MEMBACA SISIPAN RAMADAN
KEBETULAN buku Kumpulan Esei Memasuki Taman Puisi oleh Siti Zainon Ismail turut memuatkan esei mengenai Marzuki Ali, menjadikan pembelian buku saya agak lengkap hari ini.
Lengkap kerana saya turut membeli Puisi Duyung Puisi Rakyat oleh Marzuki Ali, yang mana esei mengenai beliau ada di buku Siti Zainon.
Antara dua persona tokoh sastera negara, Siti Zainon (Sasterawan Negara Datuk Dr) dan Marzuki pernah menetap di Sabah.
Dr Siti Zainon pernah bertugas di Univeriti Malaysia Sabah kira-kira tujuh tahun lalu, manakala Marzuki pernah berhijrah ke Sabah pada 1970-an sebelum melanjutkan pembelajaran di Jakarta.
Buku esei Siti Zainon diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2009, memuatkan tiga judul utama membabitkan pensejarahan pengarang kreatif wanita negara dengan fokus kepada kepeyairan Zaihasra (Allahyarham) dan tokoh penyair Terengganu Nor Aini Muhammad, selain perbincangan umum penyair wanita termasuk Zaiton Haji Ajamain (Datuk) dan Zurinah Hasaan (Sasterawan Negara, Dato), Salmi Manja dan beberapa penyair pendahulu wanita pada 1970-an dan 80-an, selain esei T Alias Taib. Ismail Zam-Zam dan Rejab F I.
Marzuki pula menerusi buku Puisi Duyung Puisi Rakyat banyak mengambarkan keindahan Terengganu seperti sajak Kuala Terengganu, Jambatan Duyung, Tanjung Kuala, dan Pulau Duyung.
Baharu saya tahu ada nama sungai Terengganu Mati, tapi diteggelamkan selepas pembinaan empangan Tasik Kenyir.
Pada 2023 Marzuki menerima anugerah Cekal Sastera Negeri Terengganu.
Buku ini dietrbitkan DBP, 2003.
Tidak keterlaluan kalau saya berkata Marzuki lebih dikenali oleh kebanyakan pengarang kreatif di Sabah berbanding negerinya Terengganu kerana semasa di Sabah (1970-an) beliau giat bersama BAHASA dan menubuhkan kumpulan Teater Anak Seni bersama Sairah Antin (Allahyarhamah), serta rakan seangkatan Zaiton, Mariam Omar, Rubiah Dullah, dan Robiah Nordin.
BAHASA kini diterajui Datuk Jasni Matlani.
Saya sebenarnya berjalan-jalan dipinggir Bandaraya Kota Kinabalu, membawa rasa saya. Makna 'rasa' kalau orang Sabah mungkin kurang sihat atau di sini saya gunakan terkenang saudara mara telah meninggal. Rindu saya. Ramadan membuat kita dekat kepada arwah dan emosi pun terbuai masa lalu pernah kita bersama mereka. Seandainya masih ada, tentu saya sudah pulang ke rumah mereka semalam dua, macam dulu saya lakukan.
Tidak tahu bagaimana saya boleh sampai dikedai buku. Saya jadi ghairah pada mulanya mahu membeli alat lukisan. Entah untuk apa alat lukisan sudah banyak.
Kemudian saya terpandang beberapa buku dan memilih terbitan DBP. Dua buku yang menjadi perolehan saya sekarang berharga RM5 tiap satu (harga asal RM34 dan RM30 (Marzuki).
Jikalaulah bekalan buku Siti Zainon masih ada di kedai buku DBP, saya syorkan penulis wanita membeli sebab sejarah kepengarangan wanita negara patut direnungkan untuk mengalas kreatifan mereka pada masa akan datang. Pemahaman Sejarah sebenarnya mengukuhkan kepenyairan wanita (dan umum) kerana ia bagaikan 'nasihat' kepada yang mahu kekal berjaya dan bidang ini.
Tidak dinafikan pengarang kreatif wanita terutama perpuisian memang penting dan maju sekarang, tetapi asas kekuatan kepenyairan itu perlu juga dibentuk dari kefahaman sejarah -bagaimana pemula wanita puisi negara bermula.
Sementara menanti ketibaan bungkusan pos laju Sejarah Nabi Muhammad (saw), Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber awal, saya fikir dua buku ini akan saya telaah dan beri resensi berasingan kelak. InsyaAllah.
*foto kulit buku Muhammad (saw) google
No comments:
Post a Comment