AKUKU
Entah mengapa
Tuhan ciptakan kau dan aku, cintakan keindahan, alam semesta, pelangi, langit biru, salji, wanita cantik adalah sebahagian keindahan, justru jangan cemburu, aku mudah jatuh hati terhadap sesuatu yang indah, termasuk wanita, Tuhan ciptakan ia sebagai ubat penawar gelisah, memang manusia makhluk gelisah, selalu mencari penawar ubat kegelisahan.
Jangan kaucemburu aku akan tidak jatuh hati kepada sesiapa pun kerana Tuhan telah janjikan wanita tercantik bernama bidadari
suatu hari nanti.
Aku tetap aku
sekalipun siti zulaikha atau ratu balqis menawarkan cintanya tanpa tanya.
Aku tetaplah diriku menyintai keindahan kerana demikian wujudnya aku
dalam perwatakan.
Ibnulazim,
Gerai 26, BTP
2.5.2025
No comments:
Post a Comment