Saya tidak berpoligami. Saya hanya ada seorang isteri sahaja. Namun saya lihat dalam laman sosial sesetengah pihak menunggang dalil dengan cara yang salah berkaitan poligami.
Ada yang mengatakan Rasulullah poligami dengan janda, jadi jika hendak ikut sunnah perlu lah poligami mengahwini dengan ibu tunggal juga, bukan hanya dengan anak dara.
Pemahaman ini tidak tepat. Jika hendak guna pemahaman senget begitu, maka kita juga perlu ingat. Ketika Rasulullah masih bujang dan berkahwin dengan Khadijah, sewaktu itu Khadijah merupakan:
- Janda
- Ibu tunggal yang mempunyai anak
- Wanita kaya
Adakah seseorang lelaki bujang dianjurkan cari wanita kaya untuk berkahwin? Adakah lelaki bujang dianjurkan kahwin dengan ibu tunggal yang mempunyai anak? Sudah semestinya tidak.
Sekiranya lelaki yang hendak monogami (mempunyai seorang isteri sahaja dalam satu satu masa) guna kriteria dan ciri ini ketika hendak berkahwin, maka akan ramailah wanita di Malaysia yang tidak akan bersuami.
Lelaki senyum saja baca tulisan ini setakat ini kan? Haa, meh saya nak nasihat lelaki. Pihak lelaki yang nak berpoligami pula saya nak nasihatkan. Jangan lupa adil dalam pemberian zahir adalah kewajipan. Jangan sampai bahu anda "rebeh" di akhirat akibat tidak adil.
Poligami ibarat makan nasi. Tidak semua orang ingin tambah. Tetapi jika tambah maka perlu bertanggungjawab bayar lebih.
Ingat, beras kita beli. ;)
Dr Rozaimi Ramle
No comments:
Post a Comment