Saturday, May 1, 2010

PERKEMBANGAN MUTAKHIR POLITIK MALAYSIA

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor telah pun tamat. Umno/Bn menang dengan kelebihan undi seribu lebih. Sebahagian besarnya tentunya datang dari undi tentera yang memang memihak UMNO/BN. Zaid Ibrahim tewas dengan majoriti kecil sahaja. 20,000 undi lebih adalah satu jumlah undi yang besar yang boleh menentukan momentum politik Malaysia pada masa depan. Ini juga bermakna PKR diterima di Hulu Selangor, satu fakta yang berbeza dengan apa yang dilaung-laungkan oleh media massa milik BN sejak kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong.

2. Isu APCO yang menjadi hangat sejak dibangkitkan oleh DS Anwar masih menghantui kerajaan BN. Bagaimana APCO meresap masuk menembusi sistem keselamatan negara khasnya PDRM hanya PM dan kuncu-kuncunya sahaja yang arif dalam hal ini. Kita hanya boleh menduga adanya hubungan sulit di antara BN dan Israel. Mereka lebih pentingkan survival politik mereka dari survival umat Islam. Pelastin sentiasa menjadi sasaran Israel, namun BN bersahabat dengan Israel. Hal ini samalah sifatnya orang-orang munafik seperti yang digambarkan di awal surah Al Baqarah. Orang Islam seharusnya menilai perkara ini dengan saksama dan menilai semula sokongan mereka terhadap UMNO/BN.

3.Isu Altantuya juga belum selesai. Ia tetap menghantui ketua BN itu. Bayang-bayang kes itu memungkinkan Pm tidak nyenyak tidur saban malam. Begitu juga dengan komisyen pembelian kapa selam dari Perancis yang dikaitkan dengan pembunuhan model Monggolia itu.

4. Khabarnya Ezam yang dulunya sahabat baik DS Anwar dan bekas Ketua Pemuda Keadilan akan menjadi Senator. Berbaloikah apa yang akan diperolehinya sedangkan dosa mengkhianati perjuangan jauh lebih besar dari itu?

AlKundangi,
1 Mei,2010.

No comments:

Post a Comment