Thursday, April 29, 2010

MELAYU UMNO SEMAKIN JAUH DARI UMNO

MELAYU UMNO SEMAKIN JAUH DARI AGAMA
OLEH DINBINJAI.


Banyak respons yang diberi berikutkan keputusan PRK P094, Hulu Selangor. Di satu pihak ada orang yang merayakan kemenangan dan di satu pihak lain tidak ada pula orang yang meratapi keputusan. Banyak juga terdengar analisa kemenangan calon BN yang menyebut bahawa kemenangan ini mungkin sementara serta tidak kurang juga yang memperlekehkan analisa sebegini. Umumnya, yang membuat analiasa itu terdiri dari kem PR dan kem BN.

Kem PR melihat ketidakseimbangan dalam PRK yang antara lain didalangi oleh SPR yang sengaja memindahkan pengundi ke Parlimen Selayang serta media perdana yang antaranya dibiayai rakyat digunakan sepenuhnya oleh BN untuk berkempen. Sementara kem BN banyak melakukan serangan psaikologi ekoran kekalahan PR di mana antaranya diperlekehkan alasan kekalahan PR yang menurut mereka kalau menang tidak pula dibangkitkan asalan tersebut. Serangan psikologi ini banyak bertujuan untuk melemahkan semangat pendokong PR dalam mengharungi pertarungan politik di masa masa akan datang.

Namun fakta tetap fakta yang tidak boleh dirubah hanya dengan serangan sebegini.Antara fakta yang boleh dilihat di P094 ialah kekentalan perjuangan Petugas PR yang sedikitpun tidak luntur dengan pengkianatan beberapa inividu serta jumlah undi yang memperlihatkan separuh pengundi Hulu Selangor sudahpun menolak BN. Ini fenomena yang boleh dilihat dengan jelas daripada fakta PRK P 94 sekaligus bakal membakar semangat petugas PR di masa masa akan datang.

Di sebalik semua yang berlaku di Hulu Selangor, apa yang jelas kelihatan ialah kedaifan UMNO terhadap agama mereka sendiri. Bermula dengan serangan peribadi terhadap calon PR mereka bergerak untuk terus menghina agama sendiri tanpa langsung mahu mengambil kira keperluan untuk patuh kepada perintah agama dalam tindak-tanduk mereka.

UMNO turut memalukan umat Islam bilamana mereka mendakwa calon PR adalah pemabuk tetapi tidak ada seorangpun pemimpin mereka yang dicabar LKS tampil menafikan atau membuat pengakuan terbuka seperti calon PR. Saban hari pula pemimpin mereka berbohong dengan berbagai bagai pembohongan.

Paling mengecewakan apabila ada di kalangan mereka mula menuduh Dr.Hassan Ali tidak pandai baca khutbah dan dibawa kepada umum dengan bantuan media perdana, rukun khutbah bagi membuktikan Dr Hassan tidak mematuhinya. Tuduhan yang tidak teliti dan tidak beretika ini memperlihatkan betapa orang UMNO sudah tidak menitik beratkan lagi arahan bersolat Jumaat yang kepentingan disebut dengan jelas dalam Al-Quran.

Selepas PRK, aku terbaca komen seorang pengunjung TKO yang menggunakan nick PAIP yang memeprlekehkan kebolehan seseorang yang membaca khutbah. Komennya jelas mewakili orang orang UMNO yang berkiblatkan barat sebagai ikutan. Komennya mengadungi mesej bahawa seorang yang menjadi khatib tidaklah hebat seperti seorang yang berkelulusan Oxford. Komennya adalah suara orang orang yang berfaham bahawa Islam mesti dipisahkan dengan kehidupan dunia. Komennya membawa maksud bahawa manusia boleh buat apa sahaja dalam hal hal berkaitan keduniaan sementara pak pak imam dan ustaz hanya layak mengajarkan perkara perkara untuk kehidupan selepas mati sahaja dan pada mereka orang orang ini bukanlah tergolong dalam golongan orang orang yang cerdik.Itulah tipikal fahaman orang orang UMNO yang semakin ketara di P094.

Kefahaman UMNO terhadap agama ditonjolkan lagi di kaca kaca TV bilamana wanita-wanitanya kelihatan dengan begitu mesra bersalam-salaman dengan calon lelaki yang bukan-Islam walaupun sebahagian daripada mereka kelihatan memakai pakaian menutup aurat. Inilah agama bagi orang orang UMNO yang boleh dilihat dengan jelas sepanjang PRK P094. Inilah sumber kepada segala kemusnahan yang berlaku di Negara kita yang kalau nak disenaraikan terlalu banyak antaranya:

1. Kes buang bayi : Al-Quran melarang kita mendekati zina tetapi perbuatan bersalam-salaman lelaki perempuan yang termasuk perkara perkara yang boleh mendekati zina menjadi amalan harian orang orang UMNO. Apatah lagi amalan meminum arak yang sudah terbukti menjadi amalan biasa UMNO. Orang Melayu Islam mencatatkan kes tertinggi kerana buang bayi dan melahirkan anak luar nikah.

2. Kes penderaan kanak kanak : Orang Melayu Islam turut menjuarai kes kes ini di mana ianya turut berpunca dari larinya amalan pemerintah dari amalan cara hidup Islam dan amalan ini turut dipengaruhi oleh amalan harian orang-orang UMNO yang menjadi ketua dalam pemerintahan negara.

3. Kes penagih dadah : Sekali lagi Melayu Islam menjadi jaguh.penagih dadah sukar dibendung selagi UMNO dibiarkan menguruskan negara. Banyak kes ditemui sebelum ini di mana UMNO lah yang mengalakkan penagihan dadah. Semasa PRU-12, di sesetengah kawasan para penagih dibayar untuk mengundi BN/UMNO. Begitu juga di Terengganu satu ketika dulu, para penagih diberi wang ehsan menjelang setiap kali hari raya untuk beraya sakan.Kesemua amalan amalan ini terdedah di P094 yang boleh dilihat dengan jelas. Berita yang diterima dari P094 yang menyebut Cikgu Bard diserang oleh penagih dadah menguatkan keyakinan bahawa penagih dadah tidak akan terhapus di 1Malaysia selagi UMNO berkuasa.

4. Kes mat rempit : Yang paling ketara untuk beberapa siri pilihan raya yang lalu, mat rempit bermaharaja lela dan di P094, amalan ini semakin digalakkan oleh UMNO. Lantaran bagaimana mat rempit mahu dihapuskan?

5. Kes murtad : Tanya mufti Perak berapa ramai melayu murtad? Dan tanya UMNO, kenapa mereka murtad? Kalau amalan amalan yang didedahkan di P094 menjadi ukuran, UMNO boleh menjadi penyebab kepada pupusnya melayu yang beragama Islam bukan sahaja kerana mereka banyak menganjurkan majlis-majlis ke arah itu tetapi kerana mereka juga yang menubuhkan PERKIM. Kenyataan terbaru PERKIM menyebut sambutan kepada ISLAM semakin menggalakkan terutama dari orang-orang berketurunan Cina. Kenyataan ini tidak harus dibanggakan walaupun yang banyak mengislamkan orang orang Cina ini adalah para ustaz melayu kerana seiring dengan usaha ini, kebocoran berlaku di kalangan orang orang melayu kerana murtad. Jadi secara ringkasnya , bolehlah dikatakan bahawa UMNO boleh menjadi penyebab berkurangannya bilangan melayu Islam dan bertambahnya Cina Islam.

Demikainlah sedikit pemerhatian yang dapat dicatat berkaitan apa yang sebenarnya berlaku di P094 dan pengiktibaran yang boleh diambil dalam merencanakan perjuangan yang masih belum selesai ini. UMNO tetap menjadi penghalang utama kepada matlamat melihat cara hidup Islam ditegakkan di bumi 1Malaysia."


http://zulmamakpng.blogspot.com/2010/04/melayu-umno-yang-semakin-jauh-dari.html
Thursday, March 18, 2010

GELAGAT PELAKU-PELAKU POLITIK MALAYSIA KINI

Jika kita memerhati gelagat ahli-ahli politik kita, khasnya pasti pemerintah, berbagai isu dan lakonan dimainkan ibarat wayang kulit oleh pelaku-pelaku politik yang lebih berdasarkan kepada kepentingan diri dari kepentingan negara. Kecintaan kepada negara bangsa dan agama adalah perkara paling akhir diberikan pertimbangan. Apa yang penting adalah kuasa mesti dipertahankan, agar tidak jatuh ke tangan pembangkang khususnya dalam pilihanraya ke 13 nanti.

2. Pilihanraya ke 13 dijangka diadakan selewat-lewatnya pada tahun 2013. Hanya ada dua tahu lebih sahaja lagi. Jangkamasa yang relatif pendek ini membuatkan pelaku-pelaku politik yang memegang tampuk kuasa berusaha mempertahankan kuasa dengan berbagai cara supaya tidak terlepas dari genggaman.

3.SPRM- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang bertujuan untuk menambah-baikan pencegahan rasuah, sudah disalahgunakan dan dihalakan kepada ahli-ahli politik pembangkang. Ahli-ahli Parlimen Pembangkang diugut, terutama jika ada sedikit kesalahan yang boleh dikaitkan dengan rasuah, di mana khirnya ada yang tewas langsung meninggalkan kerusi pembangkang dan menjadi wakil bebas di Parlimen.

4.PDRM-Polis Diraja Malaysia, yang imejnya cuba dipulihkan oleh PM terdahulu, kini digunakan untuk mempertahankan kuasa pemerintah, menangkap orang yang tidak bersalah serta memenjarakannya, memalsukan fakta seperti dalam kes DS Anwar dan sebagainya. PDRM tidak lagi berfungsi untuk membenteras jenayah, sebaliknya mereka membenteras penentang-penentang kerajaan dan mereka yang tidak sehaluan dengannya.

5. Jabatan Kehakiman juga kini menerima kritikan yang tidak kurang hebatnya, khasnya dalam mengendalikan kes liwat DS Anwar. Jabatan Kehakiman yang sudah kehilangan fungsi sejak zaman Mahathir, terus tidak berwibawa sehingga kini dengan pengadilan yang berat sebelah, memalsukan fakta dan sebagainya yang membuatkan rakyat marhaen tidak legi menghormati jabatan itu, akibat diperkosa oleh pelaku-pelaku politik.

6. Demikianlah sedikit sebanyak kekalutan ahli-ahli politik Malaysia khasnya dari kalangan pemerintah akibat takut kehilangan kuasa dan takut terbongkar rahsia masing-masing yang penuh dengan skandal, penipuan, penyalahgunaan wang kerajaan seperti kes royalti minyak Kelantan dan sebagainya. Sampai bilakah kita harus menerima pemerintahan dari ahli-ahli politik sebegini? Sampai bilakah kita ditipu dan tertipu dengan mass media yang diputar belit oleh mereka dengan dengan membayar upah sewajarnya kepada editor-editor yang sudah hilang harga diri, yang sanggup menggadaikan kebenaran dan kepentingan bangsa dan negara, juga kepentingan agama demi untuk mempertahankan ketua-ketua mereka? Rakyat negara ini harus menyedari hal ini, dan melakukan perubahan total dalam pilihanraya akan datang jika inginkan negara dan bangsa serta agama dan cucu cicit mereka selamat di bumi jantung pisang ini. Tidak ada gunanya ijazah berjela, pintar berbagai ilmu, namun tunduk kepada kebatilan.Di manakah kita kalian?AlKundangi,18.3.2010.http://alkundangi.blogspot.com

osted by AlKundangi at 2:30 PM 0 comments
Tuesday, March 9, 2010


ZULKIFLI MAU KE MANA?


Pengumuman Zulkifli Nordin dipecat oleh Parti Keadilan menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat kita, khasnya pemerhati-pemerhati politik. Zulkifli, Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim telah menimbulkan perbagai pandangan yang menjadi polemik di negara kita. Dalam ceramah-ceramahnya di masjid-masjid, khasnya masjid Jamik Wilayah Persekutuan, gaya persembahannya ibarat seorang ustaz yang mewakili PAS, bukan Keadilan. Adakah Zul salah pilih parti sewaktu menyertai pilihanraya ke 12 dulu tidaklah dapat dipastikan.Namun pandangan-pandangan dan beberapa tindakan yang dilakukannya termasuk membuat report polis ke atas MP Shah Alam akhirnya membawa beliau diipecat dari Keadilan.

Kini PAS pula menutup pintu untuk Zulkifli. Apakah Zul akan kembali menjadi peguam, karier asalnya atau memohon masuk pasti lain, hanya dia sahaja yang tahu.Sekiranya Zul ingin memperjuangkan Islam, maka PASlah yang paling sesuai untuk. Tapi kini PAS sudah menutup pintu buat Zul. Kemanakah harus beliau pergi? Menyertai UMNO? Zul tentu faham UMNO juga tidak memperjuangkan Islam. UMNO adalah sebuah parti berdasarkan kebangsaan. Walau bagaimanapun hidup perlu diteruskan. Zul Harus memilih, samada menjadi pendakwah bebas atau kembali kepada karier asalnya, seorang Peguam. Untuk menyertai UMNO, itu kena tanya diri sendiri. Pilihan terbentang luas,cuma kita harus pandai menyesuaikan diri dengan pilihan kita, kemudian meneruskan perjuangan mengikut apa yang kita pilih, bukan mengikut selera sendiri.AlKundangi,8.3.2010.
Posted by AlKundangi at 3:02 PM 0 comments
Thursday, March 4, 2010


PERJUANGAN DAN UJIAN DALAM KEADILAN


PERJUANGAN DAN UJIAN DALAM KEADILANBaru-baru ini diumunkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang telah pun menyertai UMNO. Setelah meletakkan jawatannya atas isu rasuah, akhirnya beliau tunduk kepada kehendak UMNO-BN dan lansung menyertai parti itu.Kemudian bekas Setiausaha Agung Keadilan, Dato' Salehuddin Hashim menurut jejak bekas Timbalan Ketua Menteri itu dengan menyertai UMNO-BN. Tidak cukup dengan itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal mengumumkan keluar dari Parti Keadilan. Dan terbaru, Wakil Rakyat Bagan Serai, Mohd Fadzli Shamsuri mengumunkan keluar dari Parti Keadilan dan menjadi wakil rakyat bebas berkuar kuasa semalam. Menteri Besar UMNO Perak,Datuk Zambry menyifatkan persitiwa itu bukan sesuatu yang mengejutkan dan percaya Parti Keadilan dan Pembangkang akan menuding jari kepada UMNO dan Barisan ekoran dari masalah yang dihadapi.


Sementara itu, Dato'Mahfuz Omar, menyifatkan ia adalah pembersihan dalaman bagi Parti keadilan dan Pakatan Rakyat seluruhnya. Kita percaya memang ada pujukan dan tawaran dari UMNO-BN berkaitan dengan persitiwa yang berlaku. Kiat lihat sahaja nanti apakah perkembangan selanjutnya. Memang dalam soalmenegakkan keadilan dan kebenaran, mehnah atau tribulasi adalah perkara biasa yang dihadapi,khasnya para pejuang Islam. Hal ini ada dijelaskan oleh Almahrum Ustaz Fathi Yakan dalam bukunya Tribulasi Dalam Perjuangan Islam.Nabi sendiri pernah ditawarkan kekuasaan dan perempuan cantik agar meninggalkan perjuangan Islam yang suci itu. Tetapi Nabi SAW menjawab "Demi Allah, Aku tidak akan meninggalkan perjuangan (Islam) ini sehinggalah Islam memang atau Aku musnah bersamanya. Itulah jiwa besar Muhammad SAW dalam usaha menegakkan Islam sehingga Islam pernah menguasai dunia ini. Dan cahayanya pun tidak akan pernah padam dari dunia ini hingga kiamat.

AlKundangi,4.3.2009.

Posted by AlKundangi at 3:09 PM 0 comments
Monday, February 8, 2010



POLITIK MALAYSIA YANG CACAMERBA


Kebelakangan ini pelbagai isu melanda negara bumi jantung pisang ini. Misteri enjin jet pejuang adalah satu misteri yeng belum terjawabkan. Adalah dirasakan kurang kemunasabahannya jika yang terlibat hanyalah berpangkat sarjan sahaja, sedangkan kedua-dua enjin yang hilang bernilai RM 100 juta, dan ianya pula dijual di luar negara. Apabila ia melampaui sempadan negara tentulah ahli politik atau sekurang-kurangnya bertaraf diplomat yang terlibat, kerana urusan luar negara adalah urusan orang-orang politik dan para diplomat, bukannya urusan seorang sarjan! Inilah satu pembohongan besar Barisan Nasional yang diterajui UMNO yang membohongi rakyat dari masa ke masa. Rakyat marhaen yang ada minda yang baik tentu boleh memikirkan di manakah logiknya hal ini.

2. Isu liwat DS Anwar kali ke dua juga satu isu yang tidak dapat dilihat di mana logika digunakan oleh otak-otak yang bergelar peguam, yang mahir undang-undang, ahli-ahli politik yang mahir putar alamnya dan pembuat-pembuat keputusan yang yang bergulung-gulung ijazahnya. Orang yang paling layak mengatakan samada Saiful benar-benar diliwat atau tidak adalah doktor, kerana bidang ini adalah bidang profesional.Namun bila doktor mengesahkan tiada kejadian liwat, ada pula doktor yang sanggup menggadaikan keprofesionalannya dan mengesahkan kejadian liwat itu entah kerana wang atau ugutan. Demikinanlah politik Malaysia kini, yang hitam jadi putih, yang putih jadi hitam. Manusia sudah terbalik dalam menilai sesuatu. Yang betul jadi salah, manakala yang salah jadi betul.

3.Begitu juga kalau kita melihat isu royalti minyak Kelantan. Pengerusi Pertama Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui wujudnya perjanjian antara Petronas dan kerajaan Kelantan. Namun kerajaan Pusat menafikannya, dan hanya bercadang untuk memberikan Wang Ehsan. Wang Ehsan adalah umpama wang sedekah, sedangkan royalti adalah pemberian berdasarkan perjanjian dan hak. Namun perjanjian dan hak itu dicabul oleh para politikus yang rakus dan tamak serta takut kehilangan kuasa. Orang luar menilai Malaysia diperintah oleh sekumpulan orang yang tidak tahu, atau tidak langsung menghormati undang-undang dan sistem keadilan yang digunapakai di serata dunia. Beggitulah politik Malaysia yang cacamerba yang juga dipimpin oleh ahli-hali politik yang juga cacamerba sifatnya.

4. Dari beberapa isu di atas, kita dapat melihat bahawa situasi politik negara semacam sudah tidak ada pegangan, tidak ada undang-undang, tidak ada garis panduan untuk diikuti. Di manakah pergi Perlembagaan Persekutuan dan segala undang-undang yang berkaitan dengan Kanun Acara Jenayah, Akta Keterangan, Kanun Kesiksaan dan sebagainya yang mengimbangi kuasa orang-orang yang memiliki kuasa agar tidak bertindak di luar batasan undang-undang? Atau apakah negara ini adalah sebuah negara barbarian yang tidak ada undang-undang dan polis serta mahkamah, dan juga diperintah oleh kaum barbarian yang tidak tahu apakah itu undang-undang, mahkamah dan polis? Apa akan terjadi kepada negara ini jika keadaan ini berlangsung dalam jangkawaktu yang lama?


5. Kepada rakyat dan kaum cerdik pandai yang mempunyai pandangan yang bersih, kepada kalianlah harapan rakyat marhaen untuk mendapatkan keadilan dan hak mereka yang telah dicabuli oleh pemerintah khasnya UMNO-BN sejak sekian lama. Bangun dan tegakkanlah kebenaran, walaupun ianya pahit untuk ditelan. Namun pengorbanan kalian akan kekal sepanjang zaman, umpama kata pepatah Melayu, harimau mati meningalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

AlKundangi,8.2.2010.
Posted by AlKundangi at 12:44 PM 0 comments
Wednesday, January 20, 2010

ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH


Isu Penggunaan Nama AllahIsu penggunaan nama Allah masih diperkatakan oleh UMNO dan media-media arus perdana, seolah-olah isu itu belum selesai. Nik Abd Aziz sudah pun menegaskan bahawa nama Allah itu boleh digunakan oleh semua agama samawi tanpa ada unsur penyelewengan.Namun dalam konteks Malaysia, agama selalu digunakan untuk tujuan politik (tidak termasuk PAS), untuk meraih simpati, atau menambah jumlah bilangan pengikut. Agama juga sering digunakan untuk meraih sokongan dalam pilihanraya.Oleh yang demikian, adalah wajar jika polemik tentang penggunaan nama Allah ini dihentikan setakat ini sahaja, dan agama-agama lain tidak sepatutnya dibenarkan menggunakannya, kerana memandangkan Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama.

Penggunaan nama Allah dalam masyarakat seperti Malaysia akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai yang kurang faham tentang Islam dan agama-agama samawi. Kita juga takut terperangkap dengan sesetengah pihak yang mungkin menggunakannya untuk melebarkan pengaruh agama mereka.Oleh kerana Islam adalah agama rasmi negara ini seperti yang tercatat dalam perlembagaan, maka sudah sewajarnya hanya Islam sahaja yang patut dibenarkan menggunakan nama itu. Biarlah agama-agama lain menamakan Tuhan mereka seperti dahulu, dan tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Kerajaan tidak seharusnya membenarkan mereka menggunakan nama yang menjadi hak mutlak orang Islam sekarang ini. Lagi pun agama-agama samawi telah pun terbatal dengan lahirnya agama Islam, agama yang diredhai oleh Allah dan Rasulnya sebagai agama terakhir dalam siri kenabian.

AlKundangi,20.1.2010
Posted by AlKundangi at 5:07 PM 0 comments
Tuesday, January 19, 2010


DI HOSPITAL

DI HOSPITAL

Duduk-duduk di sini
kulihat berbagai jenis manusia
datang bertandang; dengan berbagai tujuan pula
serta berbagai gaya
dengan tujuan satu
bertemu sang doktor
serta menunda kematian
jauh ke depan.

Di sini; ada perempuan datang
untuk melahirkan
bayi yang dikandung sembilan bulan
menambahkan penduduk dunia
dan keperluannya
juga; untuk memperpanjangkan zuriat
atau keturunan; samada pewaris kekayaan
atau kemiskinan.

Di sini; ada manusia pertengahan umur
datang mendapatkan rawatan
kerana bertahun sakit
akibat berlebihan makan dan minum
lalu berlebihan gula dalam darah
atau uric asid; atau tekanan darah
meninggi akibat makan dan tekanan kehidupan
di sini; ada yang saluran jantung tersumba
takibat makan daging dan lemak
lebih dari yang diperlukan
dan kurang senaman
perjalanan darah pun
kurang teratur dan berkesan.

Di sini; ada orang tua bertandang
kerana kehilangan keupayaan
untuk berjalan, atau kurang penglihatan
kehilangan tenaga kerana telah digunakan
pada usia muda;mungkin mencari wang
dan keperluan kehidupan.

Juga di sini; ada orang bertandang
setelah separuh pengsan; akibat serangan jantung
atau angin ahmar; atau apa saja ujian Tuhan
untuk dimasukkan ke wad kecemasan
atau ke icu dan ccu
sambil menunggu malaikat maut
datang bertandang; untuk kemudiannya
dihantar ke rumah mayat
dan tanah perkuburan.

Duduk-duduk di sini; di hospital ini
terbayang putaran sebuah kehidupan
yang bermula dari kelahiran
hingga ke kematian; sehingga di sini
hampir lengkaplah; gambaran sebuah kehidupan seorang insan
yang lengkap ; tanpa perlukan pentafsiran.


alKundangi,15.1.2010.
Posted by AlKundangi at 12:54 PM 0 comments
Monday, January 11, 2010


Kemaskini Blog dan Peristiwa Semasa

Assalamualaikum wbkt,Para pengunjung sekelian, terima kasih atas sokongan kalian. Namun akhir-akhir ini saya tidak dapat mengemaskini blog ini secara tetap seperti dulu.Kesihatan saya agak kurang baik. Saya mungkin mengalami slipped disc,namun keputusan XRay masih belum didapati,mungkin sehari dua lagi.Di awal tahun ini banyak perkara yang terjadi di negara kita seperti yang tuan puan baca di akhbar, dengan di media elektronik, atau media baru- blog dan laman web.

1.Ada kes penggunaan nama Allah. Penggunaan nama Allah adalah sah dikalangan agama-agama samawi, iaitu kristian,nasrani,yahudi dan Islam. Namun agama-agama selain Islam sudah dibatalkan kerana Islam melengkapkan semua agama tadi. Dengan demikian penggunaan nama Allah mungkin disalahguna, seperti untuk menarik penganut baru dan sebagainya. Sebaiknya biarlah Islam sahaja yang menggunakannya.

2.Berita hari ini memaparkan empat buah gereja dilontar dengan molotov coctail, hingga menyebabkan ada yang terbakar. Perbuatan ini semacam suatu provokasi. Berhati-hatilah kita agar ISA tidak digunakan untuk mententeramkan keadaan. Di saat UMNO-BN hampir kehilangan kepercayaan rakyat, akta itu mungkin digunakan untuk kembali mengukuhkan kuasa. Ini adalah taktik lama yang digunakan sejak lama oleh UMNO-BN.

3.Lebih memeranjatkan, 2 enjin jet pejuang F5E hilang dan dilaporkan dijual di luar negara dengan harga 100 juta. Yang ditangkap cuma berpangkat sarjan dan kontraktor terbabit. Beranikah sarjan menjual enjin jet pejuang dengan 50 juta sebuah? Pelik tetapi benar. Inilah hakikat politik Malaysia di bawah UMNO-BN.

4. Perkembangan politik ini khasnya UMNO-BN menjadi semakin bercelaru. Kerajaan kini nampak semakin lemah dan mula ditolak rakyat. Pakatan Rakyat terus mendapat tempat. Tua Guru Nik Aziz terus mendapat sanjungan. Begitu juga dengan TG Abdul Hadi. Kedua-duanya mendapat dukungan rakyat. Ini membuktikan ulama bukan sahaja tukang baca doa seperti fahaman suatu masa dulu. Kepimpinan ulama sudah mula diterima di negara ini oleh semua kaum termasuk yang bukan Islam.


5. Seorang penulis, menulis buku dengan menyebutkan Mahathir telah membazirkan 100billion sepanjang 22 tahun pemerintahannya. Ramai yang mencadangkan satu surhanjaya dibentuk untuk menyiasat perkara ini. Namun pemimpin-pemimpin UMNO-BN nampak tidak bersetju dengan siasatan itu, barangkali ibarat membuka pekung di dada. Apa pun, seorang penulis tidak akan menulis sesuatu kecuali ada sumber yang sah. Ini adalah kerja-kerja penulisan yang ikhlas, bukan memutar belitkan keadaan. Tetapi penulis upahan memang begitu. Menyelewengkan fakta. Sebab itu Tuhan menyebut " jika ada orang munafik membawa berita kepadamu maka hendaklah disiasat terlebih dahulu, tidan boleh menerima membuta tuli sahaja. Ke manakah wang itu dibazirkan? Inilah tugas Suruhanjaya itu. Sebab itu surhanjaya itu mesti dibentuk.

6. Amerika pula terus cuba menguasai Afghanistan, dengan menghantar 10,000 tentera tambahan. Namun Allah lebih berkuasa. Insya'allah Afghasnitan tidak akan dapat dikalahkan. Selagi azan bergema, umat Islam pasti menuju kemenangan. Menang atau mati syahid, hanya dua pilihan dalam Islam. Kedua-duanya adalah menang.Sekian dulu, moga bertemu di lain masa.Terima kasih dan salam untuk semua, doakan saya semoga cepat sembuh.AlKundangi,11.1.2010.

Posted by AlKundangi at 12:35 AM 0 comments
Wednesday, December 30, 2009


SINDROM 3L JEJASKAN UMNO,BN
Sindrom ‘3L’ jejaskan UMNO, BN SHAH ALAM -

UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu melupakan hasrat mengambil alih Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sekiranya pemimpin mereka masih dibelenggu sindrom ‘3L’ iaitu Lagak, Laga dan Leka. Penganalisis Politik, Profesor Datuk Zainal Kling (gambar) berkata, wabak yang menyelubungi parti itu dilihat faktor utama UMNO sukar mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu. Katanya, sikap ‘lagak’ dalam kalangan pemimpin UMNO/BN membuatkan parti itu tidak lagi dapat menyelami hati nurani rakyat apatah lagi memahami denyutan hati mereka.

“Mereka ini dilihat kurang mendampingi serta mendekati masalah-masalah yang dihadapi oleh pengundi di kawasan mereka. Malah, mereka dilihat ‘kurang cerdik’ dan tidak unggul untuk menghadapi cabaran dalam pemimpin PR,” katanya. Zainal berkata, sikap pemimpin UMNO Selangor yang sering bertelagah dan menuding jari antara satu sama lain membolehkan pemimpin PR mengeksploitasi keadaan tersebut dengan sebaik mungkin. “Perasaan leka yang menyatakan mereka tidak pernah kalah dan tidak akan kalah boleh menyebabkan mereka ini seolah-olah tidak sedar situasi sebenar yang berlaku sekarang,” katanya.


Menurutnya, UMNO diingatkan supaya menangani sindrom segera. Ditanya sama ada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo masih relevan untuk menerajui kepimpinan UMNO Selangor jika parti itu berjaya menawan semula Selangor, Zainal berkata, Dr Khir perlu ‘membersihkan’ dirinya daripada pandangan negatif sebelum berbuat demikian. “Malah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar belum tentu dapat kerana beliau tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di Selangor,” katanya. sinarharian,

30.12.2009.
Posted by AlKundangi at 4:57 PM 0 comments
Sunday, December 13, 2009


UMNO DI PERSIMPANGAN JALAN


UMNO DI PERSIMPANGAN JALANSebagai sebuah parti yang menguasai kerajaan lebih 52 tahun, kini UMNO sudah menampakkan tanda-tanda bahawa ia sudah sampai ke penghujung jalan. Tidak ada kerajaan yang kekal dalam dunia ini. Sejarah telah membuktikannya. Firaun yang begitu kuat dan di kelilingi oleh para ahli sihir handalan akhirnya berkubur bila berdepan dengan Nabi Musa. Hanya tinggal piramid tanda keagungannya yang melambangkan juga perahan tenaga rakyat yang tiada tolok bandingnya.

2.Suharto, Marcos, Saddam Hussain semuanya berakhir dengan kenangan pahit manis yang tercatat dalam sejarah. Pergolakan dalam UMNO-BN akhir-akhir ini menampakkan parti itu sedang mengalami zaman penguncupannya sebelum tamatnya era kegemilangannya.

3.Kisah Najib,Scorpene dan Altantuya serta komisyen 500 juta tidak dapat dipadamkan oleh UMNO-BN. Bahkan sebuah syarikat di Thailand khabarnya akan mmefilemkan kisah dan skandal yang mendapat liputan luas di dunia, terutama Perancis, di mana kapal itu dibeli. Hantu Altantuya gagal diperbomohkan oleh UMNO-BN. Hantu ini sedang menghisap darah UMNO-BN dari dalam sehingga akhirnya UMNO-BN akan kekeringan darah dan akan kehilangan nyawanya.

4. Indeks rasuah yang merudum di zaman Najib ini, serta perletakan jawatan "Boss" PSRM memperlihatkan isu rasuah adalah sesuatu yang tidak dapat ditangani oleh UMNO-BN dengan baik. Skandal PKFZ telah menambahparahkan lagi keadaan. Semuanya itu membuatkan UMNO-BN tinggal nyawa-nyawa ikan.5. Kini serangan ke atas PAS, khasnya TG Nik Abdul Aziz telah memakan diri sendiri. Doa TG Nik Abdul Aziz menjadi polemik panjang dan amat ditakuti oleh para pemimpin UMNO-BN. Manusia tidak akan takut dengan doa jika mereka tidak bersalah. Logiknya hanya orang yang bersalah dan berdosa sahaja yang takutkan doa yang menjadi senjata orang mukmin itu. Tentunya isu royalti minyak dan doa ini memburukkan lagi keadaan yang sedang ditanggung oleh UMNO-BN.


6. Kedudukan UMNO-BN kian goyah dengan perpecahan dari dalam di mana Mantan PM Mahathir di satu pihak dan Najib di satu pihak. Khabarnya Mahathir satu kem dengan Muhyiddin dan Khairy Jamaluddin, dan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kemampuan Najib memulihkan UMNO-BN. Peribadi Najib sendiri memburukkan lagi keadaan. Najib telah terlalu banyak menghabiskan wang rakyat berserta isterinya dan menjadikan Malaysia hampir muflis kini. Cukai GST dikatakan dirangka di atas kemuflisan kerajaan UMNO-BN.

7. Kedudukan Mahkamah yang cuba dupilihkan oleh Mantan PM Abdullah Badawi gagal disambung oleh Najib. Kini amat sukar untuk menuntut keadlian melalui Mahkamah Malaysia, seolah-olah Mahkamah tidak wujud di Malaysia. Kes Teoh yang mati dalam siasatan PSRM tidak diselesaikan hingga kini. Pendakwaan yang bersifat politik terhadap DS Anwar yang tidak cukup bukti diteruskan juga, walaupun para doktor memaklumkan tidak ada kes liwat terhadap Saiful Bukhari. Begitu juga sekian banyak kes-kes yang tidak terselesaikan. Manakala sesetengah kes berprofil tinggi didiamkan sahaja walaupun begitu banyak bukti yang diketengahkan. Ini menampakkan sistem keadilan di Malaysia berada pada tahap yang paling buruk di dunia. Pera pemimpin Amerika termasuk George Bush pun biasa naik ke Mahkamah. Begitu juga Bill Clinton. Tetapi Perdana Menteri Malaysia tidakan pernah naik ke Mahkamah dan tidak akan ke mahkamah walaupun sekian banyak bukti dibentangkan dan aduan dibuat kepada pihak polis. Apakah pemimpin Malaysia lebih berkuasa dari Pemimpin AS dalam soal mengatasi undang-undang dan Mahkamah ini? Kesemuanya ini menyebabkan Mahkamah Malaysia hilang kredibilitinya. Bahkan mahkamah tidak dapat memberikan keadilan lagi kepada rakyat Malaysia. Secara totalnya Mahkamah Malaysia gagal berfungsi sebagaimana sepatutnya.

8. Dari beberapa kes yang diperkatakan menunjukkan UMNO-BN gagal mengurus Malaysia dengan baik. Kegagalan itu menyebabkan mereka menyerang pembangkang khasnya PR sengan membuta tuli yang mana akhirnya menikam mereka sendiri. Apakah UMNO-BN akan pupus dalam masa tidak sampai lima tahun lagi? Atau mereka akan menjadi pembangkang pada PRU ke 13 akan datang. Bak kata Mahathir UMNO-BN sudah busuk sampai ke ususnya, di mana ia memperlihatkan penyakit-penyakit yang dideritai oleh UMNO-BN tidak dapat diubati lagi, walau oleh doktor pakar sekalipun. Begitulah nasib UMNO-BN kini yang turut melanda MCA dan MIC. Ke manakah halatuju UMNO selepas ini? Mereka sudah pun berada si satu persimpangan yang memungkinkan hayat politik mereka berakhir sepertimana kerajaan-kerajaan lain di dunia ini dahulu yang kini sudah menjadi sejarah.


AlKundangi,13.12.2009. http://alkundangi.blogspot.com
Posted by AlKundangi at 2:57 PM 0 comments
Friday, December 11, 2009

PARLIMEN ISRAEL LULUS AKTA PUNGUTAN SUARA
Parlimen Israel lulus akta pungutan suara

TEL AVIV - Parlimen Israel kel:marin meluluskan bacaan pertama rang undang-undang bagi meluluskan pungutan suara berhubung desakan Palestin dan Syria supaya Tel Aviv menyerahkan Baitulmaqdis Timur dan Bukit Golan yang dikuasai rejim. Seramai 68 ahli Parlimen menyokong rang undang-undang tersebut, 22 lagi menentang dan seorang mengambil pendirian berkecuali, manakala sekurang-kurangnya 31 lagi tidak hadir. Rang undang-undang tersebut menuntut sebarang perjanjian damai yang dicapai kerajaan Israel, membabitkan pengundu:ran rejim dari wilayah dicerobohi, mestilah diluluskan terlebih dahulu oleh 61 anggota Parlimen. Bacaan pertama rang undang-undang yang diluluskan itu dilihat sebagai satu sokongan tambahan kepada pihak yang menentang pengunduran Israel dari Bukit Golan di bawah perjanjian damai dengan Syria.


Rang undang-undang tersebut melibatkan kawasan dataran tinggi Golan dan :Baitulmaqdis Timur yang dicerobohi dan dirampas Israel semasa Perang Enam Hari 1967 dalam satu tindakan yang tidak pernah diiktiraf komuniti antarabangsa. Syria berulang kali mendesak pengunduran sepenuhnya Israel dari Golan sebagai tukaran kepada perdamaian antara kedua-dua pihak. Palestin pula menuntut Tel Aviv menyerahkan Baitulmaqdis Timur untuk dijadikan ibu kota negara merdeka sebagai syarat perjanjian damai. Jika diluluskan, pungutan suara keba:ngsaan akan dilakukan dalam tempoh 80 hari.

Ahli Parlimen dari Parti Likud, Yariv Levin menolak sebarang kritikan mengatakan rang undang-undang berkenaan cuba untuk menghalang perdamaian di Timur Tengah. "Persoalan mengenai undang-undang negara bukan saja patut dilakukan dalam Parlimen, tetapi juga oleh majoriti rakyat," katanya. Rang undang-undang disokong kerajaan itu memerlukan dua lagi bacaan tambahan sebelum diluluskan sepenuhnya. Tindakan dilakukan Parlimen Israel itu bakal mengikuti jejak langkah Switzerland baru-baru ini yang melakukan pungutan suara kebangsaan untuk mengharamkan pembinaan menara azan di negara itu. sinarharian.com.my11.12.2009


Posted by AlKundangi at 3:40 PM 0 comments


Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)