Saturday, September 11, 2010

Chegu Bard mendahului rating untuk Ketua AMK Malaysia



Biar pun namanya mungkin tidak dikaitkan denganDatuk Seri Anwar Ibrahim dari segi sokongan untuk bertanding bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR pusat Oktober ini, namun populariti Badrul Hisham Shahrin (foto) atau lebih dikenali sebagai Chegubard tidak harus dinafikan semua pihak.Jika dibandingkan dengan Rafizi Ramliyang awal-awal lagi mewarkan-warkan bahawa beliau bertanding atas nasihat Ketua Umum parti, maka sudah pastinya rakyat lebih mengenali Chegubard sebenarnya.Ini dibuktikan dengan kajiselidik yang telah dibuat oleh kami dan juga satu blog lain (sfauzdin).

Chegubard jauh mendahului pesaingnya seperti Rafizi Ramli atau pun Samsul Iskandar Md Akin, untuk jawatan Ketua AMK Pusat.Semua ini mengesahkan lagi bahawa rakyat diperingkat akar umbi mahukan beliau meneruskan aspirasi dan perjuangan anak muda.
Kita bukan bercakap soal siapa yang bagus atau siapa yang kuat dalamm hal ini.
Perubahan perlu dilakukan untuk meneruskan kesinambungan, bukan bermakna pemimpin terdahulu tidak bagus. Samsul misalnya telah berjaya membawa perubahan yang besar kepada AMK, sejak memangku jawatan yang ditinggalkan oleh Ezam Md Noor itu.
Cuma, sebagai orang lama beliau wajar dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi dalam parti.Maka itu, peluang bertanding perlu diberikan kepada kepada mereka yang mempunyai ketrampilan.

Tidak perlu ada unsur-unsur campur tangan atau arahan daripada pihak atasan.
Semua ini akan menyebabkan ahli-ahli kurang yakin dengan hala tuju dan perjuangan sebenar PKR nanti.

zulmamakpng.blogspot.com
September,2010

No comments:

Post a Comment