dan ada yang meninggalkan Pas dan berpindah kepada Amanah. Semakin ramai yang tedlah meninggalkan Pas, apalagi bila Pas tidak bersama pakatan Harapan, tidak turut berjuang bersama bersih, tidak meninggalkan Parlimen semasa pembentangan bajet 2017 dan sebagainya.


Pas harus menangani keadaan ini dengan segera kerana PRU14 kian hampir, dan harapan untuk menumbangkan BN akan tergendala jika Pas tidak turut bersama Pakatan. Presiden Pas harus seperti dulu, tegas dan garang terthadap apa sahaja yang bertentangan dengan Islam. Harapan untuk melihat Umno/Bn tumbang akan tinggal harapan jika pendirian Pas berubah-ubah dan tidak tegas. Pas harus kembali asal demi memulihkan keyakinan ahlinya, dan membantu kekuatan pembangkang untuk mengubah lanskap politik negara.


alrembauwi.blogspot.com
alkundangi.blogspot.com

21.11.2016            

Monday, November 14, 2016

Isu Politik

Banyak isu politik yang tak sempat diulas kebelakangan ini. Isu Baju meraha nak lawan baju kuninglah pada 19 Nov.2016 ini. Baju kuning hanya minta pinta pilihan raya yang bersih, telus dan adil, tapi baju merah pula cuba menghalang. Sepatutnya sama-samalah minta pilihanraya yang telus dan adil, bukan menghalang.Itu baru bijak sana. Menghalang ini kerja budak-budak yang ingin mencari pergaduhan. Ini tidak baik untuk masyarakat kita.

Donal Trump memang. Banyak perubahan dunia yang bakal berlaku. Donald trump yang kelihatan anti Islam tentunya akan meyukarkan sebahagian besar dunia. Kenapa ini berlaku? Rakyat Amerika sendiri protes atas kemenangan Trump. Umat Islam sepatutnya bersedia dengan perkembangan ini...


Banyak lagi, maaf lain kali

alrembauwi,
13.11.2016

Tuesday, November 1, 2016

Demam Bola

DEMAM BOLA

 Bila perlawanan akhir antara kedah dan Selangor berlansung, ramailah yang beratur beli tiket samapai lapan jam. Peminat-peminat bola sanggup buang masa untuk itu.Tetapi mereka mungkin tidak sanggup ke masjid selama itu.Inilah fenemona lagho yang ditimbulakan oleh sukan itu. Sampai bila hal ini berlanjutan dalam budaya kita yang kebanyakannya Melayu Islam itu tidaklah pula dapat dipastikan. Yang pastinya budaya sukan melampau yang ditiupkan oleh pihak barat itu sudah pun menguasai minda masyarakat kita.Mereka sanggup buang masa, tenaga dan wang ringgit demi bola.Yang pastinya bola itu tetap bulat, dan yang letih, habis wang dan masa adalah peminat-peminat bola itu sendiri.


Dalam keadaan gawat ini pun mereka sanggup berhabisan kerana bola. Apa jadi dengan masyarakat Islam di Gaza, Rohingya,Palestin, Syria dan sebagainya tidaklah menarik perhatian mereka.Sesungguhnya pihak Barat sudah berjaya melalaikan umat Islam ini. Ini tidak termasuk lagi konsert-konsert seperti Ekkstar vaganza, maharaja lawah yang entah apa-apa, yang sedikit pun merubah pola pemikiran umat ini.Malah ia semakin jauh dari masjid dan surau.Semakin jauh dari Islam itu sendiri. Menagapa terjadi demikian.Kiat cubalah analisa sendiri akan hal ini, betapa umat ini dijadikan oleh pihak barat umpama bola itu sendiri, dipermainkan, ditindas, dieksploitasi dan sebagainnya atas nama keganasan.


 Keganasankah yang menyebabkan umat ini jadi begini. Siapakah yang mencipta keganasan? Buaknkah pihak Barat sendiri lalu menuding jari ke arah umat Islam, dan melahirkan penyakit Islamopohobia di kalangan masyarakat dunia. Di manakah pendirian kita sebenarnya dalam isu ini? 

alrembauwi, 1.11.2016

Tuesday, November 9, 2010

Yang Silap Pastinya Kita, Yang Benar Semuanya Dia.

http://kerajaanrakyat.blogspot.com

Merah, Biru, Putih. Cantik!!!

Apa saja yang ditulis para blogger pastinya betul jika berita/ceritanya mengangkat nama dan menjulang tinggi martabat pemimpin PKR.

Apa saja yang ditulis para blogger pastinya betul jika berita/ceritanya menghamput nama dan menginjak hina maruah dan jasa pemimpin Umno.

Saya tidak pernah minum bersama Zaid Ibrahim tetapi saya pernah makan semeja dengan Azmin Ali. Saya tidak pernah bersalam dengan Najib Razak tetapi saya kerap bersalaman, malah berpelukan dengan Anwar Ibrahim. Saya pernah ke pejabat Perdana Menteri tetapi saya selalu di pejabat Ketua Pembangkang. Saya tidak ambil pot jika ada pelawaan untuk menghadiri majlis oleh pemimpin Umno tetapi saya pasti akan usahakan untuk bersama dalam majlis bersama pemimpin PKR.

Seingat saya, semasa saya rajin bersama rakan-rakan Umno Johor (sebelum 1998) saya juga amat kritikal dalam perbincangan. Malahan dalam banyak hal, bangkangan saya jauh lebih keras dan kasar dalam menyampaikan ketidakpuasan hati. Kalau sekarang saya hanya dapat berjumpa dan bicara dengan pemimpin PKR dalam majlis yang dijemput, dengan pemimpin Umno, saya boleh berborak panjang di ruang tamu rumah mereka, ikut masa saya!

Demi mengharapkan suatu perubahan, saya memilih untuk tidak bersama rakan-rakan yang masih di dalam Umno. Saya memandang PKR dan Pakatan Rakyat sebagai wadah perjuangan yang awal anggapan dapat mengangkat kembali maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.

Sekitar tahun 2003, dalam satu perjumpaan santai dengan Khaled Nordin (Dato' Sri) pernah saya dinasihatkan, "engkau jangan tersilap catur". Saya bertegas menyatakan pandangan dan fahaman saya betul. Saya bertegas menyatakan Anwar dan wadah perjuangannya wajar disokong. January 2010 lalu, Khaled telephone saya dan bertanya khabar, "Fi, apa khabar dengan wadah perjuangan kau?" Saya tidak jawab dan membawanya kepada topik lain. Saya sedar, dia memperli saya. Saya juga sedar, dia amat arif apa yang berlaku dalam PKR. Saya tidak mengalah dan detik hati mengatakan, mungkin Khaled yang yang silap. Tetapi.... !!!

Satu malam, sekitar bulan Ramadhan lalu di Puchong, saya berkesempatan untuk minum tea dan pekena roti canai dengan YB Marsom Paing (ADUN Dengkil, Selangor). Bersama lima rakan lain, kami bersembang tanpa menyentuh sedikitpun hal politik kepartian. Sembangan kami hanya menjurus kepada hal kemasyarakatan dan sedikit hal agama. Nyaman sembang kami. Topik kami berkisar tentang isu tol yang berselerak disetiap penjuru Puchong. Kami menganyam isu pasir yang masih tersembunyi. Kami berseloroh hal ada pemimpin yang bukan hanya takutkan isteri malah menjadi isteri kepada isteri.

Dalam seminggu dua ini, saya titipkan hal parti dokongan saya, PKR. Saya menegur, malah memarahi anak saya kerna saya menyayangi mereka. Saya juga mengkritik, malah bertengkar dalam beberapa hal berkaitan Umno satu ketika dulu kerna saya pernah sayangkan Umno. Maka, saya juga mengkritik, menegur dan membidas cara dan kaedah pengurusan dalam beberapa arena kepimpinan PKR kerna saya sayangkan PKR. Malangnya, kritikan dianggap hinaan. Bidasan dinilai sebagai cacian. Teguran dipandang sinis.

Silapnya saya kerna saya terlupa, "Apa saja yang ditulis para blogger pastinya betul jika berita/ceritanya mengangkat nama dan menjulang tinggi martabat pemimpin PKR."
Posted by AlKundangi at 9:28 AM 0 comments
Labels: pandangan blogger
Pemilihan PKR: Zaib Ibrahim Tarik Diri

A Kadir Jasin


[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

RINGKAS sahaja. Hendak maklumkan kepada pembahas dan pembaca blog (kalau belum) bahawa Mohd Zaid Ibrahim, pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan dan bekas Menteri Kabinet Abdullah Ahmad Badawi telah menarik diri daripada pertandingan Timbalan Presiden PKR yang berlangsung sekarang.

Portal berita Malaysian Insider memetik Zaid, sebagai barkata: “Saya ingin mengumumkan keputusan saya menarik diri daripada sebagai salah seorang calon yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan kesemua jawatan yang dipegang dalam parti.”

Dia berkata demikian dalam posting terbaru blognya awal pagi ini.

Malaysian Insider berkata, Zaid menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden berikutan dakwaan pemilihan kepemimpinan parti itu telah dicemari dan tidak telus.

Zaid dilaporkan berkata, dia mengambil keputusan itu kerana tiada usaha di kalangan pucuk kepimpinan parti untuk menangani pelbagai isu manipulasi dan amalan-amalan pemilihan tidak adil meskipun isu terbabit telah dibangkitkan berulang kali.

Menurut Malaysian Insider lagi, selepas 87 cabang telah menyelesaikan proses pengundian, Azmin (Ali) berada jauh di depan khususnya selepas pemilihan cabang-cabang Sabah kelmarin dan semalam.

Saya tidak mahu tambah apa-apa sebab saya kenal siapa Zaid sejak dia menjadi peguam kepada Renong/UEM pada tahun 1980an dan kemudian cergas dalam Umno hingga menjadi Ahli Parlimen Kota Baru dan kemudian menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden Umno, tetapi gagal mendapat pencalonan yang mencukupi.

Selain itu, saya juga tidak mahu bercakap banyak sebab kes saman Zaid terhadap saya berikutan tulisan saya dalam blog ini berada di mahkamah.

Jadi, saya harap Saudara dan Saudari pun berhati-hatilah. Tolong saya. Bukan mudah dan bukan murah kena saman oleh peguam dan politikus macam Mohd Zaid.

Sekarang ini politikus di negara kita, tak kira di pihak kerajaan atau pembangkang, cepat menggunakan undang-undang dan saman ke atas blogger dan pembahas blog. Jadi, berhati-hatilah.


PRK: BN Menyerlah Tapi PM Masuk Hospital
A Kadir Jasin



Secara ringkas, reaksi saya adalah seperti berikut:

1. Kemenangan besar Barisan Nasional di kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah membayangkan kesepaduan BN negeri, simpati pengundi terhadap calonnya, kerana kematian suaminya yang berupa Ahli Parlimen kawasan itu dan undi pembangkang yang berpecah antara PKR dan SAPP;

2. Kejayaan BN merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan, adalah berpunca daripada:

i. Ketepatan lantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya BN;

ii. Dengan ekonomi rakyat jelata semakin tidak menentu dan kos sara hidup semakin meningkat, janji pembangunan dan bantuan kewangan oleh BN mengatasi pertimbangan ideologi dan emosi;

iii. BN/Umno juga mendapat faedah daripada masalah dalaman Pas. Walaupun Nik Abdul Aziz Nik Mat terus karismatik di kalangan akar umbi Pas, namun peranannya sebagai ketua pentadbir Kelantan dan ketua Pas negeri semakin dipertikaikan;

iv. Ada kebenaran kepada tanggapan bahawa kepemimpinan Pas Kelantan tidak (atau belum) menampakkan barisan pewarisan yang jelas. Terdapat andaian wujudnya persaingan hebat antara golongan konservatif dan progresif dalam kepemimpinan Pas Kelantan;

v. Pas menanggung beban yang berat mempertahankan perkongsian kuasa dengan DAP dan PKR yang memperjuangkan sekularisme dan secara terbuka menolak konsep Negara Islam dan Hukum Hudud Pas;

vi. Dalam jangka masa sederhana – sehingga pilihan raya umum akan datang – BN mempunyai peluang lebih cerah memperkukuhkan kedudukannya jika ia berjaya membawa perubahan positif kepada taraf ekonomi dan sosial rakyat jelata seperti dijanjikannya di bawah pelbagai slogan, model, program dan projek; dan

vii. Tetapi jika BN agal melaksanakan ikrar-ikrar ini, sebaliknya menjadi angkuh, terus memandang remeh korupsi dan tidak membuat pembaharuan kepemimpinan, pengundi akan menghukumnya dengan lebih teruk pada PRU akan datang, apatah lagi dengan bertambahnya bilangan pemilih muda.

[Posting Asal]



HARI ini perayaan Deepavali atau Divali. Zaman saya jadi pengarang di New Straits Times Press dulu, kita terbitkan akbar 365 hari setahun. Tak boleh jual banyak pada cuti umum, kita jual sedikit. Peranan akhbar untuk memberi maklumat tetap dilaksanakan.

Sekarang cuti umum akhbar tutup kedai. Nasib baik ada radio, TV dan pada akhir-akhir ini Internet. Jadi yang ada radio, TV dan Internet tak putus berita. Bayangkan selepas lebih 50 tahun merdeka, pengedaran akhbar masih dimonopoli oleh kaum India. Mereka mahu cuti atau mogok, akhbar tak boleh diedarkan.

Malaysia kita ni dah jadi negara cuti -- negara siasta. Banyak sangat cuti sampai dah mula jejas produktiviti. Kalau nak tahu jadilah majikan. Gaji pekerja jalan, tapi tak dapat penghasilan. Lepas tu kena bayar kerja lebih masa pula untuk kejar deadline.

Antara maklumat yang kita hendak tahu hari ini adalah keputusan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan. Barisan Nasional menang kedua-duanya.

Di Batu Sapi, calon Barisan Nasional, Linda Tsen Thau Lin mengekalkan kerusi itu dengan kelebihan suara 6,359 setelah mendapat 9,773 undi. Beliau mengalahkan calon PKR, Ansari Abdullah yang memperoleh 3,414 undi dan calon SAPP, Yong Teck Lee yang mendapat 2,031 undi.

Manakala di Galas, BN merampas semula kerusi itu daripada Pas dengan kelebihan undi 1,190 undi. Calonnya Abdul Aziz Yusof mendapat 5,324 undi manakala calon Pas Dr Zulkefli Mohamed memperoleh 4,134 undi.

Sementara itu, Bernama melaporkan yang Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur malam tadi setelah bersungut sakit perut.

Pemeriksaan mendapati beliau menderita “superficial ulcers” dan gastrik ringan. Respons kepada perubatan adalah baik dan beliau dijangka berada di hospital beberapa hari. Sebelum ini beliau bercuti kerana deman campak (chicken pox).

Kita harap beliau makan ubat betul-betul seperti diarahkan doktor dan jangan tersalah makan. Bila dah berusia ni, kita kena jaga makan. Tanya dulu apa yang orang jamu. Saya dah lama tak makan melulu.

Saya sikit-sikit tahulah sebab saya pun ada “mild gastrics”. Semalam perut meragam. Saya kunyah pucuk jambu batu, Alhamdulillah baik. Pucuk jambu batu baik untuk ceret-beret.

kadirjasin.blogspot.com
Posted by AlKundangi at 9:18 AM 0 comments
Kenapa Tengku Razaleigh
Berterima Kasih Kepada Pas?

[kemaskini] NAMPAKNYA para pemerhati politik dan bloger yang bersimpati dengan Pas (atau yang pengulik kepada indvidu tertentu) masih terus meracau dan mencari sebab musabab kenapa Pas tewas parah di Galas. Dengan menolak takdir itu juga disebabkan perbuatan manusia juga, wajar kalau mereka mencari di manakah kesilapan Pas. Usah dilihat kepada kekekutan BN tetapi cubalah menyelami kesalahan diri sendiri. Tragedi yang berlaku itu adalah kombinasi antara kelemahan diri dengan kekuatan musuh.

Jadilah manusia yang bersikap tasamuh.

Ada macam-macam yang digali dan diselidiki sehingga ada yang tersasar jauh sampai menjamah jemboran tidak berair. Kerana kurang berhati-hati dan mungkin juga kerana diulik perasaan dengki dan marah, maka dicakar kepada orang-orang tertentu. Segala penyakit lama dikait dan dihimpunkkan dan dicampakkan di Galas untuk membusukkan orang-orang tertentu. Janganlah begitu, tidak baik. Itu juga sebahagian kerja syaitan.

Tuhan memesankan kepada kita, supaya berikhtiar kemudian bertakwa. Berbaik sangkalah kamu sesama kamu dan diminta bertasbeh dan bersyukur. Saya yakin kalau mereka yang berminat nak mencari di mana sebab musabab atau suis kekalahan Pas ia akan ditemui. Carilah dengan hakikat bukannya dengan ilusi dan bayang-bayangan.

Carilah... bagi saya, seperti saya katakan, saya membuat ulasan dan meletakkan kesalahan kepada apa yang dapat dilihat, dapat dirasa dan dihayati sendiri. Yang kita tahu. Sedikit-sedikit didengar. Kandatipun ada lagi sebab-sebab ghaib yang sukar untuk dihuraikan. Bukan sukar kalau dihuraikan tetapi untuk tidak menimbulkan masalah kerana ia menyentuh soal hidup dan aspirasi politik orang lain, elak tangguhkan dulu.

Marilah kita sama-sama mencari dan menggalinya tanpa 'melesetkan' (melumurkan) najis fitnah kepada sesiapa. Sekiranya kita menemui suis dan rahsia itu, apakah ianya wajar atau sebaliknya sama-sama kita fikirkan? Apakah strategi itu silap dan dianggap memakan diri sendiri? Politik adalah penyelesaian masalah ummah dan bukannya penimbul masalah kepada ummah. Tidak ada ertinya politik kalau ia boleh menyusah dan memperpanjangkan masalah ummah.

Saya yakin apa jua tindakan baik di sebelah kiri atau kanan ,tujuannya sama untuk menyelesaikan masalah ummah. Apa juga strategi diambil untuk kemenangan Pas. Dalam konteks Galas untuk kemenangan rakyat. Adalah celaka ahli politik yang berstrategi dengan niat kalau untuk menjahamkan negeri dan menyusahkan rakyat. Pemimpin yang sedemikian sejahat-jahat pemimpin wajar disalit di pohon balak.

Jadi kepada pencari jawaban kepada kekalahan Pas hendaklah bertenang dan menbeleknya dengan baik. Jangan berprangsangka, apa lagi kalau cuba menarik kambing-kambing putih untuk dijadikan kambing hitam bagi menjustifikasi kekalahan itu. Berdosa dan dimurkai Tuhan. Ini bukan masanya untuk melakukan korban, ingat kepada 'kenduri' di hapan masih besar dan memerlukan pengorbanan dan bukan melakukan korban.

Sekiranya apa yang saya ketahui ini jawaban kepada persoalan itu, atau menjadi punca kepada kekalahan itu maka bolehlah didedahkan agar tidak menimbulkan ruang fitnah kepada orang lain dan demi menyelamatkan orang lain juga tidak tersalut dengan darah merah fitnah. Pendedahan itu rasanya tidak elak di ruang terbuka. Sesiapa berminat bolehlah bertemu secara peribadi dengan saya bukan saja demi mengetahuinya tetapi mengkaji sejauh manakah kebijaksanaan asas strategi itu.

Tengku Razaleigh Hamzah ketika mengulas kemenangan bergaya UBN itu mengucap terima kasih kepada Pas? Kenapa? Ia tentu ada makna yang tersira yang sukar dibongkar oleh para penjulang panji hijau ataupun yang menghatuh hebat di pentas ceramah. Jaya atau tidak sesebuah peperangan itu bergantung kepada kebijaksanaan panglima perangnya.

Bagi yang bijak pandai mendengar kenyataan dan ulasan Tengku Razaleigh itu sudah dapat mengintai di mana duduk perkara sebenarnya. Ini mesti ada sesuatu yang perlu dihurai dan ditafsirkan berpandukan pelbagai lembaga dan kitab politik muktabar? [wm.kl.1:10 pm 05/11/10]

mohd sayuti omar,
msomelayu.blogspot.com
Posted by AlKundangi at 9:13 AM 0 comments
Pas Masih Bernafas Di Galas
Walaupun Dibelasah Teruk

PILIHAN RAYA kecil Galas sudah berakhir jam 5:00 petang semalam dan secara rasminya pada jam 8:30 malam apabila Pengurus pilihan raya itu mengistyharkan calon BN, Abdul Aziz Yusuf menang besar dengan mejoriti 1,190. Beliau mendapat 5,324 undi manakala calon Pas Zulkefli Mohamad mendapat 4,134 undi. Sebanyak 132 undi yang ditolak manakala peratus keluar mengundi sebanyak 83 peratus.

Kemenangan Aziz itu besar dan mengejutkan. Ia hampir dua kali ganda dengan kemenangan Allahyarham Che Hashim Sulaima dalam pilihan raya umum 2008 yang mendapat majoriti sebanyak 646 undi. Jadi BN bolehlah bergembira dengan kemenangan itu menebus kekalahan sebelum ini. Perlu dicatat bahawa DUN Galas tidak pernah jatuh ke tangan Pas sejak ia diwujudkan pada tahun 1955 dikenali dengan nama Gua Musang dan menjadi Galas pada tahun 1986.

Menyedari sejarah itu Pas tidak perlu menangis dan berdukalara atas kehilangan kerusi yang dipegang selama lebih dua tahun itu kerana kerusi itu asalnya hak BN dan secara peribadi kepunyaan Tengku Razaleigh Hamzah. Apa yang berlaku sebelum ini kerusi itu hanya dipinjamkan kepada Pas sahaja. Namun ia tidak mustahil selepas ini kerusi itu akan dipinjamkan atau diberi terus kepada Pas kalau Pas sedia melakukan perubahan baik dari segi perjuangan, cara mendekati rakyat, tidak mungkir janji dan ikhlas dalam perjuangan serta tidak bermain kongkaling dalam pilihan raya.

Dari segi angka Pas hanya kekurangan sebanyak 265 undi saja berbanding dengan undi diperolehi Che Hashim tahun 2008 sebanyak 4,399. Kemerosotan ini bukannya besar. Tetapi kalau dilihat daripada majoriti ia mengejutkan. Kalau ikutkan logik dengan kehilangan undi sebanyak 256 calon BN tidak separtutnya mendapat majoriti hingga 1,190. Angka paling sesuai dan munasabah diraih Aziz untuk menang ialah sekitar 500 atau 700 sahaja menyamai majoriti yang diperolehi Pas sebelum ini.

Tetapi kenapa majoriti BN besar? Faktor paling jelas ialah kerana berlaku peningkatan peratus keluar mengundi kali ini iaitu sebanyak 83% kira-kira 2.11% atau seramai 1,267 orang. pertambahan. Secara mudah bolehlah disifatkan pengundi yang membantu peningkatan peratus ini berpihak kepada UBN. Walaupun ada maklumat mengatakan undi Cina beralih kepada BN dalam pilihan raya semalam, tetapi bila Pas dapat mengekalkan undi lama menunjukkan ada entiti lain yang mengganti tempat dilompongkan oleh pengundi Cina itu. Apakah sokongan Melayu kepada Pas di Gua Musang meningkat?

Dengan keupayaan Zulkefli hampir mengekalkan undi diraih Che Hashim itu Pas harus berbangga dan tidak perlu merasa dukacita yang amat sangat. Dalam hal ini para penyokong dan ahli Pas kena insaf mengenai kelaziman pilihan raya kecil selalunya berpihak kepada BN. Hanya selepas berlaku tsunami politik 2008 sahaja beberapa pilihan raya kecil mula berpihak kepada pembangkang - Pakatan Rakyat, sebelum ini hampir semua pilihan raya kecil yang dianggap berat sebelah dimenangi oleh BN.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa berlaku lonjakan begitu tinggi kepada BN sebanyak 926 sehingga hampir melebih dua kali ganda dengan majoriti dicapai oleh Pas sebelum ini? Sekali lagi faktor utamanya ialah kerana ia pilihan raya kecil. Sebab-sebab lain ialah pilihan raya itu ditambah dengan satu lagi suasana yang tidak mudah untuk difahami dan akan dihuraikan kemudian nanti.

Faktor inilah membawa kemenangan kepada calon BN. Di sini saya akan senaraikan faktor membantu kepada kemenangan BN itu tanpa memberi ulasan dan sebab musabab mengenai apa yang berlaku pada pilihan raya itu yang sebenarnya. [Saya sepatutnya post posting ulasan beracun tengah malam tadi, tetapi ditangguhkan]. Marilah kita berbahas secara berfakta yang nampak dan mudah difahanmi dulu bagi mengelak saya prejudis dan mahu mengkhianati sesiapa!

1. Faktor Tengku Razaleigh Hamzah. Kemenangan ini boleh disifatkan kemenangan peribadi Tengku Razaleigh Hamzah. Kemenangan untuk parti Tengku Razaleigh. Justeru Umno tidak boleh berbangga dengan kemenangan ini. Seperti mana kata Mustapa Mohamed mulanya mereka beranggapan keadaan 50 - 50 dan kemenangan itu mengejutkannya. Mustapa tidak tahu apa yang ada di sebalik tabir mengenai pilihan raya ini. Kalau bukan Tengku Razaleigh terlibat sebagai pengarah, besar kemungkinan Pas dapat mengekalkan kerusi berkenaan. Jadi penumpangan (penswastaan) kerusi berkenaan oleh BN kepada Tengku Razaleigh adalah tepat dan membawa kejayaan besar.

2. Peningkatan peratus pengundian. Peningkatan peratus pengundian sebanyak 2.11% ini memberi kelebihan kepada calon BN. Peningkatan ini membawa kepada pertambahan pengundi keluar mengundi sebanyak 9,590 berbanding dengan keluar mengundi tahun 2008 hanya 8,323 ianya meningkat sebanyak 1,265. Pertambahan ini adalah dari kalangan pengundi muda atau mereka yang pertama kali mengundi.

3. Kesungguh berpilihan raya. Awal-awal lagi Pas sudah melakukan beberapa kesilapan dalam pilihan raya. Perkara paling utama ialah apabila meneruskan kerja mengarah pilihan raya kepada mereka yang sudah menopause. Stail pengarahan lama zaman tahun 60-an atau 70-an tidak sesuai lagi. Paling ketara dalam pilihan raya kali ini tidak ada mana-mana pihak menyediakan blog khas pilihan raya kecil itu seperti biasa. Kealpaan ini disebabkan ketumpulan minda mereka yang menguasai bilik gerakan.

Saya awal-awal lagi telah mencadangkan supaya Pas melantik Husam Musa bersama Takiyuddin Hassan untuk mengendalikan pilihan raya berkenaan. Husam mengatur strategi Takiyuddin pula menyediakan logistik dari luar. Sentuhan mereka mungkin berbisa dan dapat membawa perubahan dalam stail dan juga bentuk-bentuk kempen. Mereka dapat membaca perkembangan dan selera kontemporari pengundi terutamanya di kalangan anak-anak muda. Selain itu perlantikan mereka boleh melatih mereka untuk mengambil tugas berat itu di masa akan datang.

Kelesuan kempen dan serangan kepada BN kali ini juga amat ketara sekali. Poster yang dapat dilihat selalu menggila dalam pilihan raya terjadi sebaliknya di Gua Musang. Nampaknya permintaan dan harapan tengku Razaleigh agar Pas tidak menyerangnya benar-benar dilaksanakan. Apakah ada persefahaman di antara tengku Razaleigh dengan orang tertentu di dalam Pas? Jika diperhatikan kepada kenyataan Razaleigh dalam menerima kemenangan itu di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada Pas, semacam ada ikrar kecil antara beliau dengan Pas?

Selain dari itu beberapa kenyataan ataupun pendekatan diambil atau dikeluarkan Pengarah pilihan raya, Abdul Halim Abdul Rahman yang disokong kuat oleh penasihatnya Wan Abdul Rahim Abdullah dan digerakan oleh Pengarah operasinya Abdul Fatah Haron memberi imej buruk kepada Pas dalam pilihan raya itu. Misalnya tawaran untuk membayar RM250 kepada pengundi luar secara terbuka sangat menjatuhkan moral Pas.

Barangkali tidak salah kalau dikatakan kekalahan teruk Pas itu perlu dipikul oleh Tiga Abdul yang cuba menguak balik dalam politik Kelantan dan mahu menunjukkan kehebatan mereka dalam pilihan raya. Mereka harus memikul segala malu dan aib Pas itu untuk dibuang ke laut dan kalau perlu mereka boleh terjun bersama tongkolan malu dan aib itu ke dalam laut.

Nantilah ulasan selanjutnya sebelum saya mengeposkan ulasan beracun yang ditangguhkan itu! [wm.kl. 8:00 am 05/11/10]

MOHD SAYUTI OMAR,
msomelayu.blogspot.com
Posted by AlKundangi at 9:08 AM 0 comments
Labels: penulis tamu
KEPUTUSAN RASMI PRK GALAS DAN BATU SAPI

Keputusan muktamad: BN 5,324 Pas 4,143 Majoriti 1,190. Undi Rosak 132 Peratus keluar mengundi 83%.

Keputusan tidak rasmi BN menang dengan majoriti lebih 1,000 undi di Galas. Kemenangan ini menyeronokkan Tengku Razaleigh Hamzah. Kemenangan ini juga dikira ganjil dan pelik serta diluar perkiraan ahli Pas bawahan.

Bagaimana pun saya percaya kelalahan ini sudah pun dibaca oleh sesetengah pemimpin Pas sejak awal-awal lagi.

Saya akan menyediakan ulasan khas atas kekalahan Pas dan kemenangan BN - Tengku Razaleigh ini. Tunggulah menjelang tengah malam nanti. InsyaAllah.

Keputusan rasmi pilihan raya Batu Sapi.

Calon BN, Linda Tsen Tau 9,769
Calon SAPP Yong Teck Lee 2,031
Calon PKR Anshari Abdullah 3,414
Majoriti: 6,359.
Posted by AlKundangi at 9:05 AM 0 comments
Labels: isu semasa, prk