Tuesday, April 15, 2025

Membaca Kepenyairanmu Perempuan-Yatim Ahmad

 MEMBACA SEJARAH KEPENYAIRANMU PEREMPUAN 


TERATAI ABADI atau nama pena kepada Khadijah Abadul Rahman adalah antara penyair wanita pernah dilahirkan sastera alam maya paling mengesankan dalam tempoh 10 tahun sejak 2010 hingga 2017. 


Mengenali Teratai Abadi atau kebanyakan sahabatnya memanggil Cik Ta bermula sebagai penulis marhaen, bertatih di beberapa grup  sastera termasuk grup sastera pelbagai negara (berpusat di Indonesia), dimana saya mengenalinya, hingga di grup sastera  alam maya negara seperti Jom Sastera, kemudian terasuh merintasi kenegerian ke peringkat kebangsaan, menjadikan dia penulis wanita mampu menakluk persada perdana.


Sebelum tiba di penghujung hayatnya, bintang penyair berasal Kubang Kerian, Kota Bahru, Kelantan, mencapai puncak apabila menerima Hadiah Sastera Perdana  Malaysia 2015/16. 


Sempat juga saya mendapatkan sajaknya untuk siaran akhbar New Sabah Times sebelum Cik Ta mengambil keputusan fokus rawatan sakitnya sebelum meninggal pada 10 Disember 2017. Keriuhan dihadapinya dengan tenang disebalik keluhannya karenah sastera kalangan elite begitu meletihkan dia.  


Sajaknya berjudul Nan Begitulah ditulis pada 11 Ogos 2013 adalah sajak terawal Cikta mula menjurus kepada keberangkalian atau kemungkinan (gambaran) bahawa dia tidak akan hidup lama, menyedari sesuatu pada tahap kesihatannya. Saya dan beberapa rakan hanya mengenang betapa tabahnya insan bernama Cik Ta hingga akhirnya dia rela menerima panggilan yang sudah dekat.


Dan akhirnya pada 2016 dan 2017 sajak-sajak Cik Ta begitu jelas mengambarkan bahawa dia akan kembali kepada yang menciptakan ilham kepadanya.


Sajak dan profil Allahyarhamah Cik Ta adalah antara seratus Lapan puluh tiga penyair wanita dikandung Antologi Cinta di Pintu Mihrab terbitan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), 2023.


Susunan isi kandung antologi ini menarik kerana dibahagi beberapa bahagian iaitu barisan kepimpinan Tertinggi Wanita Gapena, Dalam Kenangan (sajak oleh penyair wanita yang meninggal dunia) dan sajak Penyair Wanita Malaysia 1950-1979, Penyair Wanita Malaysia 1980-2020.


Antologi tebal 202 ini dielenggarakan Norazimah Abu Bakar, Zurinah Hassan dan Siti Zainon Ismail. 


Ia dimulai prakata Presiden Gapena Datuk Haji Zainal Abidin Datuk  Wira Haji Borhan, kemudian  kata pengantar oleh Sasterawan Negara Datuk Dr Siti Zainon Ismail, Manakala Sasterawan Negara Dato Dr Zurinah Hassan berikan latar belakang perkembangan kepenyairan wanita negara.


Terima kasih kepada Norazima juga Setiausaha Kerja Gapena kerana pengiriman antologi ini. 


Norazima memasuki dunia Gapena pada 2016 bermula sebagai Setiusaha Pojek Gapena, sebelum dilantik sebagai Setaiausaha Kerja yang saya kenali adalah 'arkitek' membangunkan nuansa deko Rumah Gapena hingga seperti yang dilihat sekarang.


Kami pernah bekerjasama anjur baca puisi di Rumah gapena dahulu ketika itu Gapena seperti ayah atau ibu ditinggalkan anak-anak (ahli gabungan), datang ke rumah hanya bertanykan peruntukan (kewangan). 


Pada keringkasan ini saya (juga mewakli Ahli Majlis Tertinggi Jom Sastera) mengambil kesempatan ucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia kepada Azimah dan semua pihak penerbitan Gapena serta penyair wanita Malaysia.


InsyaAllah saya akan resensikan antologi ini kerana banyak yang perlu kita telusuri perkembangan kepenyairan wanita seperti pada prakata Dr Siti Zainon dan Dr Zurinah.


Sejarah kepenyairan wanita adalah gemilang dan antologi ini patut dimiliki oleh semua penyair wanita Malaysia dan silalah berhubung Azimah mendapatkan buku amat berharga kepada wanita penyair kenal sejarah untuk diteladani.


Kerana sastera akan datang ditunjangi wanita, maka perkasakan kepenyairan dari sejarah, menerusi pengalaman dan dedikasi mereka

No comments:

Post a Comment