Saturday, April 26, 2025

Perancis Dan Islam

 Perancis pernah kumpul 400 orang ulama Islam dan penggal kepala mereka guna parang. Masa penjajahan di Chad tahun 1917, dan masa masuk bandar Laghouat di Algeria tahun 1852, Perancis bakar hidup-hidup dua pertiga penduduknya dalam satu malam saja.


Dari tahun 1960 sampai 1966, Perancis buat 17 ujian nuklear di Algeria – jumlah mangsa tak diketahui tepat, tapi dianggarkan antara 27,000 sampai 100,000 orang. Kesan radiasi tu masih terasa sampai hari ni. Bila Perancis berundur dari Algeria tahun 1962, mereka dah siap tanam ranjau – lebih banyak dari jumlah penduduk Algeria masa tu: 11 juta ranjau.


Perancis jajah Algeria selama 132 tahun. Dalam 7 tahun pertama saja, 1 juta Muslim dibunuh. Dan dalam 7 tahun terakhir sebelum mereka keluar, lagi 1.5 juta orang jadi mangsa. Sejarawan Perancis, Jacques Gorky anggar jumlah keseluruhan rakyat Algeria yang dibunuh Perancis sejak 1830 sampai 1962 mencecah 10 juta orang Muslim.


Perancis jajah Tunisia 75 tahun, Algeria 132 tahun, Maghribi 44 tahun, dan Mauritania 60 tahun.


Masa kempen ketenteraan di Mesir, askar Perancis masuk masjid naik kuda, rogol wanita depan keluarga sendiri, minum arak dalam masjid, dan tukar masjid jadi kandang kuda.


Tapi akhirnya, mereka pulak tuduh Islam agama pengganas dan Nabi kita kononnya nabi keganasan. Ironinya, ada juga yang bangga dengan ‘tamadun’ Perancis dan siap bela lagi, lupa sejarah hitam mereka.


Inilah Perancis. Jangan lupa ingatkan mereka siapa mereka sebenarnya.

Tuesday, April 15, 2025

Membaca Kepenyairanmu Perempuan-Yatim Ahmad

 MEMBACA SEJARAH KEPENYAIRANMU PEREMPUAN 


TERATAI ABADI atau nama pena kepada Khadijah Abadul Rahman adalah antara penyair wanita pernah dilahirkan sastera alam maya paling mengesankan dalam tempoh 10 tahun sejak 2010 hingga 2017. 


Mengenali Teratai Abadi atau kebanyakan sahabatnya memanggil Cik Ta bermula sebagai penulis marhaen, bertatih di beberapa grup  sastera termasuk grup sastera pelbagai negara (berpusat di Indonesia), dimana saya mengenalinya, hingga di grup sastera  alam maya negara seperti Jom Sastera, kemudian terasuh merintasi kenegerian ke peringkat kebangsaan, menjadikan dia penulis wanita mampu menakluk persada perdana.


Sebelum tiba di penghujung hayatnya, bintang penyair berasal Kubang Kerian, Kota Bahru, Kelantan, mencapai puncak apabila menerima Hadiah Sastera Perdana  Malaysia 2015/16. 


Sempat juga saya mendapatkan sajaknya untuk siaran akhbar New Sabah Times sebelum Cik Ta mengambil keputusan fokus rawatan sakitnya sebelum meninggal pada 10 Disember 2017. Keriuhan dihadapinya dengan tenang disebalik keluhannya karenah sastera kalangan elite begitu meletihkan dia.  


Sajaknya berjudul Nan Begitulah ditulis pada 11 Ogos 2013 adalah sajak terawal Cikta mula menjurus kepada keberangkalian atau kemungkinan (gambaran) bahawa dia tidak akan hidup lama, menyedari sesuatu pada tahap kesihatannya. Saya dan beberapa rakan hanya mengenang betapa tabahnya insan bernama Cik Ta hingga akhirnya dia rela menerima panggilan yang sudah dekat.


Dan akhirnya pada 2016 dan 2017 sajak-sajak Cik Ta begitu jelas mengambarkan bahawa dia akan kembali kepada yang menciptakan ilham kepadanya.


Sajak dan profil Allahyarhamah Cik Ta adalah antara seratus Lapan puluh tiga penyair wanita dikandung Antologi Cinta di Pintu Mihrab terbitan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), 2023.


Susunan isi kandung antologi ini menarik kerana dibahagi beberapa bahagian iaitu barisan kepimpinan Tertinggi Wanita Gapena, Dalam Kenangan (sajak oleh penyair wanita yang meninggal dunia) dan sajak Penyair Wanita Malaysia 1950-1979, Penyair Wanita Malaysia 1980-2020.


Antologi tebal 202 ini dielenggarakan Norazimah Abu Bakar, Zurinah Hassan dan Siti Zainon Ismail. 


Ia dimulai prakata Presiden Gapena Datuk Haji Zainal Abidin Datuk  Wira Haji Borhan, kemudian  kata pengantar oleh Sasterawan Negara Datuk Dr Siti Zainon Ismail, Manakala Sasterawan Negara Dato Dr Zurinah Hassan berikan latar belakang perkembangan kepenyairan wanita negara.


Terima kasih kepada Norazima juga Setiausaha Kerja Gapena kerana pengiriman antologi ini. 


Norazima memasuki dunia Gapena pada 2016 bermula sebagai Setiusaha Pojek Gapena, sebelum dilantik sebagai Setaiausaha Kerja yang saya kenali adalah 'arkitek' membangunkan nuansa deko Rumah Gapena hingga seperti yang dilihat sekarang.


Kami pernah bekerjasama anjur baca puisi di Rumah gapena dahulu ketika itu Gapena seperti ayah atau ibu ditinggalkan anak-anak (ahli gabungan), datang ke rumah hanya bertanykan peruntukan (kewangan). 


Pada keringkasan ini saya (juga mewakli Ahli Majlis Tertinggi Jom Sastera) mengambil kesempatan ucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada Azimah dan semua pihak penerbitan Gapena serta penyair wanita Malaysia.


InsyaAllah saya akan resensikan antologi ini kerana banyak yang perlu kita telusuri perkembangan kepenyairan wanita seperti pada prakata Dr Siti Zainon dan Dr Zurinah.


Sejarah kepenyairan wanita adalah gemilang dan antologi ini patut dimiliki oleh semua penyair wanita Malaysia dan silalah berhubung Azimah mendapatkan buku amat berharga kepada wanita penyair kenal sejarah untuk diteladani.


Kerana sastera akan datang ditunjangi wanita, maka perkasakan kepenyairan dari sejarah, menerusi pengalaman dan dedikasi mereka

Membaca Sisipan Ramadan-Yatim Ahmad

 MEMBACA SISIPAN RAMADAN 


KEBETULAN buku Kumpulan Esei Memasuki Taman Puisi oleh Siti Zainon Ismail turut memuatkan esei mengenai Marzuki Ali, menjadikan pembelian buku saya agak lengkap hari ini. 


Lengkap kerana saya turut membeli Puisi Duyung Puisi Rakyat oleh Marzuki Ali, yang mana esei mengenai beliau ada di buku Siti Zainon.


Antara dua persona tokoh sastera negara, Siti Zainon (Sasterawan Negara Datuk Dr) dan Marzuki pernah menetap di Sabah.


Dr Siti Zainon pernah bertugas di Univeriti Malaysia Sabah kira-kira tujuh tahun lalu, manakala Marzuki pernah berhijrah ke Sabah pada 1970-an sebelum melanjutkan pembelajaran di Jakarta.


Buku esei Siti Zainon diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2009, memuatkan tiga judul utama membabitkan pensejarahan pengarang kreatif wanita negara dengan fokus kepada kepeyairan Zaihasra (Allahyarham) dan tokoh penyair Terengganu Nor Aini Muhammad, selain perbincangan umum penyair wanita termasuk Zaiton Haji Ajamain (Datuk) dan Zurinah Hasaan (Sasterawan Negara, Dato), Salmi Manja dan beberapa penyair pendahulu wanita pada 1970-an dan 80-an, selain esei T Alias Taib. Ismail Zam-Zam dan Rejab F I.


Marzuki pula menerusi buku Puisi Duyung Puisi Rakyat banyak mengambarkan keindahan Terengganu seperti sajak Kuala Terengganu, Jambatan Duyung, Tanjung Kuala, dan Pulau Duyung.


Baharu saya tahu ada nama sungai Terengganu Mati, tapi diteggelamkan selepas pembinaan empangan Tasik Kenyir.


Pada 2023 Marzuki menerima anugerah Cekal Sastera Negeri Terengganu.  


Buku ini dietrbitkan DBP, 2003.


Tidak keterlaluan kalau saya berkata Marzuki lebih dikenali oleh kebanyakan pengarang kreatif di Sabah berbanding negerinya Terengganu kerana semasa di Sabah (1970-an) beliau giat bersama BAHASA dan menubuhkan kumpulan Teater Anak Seni bersama Sairah Antin (Allahyarhamah), serta rakan seangkatan Zaiton, Mariam Omar, Rubiah Dullah, dan Robiah Nordin.


BAHASA kini diterajui Datuk Jasni Matlani.


Saya sebenarnya berjalan-jalan dipinggir Bandaraya Kota Kinabalu, membawa rasa saya.  Makna 'rasa' kalau orang Sabah  mungkin kurang sihat atau di sini saya gunakan terkenang saudara mara telah meninggal. Rindu saya. Ramadan membuat kita dekat kepada arwah dan emosi pun terbuai masa lalu pernah kita bersama mereka. Seandainya masih ada, tentu saya sudah pulang ke rumah mereka semalam dua, macam dulu saya lakukan.


Tidak tahu bagaimana saya boleh sampai dikedai buku. Saya jadi ghairah pada mulanya mahu membeli alat lukisan. Entah untuk apa alat lukisan sudah banyak.


Kemudian saya terpandang beberapa buku dan memilih terbitan DBP. Dua buku yang menjadi perolehan saya sekarang berharga RM5 tiap satu (harga asal RM34 dan RM30 (Marzuki).


Jikalaulah bekalan buku Siti Zainon masih ada di kedai buku DBP, saya syorkan penulis wanita membeli sebab sejarah kepengarangan wanita negara patut direnungkan untuk mengalas kreatifan mereka pada masa akan datang. Pemahaman Sejarah sebenarnya  mengukuhkan kepenyairan wanita (dan umum) kerana ia bagaikan 'nasihat' kepada yang mahu kekal berjaya dan bidang ini.  


Tidak dinafikan pengarang kreatif wanita terutama perpuisian memang penting dan maju sekarang, tetapi asas kekuatan kepenyairan itu perlu juga dibentuk dari kefahaman sejarah -bagaimana pemula wanita puisi negara bermula.     


Sementara menanti ketibaan bungkusan pos laju Sejarah Nabi Muhammad (saw), Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan  Sumber awal, saya fikir dua buku ini akan saya telaah dan beri resensi berasingan kelak. InsyaAllah.


*foto kulit buku Muhammad (saw) google

Pemberotakan Dalam Sajak- 2-Yatim Ahmad

 ROMANTISME DALAM PERSAJAKAN: Ritual Gaya Bahasa (2)


MENYEDIAKAN kulit buku bukanlah kepakaran saya, selama lebih 60 judul antologi karya (sajak dan cerpen) Jom Sastera yang saya terbitkan sejak 2016, saya hanya bagi cadangan idea kepada illustrator, berikan gambaran yang agak tersuai. 


Tapi apabila editor buku DBP Zaharahanum Kamarudin mencadangkan saya melukis kulit depan untuk dinilai (2024), saya berfikir - apalah yang sesuai dengan purnama dan kaitan kalimat sihir. Saya ke google dan buat carian foto bulan. Kemudian saya masuk bilik tulis saya dan nampak pula kad manila berwarna hitam bersandar di dinding,


Saya ambil dan cari pula alat lukisan dan pewarna. Saya melakar bumi dan bulan dan kemudian saya berfikir sesuatu dan saya lakar buaian antara bumi dan bulan. Dengan tekniuk percikan warna, saya perlahan-lahan siapkan dan bahan mentah lukisan itu saya hantar ke Zaharahanum dan mendapat maklum balas yang membersangkan. 


Pada mulanya Saya gantungkan buaian dan orang itu dari sepohon kayu tinggi  di bumi, tetapi saya terfikir judul 'sihir' dan kemudian saya ubah ia tergantung antara langit dan bumi. 


Jikalau diteliti betul, tebaran bintang-bintang itu adalah titik zodiak dari Taurus dan Leo, juga Aries, Gemini, Canser, Virgo, Scorpio, Sagittarius, Copricorn, Aquarius dan Pisces.


Juga bintang pemburu atau buruj belantik atau bintang tiga beradik yang diberi nama oleh orang Melayu pada tiga titik bintang terang, kalau Inggeris memanggil Orion The Hunter. Titik tengah Orian yang saya buat itu ditutup huruf s (sihir) di kulit buku. 


Namun, apabila lukisan saya diterima oleh pihak editor, dan sampai kepada pihak pereka bentuk buku DBP, warna pun mengkilau seperti dicetak. Kebiruan, ungu serta habuk angkasa begitu menyerlah. 


Terima kasih designer DBP.


Saya memilih aliran romantis(me) dalam persajakan kerana ia 'menyerupai' laporan akhbar iaitu disampaikan teknik memberitahu atau bercerita atau seolah-olah kita bercerita sesama. 


Saya mengambil aura orang dulu-dulu menyampaikan dongeng dan bayangkan di hadapan saya seorang penglipur lara duduk mengenakan tanjak kain pelikat dan tangannya bergerak sesuai kisah disampaikan. 


Jikalau saudara pernah melihat kulit novel Azizi Haji Abdullah (Allahyarham) Seorang Tua di Kaki Gunung (DBP), begitulah ekspresi muka Tukya yang saya bayangkan.


Saya sebenarnya bereskprimen sajak-sajak aliran romantis ini sejak belas tahun lalu, saya tidak ingat, di mana Bung Naddin Haji Shaiddin, Hasyuda Abadi (Sasterawan Negeri sabah) dan Jasni Matlani (Datuk, Sasterawan Negeri Sabah), sesekali berikan penialain mereka. 


Belasan tahun lalu atau 20 tahun -30 thun lalu saya bukan serius sangat sastera, kecuali turut menulis laporan kegiatan DBP, tapi saya menulis juga, termasuk mendapat galakan tokoh sastera K Bali (Allahyarham) semasa kami satu bumbung di Sabah Times pada 1980-an). Masa itu arwah menjaga meja sastera dan editor BM Sabah Times masa itu ialah abang Emin Madi, kemudian Lokman Sunggim.


Sajak pertama saya siar di Harian Ekspress (Daily Express) pada 1980-an kalau tidak silap atau 1979, yang saya ingat hanya ayat "tanpa luka di hujung senja'. Entah apa yang saya cerita dalam sajak itu (judul pun tidak ingat). Mungkin seperti orang lain mula-mula belajar menulis, soal cinta. yang menyiar sajak saya itu ialah Editor Harian Ekspress, Bung Surya (Surya Irrawan), juga tokoh sastera di negeri kami, kemudian saya bertugas dibawahnya juga. 


(Walaupun saya bertugas di Sabah Times atau DE masa itu, saya segan bagi editor kami untuk disiarkan. Malu saya gunakan kesempatan di tempat kerja sendiri, kecuali diminta oleh pihak editor. Semasa sajak saya siar di DE saya belum wartawan lagi di akhbar itu)


Sementara itu, saya memang tidak tahu bahawa aliran yang saya pilih itu romantis(me).


Aliran ini tidak semestinya bentuk prosa atau naratif. ia boleh sahaja dalam bentuk lirik lagu (sajak lazim menggunakan teknik ini - satu baris 2-3 kalimat). Dan tidak pula romantis itu berkisah hanya cinta, penderiutaan kerana rindu dan putus cinta, tetapi ia bersifat sejagat. Hanya berbeza ia eksploitasikan seluruh pengucapan bergaya 'ritual' - kalau (se)dapat(nya) sajak aliran ini benar-benar berikan kesan kejiwaan, sekali pun tema peperangan, tapi dalam bentuk pengucapan yang lembut, yang perlu meredakan kemarahan, tetapi lebih kepada sesuatu yang berikan kesedaran tanpa menyalahkan sesiapa, mahu pihak penyerang atau mangsanya.


Perlukisan emosi inilah sukar dibayangkan - diturunkan menjadi pengucapan yang menyentuh perasaan, memilih diksi bukan mudah untuk disesuaikan dengan bada romantis yang benar-benar lembut dan halus. Maka itu saya lebih pelajari unsur gaya bahasa personafikasi dan metafora dan bagaimana dua gaya ini dibentuk dalam sajak, yang bersifat pelembut, tetapi tidak pula saya lupakan unsur perulangan (gaya bahasa anafora, sinekdoki atau ironi dan paradoks) kerana semua gaya bahasa itu berikan kelebihan atau kekuatan tersendiri jika digabungkan mengikut tema.


Dan seperti kata Zaharahanum, saya banyak menggunakan unsur alam  yang dekat pada kehidupan kita - keretapi, pisau, serta menjadikan nama orang - Non - sebagai aliusi saya. Sama ada Non itu wujud atau tidak, perkaitan pengalaman semasa saya (mungkin) ada. Menggunakan nama  tertentu yang kerap adalah (dianggap) alat bantu berikan ilham kepada sesetengah pengarang. 


Saya dibesarkan oleh wanita, sejak saya bayi selain ibu, saya dijaga (asuh) oleh nenek perempuan saya (keluarga kami memanggil nenek itu berserta sebutan perempuan, kalau atuk kami panggil nenek jantan) dan ibu saudara saya. Juga saudara perempuan belah pupu ibu. Hampir semua sudah meninggal (al-Fatihah).


Ketika pada suatu masa dahulu, saya sakit dan mendapat rawatan doktor, memeriksa denyut nadi saya, kemudian doktor itu berkata, "Denyut nadi kamu sama seperti denyut nadi perempuan."


Demam saya teruk masa itu (kecil, belum sekolah) lalu doktor itu mengeluarkan semua ubat di peti ais dan masukkan saya dan berkata kepada ibu, "Kalau kamu lambat sedikit, budak ini mati!"


Kata ibu, selepas saya mengigil kesejukan barulah doktor Lai (saya ingat ni dulu premsinya di Jalan gaya) keluarkan saya dan diberi ubat. Masa itu, pakcik saya (suami ibu saudara saya (Allahyarham)) namanya Asgal Haji Musa (Haji, Allahyarham) yang mendokong (papah) saya, sambil berlari ke stesen bas yang jauh dari tempat kami tinggal, di susuli ibu juga berlari ke stesen bas kira-kira satu batu setengah (2 kilometer?) jauh dari estate Bukit Padang. 


Kasihan ibu, termengah-mengah kerana badannya besar (gemuk). Kalaulah masa itu pemandu atau penumpang bas tidak nampak lambaian pakcik saya, lambatlah sampai di klinik, kalau mengikut kata doktor Lai, kalau lambat sedikit lagi, saya matilah.


Maka itu kenapa saya lebih 'dekat' dengan perempuan. Saya boleh saja bergaduh dengan perempuan dan pura-pura kalah kepada mereka. Tapi kalau bergaduh dengan lelaki, saya mana mahu kalah!


Mungkin saya menjiwai kebatinan keperempuanan, maka itu kenapa saya cenderung aliran romantisme., Sesuai dengan gaya-gaya perempuan dan saya juga dianggap suka membebel (haihh!).


Bersambung, (saya bergaduh dengan Zaharahanum) ...

Pemberotakan Dalam Sajak--Yatim Ahmad

 PEREMPUAN PEMBERONTAK DALAM SAJAK: Sekilas Pandang Bacaan Kajian Sastera Menurut Pandangan Wanita 


i


MUNGKIN istilah pemberontakan kepada wanita tidak sesuai diberi kepada penulis dan penyair wanita, tetapi sejak dahulu sajak-sajak wanita banyak menjurus kepada persoalan peribadi mereka terharap keadaan dan persekitaran. Atas alasan apa sahaja, sosial, pembangunan, ekonomi dan kerohanian, kekuasaan laki-laki dalam arahan dan pelaksanaan seolah-olah  tidak mengambil kira kepentingan wanita secara keseluruhan. Berbanding penulis dan penyair laki-laki pula adakalanya mempersoalkan bagaimana kekuasaan itu tidak mengorbankan kebajikan dan pelaksanaan pembangunan secara keseluruhan.


Menurut Siti Zainon Ismail, dunia yang terbuka luas dihadapan turut berikan cabaran dalam tindakan kepenyairan wanita (secara keseluruhan). Walaupun segelintir tanpa  sokongan, kepenyairan wanita diumpamakan melalui cahaya kerana di situlah puisi itu menjelma. Tanpa cahaya, hidup menjadi kering, terus berduka, rasa kecewa, dan lemah untuk bangun. Rasa tidak dihormati mematikan rasa, malah puisi yang dilahirkan turut merakam rasa rendah diri danb kecewa. (Siti Zainon Ismail, 2009, Kumpulan Esei Memasuki Taman Puisi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka).


Siti Zainon (Datuk) adalah Sasterawan ke-14 dinobatkan pada  2019.


iii


Berdasarkan kenyataan Siti Zainon, saya berpendapat ragam persajakan wanita boleh dianggap peribadi yang mewakli beberapa struktur pembangunan sosio ekonomi dan kewanitaan negara dicerna mengikut pandangan masing-masing. 


Sebab itu mengapa Siti Zainon menyatakan sejarah kepenyairan negara sejak kemunculan (dominan) Salmi Manja (1962), Siti Zainon Ismail (1976), Zurinah Hassan pada 1974 (Sasterawan Negara ke-13, Datuk), Anis Sabirin, Nor Aini Muhamad, (1960-an), Siti Zaleha Hashim, Rogayah A Hamid, Sri Diah, Salmiah Ismail dan Zaiton Ajamain (Datuk), kerpenyairan wanita masa kini secara langsung atau tidak mewarisi pertimbangan emosi kepenyairan terdahulu.


iii


Norhayati Abd Rahman (Dr, Prof Madya) berpendapat penciptaan karya oleh pengarang dan kepenyairan wanita adalah bertitik tolak kesedaran bahawa karya sastera oleh pengarang lelaki sering mengambarkan wanita dengan imej yang steretoip, pengalaman wanita dipinggirkan, suara wanita dibisukan dan bentuk-bentuk paparan hanya menyerlahkan pemusatan terhadap lelaki. (Norhayati Ab Rahman, 2013, Puitika Sastera Wanita Indonesia dan Malaysia: Satu Bacaan Ginolritik. Pulau Pinang. Penerbitan Universiti Sains Malaysia)


Sudah tentu kajian kepenyairan wanita oleh  Dr Hayati memerlukan penelitian  seimbang kerana ia membabitkan dua negara terbesar sastera Melayu untuk menentukan bahawa hubungan mereka bukan sahaja perlu ditinjau dari aspek pembangunan sosial, tapi hubungan dengan Pencipta. Ini kerana letusan emosi yang tajam kalangan kepenyairan wanita dalam hadapi pelbagai cabaran, termasuk persaingan sesama penyair wanita lain dalam kebanyakan tema  berkaitan gender dan instituisi kekeluargaan.


“Walaupun secara umum teori, ideology dan pemikiran feminisme sering ditanggapi secara negatif oleh sebahagian masyarakat (alam Melayu), ia tetap mempunyai nilai dan kepentingan tersendiri khusus dalam konteks wacana, disiplin dan ilmu kritik sastera,” kata Dr Hayati.


iv.


Sakinah Abu Bakar dan Wan Siti Azahayu Wan Mohammed berkata kajian terhadap kepenyairan wanita khusus Abad ke-21 berikan gambaran kepada khalayak isu dan persoalan individu (penyair wanita) dan kejiwaan, masyarakat dan cabaran, kesedaran serta tanggungjawab sosial turut sama dipikul di bahu wanita. 


Pandangan dan kajian Dr Sakinah dan Wan Siti Azahayu di petik dari buku Tradisi Penulisan Puisi: Pengarang Wanit Abad ke-20 (DBP, 2021), berkata selama ini isu kewibawaan, kegemilangan dan kejayaan diukur pada bentuk fizikal, khusus apabila membuat perbandingan dengan pencapaian (penyair) lelaki.


“Puisi bangunkan hasil gabungan manifestasi pengalaman batin penyair yang penuh misteri,” kata Sakinah dan Wan Siti Azahayu.


Buku ini dihadiah oleh Ramlee Jalimin Jainin ketika kami hadir pada majlis penyampian Hadiah Sastera Sabah pada 2022 (HSS 2020/21) di mana kami adalah antara penerima hadiah.


v.


Pembicaraan tentang wanita dalam karya keusasteraan Melayu moden akan lebih menarik dengan mengimbau kedudukan wanita dalam masyarakat tradisionl. Wanita dalam masyarakat ini merupakan kelompok yang tertutup. Pendapat dan keputusan mereka kurang diberi peretimbangan golongan laki-laki. 


“Dalam masyarakat moden terutama era selepas merdeka terlihat begitu jelas perubahan yang dicapai oleh kaum wanita. Cita dalam karya wanita turut mengalami perubahan seperti Ombak Bukan Biru (1977) karya Fatimah Busu. Novel ini turut menyorot kekuatan dan psikilogi wanita luaran dan dalaman. Ia menyelami pelbagai unsur cabaran dalam perjuangan wanita,” kata Ahmad Kamal Abdullah dan Siti Asihah Murad dalam Citra Wanita dalam Sastera Melayu 1930-1990, terbitan DBP, 2000.


Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala adalah Sasterawan Negara SN ke-11 (2011). Meninggal pada 27 Oktober 2021.


vi. 


Areen Sherryna Abdul Halim pula menganlisis wanita dan kewanitaan dalam aspek politik,. Pendidikan dan pembangunan sosia-ekonomi negara.


Dewan masyarakat terbitan Bil 3/2024 membincangkan wanita dan kewanitaan, cabaran dan kerjaya.


vii


Akhirnya saya agak berpuas hati kerana memiliki buku rujukan untuk memahami pelbagai unsur proses penciptaan, emosi, psikologi wanita dalam karya sastera. Sudah tentu pemeblian ini bukan kebetulan, tetapi hikmah pada masa yang saya sendiri tidak menyedari hinggalah hari ini apabila saya mengurus dan menyedia karya penyair wanita. Saya tidak tahu berapa jumlah setepatnya, tetapi ada 5 kumpulan sajak wanita (300 puisi), beberapa antologi puisi membabitkan lebih 20 penyair wanita dengan kira-kira 200 sajak– semuanya adalah wanita.


Sudah tentu sahabat penulis wanita itu mahukan saya buat analisis karya, sorotan atau resensi untuk dimuatkan dalam kumpulan karya dan antologi karya mereka.


Walaupun sebelum ini saya sudah menerbitkan lebih 60 antologi karya dengan bantuan ahli majlis tertinggi Jom Sastera, tentulah ada perbezaan apabila fokus keeditorian saya kali ini membabitkan kepengharangan wanita seratus peratus.


Memahami sajak bukanlah sukar, tapi tidaklah semudah yang dijangka kerana semua penyair tentulah mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza terhadap kalimat atau diksi atau kias yang digunakan.


Maka itu bahan rujukan ini diharap dapat membantu saya menyelesaikan sunting karya (puisi) dan menyediakan pula prakata.


Tapi kepada saya janganlah diharap kajian mendalam kerana saya lebih sesuai untuk kritikawan yang lebih cenderung bersifat jurnalisme sasterawi. 


Selepas ini, saya teruskan judul kritikawan saya Romantisme Dalam Persajakan: Ritual Gaya Bahasa 


Masih mood hari raya Aidilfitri kan, marilah jalan-jalan dulu beraya, hujung minggu lagi, ramai-ramai ziarah keluarga dan sahabat

Romantisme Dalam Sajak- Yatim Ahmad

 ROMANTISME DALAM PERSAJAKAN: Ritual Gaya Bahasa (3)


APABILA Maroof Seman bermain romantisme, saya cuba menyelami diksi '.. tentang hatimu/usah kaulupa jantungku.."


Dua baris rangkap pertama sajak berjudul Tentang Hati Mawarku' juga judul Kumpulan Puisi sasterawan Terengganu, secara keseluruhan mengambarkan hubungan harmonis antara si-aku lirik dengan alam rumahtangga. 


Selain puisi Tentang Hati Mawarku, puisi berjudul 'Di Kertas Sandiwara' juga dianggap sebagai pengucapan romantis berdasarkan kesan pemilihan diksi:


Ingin sekali kulukis 

sebilah pisau 

menikam mentimun


Ingin kulukis 

sepohon rhu tua

 ptah dahannya


kulukis sekali 

dua batu nisan 

terpasak

di tanah perkuburan


Kumpulan Puisi Tentang Hati Mawarku (THM) sudah beredar di pasaran sejak tahun lalu, memuatkan 50 puisi dibahagikan enam segmen. 


Sementara saya memilih diksi berunsurkan romantis(me), secara keseluruhan puisi Maroof lebih kepada gejolak santun yang tidak terbendung pada saat, waktu dan ketika meluika dengan erti pedih gelora dahaga keinginan untuk menikmati suatu rasa yang berikan kepuasan dan tenang gelora.


Menurut Budayawan Marzuki Ali dalam prakata kumpulan puiisi THM, Maroof (kerana dijarumi ngilu gejolak santun) menjadikan suatu objek misalnya pisau dari jisim keras dan dipadukan menjadi sebuah benda lembut (dalam pengucapan, puisi). 


Marzuki berkata, melalui kembara ilham Maroof membawakan satu suasana (keadaan) ke suatu susuk watak atau kejadian demi kejadian. Dunia luar diri (si-aku lirik) berikanma kehidupanseorang penulis atau penyair beroleh pengalaman bharu, pengembaraan dan ruang membolehkan berkongis bersama khayalaknya.


"Kumpulan puisi ini seperti menampakkan kita kepada susuk manusia yang kaya untuk mengajak bersama-sama berkongsi dan berdiskusi tentang kehidupan di didunia yang lebih luas. (Kumpulan Puisi Tentang Hati Mwarku, Selangor, 2024).


Sementara puisi Di Kertas Sendiwara, Marzuki berkata, "Terjadilah namanya suatu yang mula hidup dan beraksi dengan rentetan peristiwa yang terus berkembang. (bagaimana) kehidupan ini berakhir dengan suasana pengembaraan.."


Memang sajak ini mengharukan. Membaca sajak itu dari sudut  romantis menimbulkan nastolgia. Emosi yang biasa dimainkan untuk puisi romantisme, 'disembunyikan' oleh Maroof menerusi kesan pemilihan objek dan berakhir di tempat di mana berkesudahan semua kehidupan (makhluk).


Itulah romantisnya. Kefahaman aliran ini bukan pada diksi yang berbunga-bunga, tapi kesan penghayatan.  


Maroof, juara deklamasi puisi Hari Kebangsaan peringkat negeri Terengganu, tujuh kali (1987-1997); naib juara deklamasi puisi Kebangsaan (1996); dan johan deklamasi kebangsan (1997), cukup mengambarkan daya penghayatan yang kuat dan kukuh.


Beberapa anugerah juga disandang menjadikan Maroof sebahagian tokoh dalam kesusasteraan dan budaya negara. Pengalaman kembaranya di seluruh negara, Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei menjadikan nuansa kreatif yang tepu pengalaman dan pelbagai.


Seperti Marzuki, Maroof juga mengembara ke Sabah dan Sarawak dan ini menjadikan beliau antara duta integrasi sastera negara.


Seperti Marzuki yang cukup kami kenali di Sabah, Maroof menempa nama sebagai pengiat seni tersohor, menambah kemunculan terbaharu menerusi kumpulan puisi THM.


Mungkin itu darah kesenian dua watak tokoh ini mengalir, sementara saya pada pula menganggap Terenganu sebagai negeri mengangkat saya sebagai penulis puisi selepas pertama kali menang sagu hati hadiah puisi sempena Tahun Melawat Terengganu pada 2013 dan itulah pertama kali dibukukan menerusi antologi puisi Teng-Ya-Nung Tanah Leluhur, selengaraan Abdul Mubin Ismail, dan saya pun menjadikan Terengganu sebagai negeri rohani puisi saya.


Mungkin kerana 'hubungan rohani' sastera antara Sabah dan Terengganu menjadikan keserasian itu cepat bergabung, dan pertama kali bertemu Maroof yang saya panggil abang, di pertemuan penulis anjuran pena di Selangor tahun lalu bersempena pelancaran buku terbitan Pena. Penyair Aloyindra mengajak saya ke sana.


Sudah tentu saya berasa berbesar hati kerana tokoh sastera ini deklamasi puisi saya yang terkandung dalam Kumpulan Sajak Sihir Purnama, dan tentulah berbesar hati pula seorang tokoh deklamais puisi saya. Penghormatan ini memang tidak saya lupakan. 


Cara atau kaedah Maroof bantu promosi buku rakan memang sangat dihargai dan kita berharap budaya saling mempromosikan buku sahabat akan berterusan. Cura Lara, penyair Johor/Kedah juag ada deklamasi sajak saya atas permintaan. Progamer kesenian ini juga mempunyai buku puisi terbitan Pena, itu terbaharu.


Sementara dengan Maroof, pernah berkata kepada saya bersetuju jika Kota Kinbabalu menjadi Kota Sastera dan manalah tahu nanti kami anjurkan baca puisi antarabangsa bersempena pengiktirafan itu, sudah tentu saya mahukan kehadiran Maroof, pada satu masa nanti diadakan.


Juga dengan Maroof, kami ingin Marzuki 'kembali' ke tanah tumpahnya darah ini agar kami santuni penjasa sastera setelah sekian lama kebaktian mereka.


Kepada abang Maroof, saya berterima kasih atas kebaikan promosi Kumpulan Sajak Sihir Purnama yang kedua atau ketiga kali dan semoga saya akan buat kembar juiga ke Terengganu/Kelantan untuk saya merafakkan kebersamaan dalam sastera dan seni.


Salam hormat

Sastera Masa Hadapan--Yatim Ahmad

 SASTERA MASA HADAPAN 


TIGA majalah buku Perisa (bil 12/2004) saya beli lagi hari ini menjadikan tujuh naskhah simpanan saya termasuk empat naskhaha saya beli awal bulan lalu dan satu lagi saya beli pada 2015. Kedai itu simpan baki majalah ini kalau masih ada lagi. 


Saya belum lagi memutuskan pemberian Perisa kepada kawan-kawan, melainkan saya yakin dia berminat menulis rencana atau resensi sastera. Sebab pertama saya yakin dia akan membaca buku ini kerana perencana atau perensensi sastera khusus sudah tentu minat tinggi membaca. Jadi buku ini dapat dimanfaatkan.


Saya ada satu program yang saya namakan Syarah BBK di JS dan mungkin peserta berpontensi akan dihadiahkan.


Perisa tidak lagi diterbitkan dan hal ini sudah saya tulis minggu lalu.  Cuma saya tambah info daripada Editor Dewan Sastera Ybhg Fadli al-Akiti menyatakan Perisa adalah atas cadangan Sasrerawan Negara ke-11 Dato Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala. al-Fatihah untuk arwah.


Sementara saya beli juga Tunas Cipta terbitan 2010 kerana tertarik rencana utama Peranan Korporat dalam Pembangunan Sastera. Sampai di rumah saya belek majalah dan (rupa-rupanya)  ditulis oleh Rozlan Mohammed Noor.  


Saya terus teringatkan sahabat saya ini. Jasanya kepada rakan penulis saya khusus Sabah banyak hingga karya mereka dapat dibukukan, masa itu ITBM aktif menerbit karya penulis. 


Pernah bertemu Rozlan di Rumah Pena dan pejabat ITBM pada 2015/16/17, tetapi masa itu saya dan AMT JS fokus terbit antologi karya ahli JS. Jadi saya kata kepada saudara Rozlan, saya tiada karya mahu kumpul dan hantar kepadanya untuk penilaian dan pembukuan jika layak diterbitkan.  Setakat ini lebih 50 antologi puisi, cerpen dan seram diterbitkan JS.


Saya tidak lagi berhubung dengan saudara Rozlan selepas dia bersara dari ITBM dan berharap sahabat fb saya mengetahui keberadaan saudara Rozlan sampaikan salam saya, juga terima kasih saya kerana beliau pernah membahagiakan rakan saya atas terbitan buku karya mereka. 


Juga ucap selamat Hari Raya Puasa, moga sihat sejahtera selalu. 


Mungkin juga saya akan ulas rencana Rozlan berdasarkan isu sastera dan pembukuan masa kini. Pada masa itu (2010) industri buku masih pesat dan PBKL begitu meriah kerana majoriti pengarang kreatif seluruh negara berkampung di ibu kota. 


Pada 2015 atau 2016 saya pernah mengambarkan dalam kolumnis sastera saya di New Sabah Times (kini ditutup) - apakah industri terus kekal begitu kerana masa itu sastera alam maya mula pesat dan menjangka (kalau) kerana teknologi digital dalam perhubungan semakin maju dan penampakan tanda bukan sahaja peminggiran sastera, tetapi media massa konvesional.


Hal yang dijangka itulah kini sudah berlaku dan sastera   mula hilang pengaruh kalangan masyarakat. Buku dilelong dan ada dibuang. 


Jikalau mampu bertahan, kita pertahankan dengan taruhan pelapis sastera muda. Jika orang sastera dan kepimpinan serta penulis masih terus berdegil tidak mahu adakan program sastera dan bimbingan di sekolah, maka keparahan sastera sekarang semakin bernanah dan tinggal hanya kita-kita sahaja. 


Yang kita-kita itu kalau kebanyakan dah tua, apalagi diharap tahun mendatang kalau semua sudah tiada? Sementara pelapisnya tidak mampu menahan gelombang peminggiran rakyat dan akhirnya sastera kemana?


Mungkin pada era mereka (antara tujuh tahun hingga 10 tahun dari sekarang) sastera dan kepimpinan pun lesu dan mungkin badan berkanun yang mengurus sastera seni budaya tidak lagi meneruskan pemberian anugerah sasterawan negara, sekalipun. 


Kecuali anugerah hadiah sastera negeri mungkin diteruskan kerana masih ada akhbar dan buku menerbitkan sastera. 


Kalau ketiadaan khalayak atau khalayak hanya anggota penulis dan persatuan sahaja untuk apa anugerah itu ini, tokoh itu ini sedangkan karya mereka hanya berkeliling pinggan orang sastera sahaja? Dahulu lainlah, masyarakat tidak malu kalau menyebut sastera sebagai bidang mengilmukan mereka, tapi sekarang lihat dan kajilah apa mereka baca dan habsikan masa berjam-jam di telapak tangan.


Orang sastera pun habis masa dengan telefon bimbit.  


Sama ada kita bersedia atau tidak, kerajinan industri pembukuan akan datang bergantung kuasa beli kalangan orang muda atau bakal lahir sekarang. Kalau kita masih budayakan kau tengok aku, aku tengok kau tanpa pembabitan menyeluruh institusi pelajar di semua peringkat rendah, menengah dan universiti, sastera bakal dikuburkan oleh mereka. 


Kuasa beli kalau diabaikan, kerosakannya akan memupuskan sastera.