Tembakan rambang pihak polis yang membunuh seorang remaja yang tidak bersalah, Aminul Rashid,15 telah menimbulkan keresahan sosial di kalangan masyarakat Malaysia. Pihak polis tidak berfikir panjang terhadap remaja berkenaan yang disangka penjenayah, walhal ia adalah remaja yang baik yang kebetulan pulang larut malam dan cuba melarikan diri dari pihak polis kerana memandu tanpa lesen.
2. Apakah pihak polis tiada pilihan lain selain dari menembak orang yang belum tentu bersalah? Pihak polis misalnya boleh menembak ke empat-empat tayar kenderaan berkaitan yang akan memaksanya berhenti. Pihak polis juga boleh mengejar dan mengepung remaja berkenaan jika mereka mengesyakki sesuatu.
3.Namun tembakan yang dilepaskan telah mencabut nyawa remaja berkenaan dan kini banyak pihak menggesa supaya satu suruhanjaya dibentuk bagi menyiasat kes ini. Apakah polis menggunakan kuasa mereka sewenang-wenangnya untuk menembak orang yang tidak bersalah? Adakah negara kita ini sudah menjadi police state?
4.Undang-undang adalah undang-undang. Tanpa sedar kita berada di dalam lingkungannya, kata seorang penyair,WH Auden. Namun penggunaan undang-undang secara rawak dan rambang menimbulkan kebimbangan dan ketidakadilan di kalangan rakyat. Pihak polis harus membersihkan nama mereka dari kesalahan sedemikian, kerana merekalah penguatkuasa undang-undang, bukan menggunakannya sesuka hati. Mereka juga berada di bawah undang-undang, dan jika bersalah harus diadili dan dihadapkan ke mahkamah. Tiada yang harus terkecuali dari undang-undang walau pun dia seorang Nabi Allah.
AlKundangi,
2.5.2010
http://alrembauwi.blogspot.com.
"Ballhighu 'annii walauu ayah"- Sampaikanlah dariku(Rasulallah SAW) walau satu ayat-maksud hadith.
Sunday, May 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment