Antara Doa Dan Takdir
Ini kata-kata yang hilang, kutemui kembali, di helaian buku dan kamus, tentang hidup ini, kadangkala antara nasib dan takdir berbeza rentak sehingga sebahagian kita, menyalahkan takdir atau suratan, namun emosi selalu mencelarukan keadaan kerana katanya bukan salah takdir menjadikan hidup ini menghadapi soalan, yang tak terjawabkan.
Lalu kufikir apa guna berdoa, kalau takdirnya kita akan kemalangan apa guna ikhtiar kalau kita tetap akan mati sekian hari bulan, apa guna ubat tidak menyembuhkan.
Bisakah doa mengubah takdir, atau kita tak perlu berdoa kerana nasib sudah ditakdirkan.
Antara takdir, nasib, doa dan ikhtiar, ada persoalan yang tidak terungkaikan.
Ibnulazim,
27.3.2025.
#pemuisiberkarya
#pemuisinasional