Friday, August 20, 2010

ALIRAN PEMIKIRAN ISLAM KINI

4 ALIRAN BESAR DALAM PEMIKIRAN ISLAM

Aliran yang bersumberkan wahyu semata-mata
Aliran yang bersumberkan wahyu dan akal
Aliran yang bersumberkan akal dan wahyu
Aliran yang bersumberkan akal semata-mata

ALIRAN BERSUMBERKAN WAHYU SEMATA-MATA

Pegangan nabi dan para rasul serta pengikutnya, terutamanya generasi islam.
Berpandukan Quran dan hadis Nabi.
Walaupun tamadun yunani telah berkembang dengan warisan falsafahnya namun umat islam hanya berpegang kepada ajaran Allah dan rasulNya sahaja, bukannya kepada akal yunani atau akal umat islam itu sendiri.
Sikap seperti ini sukar untuk mendakwa wujudnya pemikiran islam.


ALIRAN YANG BERSUMBERKAN WAHYU DAN AKAL

Muncul ekoran pergolakan dalaman di kalangan umat islam selepas kewafatan Nabi Muhammad sebagai reaksi pada pengaruh tamadun asing kepada umat islam.
Timbul pelbagai perubahan terutama perubahan pemikiran yang membentuk pelbagai mazhab dalam bidang ilmu kalam, fikah dan tasawuf.
Muncul pelbagai mazhab yang merujuk sumber (Quran dan hadis) ataupun akal fikiran.
Dalam ilmu fikah, pemikiran islam berkembang melalui kegiatan ijtihad meliputi kaedah kias, jimak, istihsan, istislah dan sebagainya.


ALIRAN BERSUMBERKAN AKAL
DAN WAHYU

Bersumberkan akal sebagai asasnya dan wahyu sebagai penyokongnya.
Wujud apabila seorang zindiq Yahya bin khalid al-Barmaki membawa masuk warisan falsafah yunani.
Beliau meminta Raja Rom supaya memberikan kepadanya buku-buku yunani yang disimpannya.
Permintaannya itu dipenuhi kerana baginya,’Biarlah orang Arab menjadi kelam kabut sedangkan kita terselamat dan aman damai dari kejahatan buku-buku itu’. Buku fikah pertama yang dikeluarkan adalah buku berjudul Had Mantiq

Ahli-ahli falsafah islam dan sebahagian ulama kalam terutama pendukung mazhab muktazilah terpengaruh dengan falsafah Aristotle yang menggunakan prinsip logik dalam penafsiran alam metafizik.
Para ulama islam menentang secara tidak langsung mahu pun secara langsung falsafah logik yunani antaranya Ibn Solah, Imam Syafie dan Imam Nawawi.
Ibn Solah - mempelajari dan mendalami ilmu logik adalah haram kerana ia bercampur-aduk dengan bidaah dan khurafat yang bercanggah dengan akidah.

Imam Syafie - tidak mengharamkan ilmu logik secara terang-terangan, namun jelas sikapnya tidak mengharuskan. Beliau menolak kias sebagai sumber hukum kerana ia berkait rapat dengan logik.
Menurutnya orang Arab tidak akan berselisih pendapat selagi mereka berpegang pada warisan bahasa Arab. Tetapi mereka akan bertelagah jika beralih pada falsafah Aristotle.
Imam Nawawi - mengharamkan ilmu logik dan menghukum kafir bagi yang mendalaminya kerana ia tidak menurut ketentuan Quran dan hadis.
Orang yang mempelajarinya bukanlah orang yang mendalami Quran dan hadis, sehingga mereka menggunakan ilmu logik bagi mentafsirkan persoalan agama menurut akal mereka.

Tokah yang terkenal disebabkan kritikannya secara langsung kepada ilmu logik adalah Ibnu Tamiyyah.
Melalui kitabnya seperti al-Radd ‘ala Mantiqiyyin dan Naqd al-Mantiq, menganggap ilmu logik tidak memberi sebarang faedah kepada orang cerdik & tidak bermanfaat kpd org bodoh.
Al-Sayuti-ilmu logik haram dipelajari dan didalami kerana akan terpengaruh dan mengabaikan bahasa Arab, Quran, dan hadis. Akibatnya umat islam akan musnah dan rosak serta tersebarnya bidaah dan khurafat.

ALIRAN BERSUMBERKAN AKAL SEMATA-MATA

Aliran ini tidak dianggap sebagai sebahagian daripada aliran pemikiran islam sama sekali.
Gaya pemikiran golongan ini sama dengan tradisi berfikir Barat.
Umat Islam tidak dapat menerima apabila segala perkara diukur hanya berdasarkan akal logik semata-mata, terutama dalam persoalan metafizik ataupun hakikat hidup manusia


KATEGORI PEMIKIRAN
ISLAM PEMIKIRAN ISLAM KLASIK / KINI

Aliran Kalam

Aliran Fikah

Aliran Tasawuf

Tradisional

Modenisme

Reformisme

ALIRAN KALAM

Muncul apabila berlakunya pergolakan yang mengancam perpaduan umat islam pada zaman khalifah Ali bin Abu Talib.
Kemunculan gol. Syiah dan Khawarij ini pada dasarnya disebabkan faktor sosioekonomi dan politik, tetapi terseret pada persoalan yang bersifat teologi.
Persoalan yang dibangkitkan adalah adakah umat Islam yang melakukan dosa besar masih dianggap sebagai Islam? Cukupkah dengan pengakuan iman secara lisan sahaja tanpa diiringi dengan amal?
Puak Khawarij menganggap Ali, Muawiyah, Amru Bin al Ass, Abu Musa al-Asyaari dan mereka yang menerima tahkim sebagai kafir kerana tidak menghukum menurut hukum yang ditetapkan Allah.


Golongan Syiah pula menghukum orang yang melakukan dosa besar sebagai fasik pada tahap kufur nikmat.
Mulai abad kedua Hijrah, bermula tahap kedua dalam perkembangan teologi apabila umat islam terdedah secara meluas pada pengaruh asing khasnya daripada teologi Kristian dan falsafah yunani.
Kemasukan pemikiran asing ini melalui dua saluran.
Pertama - melalui proses asimilasi bangsa
Kedua - melalui kegiatan penterjemahan karya-karya asing ke dalam bahasa Arab.
Kesannya, muncul beberapa teori Islam yang dipengaruhi oleh pemikiran dan falsafah asing.

Dalam sejarah pemikiran Islam, mazhab Muktazilah menduduki tempat terpenting kerana merekalah pengasas ilmu kalam.
5 prinsip mazhab Muktazilah yang disebut sebagai al-Usuf al-Kamsah, iaitu:
Al-Tauhid (keesaan Tuhan)
Al-’Adl (Keadilan Tuhan)
Al-Wa’d wa al-Wa’id (janji dan ancaman)
Al-Manzilah bain al-Manzilatain (kedudukan antara mukmin dengan kafir)
Al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘al-Munkar (menyurah berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan)

Abad ke-13 Masihi, dunia islam mengalami dua cabaran besar dari dalam dan luar negeri.
Cabaran dari luar, datangnya gerakan Salibiyyah dan diburukkan lagi dengan serangan ganas kaum Mongol yang membawa keruntuhan Baghdad.
Cabaran dalaman, kebangkitan gol. Syiah yang turut bekerjasama dengan tentera Salib dan Mongol untuk menghancurkan Islam.
Kebangkitan Syiah turut mempengaruhi kebangkitan tasawuf ibadat dan tarekat Sufi.
Walaupun umat Islam masih dapat memulihkan kekuasaan politik, namun psikologi dan mental umat islam dilanda penyakit taklik dan jumud.


Situasi ini mempengaruhi pemikiran Islam, dari segi akidah, syariat dan juga tasawuf.
Dalam suasana tertekan ini munculnya Ibn Taimiyyah sebagai penyambung gerakan tajdid dan penggerak aliran Salafiyyah.
Dalam soal akidah peranan Ibn Taimiyyah bukan setakat membersihkan unsur rasionalisme Yunani bahkan membanteras unsur syirik dan bidaah.
Walau bagaimanapun, usaha beliau tidak berupaya melawan arus dunia Islam pada masa itu yang dilanda oleh penyakit taklik dan jumud.

ALIRAN FIKAH

Pada zaman Nabi Muhammad ilmu Fikah belum wujud dan belum terdapat pembahagian hukum kepada wajib, sunat, haram, makruh dan harus.
Tidak pernah para sahabat bertanya ataupun mengetahui berkenaannya kerana apa sahaja keputusan Nabi Muhammad adalah contoh yang perlu diikuti.
Para sahabat dibenarkan ber-ijtihad tetapi terbatas seperti dalam kes Muaz bin Jabal. Bagaimanapun ijtihad mereka tidak dijadikan fatwa yang perlu dipatuhi kerana perlu diakui oleh Nabi Muhammad.
Jadi pada hakikatnya, beliau sahaja yang menjadi pemutus sesuatu hukum.

Semua ini berubah pada abad ke-2 Hijrah apabila ijtihad semakin diamalkan.
Ini bermakna, selain Quran dan sunah, akal juga adalah sumber hukum yg tidak kurang pentingnya.

Perubahan ini berlaku apabila kekuasaan Islam sudah menjangkau ke Iraq.
Dari segi sosial orang iraq banyak berhubungan dengan orang asing. Dari segi ekonomi di Iraq terdapat kekayaan yang melimpah-limpah dan mewujudkan cara hidup mewah dan berfoya-foya.
Kerumitan ini diburukkan lagi dengan kekurangan hadis bahkan hadis yang tersebar sukar dipastikan kesahihannya kerana banyak hadis palsu.

Masalah ini mendorong munculnya aliran al-Ra’yy (Rationalist) di Iraq.
Tokoh besar pemimpin aliran al-Ra’yy adalah Abu Hanifah.
Kemudian muncul tokoh-tokoh fikah lain seperti Imam Malik bin Anas, Imam Muhammad bin Idris al-Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal.
Mereka adalah tokoh-tokoh mujtahid yang terkenal sebagai Imam Mazhab Empat.

ALIRAN TASAWUF

Tasawuf Islam berasal daripada amalan Nabi Muhammad dan para sahabat dari segi ibadat mahupun akhlak.
Kehidupan Nabi Muhammad yang sederhana serta sifat-sifat zuhudnya adalah teladan yang baik bagi para pendukung tasawuf Islam.
Sejak wujudnya hubungan umat islam dengan masyarakat asing dan kemunculan bani Umayyah sebagai kerajaan Islam, umat islam dipukau oleh semangat keduniaan dan kebendaan.
Maka muncul gerakan zuhud yang ingin memisahkan diri daripada kepalsuan hidup ini.

Antara tokoh tasawuf yang terkenal adalah Hassan Al-Basri yang mempelajarinya daripada Huzaifah al-Yamani, Rabiah al-Adawiyah, Ibrahim bin Adham.
Tokah-tokoh lain seperti Harith al-Muhasibi,Zunnun al-Misri, Junaid al-Baghdadi dan Bisyr al-Hafi.
Mereka adalah tokoh-tokoh pewaris tasawuf Sunni yang mementingkan adab dan akhlak.
Tokoh pertama yang menentang tasawuf itu adalah Imam Ahmad bin Hanbal. Beliau menangis setelah mendengar ucapan Harith al-Muhasibi kerana bimbangkan kesan buruk pada masyarakat.
Kemurnian tasawuf akhirnya tercemar akibat pengaruh falsafah dan kegiatan golongan Syiah Ghulah, iaitu golongan pelampau yang mengagungkan individu melebihi kuasa manusia.

Individu yang diagungkan itu adalah Ali bin Abu Talib, iaitu iman mereka yang pertama.
Dalam usaha mengangkat kedudukan imam, terciptanya hadis-hadis palsu yang bukan hanya terbatas pada Ali bin Abu Talib sahaja bahkan juga meliputi doktrin Nur Muhammad.
Imam Al-Ghazali pula muncul dalam menghadapi cabaran yang mengancam kestabilan negara dan mengancam akidah umat Islam.bagi mendamaikan pertentangan antara ahli fikah dan para sufi, al-Ghazali menulis kitab ‘Ihya Ulumuddin’
Dengan kejatuhan Baghdad, tasawuf Islam mengalami peringkat ketiga dalam sejarahnya dengan munculnya tarekad yang pada mulanya hanyalah cara ibadat yang longgar.

Para penganutnya bebas bebas mengamalkan tanpa terikat dengan guru atau sesuatu sistem.
Menjelang abad ke-5 Hijrah,lahir kumpulan tasawuf yang mempunyai pemimpin, susunan dan bentuk.
Dalam suasana umat Islam dikuasai oleh pemikiran tasawuf falsafah dan tarekad ini, muncul Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim.
Kemunculan Ibn Taimiyyah bukan sahaja mengembalikan semula tasawuf pada landasannya yang asal bahkan mengatasi kelemahan al-Ghazali.
Beliau bukan menentang keseluruhan tasawuf itu kerana beliau tetap menghormati tokoh-tokoh tasawuf asal. Tetapi yang ditentangnya adalah tasawuf falsafah dan tarekat yang mengandungi unsur syirik, khurafat dan bidaah.

PEMIKIRAN ISLAM KINI

Masalah aliran semakin rumit apabila umat islam dihadapkan dengan cabaran kolonialisme dan modenisme. Terdapat dua masalah utama. Pertama yang melibatkan pengunaan nama aliran seperti tradisionalis, ortadoks, konservatif, idealis dsb. Kedua, dari segi makna aliran yang diguna pakai.

ALIRAN TRADISIONALISME

Aliran yang mempertahankan tradisi yang asal dan tulen.
Keaslian dan ketulenannya merujuk pada ajaran para ulama mazhabiyyah atau yang bertaklik pada imam-imam mazhab yang empat.
Penyakit taklik bermula abad keempat Hijrah apabila bani Abbasiah didominasi bangsa asing dan jatuh ke tangan kaum Mongol.
Ia pada dasarnya berlaku pada bidang fikah ataupun hukum apabila masyarakat tidak lagi merujuk Quran dan hadis tetapi merujuk karya-karya ulama mazhabiyyah.
Turut melibatkan bidang tauhid apabila masy. Islam lebih utamakan kitab syarah yg ditulis ulama terkemudian.
Bidang Tasawuf – umat Islam memberi penekanan dan penumpuan pada ajaran syeikh-syeikh tarekad.


ALIRAN MODENISME

Menekankan konsep ijtihad dan mengisinya dengan kandungan baru yang diambil dari dunia Barat moden seperti peranan akal dalam agama, demokrasi dan hak-hak wanita.
Ia berlaku apabila umat Islam terpengaruh dengan Barat dan menganggapnya ijtihad pada perkara-perkara baru.
Dalam usaha untuk memodenkan umat Islam, pihak penjajah cuba memisahkan mereka daripada agama ataupun warisan tradisi, walaupun tidak menolak agama secara total.
Sarjana Islam sendiri ada yang menolak hubungan ini. Bagi mereka modenisme adalah nilai-nilai yang dituntut oleh Islam.


ALIRAN REFORMISME

Menekankan ajaran Islam yang tulen dengan mengetengahkan usaha-usaha islah dan tajdid.
Islah bermaksud memperbaiki ataupun membersihkan Islam dari pemalsuan dan penyelewengan.
Tajdid pula ialah memperbaharui semula fahaman dan komitmen pada ajaran agama. Ia berkait rapat dengan kegiatan ijtihad dan dikatakan saling lengkap melengkapi.
Istilah ijtihad - sehabis daya menyimpulkan hukum-hukum syarak berlandaskan beberapa kaedah dalam menghadapi persoalan baru yang tidak jelas hukumnya dalam nas-nas Quran, hadis atau ijmak ulama.

Timbul perbezaan dengan aliran tradisionalisme kerana aliran reformisme menentang taklik dan menggalakkan ijtihad.
Ia sama dengan aliran modenisme yang mendukung konsep rasionalisme, tetapi perbezaannya timbul kerana aliran reformisme Cuma berijtihad dalam bidang yang kurang jelas kedudukan hukumnya.
Remomisme berperanan meneutralkan perbezaan antara tradisionalisme dan modenisme.

ALIRAN PEMIKIRAN BARAT SEKULARISME

Berasal dari ‘sekular’ yang diambil daripada perkataan Latin saeculum - ‘masa dan tempat’. Masa – masa dimana kita menjalani kehidupan ini. Tempat – kehidupan dunia atau dunia yang nyata.
Istilah - fahaman yang dihasilkan oleh pemikiran manusia yang mendukung idea urusan agama dan tidak dihubungkaitkan dengan hal keduniaan dan kebendaan.
Bermaksud pemisahan antara zahir dan batin, fizikal dan spiritual, rohani dan jasmani.

Falsafah – pemikiran sekular membawa fahaman supaya agama dan nilai-nilainya perlu diasingkan daripada hidup manusia.
(sekular perlu diasingkan drpd pemikiran n tndkan apabila melakukan sesuatu aktiviti hidup apabila ada nilai agama atau kpercyaan kpd sesuatu agama.)
Oxford English Dictionary – doktrin moralti perlu berasaskan keperluan dan kehendak manusia sama ada tanpa merujuk kepercayaan pada Tuhan ataupun kepercayaan pada masa depan. (tmasuk soal kematian n kpercayaan perkara yang berlaku selepas mati.)

KEMUNCULAN SEKULARISME

Wujud di negara Eropah akibat pertentangan antara gereja dan kuasa negara pada kurun ke-17 Masihi.
Ketika Zaman Kegelapan (The Dark Ages) kuasa negara dipegang oleh kuasa bangsawan (feudal) yang berebut dengan kuasa gereja bagi menguasai kehidupan rakyat.

CIRI SEKULARISME

Tumpukan segala perkiraan dalam dunia.
Agungkan kebolehan akal rasional.
Percaya kepada sains sebagai satu-satunya panduan kemajuan dunia.
Yakin kepada kebebasan, kebolehan, kemajuan manusia.
Percaya kepada evolusi (Charles Darwin).
Tonjolkan isme-isme baru :
Positivism
Heroism
Relativism

Mempunyai beberapa andaian asas:
Tuhan dipercayai tidak wujud ataupun kewujudannya diragui.
Alam semesta wujud secara mekanistik dan teratur dengan hukumnya tersendiri.
Akal rasional diyakini dapat memahami fenomena alam dengan caranya sendiri.
Segala kegiatan dijalankan mengikut falsafah ‘matlamat menghalalkan cara’ atau end justifies the means.
(ini bermakna dalam kegiatan ekonomi, keuntungan mnjdi mtlamt utm n blh dcari melalui apa cara sekalipun).

LIBERALISME

Lahir daripada zaman Renaissance (zaman kebangkitan). Ia adalah hasil tindak balas kaum intelek Eropah kepada penindasan gereja ke atas ilmu teori-teori palsu ciptaan cendikiawan Yahudi bagi memusnahkan agama Kristian.
Takrifan
Aliran pemikiran yang bertujuan tingkatkan kebebasan yang diberi kepada individu.

SIFAT-SIFAT LIBERALISME

Kebebasan individu tanpa sekatan ataupun dengan sekatan yang minimum dalam ekonomi, politik dan sosial atau kebebasan moral.
Mempunyai gagasan pemikiran seperti berikut:
Individu lebih penting daripada masyarakat
Masyarakat wujud demi individu
Individu bebas dari nilai-nilai agama
Oleh kerana ketenteramaan rakyat perlu dipelihara, moral agama diganti dengan etika yang berperanan menyekat krisis yang timbul dalam masyarakat Barat sama ada dalam keluarga, ekonomi, politik dan masyarakat.

LIBERALISME DAN AGAMA

Daripada sudut agama, gerakan ini bermula dengan gerakan Martin Lurther (1483-1546M) iaitu tokoh Protestan yang menentang penindasan dan keganasan gereja Katolik sebelum zaman Renaissance.
Gerakan ini membebaskan kuasa gereja daripada segi rohani ke atas individu dan membentuk mazhab baru bernama Protestan pada abad ke-16M.

Antara prinsip bagi mazhab Protestan ialah :
Individu Kristian mempunyai hak membaca kitab suci dan mentafsirkan sendiri.
Gereja tidak mempunyai hak pengampunan dosa-dosa individu.
Tidak mengakui kelaziman, kependetaan, kepaderian, dan pembesar-pembesar agama dibolehkan berkahwin.
Tidak mengakui patung-patung dan gambar di gereja dan benda-benda itu tidak disembah kerana dianggap penyembahan berhala.

LIBERALISME DALAM PEMERINTAHAN

Eropah pilih sistem demokrasi sebagai jalan keluar daripada kuasa gereja dan menghapuskan hak-hak Tuhan gereja ke atas diri sendiri.
Demokrasi laungkan cogan kata kebebasan persaudaraan dan persamaan.
Punyai hubungan yang rapat dengan kelahiran negara demokrasi Eropah.
Rakyat diberi kebebasan berfikir dan memilih wakil-wakil pemerintahan negara.
Ini menyebabkan perubahan besar kepada Eropah yang mengangkat rakyat daripada ketiadaan kemanusiaan dalam sistem milik tanah oleh bangsawan kepada perhubungan kemanusian di bawah lingkungan demokrasi Eropah.

LIBERALISME DALAM EKONOMI

Setiap individu diberi hak memiliki harta dan berniaga tanpa ada batasan.
Kebebasan mutlak membawa individu yang ekstrem dan menimbulkan pelbagai krisis.
Contohnya memberi kebebasan menjual arak menggalakkan timbulnya krisis dalam masyarakat seperti mabuk dan kesannya menyebabkan kemalangan di luar kawalan.
Begitu juga membenarkan pengambilan riba mengakibatkan kegiatan ekonomi yang tidak adil dan menimbulkan krisis ekonomi dan penindasan.

LIBERALISME DALAM NILAI AKHLAK

Bagi golongan liberal, nilai moral atau akhlak sentiasa berubah dan tidak tetap seperti yang ditetapkan oleh agama.
Semua agama langit tetapkan garis-garis berkaitan nilai baik ataupun buruk.
Golongan ini mendakwa manusia itu sendiri masih dalam proses ubah ansur daripada haiwan rendah kepada haiwan lebih tinggi.
Hakikatnya, kebebasan yang melampaui batas syariat kepada individu akan membawa kepada keadaan huru-hara, sifat rakus, tindas-menindas, dan sifat pentingkan diri menjadi beleluasa.
Kesimpulannya, fahaman liberalisme dijadikan senjata oleh musuh manusia bagi merosakkan manusia.

MODENISME

Aliran yang terhasil daripada gerakan kebudayaan tempatan di Amerika Latin yang memperjuangkan emansipasi atau pembebasan dan autonomi budaya baru bagi melepaskan diri daripada cengkaman hegemoni kebudayaan Sepanyol.
Baru muncul sebagai istilah kebudayaan yang mahukan perkara baru yang berbeza dan merupakan kata kunci bagi menjelaskan kelahiran cahaya baru dalam kebudayaan dan kehidupan sosial masyarakat Barat.
Sejarah – semangat dan jiwa modenisme bermula semenjak zaman Renaissance abad ke-16M dan Pencerahan abad ke-18M.


Ia adalah titik awal kedewasan dan kematangan manusia mulai berani menguasai alam dan melepaskan diri daripada dogma-dogma institusi agama.
Manusia dikatakan memasuki era pasca Abad Pertengahan(era moden).
Tahap awal – bermula dengan keyakinan pada akal rasional dan berani menghadapi kehidupan secara nyata sehingga lahirnya pemberontakan kreatif dalam dunia seni.
Tahap kedua – bermula dengan Revolusi Perancis dan kekacaun sosial, politik dan ekonomi yang sering dikaitkan dengan momentum Gelombang Revolusi Besar 1790.

Senario ini cetuskan kelenturan ikatan sosial, politik, keruntuhan pada keyakinan tradisional dan agama serta pesatnya perkembangan sosial, mendorong munculnya pelbagai masalah.
Tahap ketiga – bermula semasa terjadi proses modenisasi global dan pembentukan kebudayaan dunia moden secara universal sehingga muncul kekacauan sosial dan politik serta ancaman pada keamanan dunia sejagat.
Seterusnya modenisme berkembang sebagai kondisi sosial budaya masyarakat moden.
Perkenalkan budaya hidup alaf baru dengan menekankan kebebasan mutlak manusia dalam mencari kebahagian dan keseronokan yang berlandaskan rasional manusia.
Modenisme – gagasan yang persoalkan pemisahan bidang-bidang nilai dalam kehidupan.

4 unsur dalam modenisme :

Subjektif dan relatif : Pengakuan pada kekuatan rasional dalm selesaikan masalah kehidupan.
Subjektif, krisis ataupun reflektif : Kemampuan menyingkirkan ikatan-ikatan kepercayaan dan membebaskan diri daripada tradisi dan sejarah.
Kesedaran sejarah yang dimunculkan oleh subjek : Waktu berlangsung secara linear, unik, tidak berulang dengan masa kini sebagai sumber sejarah.
Universal : Elemen-elemen moden yang bersifat normatif bagi masyarakat yang melangsungkan proses pembaharuan.

KAPITALISME

Sistem yang mempunyai unsur-unsur kebebasan individu bagi mempunyai harta dan alat perusahaan serta perkembangan penuh bagi institusi kewangan.
Merangkumi konsep kebebasan bagi inisiatif persaingan, mewarisi dan pendorong keuntungan.
Penganjur – Rothschilds. Beliau ialah peniaga emas di Jerman.
Zaman dari tahun 1820 ke hadapan terkenal sebagai Zaman Rothschilds.
Matlamat – memuatkan kuasa pemerintah pada sebuah kumpulan politik yang mempunyai semua jentera penghasil serta penguasaan mata wang dan harta.


CIRI-CIRI KAPITALISME

Sistem yang melaksanakan riba iaitu peminjam wang melalui institusi kewangan seperti bank dan institusi kredit yang dikenakan riba atau faedah yang ditetapkan sejak awal lagi.
Faktor ekonomi dimiliki oleh individu secara langsung ataupun kepunyaan sekumpulan manusia yang tidak dikenali melalui sistem saham.
Pemodal bank yang besar menpunyai kuasa lebih atas aktiviti ekonomi dan seterusnya politik negara. Kuasa penentu kebanyakannya mirip kepada pemilikan modal.

Sebahagian besar barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dibebankan bukan sahaja dengan faedah riba, tetapi juga dengan bayaran pengiklanan yang berlebihan.
Mempunyai unsur mengasaskan monopoli kerana setiap pemodal menguasai segalanya dan menghapuskan semua persaingan dengannya.


SOSIALISME

Istilah umum yang digunakan bagi teori ekonomi dan politik yang memperjuangkan sistem hak milik kelompok atau pemerintah yang menguruskan semua sumber hasil dan pengagihan barang-barang.
Teori sosiolisme (Marxisme) – perjuangkan sistem yang berasaskan penguasaan secara total oleh pemerintah semua program ekonomi dan arahnya.
Pengasas – Karl Marx (Mordechai 1818-1885) tekankan masalah hak pemilik, jentera pengeluaran, sistem penukaran dan pengagihan yang memberi keadilan dan kebebasan kepada pekerja dalam mengutamakan syor memindahkan secara keseluruhan segala kuasa rancangan ekonomi dan berniaga kepada pemerintah.

FAHAMAN SOSIALISME

Manusia adalah sejenis haiwan yang tidak mempunyai keistimewaan.
Manusia tidak ada roh tetapi jasad.
Tidak ada pencipta alam yang mencipta.(Pencipta alam adalah kuasa tabii)
Alam haiwan dicipta melalui proses evolusi yang mengambil masa jutaan tahun – tidak ada pencipta
Erti kata lain, Tuhan berada di alam benda dan dalam dunia ini sendiri yang dinamakan kuasa tabii – Tuhan menjelma dalam semua benda.

Fahaman ini adalah konsep kesatuan dalam kejadian.
Teori Evolusi menyarankan menurut kaedah semula jadi, ‘peraturan rimba’ terlaksana pada setiap peringkat haiwan di alam tabii termasuk manusia.
‘Pertarungan hidup’ terlaksana antara satu sama lain bagi menentukan yang terlayak dan berhak hidup dalam konsep peraturan rimba.

Idea yang disarankan oleh penganjur sosialisme :
Semua agama adalah kepercayaan karut kerana tambahan dan penyelewengan yang berlaku di sepanjang zaman.
Setiap individu bergantung pada kebolehan dan keperluannya.
Sejarah manusia adalah sejarah pertarungan antara satu kelas dengan kelas ekonomi yang lain.
Keadaan sosial manusia menentukan cita-cita (ideal) mereka.

KOMUNISME

Bermula dengan fahaman Marx.
Fahaman berkembang melalui doktrin revolusioner dan Perancis iaitu doktrin yang memperjuangkan hak tanpa kelas masyarakatdan tanpa kelas antara negara.
Berdasakan teori ekonomi klasik iaitu teori nilai kerja yang pentingkan kebendaan daripada Ricardo, yang kemudiannya diubah oleh Lenin dengan konsep penguasaan revolusi yang professional.
Fahaman yang tidak mempercayai kewujudan tuhan.
Bermakna pengikutnya tidak mempunyai pegangan dan mudah terjebak ke dalam perkara negatif.
Mementingkan kebendaan sehingga melupakan nilai-nilai moral.

Pemerintahan komunis adalah berdasarkan sistem diktator di mana kuasa sepenuhnya adalah pada pemerintah.
Rakyat tidak berhak bersuara dan pemerintah berhak lakukan apa sahaja. (penindasan ke atas rakyat)
Penghapusan unit keluarga yang menyebabkan runtuhnya institusi kekeluargaan.
Fahaman ini berkembang ke seluruh negara Barat dan Timur.

FALSAFAH DAN IDEOLOGI KOMUNISME

3 Konsep :
Pentingkan kebendaan atau materialisme
Menggunakan sistem diktator
Sistem pertentangan kelas

CIRI-CIRI KOMUNISME

Aspek paksaan : Penghapusan kaum Borjuis bukan bertujuan semata-mata kerana golongan bawahan. Tujuan utama-bentuk negara sosialis di mana mereka berpendapat ia lebih baik daripada sistem kapitalisme.
Aspek pendidikan : Tujuan utama ditaktor – bentuk masyarakat baru, jaga kebajikan berjuta-juta pemilok kecil, petani dan sebagainya bagi menyokong penubuhan negara sosialis. Oleh itu apabila menjalankan matlamat itu, segala kekuasaan mesti digabungkan dalam satu parti iaitu parti komunis.

kiriman:
Mansor AlMuhammadi,
20.8.2010
Wanita Itu Cantik

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantika n seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak berperasaan. ......

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

kiriman AlRaniri,
20.8.2010,
by emel.
MC DONALD HARAM UNTUK ORANG ISLAM

Hentikan makan McDonalds Chips French Fries.
Ianya disalut dengan lemak babi dan adalah haram
bagi Islam memakannya…


McDonald's announced in the
1990's that it changed its frying oil from animal fat
to vegetable oil for those who are vegetarian.
However, it turned out that this information did not
turn out to be completely true French fries are fried
slightly in animal fat then frozen and shipped to all
the McDonald's stores for the final frying The
following information was announced on the
Arabic BBC channel Basically, what they do is
they cut the potatoes into slices and then coat
them with a thin layer of lard (pig fat) or cow fat so
that when it is fried it will crunch. Then these fries
are shipped to McDonald's stores in different parts
of the world including India and the Arab countries.
Mc Donald's apologized to the Indians after
receiving complaints, since a good number of
Indians do not eat anything that has ingredients
derived from animals. And of course no apology
has been made to the Arab countries. So in
summary, Mc Donald's fries is coated with a layer
of either cow fat or lard (pig fat which is thicker and
cheaper) then shipped to all Mc Donald's stores
over the world, which is then fried in vegetable fat.
Please alert all those you know of this information.

Secara terang terang Islam ditipu oleh orang
America. Mereka mohon maaf pada orang India
tapi tidak kepada Islam. Bertindak lah dengan
segera tidak lagi makan jualan makanan Mc
Donald selepas ini.

kiriman Fazli,
19.8.2010,
by emel.

Thursday, August 19, 2010

ROH DI BULAN RAMADHAN

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam kebaikan.

SUMBANGAN;FZY,

19.8.2010.

Monday, August 9, 2010

GAJI KAKITANGAN POS MALAYSIA : INDAH KHABAR DARI RUPA?


Kenaikan tarif setem yang diumumkan baru-baru ini dari 30sen kepada 60sen surat biasa berukuran standard diikuti dengan pengumuman kenaikan gaji kakitangan pegawai dan kakitangan Pos Malaysia. Kenaikan itu dikatakan sehingga 19 %. Satu kemaikan yang cukup tinggi dalam keadaan ekonomi yang kurang menentu dan negara sedang menuju ke arah kebangkrapan yang sukar diduga. Malaysia bakal bangkrap bukan kerana tiada hasil negara yang cukup dan rakyatnya malas, bahkan Malaysia adalah pengeluar kereta, pengeluar minyak dan berbagai-bagai bahan pertanian seperti kelapa sawit, getah dan sebagainya. Malaysia bakal bangkrap bukan sebab itu, bukan, tetapi Malaysia telah diurus oleh sekumpulan manusia yang rakus, tamak haloba sehingga mengikis kekayaan negara untuk kepentingan diri sendiri, sanak saudara dan kroni.


2. Jika seorang kakitangan itu bergaji RM 1000, tambahan yang ia dapat ialah RM 190 sebulan, dan diikuti oleh kenaikan RM50 belanja sara hidup dan RM50 elaun kehadiran sekiranya tidak mengambil cuti sakit dan cuti kecemasan. Namun adakah semua kakitangan Pos Malaysia menerima kenaikan tersebut? Satu kajian yang dibuat menunjukkan kakitangan yang menerima kenaikan gaji dan elaun yang tinggi itu adalah di kalangan orang-orang muda, yang baru berkhidmat, yang belum meninggalkan apa-apa jasa kepada Pos Malaysia. Orang-orang lama, khasnya yang telah mati skim gajinya, walaupun mempunyai tempuh perkhidmatan yang masih panjang sehingga 10 tahun, hanya menerima 1% sahaja. Jika seseorang petugas lama itu bergaji RM2,500, ia hanya menerima RM 25.00 sahaja dicampur RM50 elaun sara hidup, dan RM50 elaun kehadiran jika mencukupi syarat. Inilah keputusan yang dibuat oleh perunding yang dilantik (consultant) oleh Pos Malaysia dalam membuat pelarasan gaji baru-baru ini.


3. Demikianlah sebenarnya kedudukan pelarasan gaji yang heboh dalam media massa samada bercetak atau elektronik yang diumumkan baru-baru ini. Apakah orang-orang lama yang bekerja di Pos Malaysia itu melakukan apa-apa kesalahan? Tidak. Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Adakah mereka tidak produktif? Tidak, Kadangkala orang lama lebih produktif dari orang baru, dan mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam operasi Pos Malaysia. Tetapi kenapa mereka hanya diberi 1% sahaja? Mungkinkah mereka bukan kroni kepada pihak pengurusan? Adakah adil penyelarasan gaji sedemikian rupa? Adakah mereka tidak bekerja atau mereka sudah tidak diperlukan? Tetapi mengapa pendapat mereka ditanya apabila ada satu-satu masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh orang-orang baru yang berkelulusan tinggi itu? Inilah dilemma dan ketidakadilan yang berlaku di sebalik hiruk-pikuk pelarasan gaji baru anggota Pos Malaysia itu yang diwar-warkan di seluruh negara. Di manakah perginya keadilan dalam pembahagian kekayaan dan ekonomi yang disebut-sebut dalam DEB itu?


Pakitam,
5.8.2010

Thursday, August 5, 2010