Tuesday, April 15, 2025

Romantisme Dalam Sajak- Yatim Ahmad

 ROMANTISME DALAM PERSAJAKAN: Ritual Gaya Bahasa (3)


APABILA Maroof Seman bermain romantisme, saya cuba menyelami diksi '.. tentang hatimu/usah kaulupa jantungku.."


Dua baris rangkap pertama sajak berjudul Tentang Hati Mawarku' juga judul Kumpulan Puisi sasterawan Terengganu, secara keseluruhan mengambarkan hubungan harmonis antara si-aku lirik dengan alam rumahtangga. 


Selain puisi Tentang Hati Mawarku, puisi berjudul 'Di Kertas Sandiwara' juga dianggap sebagai pengucapan romantis berdasarkan kesan pemilihan diksi:


Ingin sekali kulukis 

sebilah pisau 

menikam mentimun


Ingin kulukis 

sepohon rhu tua

 ptah dahannya


kulukis sekali 

dua batu nisan 

terpasak

di tanah perkuburan


Kumpulan Puisi Tentang Hati Mawarku (THM) sudah beredar di pasaran sejak tahun lalu, memuatkan 50 puisi dibahagikan enam segmen. 


Sementara saya memilih diksi berunsurkan romantis(me), secara keseluruhan puisi Maroof lebih kepada gejolak santun yang tidak terbendung pada saat, waktu dan ketika meluika dengan erti pedih gelora dahaga keinginan untuk menikmati suatu rasa yang berikan kepuasan dan tenang gelora.


Menurut Budayawan Marzuki Ali dalam prakata kumpulan puiisi THM, Maroof (kerana dijarumi ngilu gejolak santun) menjadikan suatu objek misalnya pisau dari jisim keras dan dipadukan menjadi sebuah benda lembut (dalam pengucapan, puisi). 


Marzuki berkata, melalui kembara ilham Maroof membawakan satu suasana (keadaan) ke suatu susuk watak atau kejadian demi kejadian. Dunia luar diri (si-aku lirik) berikanma kehidupanseorang penulis atau penyair beroleh pengalaman bharu, pengembaraan dan ruang membolehkan berkongis bersama khayalaknya.


"Kumpulan puisi ini seperti menampakkan kita kepada susuk manusia yang kaya untuk mengajak bersama-sama berkongsi dan berdiskusi tentang kehidupan di didunia yang lebih luas. (Kumpulan Puisi Tentang Hati Mwarku, Selangor, 2024).


Sementara puisi Di Kertas Sendiwara, Marzuki berkata, "Terjadilah namanya suatu yang mula hidup dan beraksi dengan rentetan peristiwa yang terus berkembang. (bagaimana) kehidupan ini berakhir dengan suasana pengembaraan.."


Memang sajak ini mengharukan. Membaca sajak itu dari sudut  romantis menimbulkan nastolgia. Emosi yang biasa dimainkan untuk puisi romantisme, 'disembunyikan' oleh Maroof menerusi kesan pemilihan objek dan berakhir di tempat di mana berkesudahan semua kehidupan (makhluk).


Itulah romantisnya. Kefahaman aliran ini bukan pada diksi yang berbunga-bunga, tapi kesan penghayatan.  


Maroof, juara deklamasi puisi Hari Kebangsaan peringkat negeri Terengganu, tujuh kali (1987-1997); naib juara deklamasi puisi Kebangsaan (1996); dan johan deklamasi kebangsan (1997), cukup mengambarkan daya penghayatan yang kuat dan kukuh.


Beberapa anugerah juga disandang menjadikan Maroof sebahagian tokoh dalam kesusasteraan dan budaya negara. Pengalaman kembaranya di seluruh negara, Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei menjadikan nuansa kreatif yang tepu pengalaman dan pelbagai.


Seperti Marzuki, Maroof juga mengembara ke Sabah dan Sarawak dan ini menjadikan beliau antara duta integrasi sastera negara.


Seperti Marzuki yang cukup kami kenali di Sabah, Maroof menempa nama sebagai pengiat seni tersohor, menambah kemunculan terbaharu menerusi kumpulan puisi THM.


Mungkin itu darah kesenian dua watak tokoh ini mengalir, sementara saya pada pula menganggap Terenganu sebagai negeri mengangkat saya sebagai penulis puisi selepas pertama kali menang sagu hati hadiah puisi sempena Tahun Melawat Terengganu pada 2013 dan itulah pertama kali dibukukan menerusi antologi puisi Teng-Ya-Nung Tanah Leluhur, selengaraan Abdul Mubin Ismail, dan saya pun menjadikan Terengganu sebagai negeri rohani puisi saya.


Mungkin kerana 'hubungan rohani' sastera antara Sabah dan Terengganu menjadikan keserasian itu cepat bergabung, dan pertama kali bertemu Maroof yang saya panggil abang, di pertemuan penulis anjuran pena di Selangor tahun lalu bersempena pelancaran buku terbitan Pena. Penyair Aloyindra mengajak saya ke sana.


Sudah tentu saya berasa berbesar hati kerana tokoh sastera ini deklamasi puisi saya yang terkandung dalam Kumpulan Sajak Sihir Purnama, dan tentulah berbesar hati pula seorang tokoh deklamais puisi saya. Penghormatan ini memang tidak saya lupakan. 


Cara atau kaedah Maroof bantu promosi buku rakan memang sangat dihargai dan kita berharap budaya saling mempromosikan buku sahabat akan berterusan. Cura Lara, penyair Johor/Kedah juag ada deklamasi sajak saya atas permintaan. Progamer kesenian ini juga mempunyai buku puisi terbitan Pena, itu terbaharu.


Sementara dengan Maroof, pernah berkata kepada saya bersetuju jika Kota Kinbabalu menjadi Kota Sastera dan manalah tahu nanti kami anjurkan baca puisi antarabangsa bersempena pengiktirafan itu, sudah tentu saya mahukan kehadiran Maroof, pada satu masa nanti diadakan.


Juga dengan Maroof, kami ingin Marzuki 'kembali' ke tanah tumpahnya darah ini agar kami santuni penjasa sastera setelah sekian lama kebaktian mereka.


Kepada abang Maroof, saya berterima kasih atas kebaikan promosi Kumpulan Sajak Sihir Purnama yang kedua atau ketiga kali dan semoga saya akan buat kembar juiga ke Terengganu/Kelantan untuk saya merafakkan kebersamaan dalam sastera dan seni.


Salam hormat

No comments:

Post a Comment