Sunday, May 2, 2010

KESAN PRK HULU SELANGOR

Kemenangan tipis BN pada PRK Hulu Selangor dengan majoriti 1,750 undi,memperlihatkan BN sebenarnya sudah mula ditolak olek rakyat, meski pun janji-janji ditabur dengan jumlah RM100 juta (Harakah,bil.1535),satu pelaburan yang tidak berbaloi dengan jumlah yang ditawarkan.

2.Tentunya BN bimbang untuk menghadapi PRU ke 13 selewat-lewatnya pada tahun 20112 nanti. BN hanya memperoleh 3 kerusi dari sembilan PRK yang diadakan sejak PRU ke 12 pada Mac,2008. Terlalu banyak pilihanraya kecil sejak itu. Di Indonesia tidak ada PRK. Jika satu-satu kerusi kosong, ia akan digantikan oleh parti yang menang dalam pilihanraya terdahulu. Parti itu akan memilih calonnya sendiri untk mengisi kekosongan yang ada. Jika telahan dibuat, belanja pilihanraya 20 PRK menyamai satu PRU, berapa banyakkah BN telah menghabiskan wang untuk perkara yang kurang perlu ini. Apakah peraturan ini tidak boleh ditukar, sama seperti Indonesia untuk menyelamatkan jutaan ringgit dan dibelanjakan untuk pembangunan dan kepentingan rakyat? Bukankah demokrasi Malaysia adalah demokrasi yang sudah diubahsuai. Jadi apa salahnya jika kita mencampurkan sistem demokrasi Britain dengan Amerika? Tentunya kita dapat menyelamatkan jutaan ringgit, tidak membuang masa dan tenaga semata-mata kerana pilihanraya kecil.

3.Sasaran BN dengan kelebihan 6,000 undi pada PRK Hulu Selangor gagal. Ia juga bermakna BN gagal mempengaruhi hati rakyat Malaysia. Seluruh kekuatan sudah digunakan termasuk media massa, membeli wakil rakyat dari Parti Keadilan, menabur janji dan sebagainya, namun hati rakyat tidak dapat dirampas oleh BN. Apakah BN sudah menuju jalan terakhir? iaitu terhapusnya BN dari medan politik negara? Sama-samalah kita tunggu pada PRU ke 13 nanti. Kita tahu BN akan menggunakan semua kekuatan yang ada untuk merampas Selangor misalnya, namun sehingga ini semuanya tidak berhasil. Jawapannya ialah BN tidak lagi diterima oleh majoriti rakyat Malaysia. Pakatan Rakyat harus mengambil kesempatan dari hal ini dengan memperkuat jentera parti, dan berusaha memenangi hati rakyat supaya negara bertukar pemerintah pada PRU ke 13 nanti, setelah lebih 50 tahun di bawah BN. Keadilan dan ketelusan di samping prihatin terhadap masalah rakyat memungkinkan PR menang pada PRU akan datang,Insyaallah.


AlKundangi,
2 Mei,2010.
http://alrembauwi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment