Thursday, September 9, 2010

Kempen burukkan Ikhwanul Muslimin


"CAIRO — Seorang ulama muda menengking wanita muda kerana mengangkat penutup muka ketika bercakap dengannya di jalanan, dan berhujah dengan warga Mesir lain yang mengikuti cara hidup dan nilai-nilai barat. Pengikut-pengikutnya pula memukul sesiapa yang menentang.

Inilah imej pengasas Ikhwanul Muslimin (IM) yang cuba ditonjolkan dalam satu siri TV yang disiarkan di Mesir bertujuan mendedahkan salahlaku pergerakan pembangkang terbesar di negara itu hanya tiga bulan sebelum pilihanraya umum diadakan.

Para penyokong IM menuduh kerajaan pimpinan Hosni Mubarak menggunakan program TV tersebut sebagai alat propaganda untuk memburukkan kumpulan fundamental Islam dengan cara menggambarkan IM sebagai golongan fanatik yang menentang golongan sekular yang berfikiran barat dan bercita-cita untuk mewujudkan masyarakat Islam di Mesir.

Ashraf el-Sherif, seorang ahli sains-politik, bagaimanpun,berkata program itu mempunyai kesan yang sebaliknya.

"Apa yang siri itu telah lakukan ialah menukar dinosaur kepada fenomena politik yang hidup," kata el-Sherif, yang menjadi pensyarah di American University in Cairo. "Sekarang, IM bukan lagi kumpulan yang diharamkan, seperti yang diwar-warkan kerajaan. Mereka telahpun masuk ke dalam setiap rumah, jalanan dan kedai kopi di Mesir."

IM tidak mendapat kepercayaan ramai warga Mesir tetapi berupaya meraih sokongan melalui rangkaian perkhidmatan sosial yang mereka wujudkan. Ia adalah pergerakan politik pembangkang paling besar dan tersusun, yang memberi cabaran kuat kepada kerajaan yang semakin dikritik sejak akhir-akhir ini.

Kumpulan yang diasaskan pada 1928 itu, diharamkan pada 1954 kerana dituduh menggunakan ‘kekerasan’. Sejak meninggalkan kaedah ‘ganas’ itu, mereka telah dapat melebarkan kehadiran mereka di peringkat antarabangsa dan menyertai pilihanraya Mesir sebagai parti bebas. Kemuncaknya, berlaku kejutan dalam pilihanraya parlimen 2005 apabila mereka telah memenangi 20 peratus dari 454 kerusi, dan sejak dari itu, pihak berkuasa telah memenjarakan lebih 5,000 orang ahlinya atas pelbagai ‘kesalahan’.

Mesir akan mengadakan pilihanraya parlimen dalam bulan November tahun ini dan pemilihan presiden tahun depan.

Drama TV , bertajuk "Al-Jamaah," atau "Kumpulan," telah menjadi antara siri drama Ramadan yang digemari ramai tahun ini. Semasa bulan puasa, drama berbentuk lipur lara dan siri mini telah menjadi kegemaran tradisi bagi orang Islam yang berehat sambil menonton di rumah selepas berbuka.

Ia diterbitkan oleh Albatros Film Production dengan kerjasama siaran TV milik kerajaan. Drama ini dilaporkan menarik paling banyak iklan komersil berbanding 60 drama yang lain.

Drama tersebut berkisar tentang satu kes mahkamah baru-baru ini yang mana IM dituduh terlibat mewujudkan militia di kalangan pelajar, kemudian menggunakan flashback untuk menceritakan tentang kisah di awal penubuhannya.

Para pengkritik berkata drama tersebut mempunyai fakta sejarah yang tidak tepat, yang menyebabkan ahli-ahli IM mendakwa skripnya adalah ekspresi pandangan dan polisi kerajaan yang sememangnya mengganggap kumpulan itu adalah tempat melahirkan pelampau.

"Drama yang betul-betul bertukar menjadi propaganda politik," kata Abdel-Gelil al-Shernouby, editor laman web IM.

Penulis skrip, Waheed Hamed (gambar bawah), yang terkenal dengan pandangan sekularnya, mengaku tidak begitu terikat dengan fakta bagi tujuan produksi itu. Tetapi beliau menegaskan bahawa drama tersebut dibuat berdasarkan dokumen-dokumen milik kumpulan, termasuk memoir dan hasil tulisan pengasasnya Hassan al-Banna.Selanjutnya serta gambar berkaitan di sini


http://beritaislamglobal.blogspot.com/"
8.9.2010

No comments:

Post a Comment