Monday, October 25, 2010

Perlembagaan dan ekonomi

- ABDUL AZIZ BARI

Minggu lepas saya menyentuh beberapa perkara mengenai ekonomi dan cuba menunjukkan bagaimana isu-isu itu penting dalam konteks perlembagaan.

Kali ini saya akan menyentuh secara langsung kaitan antara perlembagaan dengan pengurusan dan pembangunan ekonomi.

Ada banyak peruntukan perlembagaan boleh dibincangkan bagi tujuan itu. Tetapi dalam rangka kita masih menganalisis bajet atau belanjawan 2011 yang baru dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, kita perlu mengetahui bahawa Perlembagaan Persekutuan, melalui Perkara 68(1), menetapkan bahawa sekiranya rang undang-undang mengenai belanjawan yang diluluskan Dewan Rakyat itu tidak diluluskan Dewan Negara, maka ia hendaklah dipersembahkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

Apa yang jelas dalam peruntukan berkenaan ialah Dewan Rakyat, selaku Dewan yang dianggotai ahli-ahli dipilih rakyat secara terus, mempunyai kuasa lebih besar berbanding Dewan Negara yang terdiri daripada ahli-ahli dilantik.

Kuasa Dewan Rakyat dalam rang undang-undang yang tidak melibatkan kewangan juga begitu. Cuma perlembagaan menyatakan, tempoh dibenarkan ialah setahun dan tidak sebulan sebagaimana dalam konteks rang undang-undang mengenai kewangan tadi.

Kuasa lebih besar di tangan Dewan Rakyat itu jelas menandakan betapa mereka dipilih rakyat mempunyai peranan lebih besar.

Sebagaimana termaklum – seperti diperuntukkan Perkara 43(2)(a) – hanya ahli Dewan Rakyat sahaja boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri. Ahli-ahli Kabinet lain bagaimanapun, boleh dilantik daripada kalangan senator di Dewan Negara.

Selain keutamaan Dewan Rakyat sebagai wakil dan suara rakyat, peruntukan disediakan perlembagaan itu juga bertujuan mengelakkan berlakunya jalan buntu yang boleh berlaku sekiranya kedua-dua Dewan diberikan kuasa sama.

Bagaimanapun apabila rang undang-undang itu melibatkan pindaan perlembagaan, Dewan Negara mempunyai kuasa yang sama dengan Dewan Rakyat.

Ini bermakna sekiranya majoriti senator-senator tidak bersetuju dengan cadangan pindaan perlembagaan oleh Dewan Rakyat, ia boleh menolaknya dan ia akan gagal. Peruntukan ini munasabah kerana Dewan Negara turut mewakili negeri-negeri dan kuasa sedemikian memang wajar.

Bajet ialah cadangan atau kerangka pengurusan kewangan oleh kerajaan memerintah yang perlu diluluskan oleh Dewan. Perlembagaan melalui Perkara 96 menyatakan, cukai hanya boleh dikenakan melalui undang-undang diluluskan Parlimen.

Negara kita tidak pernah menyaksikan kerajaan memerintah gagal mendapat belanjawannya ditolak oleh Parlimen. Bagaimanapun di negara-negara lain ia pernah berlaku, termasuk di Australia pada 1975. Ia membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Gough Whitlam oleh Gabnor-Jeneral Sir John Kerr.

Perkara ini sukar berlaku di Malaysia kerana wujudnya Perkara 68(1) yang disebutkan tadi. Tetapi awal tahun ini Kerajaan Barisan Nasional hampir-hampir gagal mendapatkan kelulusan itu apabila ramai Ahli Parlimennya tidak hadir di dalam Dewan sewaktu pengundian. Nampaknya Ahli-ahli Parlimen Barisan terlalu yakin atau mereka tidak faham perlembagaan.

Antara sebab mengapa kerajaan di bawah sistem Westminster perlu mempunyai majoriti dalam Dewan ialah supaya mudah untuk mereka mendapatkan kelulusan Dewan bagi rang undang-undang yang mereka kemukakan, khususnya bajet tahunan.

Inilah sebabnya mengapa kerajaan campuran terpaksa dibentuk di United Kingdom selepas pilihan raya April lalu. Begitu juga dengan Australia dua bulan lalu.

Selain memastikan pencukaian dan perbelanjaan diluluskan atas autoriti rakyat, perlembagaan juga mewajibkan supaya kerajaan bertanggungjawab kepada Dewan.

Inilah prinsip penting menyebabkan tindakan memecat Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin di Perak tahun lalu, salah di sisi perlembagaan. Kerajaan juga perlu dipertanggungjawabkan sekiranya Juruaudit Negara memberi laporan negatif.

Semangat ini jugalah yang mengisyaratkan perlunya jawatan Pengerusi PAC atau Jawatankuasa Wang Awam dilantik daripada kalangan pembangkang.

Kerajaan Negeri Selangor menawarkan jawatan itu kepada pemimpin UMNO dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu. Bagaimanapun tawaran yang selaras dengan semangat perlembagaan itu ditolak UMNO.

Dalam merangka peruntukan-peruntukan berkenaan, perlembagaan mahukan sebuah kerangka semak dan imbang wujud serta berfungsi.

Sekiranya PAC diketuai kerajaan yang memerintah maka pastinya ia sukar berfungsi. Lihat sahaja apa yang PAC di Parlimen putuskan dalam soal kehilangan enjin jet pejuang TUDM itu.

Secara keseluruhan perlembagaan hendak membentuk sebuah sistem dan pentadbiran yang telus dan sentiasa disemak dan diimbangi.

Ini perlu kita ingat dalam memahami peruntukan-peruntukan mengenai kebebasan rakyat yang termasuk di dalamnya hak mendapat maklumat dan seumpamanya. Dan atas sebab inilah maka undang-undang yang menyekat media dan seumpamanya perlu dimansuhkan. Ini semua ada kaitan dengan pembangunan ekonomi; khususnya pengembangan kreativiti dan pembangunan modal insan sebagai pemacu utama.

Betapa perlembagaan menekankan soal pertanggungjawaban mengenai kewangan ini dapat kita lihat, hatta dalam soal penganugerahan bintang kebesaran oleh Raja-Raja.

Meskipun ia adalah hak dan bidang kuasa mereka sekiranya pewujudan dan penganugerahan itu melibatkan implikasi kewangan persetujuan DUN adalah satu kemestian. Jadi kalau Raja-Raja pun dipaksa berbuat begitu siapakah kerajaan dan ahli-ahli politik yang cuba hendak lari daripada prosedur itu?


* Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama lebih 20 tahun

www.sinarharian.com.my,
25.10.2010

Tuesday, October 12, 2010

Kearah Kesatuan Gerakan Islam

Fathi Yakan
KE ARAH KESATUAN
GERAKAN ISLAM



Kearah Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________

Fathi Yakan 2

PENGANTAR PENTERJEMAH

Alhamdulillah dengan izin Allah, risalah kecil ini dapat disiapkan terjemahannya. Mudah-mudahan
dengan izin Allah, risalah ini dapat berperanan membuka jalan ke arah kesatuan amal dan gerakan Islam, untuk
berdepan dengan musuh-musuh Islam.
Al Ustaz Fathi Yakan, memulakan buku ini dengan melihat kelemahan-kelemahan beberapa jama ‘ah
Islam dengan tujuan mengambil pengajaran dan mengelakkan dan kesilapan-kesilapan yang sama, jika ada dan
seterusnya menjadi panduan melengkapkan harakah Islam kini dan akan datang. Kemudian barulah Ustaz Fathi
menerangkan tentang ciri-ciri harakah Islamiyyah ‘alamiyyah yang dicadangkan.
Semoga Allah sentiasa memberi taufik kepada kita dan memberkati amal Islam kita.
Insya Allah.
Mohd. Kamil Abdul Majid
Akademi Islam, Universiti Malaya, Ramadhan 1404

KEWAJIPAN MEMBENTUK HARAKAH ISLAMIYYAH
‘ALAMIYYAH YANG TUNGGAL

Berbagai-bagai cabang amal Islam yang terdapat di zaman moden ini menimbulkan ketakutan dan kegelisahan
bahawa ianya akan memberikan gambaran yang buruk kepada tabiat dan ciri-ciri amal Islam yang betul dan asli.
Berikutnya, ia akan melemahkan kekuatan dan kekerasan Islam dalam pertarungan dan persaingan di antara puak
Islam dan jahiliyyah. Bukan setakat ianya tidak menolong Islam malah saya berpendapat ia membawa kekacauan
pada akal manusia dan akibatnya mereka akan menjauhkan diri dan amal Islam itu tadi dan menjadikan mereka
itu berada di pihak yang menentang Islam. Dan alangkah banyaknya keadaan sedemikian berlaku pada hari ini.
Pertentangan yang berlaku mutakhir ini, selain daripada ianya menjadi tuntutan syara’ dan Islam, keduaduanya
berkehendakan kesatuan kekuatan tenaga Islam dalam satu saf untuk menghadapi jahiliyyah dan
menegakkan daulah yang berhukumkan syari’at Allah.
Alasan-alasan kebangkitan sebuah harakah Islamiyyah ‘alamiyyah yang satu
Alasan-alasan yang memestikan terdirinya sebuah harakah Islamiyyah Alamiyyah yang tunggal amat
banyak dan lebih daripada hanya untuk dijadikan bahan perbincangan penting. Para pekerja, atau petugas dalam
bidang amal Islam yang mengkaji dan menganalisa sehingga amal dan usaha untuk mewujudkan harakah
Is!amiyyah yang dicita-citakan terbentuk, hendaklah melaksanakannya berdasarkan kepada iman dan keyakinan.
Bukan berdasarkan kepada emosi dan semangat yang sementara.
Islam pada masa ini menghadapi cabaran yang berat. Cabaran yang dihadapi datang Iebih dan
satu pihak. Hukum hukum Islam dan undang-undang yang terpancar dan syari’at Islam tidak dilaksanakan walau
di mana sekalipun pelusuk watan Islam. Malah, hukum taghut, sistem-sistem dan pemikiran materialisma ciptaan
manusia yang bertentangan dengan Islam, yang berdendam dengan Islam dan bercanggah dan segi falsafah dan
prinsip akhlak, itulah yang sedang berperanan. Pemikiran materialisma dan falsafah atheisma merosakkan intelek
generasi muda. Keadaan moral menurun hingga ke tahap yang paling rendah. Kezaliman sistem yang memerintah
dan undang-undang yang berjalan, serta kurangnya keadilan, kebebasan dan persamaan membolehkan fahaman
Marxisma yang menafikan keujudan Allah men yerang umat Islam atas nama melaksanakan keadilan, membela
mereka yang terzalim dan meningkat taraf hidup golongan miskin proletariat (yang tertindas).
Peperangan yang berlaku pada hari ini diantara Islam dan jahiliyyah bukan setakat perbincangan ilmiah
semata mata atau dalam batas-batas perbincangan ideologi sahaja tetapi sampai ke peringkat berdarah yang ganas.
Jahiliyyah hari ini dalam serangannya terhadap Islam dan para pendakwah menggunakan segala senjata
yang menghancurkan, senjata dalam bentuk pembunuhan, pengurungan, penyiksaan atau pembuangan. Fitnah,
khianat, tashkik usaha untuk timbulkan keraguan) dan tuduhan dalam berbagai bentuk dan rupa adalah di antara
cara-cara yang dilakukan oleh jahiliyyah moden untuk memukul Islam dan menghapuskna para pendakwah di
setiap tempat.
Seluruh dunia hidup dalam kesesatan, sedang menggigil di bawah tapak kaki penyelewengan.
kekosongan dan tidak normal.

Kearah Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________
Fathi Yakan 3

Dunia yang dibalut dengan gejala ketamadunan moden, dibakar oleh api revolusi sex dan diancam oleh
pertentangan gejala kebinatangan telah mengancam keujudan, akhlak dan pemikiran manusia.
Satu lagi alasan yang memerlukan keujudan sebuah harakah Islam Alamiyyah (antarabangsa) yang satu,
iaitu cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Islam dan gerakan antarabangsa umpamanya gerakan zionisma,
freemason, komunisma dan missionary Kristian dan gerakan-gerakan lain yang seumpamanya; gerakan-gerakan
yang mempunyai kemampuan, kemudahan, tenaga manusia dan kebendaan juga teknikal yang tidak mungkin,
malah tidak harus dihadapi kecuali dengan kemampuan pada peringkat yang sama.
Alasan-alasan ini dan lain-lain alasan membuktikan tanpa syak lagi bahawa perlu wujudnya sebuah
harakah Islamiyyah ‘Alamiyyah yang mempunyai peringkatpersediaan yang sama dalam pertembungan dengan
musuh Islam dan segi pemikiran, organisasi, perencanaan dan persediaan. Firman Allah s.w.t.:
وأعدوالهم استطعتم من قوة ومن ربا ط الخيل ترهبون به عدعدوالله ودوآم
Pengalaman-Pengalaman Dalam Skop Amal Islam
Sebelum dibincangkan ciri-ciri umum dan asas yang perlu ada pada sesebuah gerakan Islam, perlulah
dibentangkan pengalaman-pengalaman yang telah dilalui dalam amal Islam pada zaman moden ini sebagai
mengambil pengajaran, semoga Allah membeni petunjuk pada jalan yang betul.
1. Cara nasihat (pengalaman Jama’ah Tabligh)
Uslub ini digunakan oleh para pendakwah secara individu atau secara jamaah dalam satu jamaah tabligh.
Jama’ah Tabligh mewajibkan para pengikutnya mengorbankan waktu tertentu bagi menunaikan tanggugjawab ini,
satu jam dalam seminggu, sehari dalam sebulan atau sebulan dalam setahun, di mana mereka berdakwah di
seluruh watan Islam.
Jama’ah Targhib mempunyai semangat dakwah pada Allah dengan keikhlasan dan kebersihan hati tetapi
mereka sebenarnya tidak mampu memerangi jahiliyyah yang ganas jika cara dakwah ini masih berterusan hingga
ke masa hadapan atau menjadi polisi yang berterusan dalam setiap peringkat amal dan dalam setiap keadaan.
a) Uslub atau cara ini tidak membawa natijah terdirinya satu kumpulan harakah (pergerakan) yang
tersusun yang mampu menghadapi jahiliyyah dan cabaran yang semakin bertambah, apa lagi
mewujudkan satu masyarakat Islam atau negara Islam.
b) Cara seumpama ini akan terus mengekalkan skop amalnya yang sempit dan akan terkurung di Masjid-
Masjid dan khusus kepada pengunjung-pengunjungnya. Dengan lain perkataan kesannya tidak
menjangkau kepada orang lain yang merupakan majoriti manusia dan tidak kepada kelompok-kelompok
yang berbagai ragam.
c) Cara ini tidák membolehkan ia menghadapi cabaran serta menolak pemikiran dan falsafah materialisma
kerana ia perlu mengambil cara uslub nasihat secara emosional yang berkesan. Uslub targhib dan tarhib
(dorongan dan ancaman) ini tidak akan berkesan kepada orang orang yang asalnya tidak beragama.
d) Dan cara zahir uslub ini tidak dijalankan secara berencana (wallah hualam), mengawasi benih yang
ditabur, sehingga ia berkembang dan menjadi pokok untuk melahirkan buah. Kadangkala ia menyerupai
uslub yang digunakan oleh Tahir al-Jazairy dan Jamaludin al-Afghani di mana Afghani pernah
mengatakan “katalah kalimah kami dan pergi”. Cara ini tiada terjamin hasil natijahnya selain daripada
ianya lambat berkesan dan sedikit buahnya.
Ustaz Abul A’!a Al-Maududi, amir Jama’ah Islamiyyah Pakistan pernah mengatakan tentang mandul atau
kurang berhasilnya cara nasihat ini: “Adalah menjadi sia-sia menjalan kan dakwah mengikut cara missionary
Kristian. Walaupun dicetak berjuta-juta sebaran yang mengajak ke arah berperang atas nama Islam menjerit
supaya manusia bertakwa kepada Allah pagi dan petang tetapi ianya mempunyai faedah yang boleh disebut.
Langkah yang praktikal untuk membuktikan bahawa Islam itu sesuai untuk semua masa dan tempat serta banyak
faedah dan keistimewaannya bukan hanya melalui pena dan ucapan semata-mata tetapi keperluan hari ini
menuntut supaya keistimewaan ini dilahirkan secara praktikal dalam alam realiti. Problem dunia materialisma
tidak boleh diselesaikan dengan semata-mata mengatakan bahawa Islam mampu menyelesaikannya. Nilai Islam
yang sebenar semestinya dilahirkan ke alam nyata dalam bentuk satu sistem yang praktikal yang mana kesannya
dapat dirasai dan buahnya dapat dinikmati oleh manusia. Kita hari ini hidup di alam pertentangan dan
perjuangan. Syarahan dan nasihat sahaja tidak mungkin berjaya mengubah arus. Tetapi perjuangan yang
berbentuk revolusi sahaja yang mampu mengubah arus. (Rujuk Risalah Penyakit Umat Islam dan Ubatnya,
halaman 15)
ii. Cara kekerasan atau revolusi bersenjata

Kearah Kesatuan Gerakan
Islam___________________________________________________________________________

Fathi Yakan 4

Di zaman moden ini telah berlaku beberapa percubaan dalam skop amal Islam yang berbentuk revolusi
dan menjadikan kekuatan sebagai satu asas bagi menghadapi cabaran dan memulakan kebangkitan Islam.
Antara pengalaman-pengalaman ini ialah pengalaman Al-Syahid Ahmad bin Irfan di India yang disokong
oleh ramai orang-orang Islam pada masa itu. Beliau telah mengepalai mereka itu mengangkat bendera jihad dan
mereka telah mampu mengasaskan sebuah negara Islam di bandar Pesyawar di Utara India. Tetapi Inggeris telah
menipu mereka dengan jahatnya dan mengadu domba antara pemimpin kabilah untuk menentang beliau.
Akibatnya, berlakulah peperangan yang sengit di antara dua pihak yang menyebabkan beliau dan sahabatsahabatnya
yang rapat terbunuh pada tahun 1246H.
Antara lain ia!ah pengalaman Al-Shahid ‘Izzudin Al Qassam yang merasa malu kepada Allah bila ia
mengajar murid-muridnya mengenai jihad sedangkan beliau sendiri tidak bersama mereka yang cuba mengambil
alih bumi Palestin yang sedang dijajah pada masa itu. Beliau te!ah mengumpu!kan pengikut-pengikutnya dan
melatih mereka berperang lalu mengisytiharkanjihad ke atas musuli Allah sehingga beliau gugur syahid pada
tahun 1936.
Bukanlah maksud kita untuk membincang us!ub yang digunakan o!eh gerakan-gerakan ini melawan
seteru-seterunya. Tetapi kita ingin menyatakan menurut logik zaman, logik pertentangan dan logik Islam,
wa!aupun ia mementingkan kekuatan tetapi ia hanya merupakan satu bahagian daripada strategi, bukanlah
strategi keseluruhannya.
Kita ingin menunjukkan bagaimana penggunaan kekuatan dalam skop amal Islam seperti yang dikatakan
oleh Hassan Al-Banna; “Ramai orang bertanya adakah Ikhwan Muslimin herazam untuk menggunakan kekerasan
bagi mencapai tujuan mereka dan untuk sampai kepada matlamat mereka? Adakah Ikhwan Muslimin sedang
bersedia mengadakan persiapan revolusi ke atas sistem politik dan sosial? Saya tidaklah ingin meninggalkan
mereka yang tertanya-tanya itu dalam kehairanan, tetapi sukalah saya mengambil peluang ini untuk memberi
jawapan terus terang; bahawa kekuatan itu menjadi satu daripada syiar Islam dalam setiap sistem dan
perundangannya. Al-Quran al-Karim dengan terang menyebut;
وأعدوالهم استطعتم من قوة ومن ربا ط الخيل ترهبون به عدعدوالله ودوآم
“Hendaklah kamu mempersiapkan kekuatan semampu bOleh, begitu juga tentera berkuda. Yang boleh
menggerunkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu “.
Tetapi Ikhwan Muslimin lebih mendalam pemikiran dan lebih jauh pandangan mereka dan menyukai
kerja kerja dan pemikiran yang dangkal, pemikiran yang tidak berdasarkan kepada kefahaman yang mendalam
dan pertimbangan matlamat dan natijah yang waras. Mereka dan awal-awal lagi, meyakini bahawa kekuatan yang
hakiki bergantung kepada kekuatan ‘aqidah dan Iman. Berikutnya ialah kekuatan penyatuan dan ikatan,
kemudian barulah kekuatan tenaga dan persenjataan. Sesebuah jama’ah tidak dapat disifatkan sebagai Jama’ah
yang kuat. selagi tiga faktor kekuatan ini tidak terbentuk. Kalau dipergunakan kekuatan tenaga dan persenjataan.
pada hal hubungan sesama mereka kacau bilau, peraturan Jama’ah mereka tidak kemas, atau aqidah mereka
lemah dan kosong, maka masa hadapan mereka akan berakhir dengan kebinasaan dan kehancuran.
Dilihat dan sudut yang lain, satu persoalan boleh ditimbulkan. laitu adakah Islam yang
ditegakkan di atas asas kekuatan itu tadi sepatutnya menggunakan kekuatan pada setiap masa dan tempat? Atau
adakah kita akan menentukan batas batas dan syarat-syarat penggunaan kekuatan itu’? Malah, adakah kekuatan
itu sebagai ubat pertama atau ubat terakhir sekali? Islam juga mewajibkan supaya dibandingkan antara natijahnatijah
penggunaan kekuatan yang bermanfaat dengan kesan buruk yang akan timbul daripada penggunaan
kekuatan itu. (Sila lihat, Risalah Muktamar Yang Ke 5, Tahun 135H).
iii. CARA REVOLUSI PEMIKIRAN (ATAU PENGALAM AN HIZBUL TAHRIR)
Hizbul Tahrir percaya operasi melepaskan umat dan penyakit mereka ialah dengan mengembalikan
mereka percaya kepada kebenaran pemikiran dan hukum-hukum Islam. Caranya ialah dengan melalui revolusi
pemikiran politik yang dapat menghancurkan pemikiran batil dan hukuman yang safah. Oleh itu parti ini telah
menerbitkan buku-buku dan risalah-risalah dalam berbagai tajuk, serta sebaran-sebaran pemikiran dan politik dan
masa ke semasa, samada menerangkan hukum Islam dalam satu-satu masalah atau menentukan sikap parti
tersebut dalam kes-kes dan isu-isu tertentu.
Pandangan golongan Islam terhadap Hizbul Tahrir adalah berbagai ragam. Ada yang meragui tentang
asas penubuhan parti tersebut, serta meragui matlamat dan tujuannya. Di mana mereka menganggap tertubuhnya
parti itu bertujuan untuk mengacau fikiran orang ramai dan meragukan mereka terhadap gerakan-gerakan Islam
yang mendahuluinya, atau sekurang-kurangnya menimbulkan keraguan tentang peribadi peribadi dalam
gerakan-gerakan terdahulu.
Kearah Kesatuan Gerakan

Islam___________________________________________________________________________
Fathi Yakan 5

Alasan golongan Islam itu terhadap Hizbul Tahrir ialah kesamaran yang melindungi gerakan tersebut dan
pimpinannya, tetapi juga tentang isi pendahuluan risalah “al-Takattul al-Hizbi” yang menganggap segala
perkumpulan dan harakah yang mendahuluinya merupakan perkumpulan-perkumpulan yang gagal dan
bertentangan antara satu sama lain dan masing-masing diasaskan atas asas yang salah belaka. Mereka juga
berpegang kepada alasan bahawa Hizbul Tahrir cuba mempengaruhi golongan yang telah bekerja untuk Islam
(bukannya mengambil keahlian golongan baharu). Usaha ini dibuat dengan menanamkan keraguan terhadap
perjalanan jama’ah-jama’ah lain, melalui usaha melemahkan fikrah fikrahnya dan membesar-besarkan perbezaanperbezaan
fikrah ini hingga tidak ada penyatuan yang akhirnya menyebabkan kegagalan harakah-harakah Islam
itu untuk menegakkan Negara Islam dalam beberapa tahun. Sebaliknya Hizbul Tahrir menarik elemen-elemen
tersebut dengan kekuatan parti dan kemampuan luarbiasa mereka untuk menegakkan negara Islam dengan cepat,
malah dikhayalkan kepada mereka negara Islam telah pun tertegak.
Mereka menyatakan tertegaknya negara Islam tidak perlu yang lain kecuali pengisytiharan tertubuhnya
negara tersebut. Kesan psikologi yang ditujui dan cara ini ialah untuk menghancurkan golongan yang telah
tertarik dengan psikologi Hizbul Tahrir ini sejak lama tetapi masih ragu ragu samada Hizbul Tahrir ini
mendatangkan lebih mudharat dan manfaatnya kepada Islam, atau elemen yang kacau fikiran mereka akibat
realiti yang pahit menimpa mereka.
Ada pula golongan yang menganggap Hizbul Tahrir merupakan suatu pengalaman yang telah dilalui
dalam amal Islam dan akan terus dilalui, iaitu pengalaman yang ada baik dan buruknya. Pengalaman yang
menunjukkan kegagalan mereka untuk sampai kepada matlamat secara cepat mengikut mereka tetapkan sendiri.
Malah menjadi alasan kepada perkumpulan perkumpulan yang diserangnya itu untuk berhujah.
“Tidak adanya kesan uslub Hizbul Tahrir ini kepada orang ramai dan segi fikrah Islamiyyah yang asas,
bukanlah timbul dan hasil kesilapan mereka dalam cara bergerak, atau kerana kesalahan dalam praktiknya, atau
kerana penyelewengan; tetapi sifat uslub itu sendiri yang menyebab kan ianya tidak mendatangkan kesan secara
cepat, dan keadaan pemikiran masyarakat terutama masyarakat zaman mutakhir yang memerlukan jangka masa
yang panjang dan ubat yang kuat untuk terubah pemikiran mereka.
Saya tidaklah bertujuan membentang secara terperinci segala pandangan orang lain terhadap Hizbul
Tahrir. Tujuan saya ialah untuk mengambil pelajaran dan kajian ke atas Hizbul Tahrir ini sebagai suatu
pengalaman dan pengalaman- pengalaman Amal Islam di zaman moden tanpa terpengaruh dengan sikap orang
lain. Lebih-lebih lagi jika diperhatikan bahawa tiada satu dalil pun yang dapat disahkan terhadap khabar angin
yang dilemparkan kepada Hizbul Tahrir. Di kalangan gerakan Islam sepatutnya tidaklah berlaku kata mengata,
tetapi segala kritikan hendaklah secara objektif dan logik dengan matlamat untuk memperbaiki, dan inilah saja
jalan yang betul supaya terbentuk sebuah harakah Islamiyyah yang layak memimpin.
Berikut sebahagian daripada kesalahan Hizbul Tahrir sebagai satu pengalaman dan pengalamanpengalaman
umat Islam dan sebagai rang bagi penubuhan sebuah harakah Islam antarabangsa yang tunggal: —
1. Ia hanya menjadikan pemikiran sebagai satu satunya jalan bagi pembinaan Syaksiyyah Islamiyyah. Sedangkan
Ikhwan Muslimin yang dipandang salah oleh Hizbul Tahrir, dalam waktu yang sama menggunakan cara
Tarbiyyah dan takwin rohani dan akhlak dengan tidak mencuaikan aspek pemikiran.
Cara uslub Rasulullah s.a.w adalah jelas ber dasarkan kepada kesedaran pemikiran, Tarbiyyah rohaniyyah, akhlak
dan jihad dalam pembinaan syaksiyyah Islamiyyah.
2. Ia menggunakan konsep melompat dan peringkat “pengetahuan” keperingkat “operasi”. Di sini Hizbul Tahrir
telah terjun ke peringkat operasi sebelum melalui peringkat pembmaan dan dalam. Dalam ertikata lain ia berusaha
menentang pemikiran dan segala bentuk Jahiliyyah bagaikan orang yang ingin melewati ke satu perlembahan
tanpa jambatan. Peringkat atau fasa “Tatqif”, parti Hizbul tidak cukup untuk menghadapi cabaran Jahiliyyah
sekaligus. Ia jugà tidak memberikan kemampuan kepada anggota-anggota parti supaya dapat menghadapi
cabaran yang ganas itu. Hizbul Tahrir seharusnya mempengaruhi orang ramai selangkah dan membina rakizahrakizah
serta mengadakan pengawalan-pengawalan yang sempurna terhadap mereka. Hijrah Rasulullah s.a.w
boleh dijadikan contoh dalam hal ini ianya satu contoh yang kemas kalau dilihat dan sudut operasi ketenteraan.
3. Ia menjadikan golongan luar atau dalam Istilah mereka “mendapatkan nasrah” sebagai cara untuk sampai
kepada matlamat memerintah. Hizbul Tahrir memandang bahawa menggunakan kekuatan merupakan sebagai
jalan untuk mencapai kuasa dan memulakan kehidupan secara Islam. Dalam waktu yang sama mereka
memandang penting memiliki kekuatan itu.
Dalam satu sebarannya bertajuk “Soal Jawab”, Hizbul Tahrir telah meminta pertolongan di Syria untuk
membolehkan ia memikul tanggungjawab dakwah seterusnya kekuasaan pemerintahan. Keadaan demikian
berterusan sehingga awal tahun 1964 tanpa ada mereka yang menyahut seruannya. Menurut sebaran itu lagi,

Kearah Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________
Fathi Yakan 6

untuk memohon pertolongan dan seorang ketua negara mereka memerlukan satu rombongan atau seorang
pemuda sahaja. Begitu juga untuk memohon pertolongan dan ketua kumpulan, pemimpin satu jama’ah,
pemimpin Kabilah atau dan seorang duta atau Seumpamanya, memerlukan hanya beberapa orang sahaja.
Anihnya, logik “memohon pertolongan” ini bagi Hizbul Tahrir sepatutnya ditolak awal-awal lagi, kerana
Ia satu permohonan yang tidak akan diterima oleh sesiapa pun. Harakah sepatutnya bergantung kepada kekuatan
sendiri,. dan elemen-elemen harakah itu sepatutnya dapat menguasai tempat-tempat strategik. Ini merupakan
uslub yang lebih tepat dan selamat dalam usaha mencapai matlamatnya, apa lagi dalam suasana buruk seperti
sekarang di mana dunia Islam sekarang berada di bawah kawalan perisik-perisik dalam dan luar negeri.
Adalah satu pandangan yang menyeleweng dan tidak masuk akal bagi menjadikan uslub mengharapkan
pertolongan puak luar ini sebagai jalan untuk melaksanakan perubahan Islam dan mendapat kekuasaan.
Natijahnya nanti perubahan Islam yang dicita-cita itu akan tinggal menjadi suatu laungan sahaja atau suatu
hembusan dalam debu.
4. Kesalahan Hizbul Tahrir seterusnya ialah apabila ia berpegang kepada fikrah “membangunkan hukum dan
pemikiran secara umum”. Fikrah ini mempercayai bahawa setiap soalan itu perlu dijawab dan setiap satu
persoalan ada satu jawapan. Perkara ini pada zahirnya baik terutama kepada para pemuda yang terhad
pengetahuan Islam mereka. Tetapi natijah jangka panjangnya. ia memupuskan pengetahuan dan menyempitkan
pemikiran Islam. Dalam buku buku yang diterbitkan oleh Hizhul Tahrir tidak kedapatan pengetahuan dan
pemikiran Islam ini dibicarakan secara meluas.
Fikrah yang mengambil satu pendapat dalam persoalan khilafiah dalam hal yang hersangkut paut dengan
harakah dan politik adalah satu hal yang baik dan berfaedah, tetapi jika ianya diperluaskan bagi mencakupi semua
hal perundangan, natijah yang buruk dan menakutkan akan dapat dirasai.
Sukalah saya menukilkan satu perenggan dan buku Maalim FiT-Tariq’ — Petunjuk sepanjang Sepanjang
Jalan — di mana Syed Qutb telah menyatakan “sebahagian golongan yang ikhlas tetapi gopoh gapah, yang tidak
memandang akan tabiat agama ini manhajnya yang rabbani lagi betul; yang diasaskan atas hikmat Allah Yang
Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah mengetahui akan segala tabiat manusia dan keperluan hidup
mereka”.
Ada di kalangan umat Islam yang mengkhayalkan bahawa dengan membentangkan asas-asas peraturan,
sistem dan perundangan Islam akan memudahkan jalan dan menyebabkan orang mencintai agama ini Mereka
menyangka Islam dapat ditegakkan dengan membentangkan Islam dalam bentuk teori atau sebagai suatu sistem
perundangan, sedangkan tidak ada dimukabumi suatu masyarakat pun yang benar-benar mahu berhakimkan
syari’at Allah serta menolak segala syariat yang lain semudah itu. Orang-orang yang menghendaki dan Islam
segala-galanya ini sebenarnya tidak faham akan tabiat agama ini, tidak faham bagainiana cara Islam berkerja
dalam kehidupan manusia, sebagaimana dikehendaki oleh Allah.”
Sesungguhnya, pada masa akhir-akhir ini telah jelas bahawa Hizbul Tahrir telah terjebak dalam kesalahankesalahan
dan segi politik dan fekah hasil dan menyempit-nyempitkan perbincangan. Sebagai contohnya, mereka
telah meragukan kewujudan jama’ah Islam di Pakistan. Kedua: mereka mengharuskan ‘kucupan’1 sewaktu
mengucapkan selamat tinggal atau memulakan musafir. Ini merupakan satu kesilapan besar. Ini disebarkan dalam
sebaran parti itu.
Cukuplah setakat ini pembentangan kesilapan-kesilapan Hizbul Tahrir sepanjang pengalaman yang
dilaluinya.
iv. CARA IMAN YANG MENDALAM, PEMBENTUKKAN YANG RAPI DAN KERJA YANG
BERTERUSAN (ATAU PENGALAMAN IKHWAN AL-MUSLIMIN).
Gerakan Ikhwan Muslimin buat masa ini merupakan sebuah gerakan yang berpengaruh di seluruh
pelusuk dunia Islam, walaupun sehingga kini ia belum merupakan sebuah harakah yang satu dan segi
perencanaan dan penyusunan. Imam Hassan al-Banna, pengasas harakah telah menjelaskan sejak awal lagi caracara
dakwah, uslub dan wasilahnya:
“Wahai Ikhwan, Allah telah menghendaki untuk kita mewarisi pusaka yang amat berat
tanggungjawabnya, maka cahaya dakwah kita hendaklah menerangi di tengah-tengah kegelapan ini, dan kamu
akan disediakan untuk meninggikan agama Allah, menzahirkan syari’atNya dan menegakkan semula Negara
Islam”.
1 Kucupan yang diharuskan oleh Hizbul Tahrir di sini ialah kucupan di antara lelaki dan perempuan yang sah kahwin di
mana hukum sebenarnya ialah tidak harus sama sekali — editor.
Kearah Kesatuan Gerakan

Islam___________________________________________________________________________
Fathi Yakan 7

Adapun persoalan yang akan timbul ialah, bagaimana kita bekerja untuk mencapai tujuan ini.
Sesungguhnya, syarahan, ceramah, tulisan, pengajian, menentukan penyakit dan ubat; kesemuanya itu tidak
mendatangkan manfaat dan tidak akan mencapai tujuannya sebelum kita memahami bahawa dakwah itu
mempunyai jalan-jalan (wasilah) yang mesti diamalkan di mana wasilah umum yang tidak berubah ialah:
1. Iman yang mendalam.
2. Takwin (pembentukan) yang rapi.
3. Aman yang berterusan.
Para Ikhwan,
“Kamu semua bukanlah sebuah persatuan kebajikan, bukan juga parti politik2 tidaklah sebuah pertubuhan
yang ditubuh bagi tujuan yang sempit. Tetapi kamu merupakan semangat baru yang mengalir dalam jantung
umat ini; yang menghidupkan umat dengan al-Qu’ran. Kamu adalah cahaya yang memancar, yang
menghapuskan kegelapan malam dengan ma’rifat Allah. Kamu juga adalah suara nyaring yang berkumandang
mengulangi dakwah Rasullullah s.a.w. Oleh itu kamu hendaklah merasakan bahawa diri kamu memikul
tanggungjawab yang berat itu setelah semua orang menyisihkannya”.
Maka jika dikatakan, ke manakah dakwah kamu? Maka jawablah, dakwah kami ialah dakwah kepada
Islam yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. Di mana pemerintahan (kerajaan) adalah sebahagian daripadanya,
kebebasan adalah satu kefardhuan dan kewajipan-kewajipannya. Jika ini dikatakan politik!
Jawablah: Inilah Islam dan kami tidak mengenal pembahagian pembahagian seperti itu. Jika dikatakan
kamu pendakwah revolusioner, jawablah: Kami pendakwah kebenaran dan
Keselamatan yang kami beriman dan merasa bangga dengannya. Jika kamu semua melawan kami, dan
menyekat dakwah ini ditengah jalan, maka sampailah masanya kami mempertahan diri kami dan kamulah
revolusioner yang zalim”.
Jika dikatakan lagi, kamu memohon pertolongan dengan individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan,
jawablah: kami beriman dengan Allah yang Esa, kami kufur dengan apa yang kamu syirikkan itu Kalaulah mereka
meneruskan perseteruan mereka katakanlah: Selawat sejahtera ke atas kamu, kami tidak mengingini orangorang
yang jahil
Dan pembentangan di atas, ternyata gerakan lkhwan Muslimin berbeza secara umumnya dengan seluruh
gerakan gerakan lain; Ia adalah dakwah dan segi fikrah kerana ia mengajak supaya beriltizam dengan fikrah Islam
dan hukum hukum syari’at Islam, bahkan mengajak supaya meninggalkan kesemuanya selain daripada Islam baik
dan segi pemikiran, perundangan, prinsip, falsafah dan sebagainya, (semata-mata untuk membentuk pemikiran
atau rasional secara Islam).
Ia juga dakwah tarbiyyah (pendidikan) kerana ia menyeru supaya beriltizam dengan akhlak Islam, adabadabnya
dan supaya menyucikan diri serta meningkatkannya dalam menuju tangga rabbaniah (semata-mata
untuk membentuk kejiwaan secara Islam).
Ia juga adalah dakwah jihad yang menyeru ke arab persiapan jihad dengan segala jalan dan sebabsebabnya.
Sehinggalah kebenaran itu mempunyai kekuatan yang dapat mengawalnya. dan sehingga
membolehkan dakwah menghadapi cabaran cabarannya.
Imam Hassan Al-Banna dalam risalah Ke Arab Mana Kita Menyeru, telah mengisytiharkan:
“Alangkah baiknya orang yang mengatakan: Kekuatan adalah jaminan yang paling baik untuk
membenarkan “kebenaran”. Alangkah indahnya pula apabila kekuatan dan kebenaran itu berjalan seiring. Inilah
jihad dalam menyebarkan dakwah Islam, selain daripada kewajipan mempertahankan tempat tempat suci Islam;
kewajipan yang telah difardukan Allah ke atas umat Islam, sebagaimana juga mereka difardhukan sembahyang,
puasa, zakat dan haji, berbuat baik dan meninggalkan keburukan. Tidak seorang pun terlepas dan tanggungjawab
jihad ini mengikut kemampuan masing-masing. Al-Qur’an menegaskan:
انقوراخقاقاوثقالا وجهدوابأمولكم وأنقسكم في سبيل الله
“Pergilah kamu sama ada ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu pada jalan Allah”
2 Maksudnya gerakan Ikhwan Muslimin tidak menjadi sebuah pertubuhan yang hanya menitikberatkan aspek-aspek tertentu
sahaja, iaitu Ikhwan Muslim ini bukanya pertubuhan kebajikan atau politik semata-mata tetapi sebuah gerakan yang menepati
kehendak Islam yang Syumul, di mana kebajikan & politik menjadi sebahagian darinya — editor


Kearah Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________


Fathi Yakan 8
Imam Hassan al-Banna telah mengukuhkan pengertian jihad ini dalam kebanyakkan ucapan-ucapan,
kerana kebenaran yang tersisih tidak akan mencapai apa-apa dan tidak sampai ke mana-mana tanpa jihad. Kerana
tidak ada nilai kebenaran yang tidak didokong oleh kekuatan. Pemusatan demikian jelas dalam ucapannya dalam
Muktamar kelima Ikhwan Muslimin dalam tahun 1358H.
“Dalam waktu di mana kamu — wahai para Ikhwan — 300 katibah yang telah dipersiapkan dirinya
dengan iman dan ‘aqidah dan segi kerohanian, dengan ilmu dan pengetahuan dan segi pemikiran, dan dengan
latihan dan kesukanan dan segi jasmani, pada waktu itu kamu meminta aku mengharungi lautan atau meredah
angkasa tinggi, atau memerangi setiap yang angkuh dan sombong, sesungguhnya aku akan berbuat, insya-Allah.
Benarlah sabda Rasullullah s.a.w., Tidak akan kalah 12,000 dan kumpulan yang sedikit”.
HARAKAH ISLAMIYYAH DAN SITUASI KAWASAN SERTA LOGIK PERTENTANGAN
Sepatutnya gerakan Ikhwan Muslimin telah berjaya dan mencapai matlamat kewujudannya setelah ia
diterima di seluruh dunia, kalaulah tidak kerana dipukul bertubi-tubi dan semua sudut atau dibuat pakatan jahat
oleh kuasa-kuasa penjajah dan semua pihak. Pukulan demi pukulan dan ujian demi ujian telah berlaku. Bermula
dan kesyahidan pengasasnya Almarhum Hassan Al-Banna pada tahun 1948 dan kemudiannya diikuti oleh
sebilangan besar pemimpin serta tokoh-tokoh gerakan itu yang merangkumi mereka di peringkat daerah dan
antara bangsa.
Natijahnya, gerakan Ikhwan merosot dalam pertarungan politik walaupun masih kekal kewujudannya
dan segi aqidah dan fikrah. Ujian-ujian yang menimpa gerakan Islam telah menjadikan sistem-sistem kufur
menguasai negeri-negeri kaum Muslimin dan fahaman marxisma beroperasi merosakan akal dan fikiran manusia.
Dengan itu kawasan negeri Arab yang dulunya mengamalkan kehidupan demokrasi yang mengizinkan kebebasan
berpolitik telah hapus tanpa kembali lagi.
Sistem-sistem yang wujud di kawasan negeri Arab telah dipakaikan dengan pakaian dendam kesumat
terhadap Islam dan kaum Muslimin.
Pertentangan parti-parti politik bukan lagi sekadar perbincangan dan dialog ideologi tetapi sudah
memasuki tahap pertumpahan darah.
Itu semua faktor-faktor yang telah membekukan gerakan Islam dan menyekat perjalanannya. Berikutnya
timbullah fenomena kesempurnaan dan kerosakan dalam hidup gerakan Islam. Selain daripada itu, kebanyakan
harakah Islamiyyah di beberapa tempat telah surut ke belakang bila berhadapan dengan gelombang materialisma,
yang membolehkan pula kuasa-kuasa Jahiliyyah di negara kaum Muslimin mengambil tempat dan memudahkan
mereka sampai ke mercu kekuasaan. Kekuasaan yang dirampas itu dipergunakan untuk menyerang Islam secara
umumnya dan untuk memukul gerakan Islam berleluasa sebagaimana yang telah berlaku.
Sukalah saya berhenti sekejap untuk membincangkan sebab-sebab timbulnya gejala-gejala kesempurnaan
dan kerosakan dalam kehidupan harakah Islamiyyah semasa.
Dimaksudkan dengan kesempurnaan dan kerosakan di sini pengalaman-pengalaman yang berlaku dalam
skop amal Islam yang hampir sampai kepada kesempurnaan kemudian mula rosak; atau segala potensi yang
hampir terkumpul kemudian mula berkurangan sebelum tercapai kepada matlamat asasi kewujudannya untuk
menegakkan masyarakat Islam dan memula kehidupan Islam.
RAWATAN PENGESANAN PENYAKIT
Para petugas dalam bidang amal Islam yang menerima kewujudan fenomena ini mengambil penilaian
yang berbeza beza terhadap sebab-sebab tumbuhnya penyakit kepada gerakan Islam.
Ada setengah kalangan beranggapan bahawa kemerosotan kebaikan dan penguasaan kejahatan terhadap
diri sebagai satu perkara tabi’e dan natijah yang pasti. Juga mereka menganggap bahawa ‘kedagangan’ Islam dan
para pendakwahnya di akhir zaman sebagai suatu kemestian. Mereka membawa dalil-dalil dengan hadith
Rasulullah s.a.w.
بأني علي الناس زمان الصا برقيهم علي دینه آالقابض علي الجمر
Kearah Kesatuan Gerakan

Islam___________________________________________________________________________
Fathi Yakan 9


–راویهة التر مذي-
“Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar dalam agamanya sebagai orang yang memegang bara
api”.
خيرالقرون قرني ثم الذي بليه, والا خرون أراذل
–روابه الطبراني-
“Sebaik-baik abad ialah abadku kemudian berikutnya dan kemudian yang berikutnya dan mereka yang akhir zaman semakin
hina”
Ada juga kalangan umat Islam yang mengatakan bahawa mula terjadinya kerosakan ekonomi, sosial dan
politik umat Islam ialah apabila berlaku kejatuhan negara Islam dan pupusnya hukum Islam. Hasutan jahat kuasakuasa
besar dunia zionis Yahudi, komunis dan massionari Kristian juga memainkan peranan dengan menetang
aliran-aliran Islam dan menyisihkan pemikiran Islam daripada kehidupan dengan menimbulkan semangat
‘asabiyah dan perkauman dan menubuhkan gerakan gerakan materialisma, atheisma dan massionari. Juga dengan
segala cara yang boleh menjadikan orang-orang Islam ragu ragu kepada ‘aqidah dan syari’at Islam.
Sebahagian mereka pula berpendapat bahawa trajedi sedih ini berlaku kerana kekurangan kemampuan
tenaga manusia, teknikal dan juga kebendaan yang dimiliki oleh gerakan Islam dibandingkan dengan yang
dipunyai oleh Jahiliyyah.
PERBINCANGAN
Pada hakikatnya pendapat-pendapat yang telah diutarakan tadi tentang sebab timbulnya fenomena
kesempurnaan dan kerosakan dalam skop pengalaman-pengalaman amal Islam semasa merupakan sebahagian
dan sebab-sebab itu, bukan keseluruhannya. Tetapi pada hakikatnya, ianya bukanlah merupakan sebab utama.
Orang-orang yang menganggap fenomena tersebut sebagai satu perkara tabi’e dan kemestian serta natijah
yang tidak boleh dielakkan, di mana kebaikan harus berhadapan dengan penguasaan keadaan sebenarnya dan ada
pula hadnya. Kejahatan telah wujud sejak awal lagi. Tidak ada alasan lagi bagi para Rasul dan para Anbia’ untuk
menyeru kepada kebaikan kalau sudah tidak wujud kejahatan dan penyelewengan umat manusia yang
memerlukan reformasi (islah) dan pembetulan. Malah kebatilan dan tenteranya perlu berhadapan dengan
kebenaran dan perajuritnya yang bertambah kukuh. Pada hakikatnya kebatilan tidak akan tersebar luas kecuali
kerana kelalaian atau kelemahan tentera kebenaran dan penyisihan mereka dan medan jihad dan pergorbanan.
Kumpulan yang berpendapat bahawa tidak ada harapan lagi untuk memperbaiki suasana, adalah salah.
Mereka terkeluar dan tasawwur Islam kerana kepercayaan mereka ini tidak syak lagi akan mendorong mereka
mengundur dan lari dari medan pertempuran dan peperangan. Berikutnya mereka akan ditimpa oleh rasa putus
asa dan seterusnya melempar senjata dan menyerah kalah.
Islam menuntut agar pengikut-pengikutnya dan orang orang yang beriman supaya berkerja, berkorban
dan berjihad sepenuh tenaga dan masa. Adapun kemenangan adalah urusan dan takdir Allah sebagaimana juga
ianya tertulis dalam catatan dan ilmu Allah.
Tentera kebenaran dituntut menggunakan seluruh kemampuan dan potensi mereka serta
mengorbankannya untuk mencapai keredhaan Allah walaupun sekiranya telah terjamin kemenangan kebenaran
itu. Inilah yang dimaksudnya oleh firman Allah:
إن الله اشنري من المؤمنين أنفسهم وأمولهم یأن لهم الجنة
“Sesungguhnya Allah membeli dan orang-orang mukmin itu jiwa raga dan harta mereka dengan ganjaran syurga"
Adapun orang-orang yang menyatakan di hadapan kita terdapat situasi yang buruk, kekalutan nilai,
penguasaan Jahiliyyah dan kerosakan zaman, maka kami mengiktiraf bahawa Islam memang seaang berhadapan
dengan cabaran-cabaran itu dengan hebat. Tetapi ini bukanlah sebabnya yang asas membawa kepada terhentinya
penerusan perjalanan Islam dan kacau bilau yang membawa kepada timbulnya fenomena kesempurnaan dan
kerosakan dalam kehidupan Islam.


Kearah Kesatuan Gerakan
Islam___________________________________________________________________________
Fathi Yakan 10


Di sana ada satu faktor lain; kedudukan buruk yang menimpa dunia secara umumnya dan umat Islam
khususnya bertambah dari hari ke sehari mengakibatkan harakah Islamiyah tidak mampu mengambil teraju
inisiatif dan menyelamatkan keadaan. Jika kita menunggu perubahan suasana dengan sendirinya ‘tanpa
pengorbanan apa-apa maka ini membawa erti terjun ke dalam kesesatan yang nyata.
Adalah menjadi kewajipan harakah Islamiyyah pada hari ini berfikir secara rasional, bukannya cara
konservatif, kerana masa lampau, dengan suasana dan kondisinya, tidak semestinya sesuai dengan realiti han ini
malah ia merupakan kenang kenangan yang telah berlalu yang tidak mungkin akan kembali lagi. Sistem-sistem
yang mengizinkan berlakunya kegiatan parti politik yang berbagai ragam itu telah tamat tempohnya. Ia telah
digantikan oleh sistem-sistem politik kepartian yang berbentuk diktator yang amat dendam terhadap Islam dan
membuat pakatan jahat terhadapnya. Adalah sia sia harakah menunggu perubahan suasana tanpa membayar
harga yang mahal; bukankah barang dagangan Allah itu mahal harganya dan bukankah barang dagangan Allah
itu ialah syurga!
Terhadap mereka yang memandang timbulnya fenomena kesempurnaan dan kerosakan dalam kehidupan
dakwah dihasilkan oleh kekurangan kemampuan dan kelemahan potensi, maka kita tidak bersama dengan
mereka sedikitpun! Harakah Islamiyyah pada realitinya tidak mengalami kekurangan kemampuan. Apa yang
berlaku ialah kemampuan yang ada pada mereka itu tidak diambil beratkan, tidak disuburkan, tidak ditingkatkan
dan tidak dimanafaatkan sepenuhnya. Dalam sejarah harakah Islamiyyah semasa, telah berlalu peluang peluang
dan situasi yang membolehkan mereka untuk sampai kepada kekuasaan dan memerintah, lebih dan satu tempat.
Tetapi persoalannya kecuaian harakah Islamiyyah mengambil peluang dan kemungkinan-kemungkinan itu dan
tidak bertindak sesuai dengan tabiat, ciri-ciri dan kemampuannya. Natijahnya mereka tidak dapat menampung
sepenuhnya pemikiran pengarahan dan pergerakan, membawa kepada hilang sebahgiannya dan tumbuh
sebahagian yang lain secara tidak tabi’e.


BAGAIMANA RAWATANNYA.


Pada pandangan saya ubatnya terdapat dalam tubuh harakah. Islamiyyah itu sendiri, walaupun saya tidak
menafikan kesan tekanan luar ada memainkan peranan ke atas harakah Islamiyyah; Terjadinya kacau bilau fikrah
di kalangan pimpinan dan anggotanya, tidak ada ketaatan dan penyusunan di kalangan petugas dan tidak ada
pula ikutan di kalangan perajurit. Begitu juga berlakunya kurang perasaan bertanggugjawab dan kekeringan
rohani di kalangan semua, dan mengambil mudah serta tidak cekal dalam beberapa perkara. Ini sepertilah yang
‘digambarkan oleh Al-Ustaz Al-Nadwi dalam bukunya Rabbaniyyah La Ruhbaniyyah. Katanya: “Barisan bengkok
dan lintang pukang! Hati-hati kering kebingungan! Sejuk beku tiada roh, tiada kepanasan dan tiada kerinduan!”.
Gambaran tabiat sedemikian amat mendatar. Perencanaan menghad pertentangan yang simpangperenang.
Amal didapati lemah terputus-putus, tidak ada penerusan dan tidak teguh.
Supaya kita lebih bersikap objektif dalam menghadapi penyakit kronik seperti in kita akan menentukan
tempat tempat sakit secara lebih teliti dan membincangkan secara lebih terperinci dengan harapan ianya menolong
kita keluar dan dilema ini.


DALAM SKOP TARBIAH DAN TAKWIN


Pembentukan syaksiyah muslimah ialah langkah pertama dalam skop pembinaan agama Islam, walau
apapun uslub harakah dan manhaj amalnya.
Syaksiyah Islamiyyah tidak mungkin terbina dan sempurna kelahirannya selagi ia tidak terlepas dan
pengaruh kesan kesan masyarakat Jahiliyyah dan dan dualisma penerimaan dan pengarahan.
Patut disebut di sini bahawa maksud pembinaan syaksiyah muslimah ialah pembentukan kadar
kepimpinan atau penyusunañ hairaki perkadaran diperingkat yang dituntut oleh penentangan jahiliyyah.
Sifat-sifat yang unggul yang perlu ada dalam syaksiyah Islamiyyah: —
Pertama:
Melepaskan dan Jahiliyyah sepenuhnya sama ada dalam perasaan, atau pemikiran dan konsep, atau amalan dan
urusan.
Kedua:

Kearah Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________
Fathi Yakan 11

Beriltizam dengan Islam dan hukum-hukumnya secara sepenuhnya dan menjadikannya paksi hidup, titik tolak
berfikir pengkalan tasawwur dan punca hukum dalam setiap persoalan dan objek.
Ketiga:
Menganggap jihad pada jalan Allah sebagai matlamat asasi dan kewujudan kita. Di mana konsep ini memerlukan
persiapan yang cukup untuk berkorban dengan segala sesuatu untuk melicapai tujuannya.
Hakikat yang tidak boleh dipertikaikan lagi bahawa manhaj dan uslub yang dipegang oleh harakah
Islamiyyah belum mencapai peringkat yang mampu untuk membentuk syaksiyah Islamiyyah dan segi sifat dan
ciri-cirinya. Pada realitinya apa yang dikemukakan oleh manhaj-manhaj ini tidak melebihi sebahagian kecil dan
pengetahuan umum Islam dan pengarahan kerohanian atau akhlak yang tidak memampukan kita membentuk
individu muslim yang dicita-citakan. Yang membolehkan seseorang itu berkeahlian sebagai ‘rajul al-Aqidah’ —
tentera ‘aqidah yang beriman dan hidup untuk ‘aqidahnya mengorbankan sesuatu yang mahal dan berharga demi
untuknya.
Tujuan asasi dan tabiyah dan takwin Islam ialah tercapainya operasi antara Islam dan individuindividunya
yang membolehkan mereka tajarrud dan sebarang nilai lain, tajarrud dan nilai-nilai bumi ciptaan
manusia dan tarikan kebendaan, tajarrud dan kemegahan panggilan hawa nafsu, malah hanya megah dengan
kebenaran, di mana merka mengikuti kebenaran, tidak lagi mengik hawa nafsu atau perasaan peribadi. Itu semua
bererti tajarrud kerana Allah S. W. T .3

TUNTUTAN TARBIYAH DAN TAKWIN

Bagi tarbiyah dan takwin secara Islam meminta tuntutan yang perlu bagi kejayaan operasi. Tanpa tuntutan
ini dipenuhi akan menggagalkan usaha percubaan di bidang tabiyah dan tidak akan tercapai kelahiran individu
muslim yang merupakan tulang belakang dalam amal Islam.
Pada pandangan saya tuntutan yang paling penting ialah:
Pertama:
Manhaj yang betul-betul boleh mencernakan individu dan generasi muslim ialah manhaj yang sempurna
dan menyempurnakan dan kesemua sudut, sama ada dan segi pemikiran, kerohanian akhlak dan individu dan
harakah yang boleh mencapai kesempurnaan (takamul) dan perimbangan (tawazun) dalam pembinaan syaksiyah
Islamiyyah. Satu sudut harus dipastikan tidak menguasai yang lain sehingga membawa gambaran yang buruk
terhadap syaksiyah Islamiyyah atau membawa ketidak sempurnaan syaksiyah itu tadi.
Manhaj yang dihajati oleh harakah ialah manhaj yang telah dapat melahirkan sebaik-baik umat dan
kalangan manusia yang jahil dan manhaj yang mampu melahirkan pada tiap zaman dan tempat jenerasi yang
berpegang kepada kebenaran, yang berjuang demi kebenaran dan yang tidak dapat dimudaratkan oleh musuhmusuhnya
sehinggalah datang ketetapan Allah.
Tanpa jenerasi manusia seumpama ini tidak mungkin harakah Islamiyyah dapat menghadapi realiti
Jahiliyyah dan dapat mengatasi mereka.
‘Umar bin Al-Khattab telah menulis surat kepada ‘Umar bin Al-’Ass, tatkala ‘Umar lambat dapat menakluk negeri
Katanya: “Amma ba’du: Aku hairan di atas kelambatan kamu menakiuk negeri Mesir setelah kamu
berperang sejak dua tahun. Itu tidak lain kerana kamu menyintai dunia yang juga menjadi kesukaan musuhmusuh
kamu. Allah Ta’ala tidak menolong sesuatu kaum itu kecuali atas niat mereka yang betul”.
Dalam wasiatnya kepada Sa’ad bin Mu’az, ketna tentera Islam ke Farsi. Katanya:”Amma ba’du. Aku
berpesan kepada kamu dan mereka yang bersama kamu supaya bertakwa kepada Allah dalam semua keadaan.
Sesungguhnya takwa kepada Allah adalah sebaik-baik bekalan menghadapi seteru, ia juga sekuat-kuat helah
dalam perang. Aku berpesan kepada kamu dan tentera semua supaya kamu mengawal diri dan maksiat lebih
daripada seteru kamu. Sesungguhnya dosa tentera-tentera (kita sendiri) itu lebih menakutkan dan musuh-musuh.
Ke menangan kaum muslimin hanyalah dengan maksiat musuh musuh Allah. Kalau tanpa demikian, kita tidak
lagi ada kekuatan terhadap musuh, kerana bilangan kita tidak sepadan dengan mereka. Kalaupun kita sama
dengan maksiat nescaya mereka itu akan lebih dan kita dalam kekuatan. Ketahuilah kamu bahawa dalam
3 Lihat, Muhammad Qutub, Minhaj Tarbiah Islamiah.

Kearah Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________
Fathi Yakan 12

perjalanan kamu itu ada kawalan Allah. Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. Malulah kamu kepada
mereka dan jangan kamu lakukan maksiat kepada Allah sedangkan kamu berada pada jalan Allah”.
Kedua:
Ikutan yang baik, adalah faktor yang asas dan terpenting dalam kejayaan tarbiyah. Tidak cukup bagi
seorang pendidik (murabbi) itu ianya seorang Fakih, alim atau khatib yang berjaya, tetapi semestinya lebih
daripada itu, iaitu sifat-sifat bertakwa, wara’ dan beramal dengan iimunya. Apabila amaiannya ber tentangan
dengan ilmunya, terdindinglah petunjuk, hidayat dan tidak ada kesannya lagi. Malik bin Dinar pernah
mengungkapnya: Orang alim bila tidak lagi beramal dengan ilmunya, hilang nasihatnya di hati sebagaimana
hilang hujan dan langit cerah.
Ketiga:
Persekitaran yang baik. Kejayaan tarbiyah bergantung kepada sejauh mana kebaikan persekitaran yang
ingin dididik dan dibentuk. Hampir mustahil kejayaan tercapai dalam operasi tarbiyah dalam masyarakat
jahiliyyah, yang terputus hubungan nya dengan Islam.
Penyelesaian problem ini bergantung kepada sejauh mana kemungkinan penyisihan harakah daripada
elemen-elemen jahiliyyah dan menyediakan suasana dan situasi yang sesuai khususnya dalam peringkat pertama
pembentukan, sebelum diserahkan tugas-tugas harakah yang umum.
Fikrah pengasingan elemen Islam dan persekitaran jahiliyyah dalam fasa-fasa takwin patutlah dikaji dan
diberikan perhatian. Begitu juga lebih patut diberi perhatian terhadap cara memboleh kan pengasingan ini
berlaku.
Operasi takwin pembentukan Islam tidak mungkin berjaya selagi tidak sempurna persekitaran Islam yang
kokoh yang tidak dapat dipengaruhi oieh Jahiiiyyah.
Pada hakikatnya harakah Islamiyyah hari ini hidup dalam realiti yang tidak memberikan kuasa
penyerahannya dalam kehidupan individu muslim, tetapi menjadikan seorang individu itu berada dalam
persekitaran yang berkecamuk antara pengaruh dan tekanan yang berbagai-bagai.
Kalaulah harakah mampu menyediakan kepada anggota individunya suasana Islam dalam lingkungan
keluarga, atau di tempat kerja, dan dapat pula memisahkan mereka daripada kehidupan masyarakat jahiliyyah di
segi ‘aqidah dan akhlak, maka bererti ia telah mula meletakkan jalan awal yang menjamin berlakunya
pemberontakkan jiwa pada diri individu dan mempersiapkan mereka untuk menjadi benih kader yang menjadi
harapan Islam.

DALAM AMAL HARAKAH DAN PERTENTANGAN

Faktor kedua yang ada di sebalik fenomena kesempurnaan dan kerosakan dalam harakah Islamiyyah
semasa ialah tidak jelasnya jalan dan kaburnya amal dan perjalanan emosi yang berpunca dan penglihatan yang
kabur serta konsep yang salah dan serba kekurangan dalam wasilah, tujuan dan matlamat.
Mungkin boleh dibataskan penyelewengan dalam tubuh harakah kepada:
1. Tidak jelasnya jalan yang lebih betul untuk menegakkan negara Islam dan mencapai Inqilab Islam.
2. Perjalanan yang tidak berencana, dan tidak beriltizam dengan perencanaan, di mana perkara ini boleh
menghabiskan tenaga dalam pertarungan sampingan dan amalan juz’i yang tidak memberi kemuslihatan
hakiki kepada Islam.
3. Tidak beriitizam dengan yang telah diputuskan dan kurang mengambil inisiatif sendiri. Akibatnya
harakah bertindak lambat terhadap peristiwa yang berlaku. Ini menyebabkan banyak peluang terlepas dan
hilang kesempatan dan segi kewajipan dan masa.
4. Kehilangan punca diantara iltizam (commitment) dengan garis asal bagi amal Islam iaitu tabligh serta di
antara tujuan politik dan usaha mengambil faedah dalam semua keadaan.
5. Tidak ada uslub tertentu bagi menerima hokum Islam.
6. Terlampau berhati-hati menggunakan kekuatan (samada di permulaan atau di akhir).
7. Tidak jelasnya penyusunan yang baik dan lebih
berkesan dalam harakah.

Kearah Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________
Fathi Yakan 13

Persoalan-persoalan ini memerlukan jawapan yang terang supaya harakah dapat keluar daripada
kekaburan dan kehilangan. Jawapan-jawapan yang semestinya berdasarkan dalil syarie bukannya berdasarkan
hawa nafsu dan emosi.
Adalah menjadi hak Islam supaya ia digambarkan oleh harakah Islamiyyah hari ini dengan gambaran
yang betul dalam tabiat amal Islam dan supaya ia dapat difahami sesuai dengan roh perencanaan yang dihasilkan
ôleh generasi pertama harakah dalam syari’ah Islam. Gambaran ini mewajibkan harakah Islam berjalan mengikut
garis yang asal yang telah dilalui oleh nabi dalam menghadapi konfrantasi realiti Jahiliyyah dalam rangka
menegakkan masyarakat Islam. Bukankah akibat dan perse lisihan dan tanggapan serta tasawwur moden hagi
tabiat dan matlamat amal Islam yang banyak, menghablskan tenaga dan ticlak tertaectah?
Harakah Islamiyyah telah melalui suatu zaman di mana banyak usaha dihabiskan dengan usaha-usaha
sampingan dan persoalan remeh-temeh yang tidak ada hubungan dengan matlamat jangka panjang yang
memestikan penyatuan seluruh kekuatan dan keupayaan harakah.
Harakah Islamiyyah harus mengenal matlamat, garis perjalanan, tabiat dan ciri-ciri yang menjadikan
setiap langkah dan keupayaan kena pada sasarannya. Di samping itu juga ia harus memelihara usaha yang
dicurahkan agar tidak sia-sia dan hilang begitu sahaja, selain daripada ianya memendekkan jalan untuk sampai
kepada matlamat dan tujuan.

APAKAH TUGAS UTAMA HARAKAH ISLAMIYYAH.

Harakah Islamiyyah mestilah mengetahui bahawa tugas utamanya ialah mengembalikan pengabdian diri
manusia kepada Tuhan mereka baik sebagai individu mahupun sebagai masyarakat. Tugas ini tidak mungkin
tercapai selagi tidak tertegak sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai sumber hukum dan perundangannya,
serta kembali kepada Islam dalam segala urusannya. Dalam setiap langkahnya negara itu hendaklah berjalan
mengikut petunjuk yang betul dan jalan yang lurus.
Dengan menyedari akan hakikat tugas utamanya itu tadi harakah Islamiyyah hendaklah beristiqamah
dalam perjalanannya menuju ke arah tujuan tersebut walau dalam bagaimana keadaan sekali pun.
Membebaskan negara-negara yang tidak terjamin ke Islamannya pada masa hadapan, samalah seperti
menimbuskan usaha di bawah pasir. Begitu juga usaha menyatukan bangsa bangsa dan kawasan-kawasan bukan
atas dasar Islam boleh diumpamakan seperti membangunkan bangunan tanpa asas. Demikian sebahagian dan
hidup bersama dengan Jahiliyyah’. Den gan pengukuran ini dapat dinilai keutamaan-keutamaan dalam usahanya
dalam banyak hal.
Islam berhajat benar kepada tapak tempat berpijak untuk dikemukakan kepada umat manusia suatu contoh
praktikal sebuah masyarakat Islam yang terjamin keadilan, persamaan, keamanan dan kestabilannya.
Sesungguhnya pemikiran pemikiran, aliran-aliran dan falsafah kebendaan yang menyerang dunia di zaman
moden ini tidak akan terjelma secara berkesan sepertimana yang terdapat sekarang ini sekiranya pada asalnya
tidak terdapat tapak tempat mereka berpijak!
PARA MUJAHID BUKAN FAILASUF.
Satu faktor yang patut diambil perhatian ialah bahawa harakah lslamiyyah perlu ada satu mess yang
dapat melahirkan pada mujahid dan pahiawan selain daripada sebuah kohj tempat menyebarkan pengetahuan
dan kefahaman Islam. Kita niemerlukan kepada kesedaran mendalam dan kebijaksanaan sebagai mana kita juga
memerlukan keberanian dan pengorbanan. Penekanan konsep menjaga keselamatan dan berlebih-lebihan
dengannya serta menjadikannya polisi yang tetap dalam semua keadaan dan ketika adalah mematikan semangat
pengorbanan individu-individu. Ianya mengubah harakah menjadi sebuah sekolah teori atau aliran pemikiran
semata-mata.
Kaedah yang mesti diambil oleh harakah Islamiyyah sekarang dalam persoalan ini ialah kepentingan
Islam mesti diutama kan dan yang lain. Kalau ia mendatangkan kemaslahatan ke pada Islam ia mestilah dilakukan
walaupun terpaksa mengorbankan jiwa yang banyak.
Apa yang perlu menjadi pegangan harakah sekarang dalam menilai sikap, pertempuran dan konfrantasi
ialah memenuhi keseluruhan tabiat pertempuran dan ciri-cirinya yang tepat dan mengenal pasti jangkauanjangkauan
dan reaksi-reaksi yang akan berlaku. Perkiraan yang rapi perlu diberi terhadap kemungkinankemungkinan
yang mendadak yang mungkin berlaku dan tidak.
Adalah dikira tindakan membunuh diri memasuki mana mana pertempuran — walaupun kelihatan
sampingan — tanpa mempunyai tanggapan yang tepat dan tanpa persiapan yang cukup untuk mengharunginya,
kerana penerimaan konsep “irtijal”

Kearah Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________
Fathi Yakan 14

—tidak berencana dalam satu kes akan mengembalikan cara kerja tersebut dalam kes-kes yang lain. ini adalah
pekerjaan yang merbahaya dan merugikan Islam itu sendiri yang hendaklah sentiasa berwaspada dan dilarang
daripadanya.
Adapun apabila dibuat persiapan yang cukup — dalani skop kemampuan yang ada — dan dalam
tasawwur yang betul tentang tabiat harakah, keperluan dan tuntutannya, maka mengharunginya adalah wajib
malah melarikan din daripadanya adalah suatu sikap yang salah dan menghinakan. Tidak sepatutnya orang-orang
mukmin bersikap pengecut dan hina.
Untuk harakah Islamiyyah sampai ke peringkat mampu memikul tanggungjawab wajiblah ianya
merenung kembali tempat bertolaknya yang asasi, iaitu organisasi dalaman, manhaj tarbiyah dan garis perjalanan,
wasilah amal, uslub konferantasi, dan juga mengetahui peranannya dalam masyarakat serta alasan alasan
kewajipannya. Kemudian barulah dimulakan tindakan walaupun bermula dengan angka kosong.
CIRI-CIRI ASASI YANG PERLU ADA PADA HARAKAH YANG DICADANGKAN
Akhir sekali, pada saat menghadapi suasana dan kedudukan yang tidak normal ini mewajibkan
tertubuhnya satu gerakan Islam antarabangsa ( yang merangkumi segala kebolehan untuk menghadapi cabaran,
konferantasi dan mampu bertahan. Di sini diterangkan sebahagian ciri-ciri yang perlu ada.

A — Revolusioner (Perubahan)

Satu daripada sifat yang wajib ada pada harakah ialah sifat inqilabiyah (perubahan). Islam merupakan
manhaj inqilabi (methodologi perubahan) bukannya methodologi tempelan. Pencapaian manhaj inqilabi ini akan
berhasil dengan adanya kumpulan yang bergerak ke arah perubahan (tajamu haraki inqilabi). Maka harakah yang
mengepalai amal Islam ini hendaklah berada pada taraf yang boleh mengadakan perubahan secara Islam dan segi
kesedaran, manhaj dan kebolehan.
Harakah Islamiyyah ini lebih memerlukan strategi yang boleh dilaksanakan secara praktikal bagi
mencapai matlamat dan dasarnya. Yang dimaksudkan dengan strategi perubahan ini ialah teori harakah dan
uslubnya dalam mengubah realiti jahiiyyah yang ada kepada realiti Islam yang dicita-citakan. Perubahan dalam
ertikata menyeluruh dan rapi dengan kesedaran terhadap kekuatan dan faktor-faktor yang menggerak dan
memberikan kesan kepadanya. Juga tasawwur yang mendalam terhadap realiti Islam yang dinanti-nantikan itu
dan sejauhmana keperluannya dalam realiti hidup yang dihadapi.
Perlulah strategi harakah ini mengandungi perhatian berat terhadap dirinya sendiri untuk mencapai atau
melaksanakan manhajnya dalam pemerintahan Islam. Bukanlah ikhlas dan tajarrud namanya — seperti yang
difahami oleh setengah orang — tidak mahu kepada kuasa memerintah. Kerana dunia dan sejarah tidak pernah
mengenal mana-mana organisasi yang bukan Islam dapat mengemukakan natijah manis perjuangannya sesuai
dengn matlamat Islam. Negara Islam pertama yang bakal dibentuk adalah tidak lain daripada natijah jihad
Rasulullah s.a.w. dan para pengikutnya.
Tasawwur ini mengehendaki supaya harakah menilai tanggungjawab dan tugasnya dengan penilaian
yang tepat dan jitu. Bukannya setakat sebagai sebuah pertubuhan dakwah sekadar memberi nasihat dan
pengajaran. Bukan pula sekadar kelab perbahasan dan ceramah atau sekadar maktab pengajian agama untuk
melahirkan ulama’ di bidang syari’ah dan pemikiran Islam. Malah tidak juga merupakan sebuah balai penerbitan
sekadar mencetak buku-buku Islam.
Tetapi ia merupakan dakwah yang memikul warisan kenabian dan membawa risalah Islam di zaman
moden dengan segala jangkauan dan tanggungjawab.
Harakah hendaklah membawa pemikiran yang mendedahkan dan menelanjangi kepalsuan pemikiranpemikiran,
dasar dan prinsip serta falsafah materialisma yang mengancam itu. Ia juga adalah jihad yang
menentang kebatilan dalam segala bentuknya. Ia juga hendaklah mengenepikan taghut-taghut sehingga tidak
berlaku fitnah dan sehingga Ad-Deen itu keseluruhannya untuk Allah; sehingga tegak sebuah negara Islam yang
dapat menyebarkan kebaikan dan mencapai ketenangan, keadilan dan persamaan; mengeluarkan manusia yang
menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah yang Esa lagi Maha Perkasa, dan dan kesempitan dunia
kepada keluasan Islam, dan kezaliman agama kepada keadilan Islam.
Tugas-tugas dan tanggungjawab seumpama ini memerlukan sebuah harakah yang berada di peringkat
tinggi. Tinggi dan segi persiapan dan keupayaan dalam semua segi dan peringkat.

B — Desentralisasi

Sifat utama yang lain, harakah Islamiyyah antarabangsa yang tunggal wajiblah bersifat desentralisasi.

Kearah Kesatuan Gerakan Islam___________________________________________________________________________
Fathi Yakan 15

Hijrah pada zaman kenabian dalam pengertian yang mendalam memamparkan uslub amal Islam
desentralisasi. Ia menunjukkan bahawa pencapaian Islam kadangkala mudah di satu tempat dan payah serta
mustahil di tempat yang lain. Ketika itu menjadi mustahak dicurahkan seluruh tenaga pada tempat yang
berpontesi dan mudah agar waktu tidak terbuang dan disia-siakan.
Logik ini dengan sendiri memestikan adanya perencanan antarabangsa dalam amal Islam di zaman
moden. Di mana ia mengarah segala potensi, kekuatan dan menggunakan segala keupayaan dengan sekaligus
pada tempat yang membuahkan hasil yang baik.
C — Fikrah
Harakah Islamiyyah haruslah bergantung kepada fikrah yang jelas bukannya emosi, sebagai asas bertolak.
Ia adalah dakwah hujjah dan dalil, dakwah rasional dan logik. Itulah satu keistimewaan dakwah Islam berbanding
dengan dakwah dakwah lain sejak dahulu sampai sekarang.
Antara syarat-syarat ideologikal ini ialah Islam itu hendaklah difahami dan didakwahkan berdasarkan
hujjah-hujjah dan tasawwur yang mendalam serta penglihatan yang umum dan jelas.
Antara syarat-syarat ideologikal juga ialah konferantasi dengan jahiliyyah heridaklah berdasarkan terlebih
dahulu kepada kajian yang berpusat di sekitar pemikiran, prinsip, wasilah (jalan) dan strategi jahiliyyah.
Dalam ertikata yang lain harakah hendaklah berusaha mengambil faedah dan pengalaman-pengalaman
ilmiyyah yang dihasilkan oleh ketamaddunan masing-masing dan dan . buah fikiran manusia dalam semua
bidang pengajian, selama mana jalan-jalan tersebut boleh dimanafaatkan untuk kebaikan umat manusia.
Harakah boleh memanafaatkan umpamanya, kajian-kajian ilmiah mengenai teori-teori baru di dalam organisasi,
cara yang paling baik dalam bidang media massa dan dalam kerja-kerja yang berhubung dengan pelajar, juga dan
segi politik atau lainnya. Dan segi kejiwaan, pemikiran, politik dan kepartian serta hubungannya dan sudut
antarabangsa, harakah boleh mengambil faedah dan pengetahuan dan luar yang sedia ada.
D — Rabbaniyyah
Akhir sekali harakah hendaklah bergantung kepada tarbiyah Rabbaniyah (pendidikan ketuhanan) sebagai
jalan pembentukkan individu-individu dan barisan kader-kadernya. Syaksiyah
Islamiyyah tidak hadir semata-mata dengan kesedaran ideologi tetapi semestinya diikuti oleh tarbiyah
sehingga Islam dijadikan sebagai neraca asas dalam memenuhi tuntutan kecenderungan, keinginan, dorongan ke
arah kebaikan dan keburukan dan batas antara halal dan haram.
Syaksiyah Islamiyyah adalah faktor asas dalam operasi merangka pelaksanaan inqilab Islam dalam
menegakkan negara Islam. Kejayaan harakah dalam membentuk syaksiyah Islamiy yah akan menjadikan Iebih
berkemampuan dan berkesan dalam mengatasi kepayahan untuk mencapai cita-cita dan harapan. Oleh itu
wajiblah dipersiapkan (kader-kader Islam) itu dengan prsiapan yang luarbiasa, baik persiapan kejiwaan dan
maknawi, persiapan ‘aqidah dan akhlak, mahupun dalam persiapan fikrah serta harakah untuk memikul peranan
yang besar. Harakah harakah yang diajak menghadapi matlamat bersama, dan menghadapi tanggungjawab yang
besar dengan meneliti lembah pengalaman-pengalaman lampau dan merancang kaedah-kaedah perjalanan masa
kini dan hari depan dengan secepat mungkin, penuh teliti dan penuh keupayaan sepertimana dituntut oleh Islam
dalam konferantasi dengan jahiliyyah yang amat penipu. Dengan demikian sahaja barulah tercapai pengertian
praktikal dan firman Allah s.w.t.
وأعدوالهم استطعتم من قوة ومن ربا ط الخيل ترهبون به عدعدوالله ودوآم
“Persiapkanlah bagi mereka itu kekuatan dan askar berkuda sedaya mungkin yang boleh menggerunkan musuhmusuh
Allah dan musuh kamu".
Allahu Akhbar Walillahil-hamd.

GALAS:PAS ATAU UMNO?

GALAS: PAS ATAU UMNO?

Suhu Politik Malaysia hangat kembali bila ADUN Galas, Che Hashim Sulaima 46, Kawasan Parlimen Gua Musang meninggal kerana sakit barah usus pada 27 September lalu di Pusat Rawatan Al Islam,Kg. Baru, Kuala Lumpur. Kematian itu menyebabkan DUN Galas kosong seterusnya memaksa SPR mengadakan pilihanraya kecil (PRK) sejak ia diisytiharkan kosong oleh DUN Kelantan.

Pada PRU Ke 12, Che Hashim Sulaima memperolehi 4399 undi mengalahkan calon BN, Mohammad Saufi bin Deraman, yang mendapat 3753 undi.Majoriti yang diperolehi oleh Che Hashim ialah 646. Undi Rosak pula ialah sebanyak 171 dan peratus keluar mengundi adalah sebanyak 80.89%.

Samada PAS atau BN, kedua-duanya belum menamakan calon-calon masing-masing pada pilihan raya kecil itu yang akan diadakan selewat-lewatnya 60 hari selepas ia diisytiharkan kosong. Namun BN telah pun melantik Tengku Razaleigh menjadi Pengarah Pilihanraya DUN Galas, sementara PAS diketuai oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Persaingan sengit diduga berlaku kerana BN melantik Ku Li sebagai Pengarahnya, memandangkan beliau adalah tokoh veteran yang memegang jawatan Menteri Kewangan suatu masa dulu dan Gua Musang berada dalam tangannya dijangka hingga ke akhir hayat.

Namun kekalahan calon BN pada PRU ke 12 menampakkan penguasaan Ku Li ke atas Gua Musang bukanlah mutlak. Tewasnya DUN Galas kepada PAS membuktikan hal ini, dan menampakkan ketidakkebalan Ku Li di Gua Musang. Sementara itu, baru-baru ini Ku Li dikatakan terlbat dalam usaha Kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak dan gas yang kini hanya diberi sebagai wang ehsan. Dalam hal ini, Ku Li kelihatan menyebelahi kerajaan Kelantan.

Rekod Ku Li semasa menjadi Menteri Kewangan Kerajaan Pusat juga bukanlah bersih. Skandal BMF yang melibatkan lebih RM 80 juta pada tahun 80an berlaku semasa beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan. Dalam skandal itu, seorang seksekutif kanan BMF dihantar ke Hongkong untuk menyiasat kes ini, namun kemudian eksekutif itu, Jalil Ibrahim mati ditembak di Hong Kong. Tidak dapat dinafikan, kematian Jalil Ibrahim ada kaitannya dengan skandal BMF itu, dan ianya boleh disifatkankan sebagai satu pembunuhan politik. Dr. Mahathir (PM ketika itu) dan Ku Li tentu tahu siapakah pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini. Akhirnya Ku Li terpinggir dari arus politik BN dan hanya memegang kerusi Parlimen Gua Musang sehinggalah ke hari ini. Manakala BN pula tidak lagi memeberikan apa-apa jawatan penting kepada Ku Li selepas beliau menubuhkan Semangat 46 dan menentang Mahathir dalam pemilihan Presiden UMNO pada dekad 80an. Dalam pertarungan itu yang hampir dimenangi oleh Ku Li berakhir dengan pembunuhan UMNO di mahkamah, di mana UMNO diisytiharkan tidak sah oleh Peguam Negara ketika itu, Tun Salleh Abbas.


Walaupun Ku Li akhirnya membubarkan Semangat 46 dan membawa semua ahlinya memasuki UMNO, namun dalam kebinet Mahathir Ku Li tidak ada tempat untuk jawatan dalam kebinet.Ia hanyalah ahli MT UMNO. Keadaan ini memungkinkan Ku Li berasa terpinggir dan kecewa dengan kepimpinan BN yang akhirnya membawa beliau membantu PAS Kelantan dalam meuntut wang royalti minyak Kelantan dari Kerajaan Pusat baru-baru ini. Karier politik Ku Li juga sudah sampai ke penghujungnya dengan meningkatnya umur beliau sejak dilahirkan pada 13 April 1937, di mana kini beliau telah pun berusia lebih 73 tahun, satu usia yang di kira agak lanjut untuk aktif semula dalam arena politik tanahair.

Soalnya sekarang kenapakah baru-baru ini UMNO ingin menggunakan Ku Li untuk memenangi Galas, setelah begitu lama beliau terpinggir dari arus perdana politik tanahair? Mampukah UMNO menawan kerusi Galas dengan bantuan Ku Li? Bagaimana pula jika Ku Li enggan membantu kerana keterpinggirannya selama ini dalam arena politik BN?

Dalam PRU ke 12 Galas mempunyai 10,330 pengundi di mana 6,255 adalah pengundi Melayu,1903 Cina,172 India dan 2000 orang asli. Ini bermakna majoriti pemilih adalah Melayu,yang kedua orang asli, ketiga India dan lain-lain kaum. Apakah pengundi Melayu memilih PAS sekali lagi? Kebobrokan yang dialami oleh UMNO kebelakangan ini memungkinkan hal ini berlaku. Tetapi bagaimana dengan politik wang dan janji-janji manis UMNO nanti. Tidakkah pengundi Melayu termakan janji-janji itu? Bagimana pula SPR, media elektronik dan akhbar yang memihak kepada BN? Apakah tidak semua ini mempengaruhi worldview pengundi Melayu?

Bagaimanapun, dalam PRU ke 12, PAS sudah pun menggalas kerusi Galas. Ini bermakna PAS masih mempunyai peluang untuk menang sekiranya pandangan politik pengundi Galas tidak berubah. Pengundi Cina dan Orang Asli dijangka turut membantu memenangkan PAS atau UMNO. Setakat ini peluang PAS dan UMNO untuk memenangi kerusi Galas adalah 50/50 berdasarkan keadaan semasa dan penguasaan BN ke atas semua instrumen kerajaan untuk mereka membelasah PAS dalam pertarungan di Galas nanti. Ya, kedua-duanya mempunyai sama-sama peluang dalam DUN Galas, dan hanya pengundi Galas yang berhak menentukannya.

AlKundangi,
10.10.2010.