Wednesday, September 8, 2010

CARA HIDUP ISLAM-RINGKASAN

AL MAA’IDAH : 3

“Pada hari ini, telah Kusempurnakan bagimu agama kamu dan telah Kucukupkan nikmatKu kepada kamu dan telah Kuredhai Islam itu menjadi agama untuk kamu.”

ALI ‘IMRAN : 19 & 85

“Sesungguhnya agama
(yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam ”

TAKRIFAN ISLAM

Syeikh Taqiuddin An-Nabhani,
Sistem Islam
“Islam adalah agama yang diturunkan Allah kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW untuk mengatur hubungan manusia dengan KhaliqNya, dengan dirinya dan dengan manusia sesamanya….”
Agama yang diturunkan Allah

Dengan ini menafikan agama-agama ciptaan manusia seperti :

Conficious Hindu
Saitoisme Ayah Pin
Buddha Diego Maradona
DSB

Kepada Nabi Muhammad SAW
Dengan ini termansukhlah agama yang pernah diturunkan oleh Allah kepada Nabi dan Rasul sebelum Nabi Muhammad.

Nabi Isa a.s melalui kitabnya Injil.

Nabi Musa a.s melalui kitabnya Taurat.

Menolak agama samawi lain seperti
Kristian dan Yahudi.
Mengatur Hubungan Allah dengan hambaNya

Meliputi aspek Aqidah dan Ibadah mahdah :
• Solat
• Puasa
• Zakat
• Haji
• Dsb

Mengatur hubungan individu dengan dirinya sendiri
Merangkumi apa yang perlu dia lakukan untuk keperluan dirinya seperti aspek pemakanan, pakaian, dan akhlak.

Mengatur hubungan manusia dengan manusia
Meliputi aspek muamalah (sistem ekonomi, sistem pemerintahan, sistem sosial, polisi pendidikan, dasar luar negeri dsb) dan Uqubat (Hudud, takzir, jinayat, dan mukhalafat)

RUANG LINGKUP AJARAN ISLAM

2.Doktrin asas Islam sebagai cara hidup (the way of life)
Aqidah Ruhiyyah (Spiritual/Rohani)
Hubungan langsung dengan Allah :
Aqidah dan Ibadah

Aqidah Siyasiyyah (Politik)
Mengatur urusan hidup :
Makanan, pakaian, akhlak, muamalah
dan uqubat (sistem penghakiman)

ISLAM : AGAMA DAN MABDA’(IDEOLOGI)

Islam bukan sekadar agama malah islam juga mabda’ , kerana ia bukan saja mengurus masalah ruhiyyah(rohani/spiritual) tetapi meliputi masalah politik( siyasiyyah) .
Berbeza dengan agama lain seperti Kristian, Yahudi, Hindu, Budha, Conficious dan yang lain-lain, yang hanya mengajar aqîdah rûhiyyah, justeru agama-agama ini hanya mempunyai sistem yang merangkumi urusan rûhiyyah saja, seperti cara melakukan ritual, sedangkan sistem yang melibatkan urusan keduniaan tidak diatur.
Begitu juga dengan Kapitalisme ,Komunisme Sosialisme hanya mempunyai sistem yang menyangkut urusan siyâsiyyah saja, seperti cara melakukan aktiviti ekonomi, politik,sosial, pendidikan dan sebagainya, sementara dimensi rûhiyyahnya tiada.

Metod dalam Mabda’
(Ideologi) Islam

Metod menerapkan aqidah dan hukum syara’ oleh negara.
Sebagai contoh Islam melarang seorang melakukan zina. Oleh itu jika ada individu yang berzina akan dikenakan hukuman 100x sebatan untuk yang belum berkahwin dan yang sudah berkahwin direjam sampai mati.

Islam dtg membenarkan pemilikan peribadi, tetapi jika tidak ada penguatkuasaan maka ianya tinggal sbg ajaran yang tidak ada method. Oleh itu Islam menguatkuasakannya dengan hukuman pemotongan tangan kepada pencuri.

Metod dalam Mabda’
(Ideologi) Islam
Metod mempertahankan aqidah dan hukum syara’

Melaksanakan hukuman (uqubat) kepada orang yang melanggar aqidah dan hukum syara’ : Orang yang murtad dibunuh, orang meninggalkan solat dikenakan ta’zir, orang yang mencuri dipotong tangan, orang yang membuka aurat ditempat umum dikenakan ta’zir, orang yang melakukan rasuah dikenakan ta’zir dsb.
Metod dalam Mabda’
(Ideologi) Islam
Metod Menyebarkan Aqidah dan hukum syara’.

Membawa Aqidah Islam kepada mereka yang belum meyakini .
Dakwah dan jihad dilakukan oleh Khilafah Islam. Dakwah Islam kepada org non-muslim di dalam negeri adalah dgn cara melaksanakan semua hukum islam, sehingga mereka menyaksikan cahaya islam dan akhirnya memeluk islam.

SEJARAH PENERAPAN MABDA’ DALAM PERADABAN MANUSIA

Mabda’ (Ideologi) Islam
Negara Islam yg didirikan Rasulullah saw berhasil menyaingi dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi hanya dlm masa 13 tahun .

Melalui jihad, Khilafah pernah memerintah Sepanyol(800 thn), Portugal(600 thn), Greece(500 thn), dan Bulgaria(500 thn).

Sepanjang itu, penduduk daulah hidup dlm suasana yg aman, damai, dan dinamik. Dan ini menjana minda rakyat Daulah Khilafah untuk maju dan muncul sebagai tamadun dunia yang hebat.

SEJARAH PENERAPAN MABDA’ DALAM PERADABAN MANUSIA

Dalam bukti sejarah, banyak catatan sejarah telah dibukukan samada dalam sirah mahupun tarikh. Seperti Sirah Ibnu Ishaq, Maghazi Al-Waqidi, Thabaqat Ibnu Sa’ad, Sirah Ibnu Hisyam, Tarikh Ibnu Katsir dsb.

Buku-buku ini memberi gambaran bagaimana Islam diterapkan sepanjang berabad-abad. Selama 1300 thn lebih berdirinya Islam sebagai suatu mabda’(ideologi) antaranya bilangan kes mereka yg dipotong tangan akibat sabit kesalahan mencuri dan dikenakan hukuman hudud terhadap mereka adalah berjumlah 200 kes sahaja.

SEJARAH PENERAPAN MABDA’ DALAM PERADABAN MANUSIA

Mabda’(Ideologi) Komunisme
Pendiri komunisme di Rusia iaitu Karl Marx yang berketurunan yahudi pernah berkata bahawa :
“ Manusia adalah pencipta agama, bukan agama pencipta manusia”

Adolf Hitler yang terkenal sebagai diktator Jerman melalui bukunya "Mein Kampf", yang bererti "Perjuangan Saya", menunjukkan kepercayaannya kepada konsep Darwin.

Tokoh-tokoh Komunisme lain ialah Lenin, Stalin, Benito Musolini di Itali dsbnya.Kerana kepercayaan mereka terhadap teori evolusi Darwin menyebabkan pemerintahan di bawah mereka benar-benar kejam, zalim dan di luar batas kemanusiaan.

SEJARAH PENERAPAN MABDA’ DALAM PERADABAN MANUSIA

Sepanjang menularnya mabda’ ini dapat disimpulkan bahawa :

Komunisme – Atheisme/Darwinisme adalah
himpunan dari berbagai teori/konsep falsafah yang
bersumberkan akal semata.Teori evolusi Darwin telah
mengajar mereka bahawa mereka berasal daripada
haiwan, seperti mana haiwan bergaduh untuk terus
hidup, mereka juga harus berkelakuan seperti itu.

Bersifat anti-agama

Dalam bidang sosial – sistem kelas
diwujudkan dan diperjuangkan.

Dalam bidang ekonomi – menghapuskan
hak pemilikan peribadi.

SEJARAH PENERAPAN MABDA’ DALAM PERADABAN MANUSIA

Beberapa contoh kekejaman telah dialami di dalam setiap negara yang diambil alih oleh Komunis, Kambodia, Korea Utara, Laos, Vietnam dan Eropah Utara dan negara-negara Afrika. Korban berdarah ini telah diatur di dalam buku The Black Book of Communism seperti berikut:

• Hukuman bunuh dengan berbagai-bagai cara spt skuad menembak, gantung, lemas, pukul, dan di dlm kes-kes tertentu gas, racun atau “kemalangan kereta”

• Kemusnahan populasi melalui kelaparan, kebuluran yang dibuat-buat, menyekat makanan, atau kedua-duanya; pengasingan, di mana kematian boleh berlaku di dalam perjalanan dari satu tempat ke satu tempat (sama ada disebabkan fizikal letih atau dikurung di tempat tertutup), atau melalui kerja berat (keletihan, sakit, kelaparan, kesejukan).




SEJARAH PENERAPAN MABDA’ DALAM PERADABAN MANUSIA
Anggaran kasar berikut yang berdasarkan anggaran tidak rasmi, dapat memberikan ukuran jenayah-jenayah ini:
• Kesatuan Republik Sosialis Soviet : 20 juta kematian
• China : 65 juta kematian
• Vietnam : 1 juta kematian
• Korea Utara : 2 juta kematian
• Kemboja : 2 juta kematian
• Eropah Timur : 1 juta kematian
• Amerika Latin : 150,000 kematian
• Afrika : 1.7 juta kematian
• Afghanistan : 1.5 juta kematian

SEJARAH PENERAPAN MABDA’ DALAM PERADABAN MANUSIA

Mabda’(Ideologi) Kapitalisme.

Istilah kapitalisme bererti kekuasaan ada di tangan kapital, sistem ekonomi bebas tanpa batas yang bersandarkan pada keuntungan, Terdapat tiga unsur penting dalam kapitalisme: mengutamakan kepentingan peribadi (individualisme), persaingan dan mencari keuntungan.

Mabda’ ini menjadikan sekularisme sebagai kayu ukur dalam perjuangannya. Memisahkan agama dari kehidupan( faslud deen’ anil hayah) .

SEJARAH PENERAPAN MABDA’ DALAM PERADABAN MANUSIA

“Masyarakat kapitalis” merupakan individu yang bersaing di antara satu sama lain dalam keadaan yang sangat sengit dan kasar. Seperti yang dijelaskan Darwin ini adalah pertarungan, di mana yang kuat akan tetap hidup, sedangkan yang lemah dan tak berdaya akan terinjak dan musnah.


SEJARAH PENERAPAN MABDA’ DALAM PERADABAN MANUSIA

Realiti di Malaysia :

Sudut Pemerintahan : Melaksanakan Demokrasi Berparlimen – sebuah sistem yang dicedok sepenuhnya dari penjajah.Manusia bebas membuat undang-undang, menggubal, meminda dan menghapus sesuka hati hanya dengan undi majoriti.

Sudut Ekonomi : Riba menjadi tunjang kepada byk aktiviti perdagangan, khususnya perbankan. Judi dan arak dibenarkan sekiranya mempunyai lesen.
Hak umum rakyat yang wajib disediakan secara percuma oleh pemerintah spt pendidikan, kesihatan, petrol, air, jalanraya dan lain-lain dikenakan bayaran sesuka hati oleh pemerintah.

SEJARAH PENERAPAN MABDA’ DALAM PERADABAN MANUSIA

Mahkamah Luluskan Permohonan Murtad
Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang meluluskan permohonan murtad oleh seorang wanita yang bernama Siti Fatimah, 39 yang nama asalnya ialah Tan Ean Huang. Siti Fatimah diwakili oleh peguam syarie Ustaz Ahmad Jailani. Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat dari pelbagai kaum seharusnya menerima keputusan ini. Keputusan mahkamah itu dibuat selepas majlis penasihat membuat pertimbangan sewajarnya dan seharusnya diterima oleh orang ramai [UM 09/05/08]

SEJARAH PENERAPAN MABDA’ DALAM PERADABAN MANUSIA

Minyak sebagai milkiah al ammah (milik umat) dieksploitasi sumber oleh pihak tertentu. Hasil keuntungan tidak dipulangkan kepada rakyat.



SEJARAH PENERAPAN MABDA’ DALAM PERADABAN MANUSIA

Kompoun RM500 kerana tidak menutup aurat
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB – BRI) menguatkuasakan Kod Etika Pakaian dengan mengenakan kompaun sebanyak RM500 ke atas pekerja wanita Islam di premis-premis perniagaan yang tidak berpakaian menutup aurat, manakala yang bukan Islam disyaratkan berpakaian sopan. [Utusan Malaysia 9/9/2006]

Projek Ternakan Babi RM100juta

SHAH ALAM 6 April - Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor meluluskan projek mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang. [UM 07/04/08].

SEJARAH PENERAPAN MABDA’ DALAM PERADABAN MANUSIA
Dari sudut sosial : Black Metal

SEJARAH PENERAPAN MABDA’ DALAM PERADABAN MANUSIA
Dari sudut sosial : Pembuangan bayi


SEJARAH PENERAPAN MABDA’ DALAM PERADABAN MANUSIA
Dari sudut sosial : Budaya Coupling


AL- BAQARAH: 208

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”

ISLAM KAFFAH WITH KHILAFAH…
THE ONLY SOLUTION !!!
TAMAT


alRembauwi,
8.9.2010

No comments:

Post a Comment