Friday, March 28, 2025

Antara Doa Dan Takdir

 Antara Doa Dan Takdir


Ini kata-kata yang hilang, kutemui kembali, di helaian buku dan kamus, tentang hidup ini, kadangkala antara nasib  dan takdir berbeza rentak sehingga sebahagian kita, menyalahkan takdir atau suratan, namun emosi selalu mencelarukan keadaan kerana katanya bukan salah takdir menjadikan hidup ini menghadapi soalan, yang tak terjawabkan.


Lalu kufikir apa guna berdoa, kalau takdirnya kita akan kemalangan apa guna ikhtiar kalau kita tetap akan mati sekian hari bulan, apa guna ubat tidak menyembuhkan.


Bisakah doa mengubah takdir, atau kita tak perlu berdoa kerana nasib sudah ditakdirkan.


Antara takdir, nasib, doa dan ikhtiar, ada persoalan yang tidak terungkaikan.


Ibnulazim,

27.3.2025.

#pemuisiberkarya

#pemuisinasional

Tuesday, March 11, 2025

Beginilah

 Beginilah

(Prosaic)


Beginilah Miey, Jalan di hadapan memang berliku, sementelah lorong gelap dan lampu jalan tiada. Kiri kanan hutan rimba.


Beginilah Miey

kita terpaksa lalui jalan ini kerana ia satu-satunya jalan untuk ke sana. Walau hujan gelap, halilintar sambung menyambung.


Kita kena tempuhinya

kerana inilah takdir yang ditakdirkan untuk seorang Miey.


Semoga kaulalui ia dengan cekal dan tabah, tanpa pilihan, dan kutemani dikau dengan doaku.


Ibnulazim,

11.3.2025.

Tangkap Orang Tak Puasa

 Tangkap Orang Tak Puasa


Ada laporan kelmarin kalau tidak silap dalam Malaysiangazzet Dua orang warga tua lingkungan 50an ditangkap pihak berkuasa agama kerana makan roti bakar Dan teh tarik di tempat tertutup.


Dalam ulasan beberapa netizen persoalkan perlukah tindakan demikian.Puasa adalah rukun ketika lslam selepas syahadah Dan solat.


Memang Puasa wajib, tapi mereka makan ditempat tertutup, Dan mungkin mereka ada alasan tidak mampu Puasa kerana sakit atau sudah tiada upaya. Dalam kes begini mereka perlu bayar fidyah.


Tindakan pihak berkuasa agama itu dipandang kurang wajar oleh sebahagian netizen. Kenapa mereka tidak menyantuni asnaf, anak yatim Dan sebagainya sebagai islah memperbaiki masyarakat. Kita pun berpendapat kurang wajar tindakan itu, sedangkan yang berkeliaran tidak solat jumaat di pasaraya bersepah jika ingin ditangkap.


Pihak berkuasa agama juga sering meyerbu hotel atau tempat penginapan untuk mencari mereka yang melakukan maksiat. Adakah tindakan ini lslamik? Banyak kerja lain yang boleh dilakukan oleh mereka untuk mengurangkan gejala buruk dalam masyarakat. Dakwah Dan pendidikan adalah sebahagian usaha untuk lslah.


Tidak perlulah membuang masa Dan Wang untuk menghapuskan maksiat, yang kesannya boleh dipertikaikan.


Ambillah tindakan yang lebih logik Dan berakal dalam memperbaiki masyarakat yang sudah rosak dengan pelbagai kemudahan hiburan Dan bebas melakukan maksiat.


Wallahhu a'klam.

10.3.2025.