Fungsi Sajak Dalam Masyarakat Moden
Masyarakat moden bermaksud masyarakat yang menganut faham individualisme, yang menjaga hak dan lingkungannya sendiri tanpa mahu berkongsi dengan orang lain. Masing-masing akan memperlihatkan kebolehan individual untuk menunjukkan kewujudan diri. Seandainya wujud persamaan dalam pengkaryaan, akan lemahlah karya tersebut kerana dianggap meniru. Peniruan dianggap sebagai suatu dosa.
Bagaimanapun, fungsi sajak dalam kehidupan manusia tetap sama dengan fungsi tradisional. Sajak boleh menyampaikan didikan, menghiburkan duka lara, menaikkan semangat, melepaskan kemarahan secara berkias, dan sebagainya. Apakah puisi atau sajak? Banyak tanggapan telah diberikan untu memaknai sajak.
ii. HB Jassin: (perasaan), pengucapan perasaan, pemikiran dan tanggapan.
iii. MS Hutagalung: (menggambarkan)…puisi menggambarkan pemikiran dan perasaan.
iv. Slamet Mulyana: puisi ialah sintesis daripada pelbagai proses peristiwa bahasa yang telah tersaring semurni-murninya dan pelbagai proses jiwa yang mencari hakikat pengalamannya, tersusun dengan sistem korespondensi dalam salah satu bentuk.
v. William Wordsworth: curahan emosi yang spontan yang diingatkan kembali sewaktu tenang.
vi. Samuel Tailor Coleridge: kata-kata terbaik dalam susunannya yang terbaik (the best words in their best order).
vii. Leigh Hunt: gelora perasaan yang bersifat imaginatif
viii. Mathew Arnold: poetry is the criticism of life (puisi ialah kritikan kehidupan).
ix. Clive Samson: bentuk pengucapan yang tersusun padat yang mengungkapkan pengalaman intelektual, imaginatif dan emosional.
x. Herbert Spencer: Puisi merupakan bentuk pengucapan gagasan yang bersifat emosional dengan mempertimbangkan efek keindahan.
xi. Thomas Carlyle: puisi merupakan ungkapan fikiran yang bersifat muzikal.
xii.. TS Eliot: puisi mengungkapkan kebenaran.
Lalu Herman Waluyo (1987: 25) meringkaskan takrif puisi sebagai "bentuk karya sastra yang mengungkapkan pikiran dan perasaan penyair secara imajinatif dan disusun dengan mengkonsentrasikan semua kekuatan bahasa dengan pengkonsentrasian struktur fisik dan struktur batinnya." Takrif dan ciri ini, secara tidak langsung, telah memberikan pengiktirafan kepada sebarang bentuk puisi–walaupun puisi itu sukar difahami oleh orang lain–kerana ia menghormati fikiran dan perasaan penyair yang diungkapkan secara imaginatif.
Prof Saleh Rahamad
17.5.2025, Fb .
No comments:
Post a Comment