PEREMPUAN PEMBERONTAK DALAM SAJAK: Sekilas Pandang Bacaan Kajian Sastera Menurut Pandangan Wanita
i
MUNGKIN istilah pemberontakan kepada wanita tidak sesuai diberi kepada penulis dan penyair wanita, tetapi sejak dahulu sajak-sajak wanita banyak menjurus kepada persoalan peribadi mereka terharap keadaan dan persekitaran. Atas alasan apa sahaja, sosial, pembangunan, ekonomi dan kerohanian, kekuasaan laki-laki dalam arahan dan pelaksanaan seolah-olah tidak mengambil kira kepentingan wanita secara keseluruhan. Berbanding penulis dan penyair laki-laki pula adakalanya mempersoalkan bagaimana kekuasaan itu tidak mengorbankan kebajikan dan pelaksanaan pembangunan secara keseluruhan.
Menurut Siti Zainon Ismail, dunia yang terbuka luas dihadapan turut berikan cabaran dalam tindakan kepenyairan wanita (secara keseluruhan). Walaupun segelintir tanpa sokongan, kepenyairan wanita diumpamakan melalui cahaya kerana di situlah puisi itu menjelma. Tanpa cahaya, hidup menjadi kering, terus berduka, rasa kecewa, dan lemah untuk bangun. Rasa tidak dihormati mematikan rasa, malah puisi yang dilahirkan turut merakam rasa rendah diri danb kecewa. (Siti Zainon Ismail, 2009, Kumpulan Esei Memasuki Taman Puisi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka).
Siti Zainon (Datuk) adalah Sasterawan ke-14 dinobatkan pada 2019.
iii
Berdasarkan kenyataan Siti Zainon, saya berpendapat ragam persajakan wanita boleh dianggap peribadi yang mewakli beberapa struktur pembangunan sosio ekonomi dan kewanitaan negara dicerna mengikut pandangan masing-masing.
Sebab itu mengapa Siti Zainon menyatakan sejarah kepenyairan negara sejak kemunculan (dominan) Salmi Manja (1962), Siti Zainon Ismail (1976), Zurinah Hassan pada 1974 (Sasterawan Negara ke-13, Datuk), Anis Sabirin, Nor Aini Muhamad, (1960-an), Siti Zaleha Hashim, Rogayah A Hamid, Sri Diah, Salmiah Ismail dan Zaiton Ajamain (Datuk), kerpenyairan wanita masa kini secara langsung atau tidak mewarisi pertimbangan emosi kepenyairan terdahulu.
iii
Norhayati Abd Rahman (Dr, Prof Madya) berpendapat penciptaan karya oleh pengarang dan kepenyairan wanita adalah bertitik tolak kesedaran bahawa karya sastera oleh pengarang lelaki sering mengambarkan wanita dengan imej yang steretoip, pengalaman wanita dipinggirkan, suara wanita dibisukan dan bentuk-bentuk paparan hanya menyerlahkan pemusatan terhadap lelaki. (Norhayati Ab Rahman, 2013, Puitika Sastera Wanita Indonesia dan Malaysia: Satu Bacaan Ginolritik. Pulau Pinang. Penerbitan Universiti Sains Malaysia)
Sudah tentu kajian kepenyairan wanita oleh Dr Hayati memerlukan penelitian seimbang kerana ia membabitkan dua negara terbesar sastera Melayu untuk menentukan bahawa hubungan mereka bukan sahaja perlu ditinjau dari aspek pembangunan sosial, tapi hubungan dengan Pencipta. Ini kerana letusan emosi yang tajam kalangan kepenyairan wanita dalam hadapi pelbagai cabaran, termasuk persaingan sesama penyair wanita lain dalam kebanyakan tema berkaitan gender dan instituisi kekeluargaan.
“Walaupun secara umum teori, ideology dan pemikiran feminisme sering ditanggapi secara negatif oleh sebahagian masyarakat (alam Melayu), ia tetap mempunyai nilai dan kepentingan tersendiri khusus dalam konteks wacana, disiplin dan ilmu kritik sastera,” kata Dr Hayati.
iv.
Sakinah Abu Bakar dan Wan Siti Azahayu Wan Mohammed berkata kajian terhadap kepenyairan wanita khusus Abad ke-21 berikan gambaran kepada khalayak isu dan persoalan individu (penyair wanita) dan kejiwaan, masyarakat dan cabaran, kesedaran serta tanggungjawab sosial turut sama dipikul di bahu wanita.
Pandangan dan kajian Dr Sakinah dan Wan Siti Azahayu di petik dari buku Tradisi Penulisan Puisi: Pengarang Wanit Abad ke-20 (DBP, 2021), berkata selama ini isu kewibawaan, kegemilangan dan kejayaan diukur pada bentuk fizikal, khusus apabila membuat perbandingan dengan pencapaian (penyair) lelaki.
“Puisi bangunkan hasil gabungan manifestasi pengalaman batin penyair yang penuh misteri,” kata Sakinah dan Wan Siti Azahayu.
Buku ini dihadiah oleh Ramlee Jalimin Jainin ketika kami hadir pada majlis penyampian Hadiah Sastera Sabah pada 2022 (HSS 2020/21) di mana kami adalah antara penerima hadiah.
v.
Pembicaraan tentang wanita dalam karya keusasteraan Melayu moden akan lebih menarik dengan mengimbau kedudukan wanita dalam masyarakat tradisionl. Wanita dalam masyarakat ini merupakan kelompok yang tertutup. Pendapat dan keputusan mereka kurang diberi peretimbangan golongan laki-laki.
“Dalam masyarakat moden terutama era selepas merdeka terlihat begitu jelas perubahan yang dicapai oleh kaum wanita. Cita dalam karya wanita turut mengalami perubahan seperti Ombak Bukan Biru (1977) karya Fatimah Busu. Novel ini turut menyorot kekuatan dan psikilogi wanita luaran dan dalaman. Ia menyelami pelbagai unsur cabaran dalam perjuangan wanita,” kata Ahmad Kamal Abdullah dan Siti Asihah Murad dalam Citra Wanita dalam Sastera Melayu 1930-1990, terbitan DBP, 2000.
Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala adalah Sasterawan Negara SN ke-11 (2011). Meninggal pada 27 Oktober 2021.
vi.
Areen Sherryna Abdul Halim pula menganlisis wanita dan kewanitaan dalam aspek politik,. Pendidikan dan pembangunan sosia-ekonomi negara.
Dewan masyarakat terbitan Bil 3/2024 membincangkan wanita dan kewanitaan, cabaran dan kerjaya.
vii
Akhirnya saya agak berpuas hati kerana memiliki buku rujukan untuk memahami pelbagai unsur proses penciptaan, emosi, psikologi wanita dalam karya sastera. Sudah tentu pemeblian ini bukan kebetulan, tetapi hikmah pada masa yang saya sendiri tidak menyedari hinggalah hari ini apabila saya mengurus dan menyedia karya penyair wanita. Saya tidak tahu berapa jumlah setepatnya, tetapi ada 5 kumpulan sajak wanita (300 puisi), beberapa antologi puisi membabitkan lebih 20 penyair wanita dengan kira-kira 200 sajak– semuanya adalah wanita.
Sudah tentu sahabat penulis wanita itu mahukan saya buat analisis karya, sorotan atau resensi untuk dimuatkan dalam kumpulan karya dan antologi karya mereka.
Walaupun sebelum ini saya sudah menerbitkan lebih 60 antologi karya dengan bantuan ahli majlis tertinggi Jom Sastera, tentulah ada perbezaan apabila fokus keeditorian saya kali ini membabitkan kepengharangan wanita seratus peratus.
Memahami sajak bukanlah sukar, tapi tidaklah semudah yang dijangka kerana semua penyair tentulah mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza terhadap kalimat atau diksi atau kias yang digunakan.
Maka itu bahan rujukan ini diharap dapat membantu saya menyelesaikan sunting karya (puisi) dan menyediakan pula prakata.
Tapi kepada saya janganlah diharap kajian mendalam kerana saya lebih sesuai untuk kritikawan yang lebih cenderung bersifat jurnalisme sasterawi.
Selepas ini, saya teruskan judul kritikawan saya Romantisme Dalam Persajakan: Ritual Gaya Bahasa
Masih mood hari raya Aidilfitri kan, marilah jalan-jalan dulu beraya, hujung minggu lagi, ramai-ramai ziarah keluarga dan sahabat
No comments:
Post a Comment