Wednesday, June 23, 2010

GAZA VS PIALA DUNIA

Kehangatan Piala Dunia kian terasa di seluruh pelusuk dunia ini. Piala Dunia yang berlangsung 4 tahun sekali itu kini berjalan hangat di benua Afrika. Negara-negara yang layak termasuk negara-negara umat Islam turut mengambil bahagian dalam sukan kegemaran ramai ini bahkan sesetengah pemain dan pegawainya menjadi jutawan dengan sukan ini.

2. Dalam perang Karbala, kepala Khalifah di pancung putus dan di sepak seolah-olah menyepak bola. Samada itu mulanya sukan tersebut atau bukan, itu bukanlah masalah nya di sini. Soalnya sukan ini di taja oleh pihak Barat. Setiap malam jika kita berkunjung ke kedai-kedai kopi, atau gerai-gerai tom yam, mereka kelihatan memaparkan skrin besar untuk mempertontonkan sukan bola sepak yang kebanyakannya ditonton oleh anak muda kita khasnya orang Melayu yang beragama Islam. Islam tidaklah menentang bola sepak, namun ada beberapa pelaksanaannya seperti pakaian dan lain-lain tidak mengikut kehendak Islam.

3. Di satu pihak yang lain, Israel sedang berusaha untuk menawan Gaza dan menumpahkan banyak darah rakyat Muslim di sana. Bahkan baru-baru ini Israel telah menyerang misi bantuan kemanusiaan yang turut disertai oleh negara kita dan menyebabkan beberapa orang meninggal dalam serang hendap itu. Sebahagian yang lain di tangkap dan disumbat ke penjara beberapa hari, walaupun misi mereka hanya bantuan kemanusiaan. Begitu pun peristiwa itu yang baru sahaja berlaku tenggelam oleh pasukan Piala Dunia yang beraksi di di skrin-skrin besar di kedai-kedai kopi dan tom yam tadi. Itu tidak termasuk yang menonton di rumah.

4. Jelaslah Piala Dunia telah meneggelamkan isu Gaza, dan anak-anak muda Islam kini lalai dengan menonton sukan itu. Persitiwa serangan Israel ke atas bantuan kemanusiaan yang pada awalnya di tangisi, kini tenggelam dengan tempik sorak penonton-penonton Piala Dunia. Anak-anak muda kita hilang semangat Jihadnya ditelan oleh hiruk-pikuk Piala Dunia. Sekiranya Israel menyerang Baitulmaqdis, besar kemungkinan umat Islam tidak akan menyedarinya. Mereka lebih terpesona dengan aksi-aksi pemain-pemain pujaan mereka di pentas Piala Dunia. Bagaimanakah umat Islam mahu mengalahkan pihak Barat, khasnya Israel, jika dengan umpanan sebiji bola sahaja umat ini terus tenggelam dalam kesoronakan dan kealpaan terhadap tugas murni mereka sebagai "ummatan wasathon" dalam mengimbangi kezaliman penjarah dunia dan keadilan Islam yang sudah terbukti dalam tinta sejarah?

AlKundangi,
23.6.2010
http://alkundangi.blospot.com

Monday, June 14, 2010

MENGAPA YAHUDI BIJAK?

MENGAPA YAHUDI BIJAK?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon,
14.6.2010
kiriman: Mansor Mohammad,
bye: Emel.

Wednesday, June 9, 2010

BEBERAPA PERKARA YANG MEROSAKKAN AMALAN

BEBERAPA PERKARA YANG MEROSAKKAN AMALAN


Di dalam Islam, setiap ibadah mempunyai daya pendorongnya, atau tarikannya untuk kita melaksanakan sesuatu ibadah itu. Tetapi setiap ibadah itu ada pula yang merosakkannya, bahkan membatalkannya. Atau seperti orang yang sedang berpuasa, puasa itu sendiri boleh mendorong dirinya untuk berbuat baik, membaca Alquran, sembahyang tarawih, sembahyang witir dan sebagainya. Di samping itu seseorang yang sedang berpuasa akan menjaga tingkahlakunya yang baik dan sopan, tidak banyak bercakap,tidak mengumpat dan tidak melakukan perbuatan yang keji. Tetapi apabila ia membicarakan hal orang lain, istimewa keburukan seseorang, hal itu boleh mengurangi pahala puasa berkenaan. Bahkan dalam sesetengah keadaan, seseorang itu hanya memperolehi rasa lapar dan dahaga sahaja dalam tempuh dia berpuasa itu.
Demikianlah dalam setiap amalan, ada yang menambahkan pahala dan ada pula yang menguranginya.


Demikianlah, jika amalan yang ikhlas itu mendapat ganjaran di sisi Allah, amalan yang tidak ikhlas, atau disertai dengan niat yang lain, atau kerana yang lain seperti manusia dan sebagainya, semuanya itu akan merosakkan amal itu sendiri. Perasaan ikhlas itu mungkin akan hilang jika ada tujuan atau motif-motif lain sewaktu melaksanakan sesuatu ibadah. Orang yang sedang berpuasa misalnya di samping menunaikan kewajiban sebagai individu Muslim, ia juga berhasrat untuk mendapatkan kesihatan tubuh badan. Sememangnya puasa diakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa ia boleh membantu dan menambahkan tahap kesihatan kita, tetapi jika niat kita itu bercampur di antara menunaikan kewajiban dan memperoleh kesihatan, dengan sendirinya keikhlasan dalam beramal itu akan hilang begitu sahaja.


Begitulah juga dengan seseorang yang menunaikan haji, di samping ia menunaikan ibadah, ia juga bertujuan untuk mengerakkan tubuh badannya untuk mendapatkan kecergasan. Seorang pelajar yang menuntut ilmu, di samping ilmu ia juga bertujuan untuk mendapat kesenangan dan keselesaan hidup, atau untuk menulis buku-buku supaya menjadi terkenal atau bersedia berdebat dengan siapa sahaja dengan ilmunya itu. Kedua-dua jenis perbuatan yang bersifat ibadah itu telah hilanglah keikhlasannya bila ada unsur-unsur lain yang menyerap dalam tindakannya itu. Dengan begitu amalan sedemikian tidak bermakna apa-apa pada pelakunya dan tidak bernilai di sisi Allah ‘Azzawjalla. Menurut AlGhazali, keikhlasan itu jika disertai oleh sesuatu yang lain seperti pelajar dan orang yang menunaikan fardu haji itu, maka keikhlasan itu menjadi batal dengan sendirinya (Arbain fi Usuliddin).

Amal ibadah juga boleh rosak jika seseorang pelakunya dilanda oleh perasaan kekaguman dan kehairanan terhadap amal yang dilakukannya. Perasaan seperti itu boleh merosakkan keikhlasan dan memusnahkan amalnya walaupun pada zahirnya amalnya itu sempurna dari sudut rukun dan syaratnya.

Selain dari itu, terdapat satu lagi perasaan yang lebih merbahaya terhadap amal ibadah yang kita laksanakan setiap hari itu. Perasaan itu tidak dapat dipastikan bentuk dan keadaannya, tetapi kita seolah-olah merasa senang bila ada orang lain melihat kita beramal seperti sembahyang, membaca Alquran dan sebagainya. Bila tidak ada sesiapa pun yang melihatnya, maka kita pun cepat-cepat ingin menyudahkannya. Perasaan seperti itulah yang dipanggil riya’. Riya’ mencari kedudukan di hati manusia dengan cara melakukan ibadah dan amal-amal kebajikan. AlGhazali mengklasifikasikan riya’ kepada enam jenis, dan setiap jenis mempunyai pola dan ciri-cirinya yang tersendiri (Arbain fi Usuliddin).


Riya’ yang pertama datang melalui anggota badan, iaitu dengan cara menampakkan kelansingan badan, agar orang menyangka seseorang itu kurang tidur (selalu berjaga malam kerana beribadat) dan banyak berpuasa, atau menampakkan rasa letih atau hiba dan sedih kerana risau terhadap urusan agama kononnya. Kedua, riya’ yang datang melalui penampilan iaitu dengan cara mencukur kumis, menundukkan kepala ketika berjalan, sangat berhati-hati dalam setiap gerak gerinya, sengaja membiarkan bekas sujud dalam solat di dahinya, memejamkan mata ketika berbicara agar kelihatan wara’ dan sebagainya.


Jenis riya’ yang ketiga datang melalui pakaian, misalnya dengan memakai pakaian yang compang-camping dan lusuh supaya dikira sebagai orang yang tidak berpaling sedikit pun dari mengingat Allah. Ia juga boleh jadi mengenakan serban dan membawa sejadah sebagaimana orang-orang tasawuf dan tarikat. Pendek kata, ia kelihatan zuhud pada zahirnya.


Riya’ juga boleh lahir menerusi kata-kata, umpama seorang muballigh atau seorang pemidato handalan. Ia berkata-kata dengan gaya yang indah dan memikat. Selalu menyebut ayat-ayat Alquran dan hadis serta kata-kata ulama dalam ucapannya. Kadangkala ia menggerakkan bibirnya seolah-olah sedang berzikir, melakukan amal makruf di hadapan orang, tetapi di hatinya jauh dari usaha untuk menjauhkan maksiat.
Riya’ yang kelima adalah riya’ yang lahir melalui amalan, seperti melambatkan berdiri dan memanjangkan bacaan dalam solat, memperbagus cara ruku’ dan sujud, tidak menoleh ke kiri ke kanan, banyak bersedekah, berpuasa, berkali-kali menunaikan ibadah haji, berjalan dengan gaya penuh khusyu’, padahal Allah Mahatahu segala apa yang ada di dalam hatinya. Bahkan jika tidak dilihat orang, ia akan berjalan cepat-cepat, serta meremehkan solat. Jika ada orang melihat, ia akan kembali tenang agar disangka khusyu’.


Klasifikasi yang terakhir dari riya’ dalam pembicaraan ini adalah riya’ kerana ramainya anak murid dan menyebut ramai guru agar dia disangka benar-benar bersahabat dengan sang guru itu. Ia juga merasa senang bila dikunjungi oleh para penguasa dan ulama, supaya dia disebut-sebut orang yang banyak barakahnya.

Semua jenis riya’ yang disebutkan di atas, adalah riya’ yang bertentangan dengan kehendak Islam, bahkan berdosa besar dan haram apabila ia bertopengkan agama dan mempunyai misi peribadi. Tetapi jika ia menyangkut tentang urusan dunia dan tidak memperalatkan agama untuk kepentingan peribadi, maka ia bukanlah tergolong dalam jenis riya’ yang dilarang, itu pun jika tidak ada unsur penipuan.Semuanya itu tidak di larang oleh agama jika bukan dengan perasaan takabur dan sifat-sifat tercela lainnya.


Sesungguhnya riya’ itu adalah pemusnah amal ibadah yang kita laksanakan setiap hari tanpa sedar. Amal ibadah yang bercampur dengan riya’ bukanlah amal yang bersih, malah ia adalah amal yang menipu diri sendiri dan mengecewakan harapan. Bahkan Rasulallah Saw menamakan riya’ adalah sejenis syirik yang paling halus dan ditakuti oleh para ulama. Sabda baginda,”yang amat aku takuti ke atas kamu ialah syirik yang paling kecil. Kemudian ditanya mengenainya, baginda pun menjawab, itulah riya’ (Riwayat Imam Ahmad).


Ibadah yang ikhlas,adalah ibadah yang bersih dari semua itu. Ianya bersih dari riya’,bersih dari ‘ujub dan bersih dari takabur dan segala perasaan lainnya yang banyak dibicarakan di dalam kitab-kitab tasawuf. Sebab itu ikhlas adalah penting bagi setiap amalan. Tanpa perasaan ikhlas, amal ibadah kita terumbang-ambing, kerana ia tidak pasti diterima atau ditolak oleh Allah ‘Azawajalla. Apa yang kita boleh lakukan ialah kita mesti terus berusaha mencapai keikhlasan dalam amal ibadah sesuci mungkin, sesudah itu barulah kita bertawakal kepada Allah, mudah-mudahan dia akan menerima segala penat lelah dan jerih payah kita. Wallahu a’lam.

AlKundangi,
8.6.2010

Thursday, June 3, 2010

Thursday, June 3, 2010
GAZA - EMEL DARI SEORANG SAHABAT

Sahabat2ku sekalian,
Sama2lah kita berdoa semoga saudara2 kita yang ditindas dan dizalimi olih orang2 kufur diberi kekuatan dan terus berjihad demi menegakkan Islam ini berjalan dimuka bumi Allah. Insya’Allah. Wallahu’alam


Allah shj yang merestui perjuangan ini…..

Selemah-lemah iman apabila hanya dapat benci kejahatan dan doakan kebaikan untuk saudara seislam. Teruskan boikot barangan USA dan jangan shopping kat Singapore.

Baca dan baca lagi utk renungan kita bersama...

Salam,


Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)


Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.
Kiriman,
Mohd Fadzli Zamani.
3.6.2010

Wednesday, June 2, 2010

Adakan Himpunan Besar-besaran Di Negeri Pakatan Rakyat - Nasharudin

KUALA LUMPUR, 1 Jun : Timbalan Presiden PAS, YB Ust Nasharudin Mat Isa menggesa supaya negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dapat mengadakan himpunan aman besar-besaran di negeri masing-masing bagi menzahirkan bantahan dan kutukan ke atas kezaliman dan keganasan rejim zionis Israel.

“Saya ingin menyeru kepada umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia supaya kita dapat bersatu dalam membela nasib sukarelawan misi kemananan Gaza di samping mengutuk tindakan zalim dan kebinatangan rejim zionis yahudi. Ini adalah misi keamanan yang melewati sempadan agama dan bangsa,” ujar beliau ketika diminta mengulas mengenai tindakan ganas rejim zionis yahudi yang bertindak diluar batas undang-undang dan kemanusiaan apabila bertindak menyerang konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa yang tidak bersenjata sehingga mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 16 orang sukarelawan dan mencederakan lebih 30 yang lain.

Nasharudin juga menyeru masyarakat antarabangsa terutamanya PBB dan OIC supaya mengambil sikap dan tindakan yang paling keras ke atas perbuatan ganas rejim zionis yahudi yang tidak berperikemanusiaan itu.

Akhirnya beliau mengajak seluruh umat Islam berdoa dan bermunajat kepada Allah supaya Allah memelihara keselamatan saudara kita di Gaza dan memberi kekuatan yang sebenarnya kepada pejuang-pejuang Islam di Palestin untuk bangkit menentang tentera zionis yahudi bagi membebaskan negara Palestin dan Masjidil Aqsa. – ANN

www.ann.com.my
1.6.2010

Tuesday, June 1, 2010

KERAJAAN MALAYSIA AKAN BANKRAP?

Terkejut juga mendengar berita ini, ia itu kerajaan Malaysia akan bankap kalau tindakan segera tidak diambil untuk mengurangkan defisit akuan kerajaan yang semakin meruncing.Tetapi sebenarnya bukan kerajaan yang akan bankrap tetapi rakyat Malaysia.Rakyat Malaysia yang selama 50 tahun diperbodohkan dengan begitu mudah bakal bankrap dan kalaupun Malaysia berjaya keluar dari kemelut hutang yang semakin membusong ini, sekali lagi rakyat Malaysia yang akan terpaksa menanggung semua kesulitan yang bakal mendatang.

2.Ketua Pengarah ISIS, Dr Mahani Zainal Abidin sudah menyatakan hala tuju yang bakal diambil kerajaan untuk mengatasi masalah defisit ini ia itu mengurangkan subsidi dan memperluaskan kutipan cukai.Sementara beberapa pakar ekonomi upahan kerajaan turut menyuarakan bahawa struktur subsidi kerajaan tidak sampai kepada golongan sasar dan perlu diubah.

3.Perubahan kepada struktur subsidi akan juga melibatkan penarikan subsidi kepada harga minyak dan sekaligus sudah dapat dibayangkan bagaimana harga minyak itu nanti.Minyak sebagai sumber utama keperluan tenaga negara jadi sebarang menarikan balik subsidi hanya akan menyebabkan banyak kesan kesan kenaikan harga barangan keperluan lain yang turut melibatkan sebahagian besar keperluan golongan miskin yang menjadi kumpulan sasar utama subsidi kerajaan.Oleh itu sebarang subsidi yang akan diberikan terus kepada golongan ini mungkin tidak berkesan untuk mengurangkan bebanan rakyat kepada kenaikan harga pengguna yang melampau.

4.Inilah mesej yang hendak disampaikan oleh Dr Mahani dan pakar ekonomi upahan lain bilamana mereka mencadangkan GST dan struktur percukaian yang mengalirkan lebih banyak wang rakyat kepada kerajaan dan pada masa yang sama mengurangkan subsidi dengan alasan subsidi terrsebut tidak sampai ke kumpulan sasar.Yang mereka lupa atau buat buat lupa ialah sejak 50 tahun negara merdeka, tidak pernah terjadi subsidi kerajaan sampai ke kumpulan sasar.Yang sering terjadi ialah subsidi kerajaan dalam apa jua bentuk, baja,beras,benih dan sebagainya dikuasai oleh segolongan yang menjadi penyokong dan pembiaya UMNO sementara subsidi tersebut hanya dijadikan alat untuk mengumpul kekayaan yang kemudiannya dibahagi kepada UMNO dan orang orang yang mengawalnya.

5.Sebenarnya ketam yang jalannya tak betul tak perlu menyuruh anak anaknya berjalan betul.Dr.Mahani dan pakar ekonomi upahan kerajaan sepatutnya mencadangkan kepada kerajaan agar terus mensonglap duit rakyat seadanya dan biarkan negara bankrap kalau tak berani untuk mencadangkan agar kerajaan Malaysia sekarang ditukar kepada pentabdir baru dalam semua aspek.Kesemua pentabir dan pembuat keputusan kerajaan harus dicadangkan supaya meletakkan jawatan untuk menyelamatkan Malaysia.
Kalau tak berani memberi cadangan, tak usah dicadangkan untuk mengurangkan subsidi dan diperluaskan kutipan cukai daripada rakyat kerana langkah itu bakal mempercepatkan rakyat bungkus.Kepada rakyat pula, sampai bila anda semua sanggup berhabis habisan untuk kerajaan yang nampaknya sudah bertukar menjadi ular sawa yang makan kambing dengan perutnya semakin membuncit?

http://tranungkite.net/v10
31.5.2010.